Selasa, 9 April 2013

dollah yankee

dollah yankee


SPR tanya mana yang lain?

Posted: 09 Apr 2013 05:57 AM PDT

SPR tak puas hati dan tanya mana lagi yang lain? Yang lain-lain jawab .. "Bukan kami tak mau daftar, bila kami daftar, kami pasti akan pangkah PR. Sebab itu kami tak daftar sebagai pengundi pos sebab kami tau dan yakin amat yang SPR akan kira kertas undi yang kami pangkah tu dalam peti yang lain!".

6,298 pengundi luar negara daftar pos
PUTRAJAYA 4 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan hanya 6,298 pengundi luar negara mendaftar sebagai pengundi pos sehingga tarikh tutup pada pukul 12 tengah malam tadi.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, jumlah itu sebenarnya sedikit dan pihak SPR tidak begitu berpuas hati dengan angka tersebut.
"Ini kerana angka rakyat Malaysia yang berada di luar negara dalam lingkungan jutaan.
"Mereka ini mungkin sibuk dengan kerja di luar negara atau akan balik untuk mengundi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat persiapan Pusat Media SPR untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sini hari.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata, seramai 2,900 pengundi tidak hadir (PTH) direkodkan untuk PRU-13.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..

Tiada ulasan: