labun KulupSakah... |
ABU bukan sekadar Asalkan BUkan Umno tetapi Anti Bodek dan Umpan! Posted: 15 Apr 2013 02:34 AM PDT Menuntut perubahan bermaksud menggantikan sesuatu yang buruk dan rosak dengan yang baru dan baik. Mengubah benda yang rosak dengan sesuatu yang lain tetapi juga buruk bukanlah perubahan. Sentimen ABU hari ini adalah slogan menukarkan umno yang buruk dan rosak kepada PR yang baru dan baik. Tetapi jika calon-calon PR yang dipilih tetap mengamalkan apa yang diamalkan oleh 'umno yang buruk' itu maka tidak gunalah perubahan. Dalam keadaan mood hari ini menuntut untuk jatuhkan umno, ada oportunis membodek, melobi dan melabur untuk mendapat kerusi. Ini kerja jijik. Mengambil kesempatan. Akar umbi disejukkan dengan lagu 'sabar!', 'sokong!' dan 'bekerjasamalah' walhal cara kotor ini tidak lagi dapat disembunyikan. Ahli nampak. Tetapi segelintir ahli, dengan mood ABU ini akan bersifat apologetik. Kata mereka, jatuhkan umno dahulu barulah kemudiannya; setelah menang kita singkirkan yang jahat ini. Reformasi yang hendak dilakukan mestilah berprinsip. Kotor tetap kotor. Tiada kompromi. Tiada peluang untuk beri peluang. Pimpinan tidak sewajarnya memikirkan parti adalah milik peribadi sendirian berhad atau tiga orang pekerja sendiri sahaja. Politik baru ialah politik matang. Tiada ketaksuban kepada parti. Tiada kem cai-mengecai, tiada pemuja sosok individu, tiada autokratik tetapi lebih banyak berbincang mencari sebuah keputusan yang tepat. Tersingkirnya orang-orang lama yang mempunyai rekod peribadi perjuangan yang cemerlang seperti Syed Hamid Ali di parlimen Batu Pahat, cikgu Lee Kim Sin penyandang kerusi Dun Kajang untuk memberi peluang kepada entah siapa-siapa dan tiba-tiba sahaja dijolok sebagai 'berjiwa besar' sangat menggelikan hati anggota parti apatah lagi jika kita bercakap tentang kepedulian rakyat. Bukan rahsia lagi apabila muka-muka baru ini menggunakan taktik mengampu untuk mendapat kedudukan. Ini budaya lapok yang diamalkan umno. Yang selalunya kita laungkan 'Reformasi!' praktikalnya adalah di dalam parti kita sendiri. Apa yang hendak direformasikan jika amalannya tetap sama? ABU bukan perjuangan Asalkan Bukan Umno tetapi ABU adalah Anti Bodek dan Umpan! |
Posted: 14 Apr 2013 12:53 PM PDT Sudah disenaraikan calon-calon PKR di Selangor untuk PRU kali ini di AU 2 Keramat tadi. Anwar mengumumkannya. Pertukaran dan gantian itu perkara biasa. Okey. No hal. Tetapi macam Paparon kata tadi, semangat ABU bukanlah air keruh tempat untuk calon-calon pembodek menangguk. Paparon tak pernah jadi orang itu orang ini, kem siapa kem siapi, tak kuasa makkkk... Tapi Paparon tidak akan menyokong calon PKR untuk Dun Kajang kali ini. Siapa? Pergi google sendiri. Parti bukan milik peribadi pimpinan. Ia ada akar umbi. Ia ada suara di bawah. Ada juga ikatan setiakawan dengan parti-parti lain, penduduk, penggerak budaya dan NGO-NGO yang lain. Bukan kerana ia disukai pemimpin, tetapi akar umbi yang senang bekerja dengan siapa, mereka tahu. Hubungan dengan masyarakat, akar umbi tahu. Pengundi Kajang juga menyumbang besar kepada kemenangan Parlimen Hulu Langat yang ditandingi Dr Che Rosli (Pas). Mahu ini terjejas? Mahukah Pas atau kita PR kehilangan satu kerusi parlimen disebabkan salah calon? Kajang ini kamu fikir kawasan mampu menang (winnable seat) atau mamat tu calon mampu menang (winnable candidate)? Pimpinan mencaturi berdasarkan apa? Menolak dan mengambil calon mengikut kriteria apa? Apa KPI orang lama dan apa track record bekas ahli Gerakan yang baru tak sampai 4 tahun menyertai parti? Janganlah kerana mood rakyat ABU, ambil kesempatan. Kamu mahu tengok kuasa rakyat? Kamu yang selalu laungkan "Lawan Tetap Lawan!" Kamu tengok! Paparon - ini Kalilah! |
You are subscribed to email updates from GOSSIP PRU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan