Sabtu, 6 April 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


OPS DAULAT MUTAKHIR !!! Inikah Ketua Pengganas Sulu Yang Dicari?? Baru Ditahan.

Posted: 06 Apr 2013 03:05 AM PDT




Misteri Ketua Pengganas Sulu Yang dicari-cari selama ini mungkin sudah sampai ke punghujungnya. Penangkapan ini semestinya dapat membantu PDRM dalam melakukan siasatan lebih mendalam bagi menjejak saki baki pengganas.


Seorang lelaki berusia 60-an dipercayai salah seorang ketua pengganas sulu berjaya ditahan di Melaka hari ini.


Belum ada kenyataan rasmi daripada PDRM, namun mengibas muka lelaki yang ditahan itu menyerupai Datu Piah yang sedang diburu pihak polis.

Kita Tunggu Kenyataan Rasmi PDRM

Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna  sebelum ini . Sumber




5HB.April 2013
OPS DAULAT : GEMPAR!! LELAKI SULU DITAHAN DI MELAKA!!!

Tertuduh yang merupakan warga Filipina mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman dan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Beliau merupakan Seorang lelaki Sulu dan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dihadapkan di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas tuduhan memiliki kad pengenalan palsu dan menetap secara haram di negara ini.

Iskandar Azlan Al Shah Mohd. Nazal Al Shah, 33, yang ditahan di bawah SOSMA kerana mempunyai kaitan dengan pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Sabah didakwa di Mahkamah Majistret di sini satas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan di Mahkamah Sesyen kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki kad pengenalan dengan maklumat pengenalan diri palsu menggunakan surat beranak milik Sharif Abdilla di No. 19, Jalan Seri Mangga 2/5, Taman Seri Mangga, di sini pada pukul 7 malam, 8 Mac lalu.

Dia didakwa di bawah Peraturan 25(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak kurang RM3,000 dan tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abd. Aziz yang mengendalikan pendakwaan memohon agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana dia ditahan di bawah SOSMA dan merupakan warga asing. - UTUSAN ONLINE



Gambar: Terkini !!! Profile Penyangak SULU Didedahkan !!!    Krisiss Pencerobohan Di Lahad Datu pada 12 Februari 2013 telah membongkar beberapa individu yang dikenalpasti sebagai watak-watak utama di sebalik pencerobohan ini samada selaku ketua pengganas Mahupun sebagai talibarut.  Datu Esmail Kiram @ Raja Tua Kesultanan Sulu, 60 seorang suluk daripada Kg. Maimbong Jolo Sulu.  Datu Agbimuddin Datu Kiram @ Datu Puing, 60 merupakan Raja muda Kesultanan Sulu daripada Tubig Indangan, Simunul, Tawi-Tawi. Semasa di Lahad Datu tinggal bersama anak-anaknya Datu Nulbakti Datu Malhimuddin Jamalul Kiram @ Datu Puing di Kg Bilis, Tungku, Lahad Datu.  Agbimuddin @ Datu Puing adalah individu yang bertanggungjawab melatih 1,500 Royal Sulu Force, di Tubig Simunul. Panglima yang bertanggungjawab melatih adalah Jeneral Hadji Musa Abdulla dan Lt. Con. Ernesto Sambas @ Lion of Sulu.  Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna.  Amat Malandi @ Mat Bom, 71 bajau sibutu - memberi perlindungan kepada pengganas di Kg Tanduo Felda 17 Sahabat, sehingga meletusnya tembak menembak dengan pasukan keselamtan pada 1 Mac. Mat Bom kini dalam tahanan.  Ali Amat-37 anak Mat Bom yang bertanggungjawab memasukan pengganas ke kg Tanduo. Ali yang memandu Toyota Cygnus dan Toyota Prado mempunyai aktiviti penyelundup dan mencuri buah kelapa sawit daripada ladang Felda.  Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 40 seorang suluk yang tinggal di kg Sri Melur, Bugaya Semporna- telah ditangkap. Bertanggungjawab menyebar berita palsu termasuk pada blog-blog dan media di Filipina. - SUMBER

Profile Penyangak SULU Didedahkan !!! 

Krisiss Pencerobohan Di Lahad Datu pada 12 Februari 2013 telah membongkar beberapa individu yang dikenalpasti sebagai watak-watak utama di sebalik pencerobohan ini samada selaku ketua pengganas Mahupun sebagai talibarut.

Datu Esmail Kiram @ Raja Tua Kesultanan Sulu, 60 seorang suluk daripada Kg. Maimbong Jolo Sulu.

Datu Agbimuddin Datu Kiram @ Datu Puing, 60 merupakan Raja muda Kesultanan Sulu daripada Tubig Indangan, Simunul, Tawi-Tawi. Semasa di Lahad Datu tinggal bersama anak-anaknya Datu Nulbakti Datu Malhimuddin Jamalul Kiram @ Datu Puing di Kg Bilis, Tungku, Lahad Datu.

Agbimuddin @ Datu Puing adalah individu yang bertanggungjawab melatih 1,500 Royal Sulu Force, di Tubig Simunul. Panglima yang bertanggungjawab melatih adalah Jeneral Hadji Musa Abdulla dan Lt. Con. Ernesto Sambas @ Lion of Sulu.

Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna.

Amat Malandi @ Mat Bom, 71 bajau sibutu - memberi perlindungan kepada pengganas di Kg Tanduo Felda 17 Sahabat, sehingga meletusnya tembak menembak dengan pasukan keselamtan pada 1 Mac. Mat Bom kini dalam tahanan.

Ali Amat-37 anak Mat Bom yang bertanggungjawab memasukan pengganas ke kg Tanduo. Ali yang memandu Toyota Cygnus dan Toyota Prado mempunyai aktiviti penyelundup dan mencuri buah kelapa sawit daripada ladang Felda.

Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 40 seorang suluk yang tinggal di kg Sri Melur, Bugaya Semporna- telah ditangkap. Bertanggungjawab menyebar berita palsu termasuk pada blog-blog dan media di Filipina. -Sumber


Gambar: Mesti Penyokong Nazri BN-UMNO hairan , macam mana "Champin"  betul "edit" Gambar..   p/s: Tapi sebenarnya Gambar ini adalah TULEN.. Individu yang Yang di Hadiahkan Gelaran "DATUK SERI" oleh Sultan PALSU di SULU sebenarnya di Kenali , di kalangan Orang-orang  BN-UMNO

Tan Sri Hassan Marican [bekas CEO Petronas] dilantik sebagai pengerusi Pavilion Energy Pte,

Posted: 06 Apr 2013 02:41 AM PDT


APRIL 05, 2013
Tan Sri Hassan Marican dilantik menyertai Temasek pada Mac. - Gambar failKUALA LUMPUR, 5 April — Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Tan Sri Hassan Marican telah dinamakan sebagai pengerusi Pavilion Energy Pte, anak syarikat tenaga baru di bawah Temasek Holdings yang menguruskan pelaburan Singapura.
Hassan yang meninggalkan syarikat minyak negara pada awal 2010 dikatakan mempunyai perbezaan pendapat dengan kerajaan, telah menerima jawatan lembaga pengarah beberapa syarikat antarabangsa dalam sektor tenaga, termasuk pengerusi Singapore Power Ltd semenjak Febuari tahun lalu.
Menurut laporan Bloomberg, Hassan dilantik bersama-sama dengan ketua eksekutif Temasek Seah Moon Hing yang menyertai Temasek pada Mac.
Laporan tersebut mengatakan, Pavilion Energy ditubuhkan dengan permulaan modal dibenarkan S$1 bilion (RM2.47 bilion), untuk mengambil kesempatan daripada permintaan yang semakin meningkat di Asia, terutamanya pada gas cecair asli (LNG).
Syarikat tenaga tersebut dijangka "akan melibatkan diri dan melabur di merata tempat yang mempunyai LNG untuk memastikan bekalan jangka pangjang LNG," kata Seah dalam satu kenyataan.
"Ini termasuk perdagangan LNG; melabur di samping syarikat-syarikat minyak dan gas antarabangsa sebagai rakan kongsi untuk membangunkan projek-projek LNG; terminal bangunan penyimpanan dan pengegasan semula LNG dan melabur dalam perkapalan LNG."
Syarikat itu akan memulakan operasi pada bulan September tahun ini.
Hassan telah menyertai beberapa syarikat berkaitan pemerintah Singapura dalam tahun-tahun kebelakangan ini, termasuk SembCorp Industries Limited dan SembCorp Marine Limited. Beliau juga merupakan pengarah di Sarawak Energy Berhad dan syarikat gergasi minyak dan gas Amerika Syarikat ConocoPhillips.
Hassan, 58, merupakan sebahagian daripada ahli lembaga pengarah yang muncul bercanggah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2009-an ke atas pelantikan seorang bekas pembantu kanannya sebagai ahli lembaga pengarah Petronas walaupun Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan ahli lembaga pengarah.
Dilaporkan bekas pembantu Najib, Omar Mustapha Ong, telah ditolak dua kali dan kemudiannya dilantik hanya selepas Najib campurtangan.
Hassan, dilihat sebagai orang yang membawa Petronas, sebuah syarikat milik kerajaan sebaris dengan syraikat minyak dan gas asli dunia.

Tiada ulasan: