. |
- Che Johan Mungkin Tidak Daftar Sebagai Calon
- Senarai Calon PAS Terengganu Tanpa Pemimpin Van C20
- Pasir Mas: Johan Akan Bekerjasama Dengan Ibrahim?
- Masyarakat Tionghua Sedih Wan Suhaimi Tidak Jadi Calon
- Dua Kumpulan Tiga Abdul Digugurkan
Che Johan Mungkin Tidak Daftar Sebagai Calon Posted: 18 Apr 2013 11:49 PM PDT LINTAS PETANG Ada maklumat dalam Umno Kuala Lumpur memberi tahu kemungkinan calon UBN untuk kerusi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa tidak akan hadir ke pusat penamaan calon di Pajabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas jam 9:00 pagi esok. Sumber dalam memberi tahu saya Umno pusat membuat persefahaman dengan bekas ahli Parlimen bebas Pasir Mas Inchek Ibrahim Ali akan mewakili UBN untuk berdepan satu lawan satu dengan calon PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. "Umno akhirnya akur untuk memberi laluan keada Ibrahim Ali sebagai menghormati Tun Dr Mahathir yang telah memohon agar Ibrahim diberi laluan bertanding atas lambang dacing," kata sumber berkenaan. Mahathir tambah sumber itu telah menghubung Najib akan mempertimbangkan desakan Ibrahim. Sekiranya ini berlaku ia bermakna PAS harus bersiap sedia untuk mendepan Ibrahim secara satu lawan satu. Dinasihatkan PAS perlu membuat hubungi intim dari jalainan jentera pilihan raya dengan pihak PKR khasnhya dari Cabanga Pasir Mas. Sebentar tadi ketua PKRCabang Pasir Mas, Dr Wan Suhaimi memaklumkan dia akan bertungkus lumus untuk kemenangan calon Pakatan Rakyat, Nik Abduh. "Kita perlu lupa perasaan-perasaan sedih dan kesal sebaliknya dengan memupukkan satu perasaan iaitu bagi memastikan kerusi Pasir Mas menjadi milik Pakatan. Tambah beliau insyaAllah selepas ini senario dan budaya politik di Pasir Mas akan berubah apabila pelopornya sudah tidak lagi dalam gelanggang politik. Wan Suhaimi yang pernah bergelumang dalam Umno Pasir Mas, tahu benar akan kebejatan dan keburukkan parti berkenaan. [wm.kl.2:47 pm 19/04/13] | ||
Senarai Calon PAS Terengganu Tanpa Pemimpin Van C20 Posted: 18 Apr 2013 09:06 PM PDT BERITA SEMASA PAS Terengganu telah membuat satu lonjakan istimewa dalam pilihan raya kali ini apabila tidak menyenaraikan pemimpin Van C20 dan mengemukakan 17 muka baru. Dalam senarai calon yang diumumkan malam tadi nama-nama yang digolongkan sebagai pemimpin Van C20 seperti Abu Bakar Chik, Haron Taib, Mustapa Ali, Wan Mutalib Embong, Awang Hussein dan lain tidak kedapatan.
Pengurangan kerusi PKR mungkin dipengaruhi dengan corak pemikiran usang dan tamak pemimpin C20. PKR hanya diberikan 1 kerusi Parlimen dan tiga kerusi state (Permaisuri, Bandar dan Telemong) satu keputusan yang boleh dianggap tidak adil dan mencerminkan kerjasama menerusi Pakatan Rakyat. Menurut persetujuan PKR diperuntukan tiga kerusi state lagi, Kota Putra, Sebarang Takir dan Bukit Besi). Khabar mulanya PKR diperuntukan dua parlimen dan enam state, tetapi apa diumumkan malam tadi PKR hanuya diberikan satu parlimen (Kemaman) dan tiga state. "Kesilapan" ini dianggap sebagai satu penipuan PAS terhadap PKR. Berikut adalah senarai penuh calon PAS dan PKR Terengganu; PARLIMEN: P033 Besut - Riduan Mohamad Nor (PAS) (muka baharu) P034 Setiu - Omar Sidek (PAS) (muka baharu) P035 Kuala Nerus - Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri (PAS) (muka baharu) P036 Kuala Terengganu - Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS) (muka baharu) P037 Marang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) (penyandang) P038 Hulu Terengganu - Kamaruzaman Abdullah (PAS) P039 Dungun - Wan Hassan Mohd Ramli (PAS) P040 Kemaman - Kamaruddin Chik (PKR) (muka baharu) DUN: N1: Kuala Besut - Napisah Ismail (PAS) (muka baharu) N2: Kota Putera - Adam Md Said (PAS) (muka baharu) N3: Jertih - Wan Azhar Wan Ahmad (PAS) (muka baharu) N4: Hulu Besut - Shalahuddin Jaafar (PAS) (muka baharu) N5: Jabi - Dr Azman Ibrahim (PAS) N6: Permaisuri - Wan Mokhtar Wan Ibrahim (PKR) (muka baharu) N7: Langkap - Hassan Karim (PAS) (muka baharu) N8: Batu Rakit - Che Ghani Che Ambak (PAS) N9: Tepuh - Hishamuddin Abdul Karim (PAS) (muka baharu) N10: Teluk Pasu - Ridzuan Hashim (PAS) N11: Seberang Takir - Zakaria Dagang (PAS) N12: Bukit Tunggal - Dr Alias A Razak (PAS) (penyandang) N13: Wakaf Mempelam - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) (penyandang) N14: Bandar - Azan Ismail (PKR) (muka baharu) N15: Ladang - Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS) (penyandang) N16: Batu Buruk - Dr Syed Azman Syed Ahmad (PAS) (penyandang) N17: Alur Libat - Ariffin Deraman (PAS) (muka baharu) N18: Bukit Payung - Mohd Noor Hamzah (PAS) (penyandang) N19: Ru Rendang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) (penyandang) N20: Pengkalan Berangan - Sulaiman Sulong (PAS) (muka baharu) N21: Telemong - Narawi Embong (PKR) (muka baharu) N22: Manir - Hilmi Harun (PAS) (muka baharu) N23: Kuala Berang - Muhyiddin A Rashid (PAS) N24: Ajil - Mohd Razki Alias (PAS) N25: Bukit Besi - Roslan Ismail (PAS) N26: Rantau Abang - Alias Harun (PAS) (muka baharu) N27: Sura - Wan Hapandi Wan Nik (PAS) (muka baharu) N28: Paka - Satiful Bahri Mamat (PAS) N29: Kemasik - Che Alias Hamid (PAS) N30: Kijal - Hazri Jusoh (PAS) N31: Cukai - Hanafiah Mat (PAS) N32: Air Putih - Ab Razak Ibrahim (PAS) (muka baharu) [wm.kl.11:59 am 19/04/13] | ||
Pasir Mas: Johan Akan Bekerjasama Dengan Ibrahim? Posted: 18 Apr 2013 07:23 PM PDT ANALISA Esok akan berlangsung penamaan calon di seluruh negara. Esok akan menentukan apakah calon-calon yang diumumkan oleh parti masing-masing akan sah menjadi calon batau tidak. Begitu juga dengan mereka yang memasang angan-angan untuk ikut sama menyertai pilihan raya atas nama bebas atau sebagainya. Nasib mereka akan ditentukan esok. Ada beberapa tempat atau kawasan panas menjadi perhatian. Orang sedang menunggu apakah atau siapa yang akan bertanding di dalam kawasan berkenaan. Salah satu kawasan ialah di parlimen Pasir Mas. Tumpuan kini kepada bekas ahli parlimen kawasan itu Inchek Ibraahim Ali. Perhatian penuh diberikan kerana berlaku istidraj di Pasir Mas. Ibrahim yang sudah galak kononnya akan diberikan laluan untuk bertanding sebagai mewakili UBN telah terganjak apabila Umno mengumumkan Che Johan Che Pa sebagai calonnya, bukan Ibrahim. Pengumuman nama Johan itu bukan saja mengejutkan Ibrahim tetapi menyebabkan beliau kini sudah hampir gila. Ibrahim merasa malu sendiri atas kejadian itu. Sebelum ini beliau telah menguar-uarkan dan berkerja siang malam untuk memastikan dia menang dan bertanding atas lambang dacing, tetapi yang terjadi sebaliknya. Ekoran itu kerusi Pasir Mas menjadi persoalan. Katanya usaha terus dilalukan Ibrahim untuk memastikan dia bertanding mewakili UBN dan bukan berlaku tiga penjuru. Ibrahim mengira kalau berlaku pertandingan tiga penjuru, calon PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz akan menang mudah dan dia sendiri akan hilang wang pertaruhan. Kita perhatikan apa akan terjadi esok. Tetapi saya tetap yakin sudah ada perkiraan di antara Johan dengan Ibrahim. Ibrahim juga tidak tidur malam terus melobi dan mendesak pucuk pimpinan Umno agar memberi laluan kepadanya. Bagi Ibrahim sendiri kalau esok tetap juga berlaku pertandingan tiga penjuru hingga ke hari mengundi segala maruahnya akan hilang. Dia boleh dianggap menjadi anjing kepada UBN saja. Tukang salak untuk memastikan perjalanan calon Umno selesa sedang dia sendiri akan lemas dalam pasir mas. Pada hemat saya, saya yakin mesti ada counting (perkiraan strategi) di antara Johan dengan Ibrahim. Kalau esok Johan hadir ke pusat penamaan calon itu adalah formaliti saja bagi menjaga maruah parti, tetapi dia tetap akan memberi laluan dan bekerjasama dengan Ibrahim. Petunjuk akan menjadi jelas, kerjasama itu apabila sebaik saja menamakan dirinya, Johan akan menghilangkan diri dan seluruh jentera pilihan raya Umno akan bersama Umno. Kesimpulannya pertandingan di kerusi Pasir Mas hakikatnya adalah antara Incehk Ibrahim Ali dengan Nik Mohamad Abduh. Ertinya PAS kena bekerja kuat dan jangan pandang mudah untuk menawan kerusi parlimen Pasir Mas. [wm.kl.10:17 am 19/04/03] | ||
Masyarakat Tionghua Sedih Wan Suhaimi Tidak Jadi Calon Posted: 18 Apr 2013 08:27 AM PDT LAPORAN LEWAT
Katanya masyarakat Tionghua di sini yang rata-rata merupakan penyokong UBN sebelum ini berharap sangat Dr Wan Suhaimi diberi laluan untuk bertanding di kerusi parlimen Pasir Mas. Tetapi kerana kerusi Pasir Mas menjadi milik PAS menyebabkan harapan untuk mereka melihat Dr Wan Suhaimi bertanding tidak kesampaian. Kerana terlalu berkenan dengan Dr Wan Suhaimi sebagai calon mereka seakan tidak dapat menerima apa yang berlaku. Gara-gara kekecewaan itu menyebabkan ada yang merajuk untuk berpaling memberi sokongan kepada calon UBN. "Sebaik Datuk (Dr Wan Suhaimi) tidak bertanding sudah ada orang datang untuk pujuk kami agar berpaling sokongan.." cerita salah seorang mereka. Justeru itu katanya beliau meminta Dr Wan Suhaimi datang menemui mereka dan menjelaskan kedudukan sebenar kenapa PKR tidak diberi peluang bertanding. Jadi kehadiran Wan Suhaimi pagi tadi berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan masyarakat Tionghua itu dapat menerima penjelasan Wan Suhaimi dan memohon mereka menerima sesiapa sahaja Pakatan Rakyat walaupun dari PAS. "Kalau saya tidak bertanding, saya harap masyarakat Tionghua di sini akan memberi sokongan kepada calon PAS, kerana kita berada dalam Pakatan Rakyat," rayu Wan Suhaimi. Dalam pada itu Wan Suhaimi berjanji akan membawa Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang diumumkan sebagai calon di Pasir Mas mengunjungi masyarakat Tionghua berkenaan. Terdapat kira-kira 180 orang pengundi Cina di situ. Sementara itu dalam perkembangan lain Dr Wan Suhaimi menjelaskan khabar angin beliau akan bertanding bebas kerana kecewa tidak dicalonkan adalah tidak benar. "Tidak saya tetap bersama Pakatan Rakyat dan sudah bersedia untuk membantu calon PAS, Nik Mohamad Abduh, Hanifa Ahmad, Ustaz Abdul Halim dan Rozi Mohamad, " jelasnya dalam satu sms kepada saya. Dengan penjelasan itu berita yang tersebar di dalam Facebook mengatakan bekas Pegawai Menteri itu akan bertanding sebagai calon bebas hanya khabar angin semata-mata. [wm.kl.11:17 pm 18/04/13] | ||
Dua Kumpulan Tiga Abdul Digugurkan Posted: 18 Apr 2013 07:00 AM PDT BERITA PENDEK Tiga orang wakil rakyat veteran PAS digugurkan dari menjadi calon pilihan raya ke-13 ini. Mereka ialah Abdul Fatah Haron (Bukit Tuku), Abdul Halim Abdul Rahman (ahli parlimen Pengkalan Chepa) dan Omar Mohamad (Perupok). Seorang lagi ahli politik veteran masih dikekalkan, iaini Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (ahli parlimen Kota Bharu) yang semalam diumum sebagai calon PAS parlimen Gua Musang. Fatah, Abdul Halim dan Abdul Rahim ialah kumpulan yang dinamakan Tiga Abdul, manakala Omar Mohamad pula bukan kumpulan itu tetapi sebaya dengan anggota kumpulan Tiga Abdul itu. Abdul Halimyang sebelum ini pernah menjadi timbalan menteri besar Kelantan berundur secara sukarela manakala Abdul Fatah dan Omar digugurkan. Selain tiga ahli veteran PAS itu, turut sama digugurkan Wan Ismail Wan Jusoh (Melor), Drs Zainuddin Awang Hamat (Limbongan). Dalam mengumumkan calon-calonnya semalam PAS mengemukakan 16 orang muka baru. Ulasan kedudukan terkini PAS dan UBN Kelantan berdasarkan batang tubuh calon akan menyusul. [wm.kl. 10: 10 08/04/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan