labun KulupSakah... |
Posted: 19 Apr 2013 01:56 AM PDT Ketika ini arwah Annisa yang dipangku Sham masih hidup. Ketika PRU 2008, facebook dan twitter tiada kot atau tidak sehebat ini maka tiadalah luas penyebarannya tetapi ketika itu ia sudah pun bertebar dari email ke email sehingga Paparon sendiri menerimanya. malah PKR menggunakan foto ini dalam pamphlet pilihanraya ketika itu yang menerangkan tentang Agenda Ekonomi Nasional. Ia juga tidak membuat kami selesa kerana entah apa motifnya foto itu digunakan entahlah. Paparon tidaklah hairan sangat dengan kutukan-kutukan itu. Tidak pula perlu menjelaskan apa-apa. Sebagaimana mereka berhak mengutuk untuk meluahkan perasaan, Paparon sekeluarga juga berhak turun berdemo untuk meluahkan perasaan juga. Kan? Kami turun atas kesedaran sendiri. Tidak perlu sama ada BN atau PR memanipulasi untuk keuntungan politik masing-masing. Malah jika anda hendak tahu, ketika kempen memungut dana perubatan anak-anak Paparon dijalankan, Sham pernah dihalang dari mengutip derma, ditengking serta diaibkan di khalayak ramai oleh petugas Pas di dalam sebuah program kerajaan negeri Selangor walaupun kita telah meminta kebenaran ahli jawatankuasa dan pengerusi majlis telah mengumumkannya. Petugas Pas khuatir kutipan derma untuk tabung kawasan mereka terjejas kerana ada yang bersuara "kalau begini kita balik kosonglah..." walhal ini bukan program parti tetapi program kerajaan negeri. Apa yang membuat anda semua marah sangat ni? Kami bukan sesiapa. Jika anda tidak setuju, kami juga ada benda yang tidak setuju. jari pun tak sama panjangkan? Paparon - dalam ramai dok kutuk-kutuk, ramai pula minta jadi kawan dan ada ramai pula nak sumbang duit. Hisy! Kami bukan minta duit..keh keh! Allah ni pun......takkan nak bagi rezeki jugak kat kami dalam isu ini? kih kih! |
Posted: 18 Apr 2013 05:22 AM PDT zaman berubah. dunia bergerak. masa makin pendek dan alam makin sempit kerana arus teknologi sudah masuk ke rumah. segalanya ada di dalam rumah. anak-anak sudah tidak keluar sangat. tidak memotong kayu buat gasing atau menebang batang pisang berhanyut dengan rakit. Bolasepak, tenis, golf sudah boleh bermain di dalam rumah. Sikit demi sedikit kelasakan menjadi luntur. Ilusi dibina di depan mata dan di dalam rumah. Laman sosial seperti facebook, blog, twitter dan lain-lain adakalanya disangka dunia sebenar. apa yang panas di situ disangkakan sesuatu yang benar-benar 'real' di dunia luar. kita menyangka apabila kita menanam sayur di Farmville kita sudah menjadi petani berjaya. Apabila kita banyak membaca buku kita sangka kita sudah faham benar akan falsafah hidup. Membaca tentang kemiskinan tidak sama dengan benar-benar miskin. Bercakap tentang kesusahan ketika perut sedang kenyang berbeza dengan orang yang bermimpi kaya ketika tidur di rumah usang. fatwa-fatwa di facebook sudah jadi kitab. kita tidak lagi pergi mengembara mencari guru, menjalani disiplin berbai'ah dan berjazam, menjalani disiplin menuntut ilmu, berdamping lutut bertemu lutut dengan sang guru, merasai nikmat ilmu meresap ke dalam diri batin dan menelan nikmatnya. ilmu sangat berbeza dengan maklumat. kalkulator boleh memberikan jawaban sifir lebih pantas daripada manusia tetapi kalkulator hanya menyimpan maklumat. Ia tiada ilmu. Moralnya tulisan ini ialah ~ berbeza jika orang mengomen tanpa mengalami situasi sebenar dengan kita yang sedang berhadapan dan menghadapi apa sebenarnya berlaku. mungkin belum sampai masanya semua ini terbuka. Tapi jangan khuatir. Yang ikhlas akan bertahan biarpun dilupakan zaman. |
You are subscribed to email updates from GOSSIP PRU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan