Sabtu, 27 April 2013

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Adam Adli tewas...

Posted: 26 Apr 2013 04:58 AM PDT

Mahkamah: Keputusan UPSI gantung Adam Adli sah

26 April 2013

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes semakan kehakiman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, hari ini mengingatkan pelajar itu supaya menghormati pemimpin walaupun pegangan politik berbeza.

Hakim Datuk Zaleha Yusuf berkata demikian dalam penghakimannya selepas menolak permohonan Adam Adli untuk mencabar keputusan UPSI yang menggantungnya kerana melanggar peraturan universiti.

Beliau tidak menetapkan sebarang kos setelah mengambil kira pemohon (Adam Adli) adalah seorang pelajar.

Hakim Zaleha berkata perbuatan Adam Adli di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Disember 2011, telah mendapat publisiti meluas dan sebagai pelajar UPSI, nama UPSI turut tercalit dan pihak universiti berhak mengambil tindakan disiplin terhadapnya.

"UPSI memberitahu mahkamah bahawa Adam Adli telah diberi peluang untuk mengemukakan kesnya dan beliau boleh menghantar wakil. Tetapi pemohon menolak untuk menghantar wakil dalam prosiding jawatankuasa tatatertib UPSI dan tidak memberi sebarang bantahan semasa prosiding dijalankan.

"Beliau tidak hadir walaupun telah dimaklumkan sebelum itu dan Adam Adli hanya menghantar wakil untuk mengetahui keputusan pihak jawatankuasa sahaja," katanya.


Paparon - Dahlaa Adam. Jom jamming



Tak serius nak tawan Putrajaya sebenarnya...

Posted: 26 Apr 2013 04:34 AM PDT

Ramai aktivis pro reformasi sejak 98 dan yang berfahaman 'tidak fanatik parti' dilihat kurang bersemangat dengan PRU kali ini. Jika dilihat, hanya orang-orang parti sahaja yang bekerja.

" kami nampak momentum mahu perubahan oleh rakyat ini disabotaj pimpinan yang mengambil peluang membawa kroni masuk jadi calon. Ramai terpinggir. Pak Jabit atau Pak Man Kadir pun bising-bising. Ada juga bebudak kutuk dia suruh bersabar tapi budak-budak ini bukan tahu sejarah. Pak Jabit bergiat sejak 70an lagi." kata Din Beruang.

"yang aku rasa pemimpin PR ini memainkan perasaan rakyat, memberi ilusi yang kali ini PR menang. Walhal mereka tahu mustahil hendak menang hanya melalui PRU. Menang itu bonus tapi yang penting dapat pekerjaan. Politik adalah karier. Memastikan diri ada kerja sebagai Yb dan juga kawan-kawan dapat juga" Mat Saadon mengeluarkan teori.

" lihat saja pertikaian merebut kerusi. Lima tahun tak selesai. Tengok pula Haji Hadi. Lepas kata Pas tak percaya beberapa calon PR, dia kata PM mestilah Islam pulak. Ini semua tak payah cakap, orang dah lama terima."

"macam sengaja nak cari kontroversi sehingga meleret ke isu hudud dan macam-macam"

"tobat lahum aku tak percaya depa!" Din Beruang hentak meja.

Paparon diam sahaja sambil korek hidung.

Paparon - pil kuda dengan tahi hidung mana lebih masin?

Tiada ulasan: