Sabtu, 27 April 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Abang Kepada Calon BN Sertai PAS Di Perak

Posted: 27 Apr 2013 01:10 AM PDT


Markas PAS Sungai Bayor Selama telah melakar satu sejarah politik dimusim PRU13 apabila Saudara Noor Ghani bin Mohd Yusof 57, abang kandung kepada calon BN bagi N05 DUN Selama Datuk Daud bin Yusof dengan rasmi menyertai PAS disini.

Majlis yang dihadiri oleh penduduk sekitar Sungai Bayor yang mencecah 1000 orang penyokong Pakatan Rakatan dihadiri oleh Datuk Fauzi Shaari calon Parlimen Larut,Ust Akmal Kamaruddin calon DUN Selama dan beberapa pimpinan PAS serta Pakatan Rakyat.

Sebagai simbolik penyertaan Sdr Noor Ghani ke-dalam PAS, bendera UMNO dan BN digulung oleh beliau dihadapan hadirin yang hadir kemudian disambut dengan laungan Takbir..!!!

"Semalam Najib ke sini dan mantan Ketua Cawangan PAS Sungai Bayor Zanian kembali kepangkuan UMNO... dan hari ini PAS Sungai Bayor di DUN Selama mendapat berita amat gembira sekali, yang mana abang kepada calon BN disini menyertai PAS" - Ujar Datuk Fauzi Calon PAS Parlimen Larut. -orangni


Pemuda India turut hadir memberi sokongan


Datuk Fauzi disambut pemuda India Selama


Rasmi: Penyerahan borang PAS oleh abang kepada calon BN Selama


PAS Cawangan Sungai Bayor meraikan Sdr Ghani menyertai PAS


Takbir..!!! Ust Akmal dan Datuk Fauzi bersama penyokong Pakatan Rakyat meraikan penyertaan Sdr Ghani


Aksi Sdr Ghani :Bendera UMNO BN digulung tanda meninggalkan parti tersebut


Berdoa sebelum majlis bersejarah selesai


[EDISI KANTOI] Zahid Hamidi Pembohong Tahap Antarabangsa!

Posted: 26 Apr 2013 11:15 PM PDT


Tembak 35 tentera Sulu: Tentera Filipina sanggah Zahid Hamidi

MANILA, 25 April: Angkatan Tentera Filipina (AFP) menolak dakwaan Menteri Pertahanan Malaysia bahawa pasukan keselamatan membunuh 35 tentera Sulu yang kononnya cuba memasuki Sabah untuk mengganggu PRU 13.

"Kita semak dengan Tentera Laut Filipina dan Estearn Mindanao Command dan mereka tidak menerima laporan sedemikian," kata jurucakap AFP, Colonel Arnulfo.

Aravelo bercakap dengan Komander Pasukan Petugas Tentera Laut berpangkalan di Tawi-Tawi pada 2.25 petang dan tidak menerima pengesahan berkaitan insiden yang didakwa Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian kepada InterAksyon, sebuah portal berita terkenal negara itu.

Hal sama turut disuarakan Colonel Edgard Arevalo, jurucakap Tentera Laut tentang hal ehwal Laut Filipina Barat.

Pemangku jurucakap Tentera Laut, Lieutenant Komander Gregory Fabic pula berkata, Western Command dan Pasukan Petugas Tentera Laut 62 yang berkuasa ke atas lokasi insiden itu, turut menafi dakwaan Zahid.

Kedua-dua pegawai Tentera Laut itu enggan mengulas mengapa Zahid membuat dakwaan itu.

Zahid sebelum ini mendakwa tentera Sulu ditembak selepas enggan berpatah balik walaupun amaran diberi agar tidak menyeberangi perairan Malaysia.

Pada Februari, lebih 200 pengikut Kesultanan Sulu ke Sabah untuk membuat tuntutan mereka terhadap wilayah itu. -KD


[VIDEO & GAMBAR] Saksikan Puluhan Ribu Hadiri Ceramah Husam Di Putrajaya Malam Tadi

Posted: 26 Apr 2013 09:05 PM PDT


Putrajaya: Puluhan ribu menyertai ceramah yang dihadiri oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Presint 3 malam ini.

Turut memberikan ucapan adalah calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.

Tengaharinya, belum selesai TG Nik Aziz menunaikan solat sunatnya, sudah penoh orang ramai yang mengelilingi beliau untuk bersalam.

TG Nik Aziz sampai ke KLIA pagi. Paginya beliau makan pagi bersama dengan warga Putrajaya di sebuah kentin pejabat di sana.

Pada sebelah tengaharinya, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya.

Di sanalah beliau Datuk Husam Musa, calon PAS diserbu oleh orang ramai yang ingin bersalam.













P125 Putrajaya: Husam Musa Jauh Lebih Layak & Lebih Berwibawa Dari T. Adnan

Posted: 26 Apr 2013 05:01 PM PDT


Putrajaya kawasan berprestij, Husam lah yang secucuk sebagai wakilnya

Pertembungan diantara Husam Musa dan Tengku Adnan di kawasan Parlimen Putrajaya dalam PRU ini amat menarik bagi diri saya untuk membuahkan sedikit komen. Awal-awal bicara saya ini, saya terus terang berkata kalaulah benar-benar pengundi di Putrajaya mahukan seorang wakil yang betul-betul mempunyai 'attribute' sebagai seorang wakil yang betul, maka Husam lah orangnya. Jika kita mahukan seorang yang 'colorful' dengan berbagai-bagai isu, maka Tengku Adnan lah yang betul.

Husam seorang Naib Presiden PAS dan tidak mempunyai apa-apa warna yang menjadikan beliau seorang yang boleh dipersoalkan. Berbeza dengan T Adnan, Husam tidak mempunyai isu yang membabitkan perjudian atau isu salah laku korporat yang menjejaskan imej sebagai seorang ahli Dewan Legislatif bagi kawasan yang berprestij seperti Putrajaya itu.

Jika kita benar-benar memilih mengikut markah keperibadian, Husam sememangnya jauh lebih bersesuaian untuk mewakili rakyat Putrajaya. Segala-gala yang ada pada Husam itu semuanya 'natural' dan tidak ditempelkan dengan imej-imej palsu seperti yang ada kepada Tengku Adnan.

Hanya satu yang lebihnya T Adnan dari Husam, iaitu T Adnan banyak wang ringgitnya. Tengku Adnan mempunyai banyak bisness yang besar-besar dan semua bisness beliau itu adalah dari kedudukan beliau dalam UMNO selama ini sehinggalah jawatan beliau sebagai Setiausaha Agong UMNO.

Tengku Adnan berbuat bisness dengan taikonya Vincent Tan. Tengku Adnan lebih takut kepada Vincent Tan dari pimpinan tertinggi UMNO itu sendiri. Kita boleh campurkan satu dengan satu atau dua dengan dua, kita tahu kenapa Vincent Tan begitu berpengaruh dalam kerajaan dan UMNO itu sendiri.

Justeru jika rakyat Putrajaya mahukan wakilnya seorang yang seperti T Adnan ini maka Tengku Adnan lah patut dipilih. Tetapi di sebaliknya jika kita mahukan seorang wakil Legislatif yang berwibawa dengan keperibadian yang segar secucuk dengan imej Putrajaya sebagai kawasan induk negara ini, maka Husam Musa lah orang yang paling tepat dan sesuai untuk mewakili pengundi di Putrajaya. Dari segi kemanusiaannya Husam adalah seorang yang secara relatifnya jauh lebih lengkap dari lawannya itu.

Saya yang merupakan pengundi di Kuala Pilah tidak dapat memberikan undi kepada Husam. Jika undi boleh dikirim seperti kita mengirim undi dalam rancangan Akademi Fantasia, saya akan menghantar undi kepada Husam Musa sebanyak yang mungkin kerana sokongan terhadap Husam tidak boleh di abaikan jika kita mahukan perubahan.

Husam perlu diberikan sokongan samada dengan kerja tubuh seperti berkempen dan merayu undi atau usaha yang lebih mulia iaitu untuk bermohon terus kehadrat Allah SWT. Pengundi-pengundi Putrajaya wajar menjolok rahmat dari Allah SWT agar Putrajaya mendapat seorang wakil yang berprestij imejnya dan jernih wajahnya.

Saya berdoa agar Husam sentiasa berada di dalam keredhaan Tuhan Maha Esa. -aspanalias


BN gelabah, indikator jelas Putrajaya dah goyang


Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.

Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

"Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan," kata sumber Umno itu.

Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

"Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini," katanya lagi.

Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang," katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.

"UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan.

"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?" katanya dengan berseloroh.

Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

"Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya," kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini.
-HD



UMCEDEL: 'Lebih Ramai Setuju Anwar Jadi PM Berbanding Najib'

Posted: 26 Apr 2013 08:15 AM PDT


Kajiselidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului Datuk Seri Najib Razak sebagai calon perdana menteri Malaysia yang baru.

Tinjauan pada awal April itu, melibatkan 1,407 responden yang menetap di Semenanjung Malaysia menunjukkan sebanyak 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manakala 24 peratus lagi berpendapat sebaliknya, dan selebihnya tidak pasti.

Untuk Najib pula, 39 peratus responden berkenaan berpendapat beliau layak menjadi perdana menteri manakala 31 lagi tidak bersetuju. Seramai 30 peratus lagi tidak pasti.

Apa yang menarik, seramai 54 peratus responden Melayu berpendapat Anwar layak menjadi perdana menteri dan hanya 28 peratus yang mahu Najib menjadi perdana menteri.


Di kalangan pengundi kali pertama pula, 48 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri manaka 25 peratus lagi berpendapat demikian untuk Najib.

Berbanding dengan hasil kajiselidik Umcedel pada bulan Januari, rating Najib merosot empat mata manakala Anwar meningkat satu mata.

Dari segi responden Melayu, Kedudukan Najib merosot 18 mata manakala Kedudukan Anwar pula meningkat sembilan mata.

Najib dan Anwar dilihat bersaing rapat dalam bidang-bidang yang lain.

Najib mempunyai sedikit kelebihan dari segi pemimpin yang rapat dan mesra rakyat, berbanding dengan Anwar.

Lima puluh empat peratus responden percaya Najib lebih "mesra rakyat" berbanding dengan 46 peratus untuk Anwar.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Mohd Redzuan Othman memberitahu satu sidang media hari ini bahawa ini kerana Najib muncul di TV hampir setiap hari, berbanding dengan Anwar yang hanya muncul apabila ada sesuatu yang tidak baik mengenainya.

Najib juga dilihat sedikit lebih mampu dalam pentadbiran berbanding dengan Anwar, manakala Anwar mempunyai kelebihan sedikit dari segi ketelusan dan wawasan untuk memajukan negara.

Bagaimanapun, Anwar mempunyai kelebihan yang jelas dari segi pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepimpinan Islam, dengan 43 peratus daripada responden menyatakan beliau memiliki ciri-ciri tersebut, berbanding dengan 37 peratus untuk Najib.

Sementara itu, kajiselidik itu juga mendapati 62 peratus responden berkata mereka tidak dipengaruhi oleh video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang beredar di Internet.

Tiga puluh sembilan peratus responden berkata mereka yakin video seks itu sebagai "propaganda Umno" untuk membuat serangan peribadi, manakala 39 peratus berkata mereka tidak pasti.

Dua puluh dua peratus responden tidak bersetuju bahawa klip itu "propaganda Umno".

Redzuan berkata, nampaknya kempen memburuk-burukkan Anwar (dalam media arus perdana) tidak benar-benar memberi kesan buruk terhadapnya.

Sementara itu, 63 peratus responden berkata mereka mahu melihat debat antara Najib dan Anwar manakala 19 peratus tidak bersetuju dengan idea tersebut. -mk


Manifesto PR lebih penuhi harapan rakyat - UMCEDEL


Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) mendapati, rata-rata pengundi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto BN.

Dalam kajian terhadap 1,407 responden pengundi berdaftar yang dibuat pusat kajian itu, 42 peratus dari mereka bersetuju terhadap manifesto Pakatan Rakyat dan hanya 36 peratus bersetuju dengan manifesto BN, manakala 22 peratus memilih tidak pasti.

"Ini dalam keadaan manifesto BN dibentang secara langsung dua jam dalam televisyen, dan media memainkannya hampir setiap hari selepas daripada itu," kata pengarahnya Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Universiti Malaya semalam selepas membentangkan hasil kajian bertajuk Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi dalam PRU13.

Kajian tersebut dijalankan bermula pada 3 April iaitu hari pembubaran parlimen, sehingga ke hari penamaan calon pada 20 April lalu.

Antara tawaran paling memberi kesan kepada pengundi adalah tawaran penurunan harga minyak yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai pentadbiran negara.

Tawaran lain yang turut disokong pengundi termasuklah, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, penurunan caj elektrik dan harga air lebih rendah, penghapusan PTPTN, pemberian permit teksi individu serta gaji minima.

Dari segi pecahan kaum, masyarakat Cina adalah paling tinggi bersetuju bahawa manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi hasrat rakyat dengan 61 peratus, Melayu 37 peratus manakala India 21 peratus.

Bagi BN pula, majoriti yang mengatakan manifesto BN lebih memenuhi hasrat rakyat adalah kaum India dengan 53 peratus, Melayu 38 peratus manakala Cina 25 peratus.

"Kita bertanyakan kepada mereka, dan kebanyakan mereka ini menyatakan memperolehi maklumat manifesto Pakatan Rakyat ini daripada internet dan media alternatif," kata Dr Ridhuan.
-mk

[VIDEO & BERGAMBAR] TG Nik Aziz & Husam Musa Diserbu Selepas Solat Jumaat Di Putrajaya

Posted: 26 Apr 2013 05:31 AM PDT


Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid Besi, Putrajaya hari ini 26hb April 2013 hampir semua jemaah bila mendapat tahu akan kehadiran Mursyidul Am PAS TGNA dan calon PAS/PR Dato' Hj Husam Musa berada sama dalam masjid berkenaan, terus menyerbu kearah kedua pemimpin ini untuk bersalaman.

Satu suasana yang cukup menyentuh kalbu dan mengharukan sekali.

Sayugia diingat, majoriti jemaah adalah kakaitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya.

Apakah reaksi spontan jujur lagi ikhlas para warga Putrajaya terhadap TGNA dan Husam Musa menandakan tidak mustahil calon PAS/PR Parlimen P100 Putrajaya, Dato' Hj Husam Musa, akan memenangi parlimen ini?

Jawapannya ialah....Ins'y Allah, harapan cukup cerah sekali. -omakkau











Tiada ulasan: