Rabu, 10 April 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] PAS Calonkan Nizar Di Changkat Jering, Idris Ahmad Di Parlimen Bkt Gantang

Posted: 10 Apr 2013 12:31 AM PDT


PAS Perak mengesahkan malam tadi bahawa parti itu akan bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan di peringkat pusat di Kuala Lumpur semalam.

Dalam majlis pra-pengumuman calon di markas parti itu di Kampung Permatang, Pasir Panjang, beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13.

Mereka termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR.

Manakala, calon wanita Rohawati Abidin yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Lumut diumumkan akan menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad (kanan) dinamakan sebagai calon di Parlimen Bukit Gantang, menggantikan Nizar.

"DUN Kubu Gajah pula akan ditandingi kembali oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Nazri Din.

"Kesemua mereka dipilih atas faktor integriti, amanah, setia dan telus," katanya. - Bernama


[VIDEO] Penamaan Calon 20 April, Pengundian 5 Mei

Posted: 09 Apr 2013 11:37 PM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.

Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April.

Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi.

Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun.


PKR Letakkan Chegubard Di Sungai Acheh, Fariz Musa Di Pekan Lawan Najib

Posted: 09 Apr 2013 10:20 PM PDT


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrul bakal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Aceh pada PRU 13.

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman melalui emel pada jam 10.38 malam tadi.

"Sukacita saya mengumumkan KEADILAN meletakkan Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali CheguBard sebagai calon kerusi Sungai Acheh.

"Parti berharap pemilihan beliau ini akan membawa perubahan kepada DUN Sungai Acheh, seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat," kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Sungai Acheh, satu daripada tiga DUN dalam Parlimen Nibong Tebal yang dimenangi BN melalui Datuk Mahmud Zakaria yang mengalahkan calon KEADILAN, Dr Azhar Ahmad dengan majoriti tipis iaitu 250 undi. -KD



Fariz Musa lawan Najib Razak di Parlimen Pekan


Datuk Sri Anwar Ibrahim mengumumkan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN (MPP) Pusat, Fariz Musa sebagai calon melawan Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan.

Beliau yang juga Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 rasmi diumum demikian pada program di Megaview Hotel, Kuantan, malam tadi.

Pada sidang media itu, Anwar berkata Fariz bergiat dalam kegiatan parti dan perjuangan reformasi sejak awal, selain seorang aktivis yang berkesan.

"Fariz banyak memperjuang isu berkaitan penyelewengan dasar, rasuah, malah beliau kemuka ratusan laporan polis yang belum diambil tindakan.

"Untuk Parlimen Pekan, tokoh pemuda yang kena berani kerana banyak gerombolan samseng di mana-mana sekarang," katanya.

Pada 1999, pilihan raya umum selepas gerakan reformasi tercetus, Najib Razak nyaris tewas dan cuma menang dengan majoriti 241 undi, malah ada pendapat menyatakan kemenangan itu hasil 'peranan' undi pos.

Selain Pakatan dan BN, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) juga diuar-uar mahu meletakkan calon mahasiswa.

Ketua Umum KEADILAN itu turut menamakan seorang lagi MPP KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid bagi merampas kerusi Parlimen Bera yang disandang Datuk Ismail Sabri Yaacob dari Umno BN.

Kata Anwar, Zakaria, seorang jurutera yang menerima latihan di New Mexico dan California, pernah memimpin MPN Pahang dan menjadi Timbalan Pengarah Pilihan raya KEADILAN Pusat.

Calon KEADILAN yang sudah diumum bertanding di Pahang ialah Datuk Fauzi Abdul Rahman (Indera Mahkota), Fuziah Salleh (Kuantan), Murnie Hidayah Anuar (Paya Besar).
-KD



[VIDEO] Bekas Pegawai Khas Mahathir Akui Terlibat Rancang Konspirasi Fitnah Liwat 1

Posted: 09 Apr 2013 08:10 PM PDT


Bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.

"Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).

"Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini).

"Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu).

"Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama untuk peristiwa sodomi kedua…Itu dah nampak tak betul…," kata Omar disambut sorakan rakyat.

Beliau mendedahkan demikian selepas melihat gambar Mahathir bersama Aziz Shamsudin dan Profesor Sidik Baba pada malam sama bercakap mengenai akhlak Anwar.

"Bekas boss saya ini sekarang jadi kempen manager Ibrahim (Ali) katak," kata Omar disambut ketawa hadirin.

Tan Sri Aziz Shamsudin merupakan bekas setiausaha politik kepada Mahathir. Tun Daim pula bekas Menteri Kewangan sementara Sidik adalah tokoh akademik.

Umi Hafilda Ali adalah saksi utama dalam perbicaraan kes liwat 1. Antara lain, hasil maklumat yang diberikan beliau kepada mantan Perdana Menteri itu pada 1997, menyebabkan Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.

Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.

Anwar ditangkap pada malam 20 September 1998, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful.

Dalam wawancara Anwar bersama stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera 3 April lalu, Anwar percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.

"Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.

"Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga," kata Anwar.

Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Khairil Annas Jusoh.

Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.

Terbaru, Omar pula mengaku terlibat dalam konspirasi Mahathir mengaitkan Anwar dalam kes liwat I.


[VIDEO] Bandar Ipoh Dilanda Ribut Selepas Kehadiran Najib -updated

Posted: 09 Apr 2013 05:30 PM PDT


SSaksikan !!! Bandar Ipoh, Perak di landa ribut taufan hari ini selepas kehadiran Najib Razak... Najib datang jer mesti ada ribut.

Sudah banyak tempat terjadi macam nie... Adakah satu kebetulan ??? -kedahkini



Ulasan GB

Jika berita di atas benar maka sekurang-kurangnya sudah tiga kali di mana Najib berada, di situ ribut taufan melanda.

Sebelum ini:

03 Feb : [VIDEO] Ribut Melanda "My Beautiful Malaysia" Di Teluk Chempedak Ketika PM Mula Berucap

16 Mac : [GAMBAR & VIDEO] Program Najib Di Kelantan Diserang Ribut

[VIDEO] PAS Umumkan Calon: Salehuddin Di Pulai Husam Di Putrajaya

Posted: 09 Apr 2013 08:10 AM PDT


PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di Pejabat Agung parti itu sebentar tadi.


"Saya sendiri saya tak boleh umum, biar negeri yang umum," katanya dalam nada berseloroh.

Ketika ditanya tentang kerusi yang akan ditandingi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Tuan Guru Abdul Hadi dalam nada bergurau berkata "dia bertanding seluruh Malaysia".

Mohamad Sabu kemudian mencelah dengan mengumumkan bahawa presiden PAS itu akan mempertahankan Parlimen Marang yang diwakilinya.

Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak.

Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan.-HD



Pas: Husam sah di Putrajaya, Salahuddin Pulai


Pas mengumumkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, manakala Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula di Putrajaya, yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung Umno.

Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sebelum ini disebut-sebut akan diturunkan di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden Pas iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing akan bertanding di kawasan Parlimen Pokok Sena di Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media di sini hari ini.


Dalam pada itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumum sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula akan bertanding di Larut, Perak seperti dilaporkan sebelum ini.

Penyanyi Wan Aishah Wan Arifin pula diumum sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.

Abdul Hadi mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Marang.

Sebanyak 76 kerusi Parlimen akan ditandingi Pas manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula parti itu akan bersaing di 230 kerusi.

Ketika Abdul Hadi ditanya pemberita mengenai masalah pertindihan kerusi yang berlaku khususnya di Labuan, beliau berkata, perkara itu akan diselesaikan di peringkat pusat dalam masa terdekat.
-SH



Belum Apa-apa Seluar Papagomo Dah Terlucut, Tak Layak Jadi Calon!

Posted: 09 Apr 2013 05:31 AM PDT


Peguam persoal kelayakan Papagomo jadi calon

Pengumuman penulis blog kontroversi Papagomo untuk bertanding menentang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan tanda tanya oleh para pengamal undang-undang yang mempersoalkan kelayakan bekas anggota polis itu sebagai calon.

Tanda tanya itu timbul memandangkan Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan didenda ketika bertugas sebagai konstabel polis trafik.

Mahkamah Rayuan pada tahun lalul mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, dan Wan Muhammad Azri didenda RM10,000 dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari.

Seorang peguam, Razlan Hadri Zulkifli, berkata Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding disebabkan hukumen berkenaan memandangkan keputusan mahkamah itu dibuat pada tahun lalu.

"Maka, Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding melainkan Wan Muhammad Azri bukan Papagomo," katanya.

Seorang lagi peguam, Ranjit Singh juga sependapat dan berkata individu yang dikenakan hukumen denda RM2,001 dan lebih tinggi tidak boleh bertanding, seperti yang diperuntuk dalam Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menyebut, seorang anggota parlimen hilang kelayakan apabila didapati bersalah dan dijatuhi hukumen utuk tempoh tidak kurang dari satu tahun dan didenda tidak kurang dari RM2,000 dan tidak menerima pengampunan.

Perkara itu juga menyatakan, individu yang didapati bersalah tidak dibenarkan untuk bertanding dalam tempoh lima tahun. -mk

Tiada ulasan: