Sabtu, 27 April 2013

.

.


Karpal Singh Hidapi Saraf Politik?

Posted: 26 Apr 2013 08:03 PM PDT

ULASAN ISU                                                                                          

Kalau kita menyifatkan Karpal Singh sedang menghidap satu penyakit berhubung saraf mungkin ada yang tidak bersetuju dan akan menganggap tanggapan itu busuk dan kejam. Tetapi kalau diperhatikan tindak tanduk dan aksi-aksi lisan poliiknya (kenyataan media) yang tidak menuruti alunan angin semasa dalam PKR, Karpal Singh memang sah menghidap sejenis penyakit.

Karpal: Naif politik.
Pemikirannya mungkin masih waras, tetapi politiknya sudah tidak begitu waras. Karpal semacam bercakap apa yang terlintas di kepalanya saja tanpa mempedulikan maslahat lain dan dia seakan berada dalam kekacauan fikiran antara politik dengan profesyennya sebagai seorang pengamal undang-undang. Apakah Karpal tahu bahawa di dalam politik tidak ada (valid) undang-undang? Atau undang-undang hanya digunakan untuk pemanis mulut sahaja bukan untuk diamalkan sepenuhnya seperti di dalam sebuah perbicaraan mahkamah yang mempunyai tatacara dan peraturan ketat?

Jadi dunia politik tidak boleh disamakan dengan dunia mahkamah yang berdasarkan hujah dan fakta dan menang kalah bergantung kepaada teknikal?

Di dalam politik juga tidak ada kebenaran yang mutlak sebaliknya penuh dengan kemunafikan dan tipu helah. Tidakkah Penegerusi DAP itu mempelajari politik dari pihak lawan yang menyerang membabi buta tanpa mempedulikan undang-undang adat dan agama. Tidakkah dia tahu politik itu untuk mendapatkan kuasa dan kuasa itu akan digunakan membentuk apa yang kita perjuangkan?

Karpal seharusnya sudah arif dengan perkara ini sebab dia adalah orang usang dalam politik. Sudah menjadi ahli parlimen lebih 30 tahun. Sepatutnya dia tidak lagi bermain (berperang) dengan diri dan prinsipnya. Kalau dia mahu tegak dengan prinsipnya lebih baik beliau keluar dari circle politik. Duduk di pejabat, pergi ke mahkamah dan debatkan undang-undang di sana.

Haron: mencari modal.
Desakan terbaru Karpal Singh kepada Anwar Ibrahim agar menyatakan pendirian dan sikap mengenai hudud adalah sesuatu yang bercanggah dengan semangat politik masa kini. Desakan Karpal itu songsang dan mematahkan semangat orang lain. Karpal tertinggal kapal politik masih membicarakan soal-soal yang remeh dari konteks politik. Saat orang bergerak untuk mendapatkan kuasa bagi memperbetulkan setiap kesilapan dibuat UBN, dia masih menggoncang sauh kapal kononnya ia perlu dipebetulkan.

Apakah Karpl tidak merasai yang kapal Pakatan Rakyat sedang meluncur laju dengan penuh bergaya kini. Kenapa hendak dikucahkan laut menjadi ombak bagi mengoleh-olehkan kapal? Karpal mendesak Anwar menyatakan soal hudud itu apabila Timbalan Mursyidul Am Haron menegaskan yang PAS tetap akan melaksanakan hudud. Karpal mungkin tidak faham apakah manfaat kenyataan Haron Din itu dengan suasana pilihan raya ini. Beliau sepatut bijak membaca kenyataan itu dan bukan bodoh menembak.

Sebagai parti Islam yang concern kepada hukum Islam semestilah Haron Din menegaskan demikian. Bagi PAS usaha melaksanakan hudud adalah wajib. Dan penegasan Haron Din itu juga dalah aset buat PAS dalam konteks Melayu. Seharusnya Karpal bijak membaca isi hati Haron Din.

Itu sebab saya kata Karpal cerdik dalam bidang undang-undang tetapi kurang bijak dalam politik.
Tenguk Lim Kit Siang atau Guan Eng, mereka juga ada agenda dan matlamat sendiri. Mereka juga ada sudut-sudut yang tidak selari dengan kepimpinan Pakatan lain baik Nik Aziz atau Anwar Ibrahim. Saya percaya mereka juga kurang bersetuju dengan hudud. Tetapi kerana mereka bijak politik tahu waktu mana hendak menyalak dan waktu mana hendak pejam-pejam mata.

Karpal cekap membela anak guamnya tetapi dia kurang cekap dan naif dalam politik. Kalau dia cerdik dia tidak akan membicarakan soal hudud dan bercakap benda-benda yang bertentangan dari segi moral, budaya dan agama pada saat sedang berjalan menuju ke pusat mengundi. Dia tidak bergasak dengan Dr Haron Din yang menyatakan pendirian dan sikapnya terhadap agenda Islamnya.

Dalam soal ini Haron Din juga boleh dipersalahkan kerana kurang bijak untuk menjual modal bagi mendapat undi. Beliau sepatutnya tidak membuka budu di tengah ramai kerana bau wangi budu itu akan menerpa hidung sesiapa saja termasuk yang alergik dengan pencicah pembuka selira makan itu.

Mulai hari ini baik Karpal dan Haron Din atau sesiapa jangan membincangkan soal agenda masing-masing dari lorong dan lurah agama dan bangsa. Kurang perselisihan atau tahan nafas untuk berlaga angin sesama sendiri. Yang penting biarlah Pakatan Rakyat menang dahulu. Selepas itu kalau hendak bergasak sampai berasap pun silakan. Kalau hendak bertikam main pedang pun silalah. Tetapi janganlah menjadi pandir, lebai malang ata pak kadok, kita bergaduh sebelum masanya. Kita berlundur sebelum duduk. Kebodohan kita jangan sampai dipersendakan oleh rakyat.

Semua pemimpin Pakatan Rakyat harus meletakkan usaha untuk menang terlebih dahulu. Soal tetek bengkit atau mengenai dasar dan polisi untuk menepati nyawa perlembagaan parti masing-masing bincang kemudian. Kalau dibincang masa ini, sebelum kuasa ada ia tidak menjadi apa-apa. Sia-sia sahaja. Pastikan meja bulat di Putrajaya terbentang dulu sebelum kita hendak berdebat dan menuntut hak.

Kepada rakyat dan pencipta perubahan pula usah pedulikan pertikaikan dan kekaburan politik orang seperti Karpal Singh atau Haron Din atau sesiapa pun. Tinggalkan mereka bergaduh dengan diri mereka sendiri. Kalau boleh campakkan mereka ke dalam tong sampah. Biar dia berkokok dari dalam ruang yang hanyir itu kerana ia sesuai dengan tahap politik mereka yang hampak dan haprak. Kalau kita mengambil pot kepada butir bicara yang merugikan kita, kita juga akan jadi seperti mereka. [wm.kl.10:50 am 27/04/13]

Putrajaya Sudah Ditakluk...

Posted: 26 Apr 2013 06:23 PM PDT

CATATAN FOTO                                                                                                               

Dalam tempoh 12 jam semalam dan malam tadi Putrajaya diserang dan ditakluki oleh Pakatan Rakyat apabila belasan ribuan rakyat bermukim di situ untuk mengikuti ceramah perdana Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sekaligus menzahirkan sokongan dan simpati kepada calon Pakatan Rakyat, Husam Musa.

Tokguru mendoakan untuk Husam dan PR.
Ledakan orang ramai malam tadi adalah kesenimbungan keghairahan komuniti Putrajaya termasuk kakitangan kerajaan untuk bersolat Jumaat bersama Tokguru Nik Aziz di Masjid Sultan Mizan yang juga dikenali dengan nama masjid Besi belah tengah harinya.

Sebaran gambar dan video kehangatan sambutan kepada Tokguru di masjid itu di wall Fb telah menarik perhatian dan minat orang ramai untuk mengikuti ceramahnya di sebalah malam. Sejak awal-awal sebaik lepas Maghrib lagi orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke lokasi ceramah di Prinsit 3, di belakang kompleks bangunan mahkamah. Seluurh kawasan melimpah dengan orang ramai yang kebanyakannya kaum remaja.

Kebetulan semalam adalah hujung minggu, memberi masa dan ruang kepada warga kota untuk bersantai sambil mengikut aktiviti kempen pilihan raya. Menyaksikan belasan ribuan yang hadir ia menandakan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari sehari ke sehari. Malam ini seleberiti dakwah Azhar Idrus pula akan turun ke Putrajaya.

Boleh dikatakan separuh yang hadir malam tadi adalah anak-anak Kelantan yang berada di Lembah Kelang. Kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan memberi petunjuk, semangat anak Kelantan untuk membela negerinya menerusi PAS begitu tinggi sekali. Mereka hadir juga atas dasar semangat Kelantanis, untuk menyatakan sokongan dan mendorong calon PAS di Putrajaya Husam Musa agar tidak gugah berdepan dengan Teuku Adnan Teuku Mansor.

Suasana semalam memberi gambaran rakyat Kelantan yang berada di luar akan kembali mengundi di Kelantan. Keadaan ini sudah tentu lebih 80% dari 160,000 pengundi luar akan berpihak kepada PAS. Seharusnya Umno merasa cemas dengan apa yang berlaku semalam. Sambutan diberikan itu sudah dapat dibayangkan setiap mereka yang hadir semalam akan mengundi bulan.

Kandati Umno Kelantan kini dikata mendapat sokongan, tetapi kepulangan perantau dengan niat membela Kelantan akan meranapkan harapan Umno untuk memerintah. Sekali lagi fenomena tahun 1999 dan 2008 akan berulang. Seandainya fenomena ini benar-benar berulang besar kemungkinan Umno akan gagal untuk meraih satu kerusi dan enam kerusi Negeri dan dua parlimen yang dimiliki sekarang juga akan terlepas.

Apakah sejarah 1990 akan berulang?

Berikut dipaparkan beberapa keping gambar yang dirakam wakil saya, MEMS malam tadi;

Lautan manusia.
Berhimpit mendekati skrin untuk melihat wajah Tokguru.
Semua sudut sendak.
Laksana di Padang Arafah.
Putrajaya penuh sesak dengan kereta.
Hampir separuh yang hadir rakyat Kelantan.
Semua jalan penuh dengan kenderaan.


 [wm.kl.9:32 am 27/04/13]

Ribuan Sambut Tokguru di Putrajaya Hari Ini

Posted: 26 Apr 2013 05:22 AM PDT

FOTO AMBILAN                                                                                                              

Jumaat tadi Tokguru Nik Abdul Aziz telah bersolat Jumaat di Masjid Sultan Mizan di Putrajaya bersama-sama calon PAS Husam Musa. Kehadirannya dalam rangka untuk berkempen membantu Husam merampas Putrajaya.

Malam ini beliau dijangka mengakhiri kunjungannya ke Putrajaya memberi ceramah di belakang Istana Keadilan, Putrajaya.

Kehadiran Nik Aziz itu diambil peluang oleh jemaah untuk bersalaman dan menadah doanya. Ribuan jemaah termasuk kakitangan kerajaan yang bekerja di Putrajaya mengambil peluang untuk bersalaman dengan bekas MB Kelantan itu tanpa mengihiraukan arahan ketua jabatan agar tidak mendekati Tokguru dan Pakatan Rakyat.

Khabarnya ketua-ketua jabatan kerajaan di Pusat Pentadbiran Putrajaya telah mengeluarkan skelar khasnya memberi peringantan dan larangan agar kakitangan kerajaan tidak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Berikut dipaparkan beberapa keping gambar yang saya curi dari blod http://kerabubersuara.blogspot.com. Diharap tuan punya blog tidak marah dan memberi keizinan kerana menggunakan gambar ini. Apa yang anda saksikan dalam gambar ini betapa Tokguru Nik Aziz dikasihi dan disanjungi. Dia masih beraura!

Wassalam. [wm.kl.8:16 pm 26/04/13]

Ratusan jemaah mengambil kesempatan memotret Tokguru di tengah khalayak.

Husam Musa (bersongkok) mengiring Tokguru memasuki masjid.

Tubuh Tokguru yang kecil tenggelam dalam huruman orang ramai.

Gambar yang menakutkan Najib dan Muhyuddin.

UBN Dakwa Dapat Lapan Kerusi Parlimen di Kelantan?

Posted: 26 Apr 2013 04:16 AM PDT

TEMUI ANALISA                                                                                                           

Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed nampak semakin berani dan konfiden prestasi partinya terus meningkat dari sehari ke sehari. Semalam buat pertama kali semasa melancarkan jentera pilihan raya di Pasir Puteh beliau telah menyuarakan secara terus terang UBN Kelantan mensasaran lapan kerusi parlimen dan tidak mustahil kalau UBN akan menang di 30 kerusi Negeri.

Nik Abduh: InsyaAllah menang.
Mungkin beliau ada petanda dan fakta tersendiri apabila mengeluarkan spekualasi itu. Bagaimana pun apa yang diucapkan Mustapa itu agak kontras dengan keyakinan di pihak pekerja dan petugas core parti PAS di Kelantan. Pemerhati bawahan di Kelantan yang pro kepada PAS masih beranggap PAS berada dalam keadaan selesa setidak-tidaknya akan mengekalkan pemerintah selepas pilihan raya ini.

Fakta-fakta yang dikeluarkan oleh kedua pihak untuk dijadikan pentunjuk aras kemajuan masing-masing tidak dapat disahkanh oleh mana-mana pihak. Ia dibuat berdasarkana pemerhatian, kajian dalaman parti dan pendapat-pendapat bebas yang boleh jadi tepat dan boleh jadi meleset.

Satu laporan kajian dan perangkaan yang saya dapati mungkin boleh dijadikan bahan untuk melihat sejauh mana kebenaran dakwaan kedua-dua pihak. Kajian ini tampaknya agak bias, ada sedikit kecederongan kepada UBN. Tetapi dijelaskan kajian berupa laporan harian ini dilihat kemas dan boleh diambil kira sebagai petunjuk untuk dilakukan tindakan oleh PAS.

Dalam kajian ini berkebetulan meletekkan lapan kerusi parlimen yang tidak berapa sedap untuk PAS. Manakala enam kerusi diletakkan berada di tangan PAS. Kerusi-kerusi yang diletakkan sukar untuk ditawan oleh UBN ialah, Tumpat. Menurut kajian itu daripada 98,832 pengundi dianggarkan sebanyak 82% keluar mengundi PAS akan menang dengan majoriti 6,832 undi.

Majoriti dicapai PAS menerusi calonnya Kamaruddin Jaafar sebanyak 9,377 ini bermakna berkurangan sebanyak 2,545.

Selain kerusi Tumpat ialah kerusi Pengkalan Chepa. Menurut kajian itu daripada 64,532 pengundi dianggarkan sebanyak 85% keluar mengundi. Keadaan ini memberi kemenangan kepada PAS dengan majoriti 9,922 undi. Majoriti kemenangan ini berkurangan berbanding pilihan raya tahun lepas sebanyak 11,311 iaini berkurangan sebanyak 1,389.

Kerusi Kota Bharu juga diletakkan dalam tangan PAS. Daripada 81,425 pengundi dianggarkan 87% yang keluar mengundi calon PAS akan menang dengan majoriti 7,186 undi. Pilihan raya lalu majoriti di Kota Bharu 11,288. Ini juga berkurangan sebanyak 4,102.

Kerusi Rantau Panjang juga diletakkan dalam tangan PAS. Daripada 53,000 pengundi dianggarkan 83%, keluar mengundi PAS dijangka menang sebanyak 3,401. Pilihan raya lalu PAS menang menerusi Siti Zailah Yusof dengan majoriti 4,486. Majoriti kali ini berkurangan sebanyak 1,085.

Kerusi Kubang Kerian juga diletakkan ditangan PAS. Daripada 65,502 dianggarkan 85% pengundi yang keluar PAS akan menang dengan majoriti 7,834. Ini berkurangan sebanyak 2,808. Majoiri lalu 10,642 yang dimenangi PAS menerusi Salahuddin Ayub.

Kerusi terakhir diletakkan ditangan PAS ialah Pasir Mas. Daripada 72,122 pengundi dianggarkan 82% yang keluar PAS dijangka mempertahankan kerusi ini dengan majoriri 2,590 berbanding dengan pilihan raya yang dimenang calon menggunakan simbol PAS sebanyak 8,991. Ini bermakna berkurangan 6,401.

Manakala lapan kerusi yang menjadi sasaran UBN yang diletakan dibawah warna Kelabu Hitam. Kerusi itu ialah; Bachok yang dijangka akan menangi dengan kelebihan undi 1,189. Dari 81,733 pengundi kajian itu menganggarkan 86% akan keluar mengundi. Dalam pilihan raya lalu PAS menang dengan majoriti 2,896 ini bererti undi PAS berkurangan 1,707 undi.

Kerusi Ketereh juga dinilai akan menjadi milik UBN. UBN akan menang dengan 1,045. Dari 62,341 pengundi dianggarkan sebanyak 86% yang akan keluar mengundi. Dalam pilihan raya lalu calon PKR Abdul Aziz Kadir menang dengan majoriti 400 undi saja mengalahkan Annuar Musa. Ini bereti undi majoriti PKR hilang lebih separuh.

Dikerusi Tanah Merah kajian itu juga menunjukkan UBN akan merampas kerusi milik PKR itu dengan majoriti 1,400. Anggaran keluar mengundi sebanyak 93% daripada 58,356.  Dalam pilihan raya lalu kerusi Tanah Merah dimenangi PKR menerusi Amran Abdul Ghani dengan majoriti 1,584 undi. Ini bermakna kekurangan undi PKR 148 sahaja. 

Parlimen Pasir Puteh juga dijadikan sasaran. UBN akan menang 2,709 undi. Daripada 76,417 dijangka 87% yang keluar mengundi. Kerusi ini menjadi milik PAS dalam pilihan raya lalu dengan majoriti 3,968.

Sebuah lagi kerusi yang diperkirakan milik UBN ialah kerusi Machang. Kerusi ini dijangka dimenangi UBN dengan majoriti 1,196 dengan anggaran pengundi 84% yang keluar daripada 59,344 pengundi keseluruhannya. Dalam pilihan raya lalu PKR menang dengan majoriti 1,820.

Kuala Krai juga kerusi yang diletakkan berpihak kepada UBN. Di kerusi ini UBN menjangka akan menang 451 undi sahaja dengan anggaran 84% keluar mengundi daripada 63,221 pengundi kesemuanya. Dalam pilihan raya lalu PAS menang kerusi ini menerusi Dr Mohd Hatta Ramli dengan majoriti 4,984. Perangkaan ini dilihat terbesar kesusutan kepada PAS.

Manakala dua kerusi yang ditanda dengan 'putih' ialah parlimen Jeli dan Gua Musang. Di Jeli UBN dijangka menang dengan majoriti bertambah 6,263. Jumlah pengundi keluar sebanyak 85% daripada 43,430. Majoriti dulu 4,436. Pertambahan sebanyak 1,827.

Di Gua Musang pula kajian ini memberi mata kepada UBN akan menang dengan majoriti 6,521 dengan angaran keluar mengundi 83.55% daripada pengundi keseluruhan 40,271. Dalam pilihan raya lalu kerusi ini dimenangi sebanyak 4,394, pertambahan majoriti sebanyak 2,127. 

Kalau diperhatikan peningkatan undi untuk UBN agak tinggi juga di mana majoritinya di antara 279 hingga 6,521.

Semoga kajian yang bersifat psikologis ini dapat dijadikan iktibar oleh PAS. Ia walaupun sebuah kajian bersifat secara umum dan ada bias, tetapi ia boleh dijadikan panduan dalam memastikan kerusi-kerusi milik PAS tidak akan terjatuh ke tangan UBN. Perangkaan yang diberikan boleh dijadikan panduan dan congakan oleh bilik gerakan atau para penganalisa di bilik gerakan PAS.

Adalah adil kalau PAS dapat mengeluarkan kajian rambangnya untuk menunjukkan prestasi mereka sebaik selepas penamaan calon. [wm.kl.7:01 pm 26/04/13]

Tiada ulasan: