Jumaat, 19 April 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Penolakan Terhadap Calon UMNO Menjadi-jadi Di Sana Sini

Posted: 19 Apr 2013 01:01 AM PDT


Penolakan terhadap calon Umno di Negeri Sembilan semakin menjadi-jadi sejak dua hari lepas.

Jika kelmarin berlaku bantahan besar-besaran oleh ahli Umno di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol dan DUN Palong, petang semalam berlangsung pula satu lagi bantahan di DUN Lenggeng.

Lebih 50 pengundi dari DUN Lenggeng membantah pencalonan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail yang akan bertanding di kerusi DUN Lenggeng pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Perkembangan terbaru ini agak mengejutkan kerana Ishak dianggap calon popular di DUN Lenggeng kerana beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng selama tiga penggal berturut-turut bermula 1995, 1999 dan 2004 sebelum digugurkan pada tahun 2008 (PRU-12).

Dikalangan orang-orang Umno, Ishak sering dikatakan sebagai seorang yang amat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka pemilihan Ishak sebagai calon PRU Umno DUN Lenggeng memang sudah dijangka sejak dari awal lagi.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Badan Bukan Kerajaan DUN Lenggeng, Mohd Azhari Jasad berkata, mereka bukannya penentang Barisan Nasional (BN) dan Umno, malah penyokong tegar parti itu namun mereka kecewa dengan calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan Umno.

"Bagi kami calon yang dipilih ini bukan calon 'winnable candidate' kerana rakyat Lenggeng sendiri tahu bahawa dia pemimpin yang bermasalah.

"Malah golongan muda juga menolak Ishak kerana faktor usia dan 'trade mark' sebagai calon 'kitar semula' yang sepatutnya tidak melepasi saringan kesihatan dan beberapa perkara lain.

"Pemilihan Ishak akan mengundang kemarahan pengundi DUN Lenggeng yang dikhuatiri akan membawa kekalahan kepada BN," kata Mohd Azhari.

Mohd Azahari berkata DUN Lenggeng adalah kubu kuat BN dan hidup mati masyarakat di situ adalah bersama BN.

"BN sekarang ini berusaha kuat merampas DUN Ampangan dan DUN Sikamat daripada pembangkang, tapi jangan pula BN hilang DUN Lenggeng ibarat yang 'dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

' "Malah satu memorandum bantahan turut akan dihantar kepada Najib yang juga presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari esok (Jumaat)," katanya.

Calon bebas

Sementara itu turut serta menyatakan bantahan adalah Pemuda BN DUN Lenggeng yang turut memberi amaran bahawa calon bebas akan ditampilkan jika BN terus memilih Ishak sebagai calon.

Ketua Pemuda BN DUN Lenggeng, Zool Amali Hussin berkata beliau akan mengambil tindakan keluar parti dan akan menampilkan seorang calon bebas jika Ishak tidak diganti dengan calon baru.

"Kita sudah ada calon bebas dan akan perkenalkan semasa penamaan calon nanti iaitu orang lama dan orang kuat Umno dan lebih baik daripada Datuk Ishak, jika suara kami tidak dilayan.

'Ini suara akar umbi.

Kami pun bukan suka-suka buat bantahan tetapi kami mahu suara kami didengar oleh pucuk pimpinan parti kerana tidak sewajarnya Ishak dipilih sebagai calon Lenggeng," kata Zool Amali.

Kandungan memorandum tersebut menghuraikan apakah punca yang akan menyebabkan kekalahan BN di DUN Lenggeng jika Ishak terus dipilih iaitu faktor undi protes yang akan memberi undi kepada calon bebas, undi rosak serta penyokong Umno dan BN tidak mahu keluar mengundi.

Peserta bantahan mempamerkan pelbagai sepanduk seperti 'Inikah Winnable Candidate untuk DUN Lenggeng? Yang Dipilih oleh PM',

'Kami pengundi Lenggeng membantah sekeras-kerasnya', 'Dia bukan calon boleh menang', 'Dia calon yang akan pecah belahkan undi

Umno di sini' dan slogan yang paling menarik perhatian ialah 'DAHJIB – DUN Lenggeng akan hancur jika Ishak Ismail Bertanding'. -FMT


Bekas exco agama tanding Bebas


ALOR SETAR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah, Fadzil Hanafi mengisytiharkan akan bertanding calon Bebas untuk merebut kerusi Dun Alor Mengkudu kerana kecewa dengan pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon wanita kurang dikenali.

Bekas Adun Alor Mengkudu itu bukanlah muka baru dalam politik kerana memenangi kerusi itu dua penggal dan pernah menentang Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor di kerusi Dun Bukit Raya pada pilihan raya umum 1995.

Dakwanya, calon Dun Alor Mengkudu, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah kurang popular dalam kalangan masyarakat dan kemungkinan harapan untuk menang amat tipis kerana perlu berdepan calon muda yang lebih berpengaruh, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya.

"Saya bertanding tiket Bebas bukan kerana tidak mendapat jawatan tetapi, sayang pada partiUmno dan BN dan terkilan sikap kepimpinan negeri menafikan hak calon boleh menang.

"Mereka bercakap soal calon 'winnable candidate' tetapi dalam masa sama tidak mempedulikan suara akar umbi yang mahu calon disukai rakyat dengan meletakkan calon pilihan sendiri," katanya kepada Sinar Harian, di Kampung Kelumpang, Jalan Tok Keling, semalam.

Fadzil berkata, pucuk pimpinan tidak mengambil pengajaran terhadap tsunami politik yang melanda Kedah pada 2008 gara-gara pemimpin rakus mahu mempertahankan kedudukan tanpa mengambil kira suara akar umbi.

"Jika diikutkan pada pilihan raya umum kali ini, peluang untuk BN menawan semula Kedah cukup cerah namun, jika tersilap letak calon mungkin akan merumitkan lagi keadaan," katanya.

Fadzil memilih untuk bertanding Bebas kerana mahu menjadi penyelamat parti dan kehendak akar umbi supaya dapat merampas semula kerusi Dun Alor Mengkudu daripada pembangkang.

"Saya tidak akan keluar dari Umno, jika ditakdirkan menang atas tiket Bebas saya akan kembalikan semula kerusi itu kepada Umno. Penyokong tidak perlu ragu-ragu untuk memberi undi mereka pada calon Bebas," katanya.

Bagaimanapun, beliau sedia menarik balik semula borang permohonan calon Bebas jika pucuk pimpinan membuat keputusan untuk menukar calon di kerusi itu pada saat akhir sebelum hari penamaan calon.
-SH

Skandal RM30j Anak Nong Chik, BN Pasti Lingkup Lawan Izzah

Posted: 18 Apr 2013 11:05 PM PDT


BN pasti akan 'bungkus' di Parlimen Lembah Pantai apabila Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang terpalit skandal rasuah anaknya diletakkan sebagai calon BN, melawan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Ini berikutan pemberian projek kepada anak Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai itu bernilai RM30.8 juta yang tentunya memberi kesan buruk kepada pengundi.

Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Lembah Pantai, Siddik Ibrahim berkata, Nong Chik yang masih belum memberi penjelasan berhubung skandal itu hanya akan melingkupkan BN kawasan.

"Peluang untuk KEADILAN menang tetap cerah. Ini kerana isu Nong Chik sampai sekarang belum selesai. Rakyat sekarang celik, mereka tahu apa yang berlaku di sekeliling.

"Sepatutnya sebelum bertanding, Nong Chik perlu bersihkan nama. Sama-sama kita tunggu BN lingkup kali kedua di Lembah Pantai," katanya kepada Keadilan Daily.

Pada Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd diberikan kontrak kerajaan berjumlah RM30,800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Syarikat itu dilaporkan dimiliki Nong Chik dan ia bukan satu-satunya projek yang dianugerahkan kerajaan kepada syarikat beliau.

Anak perempuan Nong Chik, Raja Farhana turut disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat.

Syarikat itu yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu semasa Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta dan liabiliti semasa kira-kira RM400,000 terhadap aset semasa.

"Apabila dicalonkan, mana ada masa lagi nak bersihkan nama, Nong Chik hanya akan terus berkempen, dan semua itu akan jadi sia-sia kerana rakyat bukan bodoh untuk menilai," kata Siddik.

Selain skandal itu, Nong Chik juga dilaporkan antara tersenarai mempunyai aset luar negara yang banyak melalui pemilikan syarikat luar pesisir seperti didedahkan Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ).

ICIJ yang berpangkalan di Washington mendedahkan 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia.

Nong Chik disenarai melalui syarikat keluarganya, RZA International Corporation.

Pemilikan rahsia itu berkemungkinan bertujuan menyembunyikan aktiviti kabur, mengelak cukai atau menyembunyikan urusan jual beli luar negara.

BN Tiru PR Lagi: Nak Beri Air Percuma Di Selangor

Posted: 18 Apr 2013 07:25 PM PDT


Manifesto Air Percuma : BN Selangor Telan Ego Sendiri

BN Selangor disifatkan terpaksa menelan ego dan keangkuhan sendiri apabila berhasrat meneruskan pemberian air percuma kepada rakyat di negeri ini jika berjaya menawan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Calon PAS Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tawaran manifesto BN ini jelas bercanggah dengan pendirian parti itu yang sebelum ini lantang mengkritik pemberian air percuma boleh memufliskan negeri.

Tegasnya, tawaran itu juga menunjukkan bahawa BN sekali lagi cuba menciplak apa jua manifesto Pakatan Rakyat (PR) baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri Selangor khususnya.

"Kalau dakwaan mereka bahawa negara akan muflis kerana manifesto PR, maka apakah dengan mereka meniru manifesto kami di peringkat Persekutuan dan Negeri itu akan turut membankrapkan negara dan negeri? "Sedangkan semasa di awal pemerintahan PR dahulu, mereka membuat pelbagai kecaman dan kritikan antaranya termasuklah pemberian air percuma yang hanya merugikan Kerajaan Negeri.

Kalau begitu kecamannya, mengapa BN masih meniru program dan polisi PR Selangor," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Terdahulu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam satu kenyataan pada 3 Jun 2011 menegaskan untuk tidak mengusulkan kepada Kerajaan Pusat berhubung pemberian 1000 liter air percuma kepada rakyat kerana mendakwa tidak mendatangkan faedah.

Bagaimanapun, BN Selangor menerusi manifesto PRU-13 bercadang meneruskan program pemberian air pecuma kepada rakyat di negeri ini jika berjaya merampas Selangor daripada PR.

Tambahnya, jika Kerajaan BN benar-benar ingin membantu rakyat, maka seharusnya tawaran air percuma itu diperluaskan ke setiap pelusuk negara ini.

Bagaimanapun menurutnya, beliau tidak yakin usaha itu dapat dilakukan berikutan amalan monopoli dan kronisme masih diamalkan pentadbiran Umno-BN.

"Mereka boleh janji untuk memberikan air percuma, tetapi pengurusan air itu akan tetap diberikan kepada syarikat konsesi iaitu kroni mereka sendiri.

"Sepatutnya mereka boleh berikan air percuma kepada rakyat sejak dulu lagi, tetapi mereka tidak mahu kerana ia tidak mendatangkan untung kepada kroni," tegasnya.

Akhirnya Nazri Bakal Tercampak Keluar Dari Parlimen... Najib Menang Sebagai Ketua Pembangkang..

Posted: 18 Apr 2013 05:02 PM PDT


Akhirnya Mohd Nazri Abdul Aziz nakal tercampak dari kerusi di Padang Rengas.

Seperti yang GB jangkakan sebelum ini, Nazri akan menerima kesan dan akibat dari perbuatannya sendiri.

Kita masih ingat bahawa beliaulah yang telah menggantungkan MP Puchong, Gond Singh Deo kerana selamatkan Najib daripada kes Altantuya daripada dibincang di parlimen. Kerana beliau jugalah Karpal Singh, Anwar, Azmin dan lain-lain digantung kerana isu UMNO-APCO serta beliaulah ahli parlimen BN yang membuat paling banyak kenyataan untuk mempertahankan SPRM, Polis, video seks dan sebagainya.

GB pernah tulis begini:

Dan Nazri pun akhirnya akan menerima akibat daripada perbuatan lampaunya.

GB pernah membuat pemerhatian bahawa: Najib akan memancung Nazri sebelum PRU13 di dalam satu ulasan GB bertarikh 7 Jun 2011:

....akan berlakulah perebutan kerusi Ketua Pembangkang. Calon utamanya ialah Najib, tetapi akan digugat oleh Nazri Aziz. Kerana Nazri akan mendakwa beliau lebih vokal menentang MP-MP Pakatan Rakyat tatkala BN berkuasa.

Nazri akan mendakwa beliaulah paling banyak membantu Najib.

Gantungkan MP Puchong kerana selamatkan Najib daripada kes Altantuya daripada dibincang di parlimen, gantung Karpal Singh, Anwar, Azmin dan lain-lain kerana isu UMNO-APCO dan membuat paling banyak kenyataan untuk mempertahankan SPRM, Polis, video seks dan sebagainya.

Namun, apakah Nazri berjaya nanti atau beliau akan dipancung dahulu oleh Najib daripada bertanding di Padang Rengas?

Semua orang tahu, Nazri "kaki kipas". Di zaman TDM, beliau mengipas TDM, di zaman Pak Lah begitu juga, kini di zaman Najib, lebih besar kipasnya, ditibainya PM-PM terdahulu.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


DAP Sedia Tanding Tiket PAS Di Semenanjung, PKR Di Sabah & Sarawak

Posted: 18 Apr 2013 08:30 AM PDT


DAP hari ini mendakwa, Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertujuan menyusahkan parti itu apabila memutuskan barisan kepimpinannya tidak sah 48 jam sebelum hari penamaan calon.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang medianya berkata, surat yang diberikan kepada beliau dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke pada tarikh yang sama juga berbeza.

Dalam surat kepada Guan Eng, ROS menyatakan wujud pertikaian berhubung pemegang jawatan dalam parti itu namun surat kepada Anthony menyatakan siasatan dakwaan itu ditangguhkan ke tarikh 9 Mei.

Guan Eng mempertikai tindakan ROS yang mengeluarkan surat tersebut sebelum siasatan selesai dilakukan.

Guan Eng berkata demikian dalam sidang mediannya hari ini selepas menerima surat dari ROS petang semalam.

Turut serta dalam sidang media ini adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail.

"Tujuan utama mereka tak iktiraf pimpinan DAP kerana nak nafikan hak kami untuk bertanding menggunakan lambang sendiri," kata Guan Eng.

Sehubungan itu, DAP akan bermesyuarat malam ini untuk menimbangkan keputusan menggunakan lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak.

PAS PKR SEDIA BENAR

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut berada dalam sidang media sama menyatakan kesediaan untuk membenarkan DAP menggunakan lambang PAS.

"Perkara ini telah dibincangkan beberapa minggu sebelum ini dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tak ada masalah dengan perkara ini, " katanya.

Nada yang sama turut disuarakan Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution yang menyifatkan tindakan ROS itu sebagai cara untuk meletakkan DAP dalam kesukaran.

"48 jam sebelum penamaan calon, sepatutnya kami tidak berada dalam sidang media ini. Kami harus membuat persiapan terakhir untuk penamaan calon tapi kerana tindakan ROS, kami terpaksa buat mesyuarat tergempar.

"Atas semangat kekitaan, PKR bersedia memberi laluan kepada DAP di Sabah dan Sarawak untuk guna lambang PKR," katanya.


ROS tak iktiraf pucuk pimpinan DAP


Hanya dua hari menjelang penamaan calon, Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah menghantar surat kepada DAP memaklumkan bahawa ROS tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.

DAP mengadakan mesyuarat tergempar pada jam 3 petang ini untuk berdepan dengan kesan keputusan ROS itu, dan dijangka memanggil sidang akhbar selepas itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu ketika ditanya dalam satu sidang untuk mengumumkan senarai calon DAP Selangor di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Pemimpin DAP, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan menerima surat daripada ROS, tetapi tidak menyatakan tentang kandungannya.

Surat tersebut yang bertarikh semalam, diedar secara meluas di Internet. Bagaimanapun, kesahihannya masih belum disahkan oleh DAP atau ROS.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk menghubungi Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahim Othman setakat ini belum berhasil. Seorang pegawai kanan ROS mendakwa tidak tahu menahu mengenai surat tersebut.

Jika benar, ini merupakan satu tamparan hebat terhadap persediaan DAP untuk berdepan dengan pilihan raya umum 5 Mei ini.

Sehingga kini, juga tidak jelas sama ada ini akan menjejaskan penggunaan logo DAP pada hari penamaan calon.

DAP disiasat oleh ROS berkaitan "kesilapan teknikal" yang berlaku semasa pemilihan parti Disember tahun lepas, yang mengakibatkan barisan awal CEC parti itu dirombak semula.

Parti itu mendakwa terdapat kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi tetapi pemimpin DAP menolak gesaan diadakan pemilihan baru walaupun terdapat bantahan dari ahli tertentu parti itu.
-mk


Ulasan GB

Berita terbaru menyatakan bahawa "DAP masih boleh mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan calon tanpa mengira keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menggantung jawatankuasa pusat parti itu.

Ini telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff."


Tetapi yang mengkhuatirkan ialah bagaimana jika selepas pilihanraya ROS membuat keputusan mengisytiharkan DAP sebagai pertubuhan yang terbatal pendaftarannya?

Apa akan jadi kepada status calon-calon DAP yang memenangi pilihanraya berkenaan? Jadi anggota Bebas?

GB melihat ini sebagai satu grand design untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat supaya tidak dapat menguasai parlimen dan Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Malah hingga kini ROS masih gagal untuk memberikan kelulusan kepada pendaftaran Pakatan Rakyat.

GB pernah menyarankan supaya pihak Pakatan Rakyat mengheret ROS ke muka pengadilan kerana kegagalan memberikan kelulusan tersebut, tetapi nampaknya PR belum bersedia untuk bertindak sedemikian.

Apa-apa hal pun kita mengalu-alukan kesedian DAP untuk bertanding di atas tiket PAS atau PKR - satu lambang kesetiakawanan parti-parti komponen di dalam Pakatan Rakyat.

Kalau Sijil Pun Boleh Tipu, Yang Lain Apatah Lagi...

Posted: 18 Apr 2013 05:10 AM PDT


Kalau dahulu, Barisan Nasional (BN) boleh meletakkan siapa saja menjadi calon dan 'pasti menang', kini tidak lagi apabila mereka terpaksa berhadapan dengan calon Pakatan Rakyat (PR) yang berpengalaman dan berpendidikan tinggi.

Justeru, tidak hairanlah apabila DAP mendedahkan bahawa terdapat beberapa bakal calon BN yang memiliki ijazah palsu atau 'bermasalah'.

Pakar Strategik DAP, Dr Ong Kian Ming mendedahkan calon BN yang dikenalpasti memiliki ijazah palsu dan bermasalah ini antaranya ialah Timbalan Menteri Luar Negeri A Kohilan Pillay, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA), Teh Kim Pooh, Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng daripada MCA dan Ketua Hal Ehwal Agama UMNO Ab Wahab Ibrahim.

"Lima daripada calon BN itu berkelulusan dari akademi yang boleh disifatkan sebagai kilang ijazah, atau dalam erti kata lain daripada universiti dan kolej yang 'menjual' ijazah palsu," kata Kian Ming dalam satu kenyataan.

Menimbulkan tanda tanya, beliau berkata, jika calon BN ini sanggup menipu mengenai kelulusan akademik mereka, bagaimana pula dengan perkara lain yang lebih besar dan mungkin membabitkan kepentingan awam seperti wang rakyat dan sebagainya.

"Perkara ini menyebabkan integriti mereka diragui. Jika mereka gagal menjelaskan pada pengundi, saya menyeru mereka menarik diri daripada bertanding," kata Kian Ming.

Berikut adalah bukti yang didedahkan Dr Ong mengenai pendedahan beliau;

* Timbalan Menteri Luar Negeri, A Kohilan Pillay (calon Parlimen Puchong): Mendapat Ijazah Sarjana Sains Perdagangan dan Ekonomi Industri dari Pacific Western University, Amerika Syarikat (AS), sebuah universiti yang pernah disaman dan ditutup selepas didapati bersalah menjual ijazah

* Teh Kim Pooh (calon Parlimen Klang): Mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari New Port University – sebuah universiti yang diragui

* Ketua Hal Ehwal Agama UMNO, Ab Wahab Ibrahim (calon DUN Taman Medan): Mendapat PhD dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Antarabangsa Irish yang dilaporkan palsu pada 2008 oleh British Broadcasting Corporation

* Pimpinan MCA, Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng (Calon DUN Pandamaran dan Kajang mendapat ijazah daripada St George University International dan Universiti Rutherford di AS, yang disebut sebagai 'kilang ijazah'.

Justeru itu, pendedahan Dr Ong itu sekaligus meragukan terhadap integriti dan kejujuran semua calon BN yang dikatakan berkelayakan. Kita tunggu dan lihat apa alasan BN.-Roketkini

Tiada ulasan: