Kelab Greenboc |
- Mahkamah Benarkan Husam Injuksi Blogger Parpukari
- Pelakon Terkenal Abu Bakar Omar Sertai PAS
- Jika Tiada Tindakan Ke Atas Taib Mahmud, Mansuhkan Saja SPRM!
- [VIDEO] Ribuan Pekerja Bank Berpiket Di Ibu Negara, Tibai Adik Najib
- KD Altantuya Berlabuh Untuk Bantu PR Rampas Semula Terengganu Dari UMNO/BN
- Selangor Cemerlang Di Bawah PR, 5 Tahun Tanpa Rasuah & Penyelewengan
Mahkamah Benarkan Husam Injuksi Blogger Parpukari Posted: 07 Apr 2013 01:05 AM PDT Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan permohonan injunksi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ke atas blogger mesra Umno, "Parpukari". Parpukari atau nama sebenar Mohamad Salim Iskandar difahamkan rakan rapat dengan blogger Umno, Papagomo. Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, dengan perintah injunksi tersebut Khamis lalu, Parpukari dilarang daripada menulis apa-apa berkaitan Husam sehingga kes tersebut selesai dibicarakan. Pada prosiding sebelum ini Hakim Datuk Yazid Mustaffa menolak permohonan peguam Parpukari, Jasbeer Singh Kaura untuk meminda penyata pembelaan. Malah mahkamah juga menolak permohonan Parpukari memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Blogger terbabit pada 19 Februari 2012 menulis dan menggunakan gambar-gambar secara tidak tepat dan tidak benar yang dikaitkan dengan plaintif. Rencana tersebut disiarkan dalam blog; http://parpukari. blogspot. com bertajuk "parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!". Dalam writ saman plaintif mendesak defendan memohon maaf secara bertulis kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blognya dan memadam artikel berkaitan. Selain itu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu, gantirugi sebanyak RM5 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan ganti rugi punitif. Kes tersebut akan dibicara pada 19 dan 20 Jun hadapan. Sementara itu dalam perkembangan lain Husam memberitahu beliau tidak akan memohon maaf kepada Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed ekoran dakwaan menteri terbabit melulus saham FGVH lebih besar kepada syarikat Bumiputera berbanding peneroka. "Siapa kroni yang diberi keistimewaan itu, syarikat mana yang diluluskan MITI untuk memiliki saham Felda. Kita minta menteri terbabit mengeluarkan senarai syarikat berkenaan dan menjawab isu-isu berkaitan," katanya pada ceramah Kelantanku Hijau di Padang Kemahkotaan, Jeli malam tadi. Baru-baru ini Mustapa dilaporkan menuntut Husam memohon maaf berhubung dakwaan fitnah berkaitan saham FGVH yang diberi kepada kroni atau berdepan dengan tindakan saman. Husam berkata, beliau bersedia menjawab isu tersebut di mahkamah dan tidak perlu menunggu notis 48 jam seperti diberi pemimpin terbabit. -HD |
Pelakon Terkenal Abu Bakar Omar Sertai PAS Posted: 06 Apr 2013 11:00 PM PDT Abu Bakar dipakaikan baju T oleh Mohamad Nor dengan diperhatikan oleh Zamri, calon PAS Tititwangsa Seorang lagi pelakun terkenal, Abu Bakar Omar menyatakan sikapnya untuk menyokong Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini. Pelakun lelaki yang terkenal semasa era filem Opah di dalam Tv1 dan Tv3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada pru 13 ini. Abu Bakar telah dipakaikan baju T Zamri Asa'ad, calon PAS Titiwangsa oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor dalam satu majlis ceramah malam tadi. Turut serta di majlis itu adalah Zamri sendiri yang diumumkan sebagai calon PAS di Titiwangsa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini. Abu Bakar yang berasal dari Titi Gajah, Alor Setar, Kedah terkenal sebagai pelakun yang hebat dan pernah menang beberapa anugerah dalam bidang lakunan. -HD |
Jika Tiada Tindakan Ke Atas Taib Mahmud, Mansuhkan Saja SPRM! Posted: 06 Apr 2013 08:10 PM PDT Perdana menteri patut menggesa Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur kerana enggan memberi kerjasama kepada SPRM bagi menyiasat penyalahgunaan lesen pembalakan anggota keluarga ketua menteri Sarawak itu. Jika tidak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Datuk Seri Najib Razak lebih baik memansuhkan sahaja suruhanjaya itu kerana gagal menjalankan tugasnya. "Bukan sahaja tidak bekerjasama dan menjawab dakwaan itu, Taib sebaliknya pilih menyerang SPRM," "Jika Taib tidak berundur, Najib patut mansuhkan sahaja SPRM, ekoran SPRM bukan ditubuhkan untuk menentang rasuah tetapi melindungi rasuah," kata Lim dalam kenyataannya. Taib pada Khamis lalu berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan SPRM berhubung satu video yang didedah NGO antarabangsa, Global Witness. Rakaman video itu Mac lalu membongkar skandal pembalakan melibatkan keluarganya yang merampas tanah pedalaman didiami rakyat miskin Sarawak. Berkongsi pendapat sama, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut meminta Najib membubarkan SPRM jika tidak berani mengambil tindakan. "Adakah Najib lebih mementingkan 27 kerusi Parlimen di Sarawak sehingga Taib Mahmud tidak boleh disentuh? Bukankah seorang PM itu bersumpah untuk menegakkan kedaulatan undang-undang," tegasnya. Di bawah Seksyen 47 dan 48 Akta SPRM 2009, keengganan untuk bekerjasama dengan SPRM boleh dihukum denda maksima RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua pula berkata, Taib cuba mengatasi undang-undang hingga Najib tidak mampu berbuat apa-apa terhadapnya. "Tindakan transformasi Najib untuk membanteras rasuah juga adalah satu lakonan semata-mata," katanya seperti dilapor The Malaysian Insider. SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan siasatan dijalankan ke atas video tersebut yang antara lain merakam percakapan ahli keluarga Taib dan rakan perniagaannya yang menyalahgunakan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri. SPRM dilapor turut menjalankan serbuan ke atas pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa itu. Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Maruah dan keredibiliti SPRM tercabar. Teramat nyata sekarang pemimpin BN sendiri memperleceh dan memperlekehkan SPRM. Rakyat kini menunggu apakah tindakan SPRM selepas ia diperlekehkan sedemikian rupa dengan keengganan Taib Mahmud memberikan kerjasama terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM. Apakah SPRM bersedia untuk mendapatkan waran tangkap kepada pemimpin BN Sarawak itu? Jikalah yang bercakap sedemikian adalah pemimpin Pakatan Rakyat, GB rasa dah hiruk pikuk satu Malaysia... Jika tiada tindakan dari SPRM, itulah bukti nyata SPRM adalah kuda tunggangan UMNO BN fullstop |
[VIDEO] Ribuan Pekerja Bank Berpiket Di Ibu Negara, Tibai Adik Najib Posted: 06 Apr 2013 05:01 PM PDT Lebih 1,000 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) berhimpun di Menara Maybank di ibu negara hari ini bagi membantah pengurusan CIMB dan Maybank. Piket yang bermula jam 2 petang itu dimulai dengan bacaan doa oleh seorang jawatankuasa Nube, dan diaminkan oleh ahli-ahli Nube, tanpa mengira kaum. Cuaca yang pada mulanya mendung dan hujan, kemudiannya bertukar menjadi cerah ketika mereka mula melaung-laungkan pelbagai kata-kata semangat. Sehingga jam 2.30, jumlah mereka meningkat hingga hampir 3000 sebelum mereka berarak ke Menara OUB yang menempatkan bank CIMB, di Jalan Tun Perak. Selain laungan semangat seperti 'Hidup Nube', bangkit pekerja, hentikan penindasan, mereka juga membawa pelbagai banner dan sepanduk mengecam pengurusan CIMB, Maybank dan Bank Muamalat. Antara banner yang menarik perhatian umum, ialah banner yang tertulis 'Abang sulung cakap rakyat didahulukan, adik bongsu cakap saya dan kroni didahulukan', 'adik PM, Nazir Razak mungkir janji'. Naib Presiden Nube, Abdul Jamil Jalaludin ketika berucap di hadapan ahli-ahli kesatuan itu, berkata jika pemimpin negara benar-benar menghayati semangat 1 Malaysia, mereka perlu turun menemui ahli-ahli yang berbilang kaum pada piket itu. Beliau yang dipecat pihak pengurusannya, Maybank cawangan Pulau Pinang sejak hampir dua tahun lalu, dikatakan dikenakan tindakan atas alasan 'menjalankan aktiviti kesatuan secara aktif'. Dalam risalah yang diedarkan kepada orang ramai, Nube menuntut 10 perkara yang memerlukan tindakan segera pihak berkaitan, antaranya menhentikan pencabulan Rukun Negara apabila pihak CIMBmeminta menurunkan semua gambar Yang DiPertuan agong sebagai langkah menjimatkan kos. Nube juga menuntut agar menghentikan jualan produk secara salah seperti pinjaman, kad kredit kepada pelangganyNg bukan sahaja tidak memerlukan, malah tidak mampu membeli produk itu yang dijalankan wakil jualan bank yang tidak jujur dan menipu pelanggan. Nube turut mendesak agar menhentikan caj melampau yang dikenakan ke atas pelanggan termasuklah caj untuk kemudahan ATM dan urusniaga transaksi, penyata bank, dan caj kepada pelanggan yang invin mendapatkan perkhidmatan mereka. Piket yang berlangsung sehingga jam 4. 30 petang itu berakhir dengan aman, sambil diberikan kerjasama yang baik oleh pihak berkuasa. Orang ramai yang melalui jalan tersebut turut membunyikan hon kenderaan mereka sebagai tanda sokongan. -HD |
KD Altantuya Berlabuh Untuk Bantu PR Rampas Semula Terengganu Dari UMNO/BN Posted: 06 Apr 2013 08:04 AM PDT Awas!!!!! Kapal selam KD Altantuya sudah berlabuh di Kuala Terengganu bagi membantu kemenangan PAS/PR merampas Terengganu dari kerajaan zalim rasuah UMNO/BN. Kapal selam KD Altantuya ini kini berada di Kg Nibong, Kuala Terengganu. Cukup kreatif anak-anak muda kita sampai boleh membina satu kapal selam Altantuya berlambang logo PAS. ANAK-ANAK MUDA HEBAT!!!....INS'YALLAH TERENGGANU KITA AKAN TAWAN SEMULA. -omakkau |
Selangor Cemerlang Di Bawah PR, 5 Tahun Tanpa Rasuah & Penyelewengan Posted: 06 Apr 2013 05:05 AM PDT Rakyat Selangor diminta menilai sendiri keupayaan dan perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat (PR) dalam tempoh lima tahun ini. Ini kerana menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim PR membuktikan dalam tempoh lima tahun mentadbir Selangor bebas daripada rasuah dan penyelewengan kuasa. Malah, dakwaan Umno-BN ternyata salah apabila mengatakan Selangor akan bankrap di bawah pentadbiran PR. "Simpanan negeri sebelum 2008 tak sampai RM 500 juta. Sekarang kita ada lebih RM 2.6 bilion. Keupayaan mentadbir jelas terbukti. Dari segi pelaburan dalam lima tahun ini, ia mencecah RM 50 bilion. "Setakat ini, kita juga sudah peruntukkan lebih RM700 juta hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor ia sangat berbeza dengan pentadbiran sebelum ini. "Konsep hasil negeri untuk rakyat kita laksanakan untuk beri peluang kepada rakyat menikmati limbahan kemakmuran tanpa kira ideologi politik," katanya dalam ucapannya di Majlis Kenduri Kesyukuran pembinaan surau dan cadangan pembinaan bangunan Sekolah Rendah Agama, di Kampung Medan, di sini. Abdul Khalid menambah di bawah pentadbiran PR juga turut membawa perubahan kepada Pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama melalui penyaluran peruntukkan sebanyak RM6 juta setahun berbanding pentadbiran sebelum 2008. "Jika dahulu, walaupun Jabatan Agama Islam negeri yang menjaga Sekolah Agama Rakyat (SRA), tapi mereka (Umno-BN) tidak memberi peruntukan terus kepada SRA. Ramai anak-anak terasing. "Kini di bawah PR, kita membuktikan bahawa kita tidak mengabaikan mereka, elaun guru sekolah agama kita naikkan dari RM700 kepada RM1,200 sebulan. Melalui pendidikan, jelas banyak usaha yang sudah dilakukan, permohonan kemasukan ke sekolah agama juga meningkat. "Kita juga tidak membezakan pendidikan, semua jenis sekolah termasuk sekolah Cina, Tamil dan Islam kita bantu sebab kita percaya melalui pendidikan akan menentukan pembangunan negeri," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap rakyat di negeri itu, khususnya dapat memilih pemimpin yang mengutamakan rakyat bukannya hanya berkempen kebajikan menjelang pilihan raya. "Bila tiba masa pilihanraya nanti, pilihlah siapa-siapa tetapi janganlah bergaduh, bergaduh itu memalukan. Kematangan perlu ada. Politik-politiklah tetapi jangan sampai pecahkan ruyung. Ini kes tidak betul. " Tunjukkan tanggungjawab dalam agama untuk memilih orang yang betul. Tidak perlu mengoyakkan bendera atau menurunkan bendera parti mana-mana sekalipun, dengan cara itu kita boleh adakan pilihan raya dengan aman," katanya. -selangorku Ulasan GB Dasar UMNO BN yang tak reti bahasa dan sentasa berlaku zalim ke atas rakyat. Negeri yng diperintah Pakatan disekat pembangunan, dirompak royaltinya, kemudian irihati dengan kemajuan Selangor di bawah Pakatan. Namun kebenaran terbukti jua: Yang zalim itu, lambat laun pasti akan menerima hukuman Allah swt. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan