. |
- Umno Kelantan Umum Calon Tengahari Esok
- Kelam Kabut di JKR 10
- Tokguru Sihat Makan Lasam Habis Sepinggan
- Alhamdulilah Tokguru Tidak Mengalami Apa-apa Kecederaan
- Benar Bekas MB Umno Sertai PAS
Umno Kelantan Umum Calon Tengahari Esok Posted: 14 Apr 2013 11:43 PM PDT BERITA SORE Senarai calon UBN Kelantan kini sudah berada di tangan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed. Senarai calon itu sudah muktamad dan tidak ada apa-apa pindaan lagi. Senarai penuh itu diserah oleh presiden Najib Razak pagi ini. Menurut Mustapa nama-nama calon Umno untuk 45 kerusi state dan 14 kerusi parlimen itu akan diumumkan tengahari esok bertempat di Pejabat Umno Kelantan di Kota Bharu jam 12:00 tengah hari. Sempena pengumuman itu juga bakal-bakal calon akan diserahkan tauliah menjadi calon. Sehingga kini senarai calon UBN kemas kemeh dalam tangan Mustapa tidak siapa mengetahuinya. Cuma apa yang sudah pasti Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi diberi laluan untuk bertanding di kerusi parlimen Gua Musang, manakala Mustapa di kerusi parlimen Jeli di samping kerusi state Air Lanas. Pengumuman calon Umno esok ini bermakan UBN mendahului PAS yang sampai kini masih belum dapat mengumumklan calon-calon mereka. PAS dan PKR sepatutnya mengumumkan calon-calon mereka pada 12 April lalu tetapi terpaksa dibatalkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dari segi moral menampakkan UBN lebih bersedia dan bersemangat kali ini berbanding dengan PAS? [wm.kl.2:41 pm 15/04/13] | ||||||||
Posted: 14 Apr 2013 11:07 PM PDT ULASAN MAKLUMAT Apa sudah jadi dengan PAS Kelantan? Apakah parti itu, tepatnya pemimpinya sudah bingung dan gelabah tahap empat? Katanya hari ini di kediaman rasmi Menteri Besar JKR 10, sudah dihurung oleh mereka yang dikatakan akan bertanding dalam pilihan raya untuk datang mengambil atau mengisi borang calon. Ada setengahnya juga sudah diarah untuk mengambil gambar bagi dijadikan gambar calon di kedai gambar Mido Kota Bharu? Kenapa terjadi demikian? Sementara bakal-bakal calon untuk kerusi lain sedang bertarung sesama sendiri untuk mendapat tempat, tetapi sebahagian yang lain sudah mengisi borang penamaan calon. Kenapa berlaku demikian yang mana ia menggambarkan tidak ada keselerasaan di dalam PAS. Siapakah bertanggungjawab membuat arahan berkenaan? Apakah pihak Badan Perhubungan PAS Negeri atau pun Jabatan Pilihan Raya Pas Kelantan (JPN)? Atau kedua-duanya sekali? Apapun atau siapa jelas, kekalutan itu menunjukkan kelemahan dan kurang professional mereka. Kalau kedua-dua sekali yang membuat arahan itu ternyata kedua-duanya bingung dan tidak mengikut adat resam biasa setiap kali menjelang pilihan raya. Selalu mereka yang dicadangkan menjadi calon akan dipanggil untuk mengisi borang bersama di JKR 10 dibawah selaisaan dan nasihat beberapa orang peguam. Mereka tidak akan diberikan borang atau watikah secara berasingan. Selalunya juga mereka yang dipilih menjadi calon akan diberikan watikah perlantikan dalam satu majlis khas diadakan beberapa hari sebelum hari penamaan calon. Di majlis itu juga acara angkat ba'iah juga dijalankan. Tetapi apa yang berlaku hari ini agak pelik dan luar biasa. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Watikah belum diserahkan, tetapi bakal calon sudah diminta mengisi borang calon atau mereka sudah diarah mengambil gambar untuk dijadikan poster calon. Apakah kata kalau ada pertukaran calon disaat-saat akhir tidakkah bakal calon yang tidak jadi itu akan malu. Perkara seperti ini menyentuh soal maruah dan air muka. Katanya hari ini ramai yang terkeliru dengan arahan berkenaan. Yang lebih 'gombal' lagi ada yang pergi untuk mengambil borang tetapi tidak dibenarkan kononnya nama mereka tidak disenaraikan. Walhal nama mereka atau orang ini sudah pun hadir pada majlis pengumuman calon yang tidak jadi pada 12 April lalu. Ada juga yang mewakili kepada pihak tertentu untuk datang mengambilnya. Dalam pada itu tidak kurang juga bakal-bakal calon tidak tahu menahu dengan program pagi ini. Seorang yang mengakui dia telah dimaklumkan menjadi calon parlimen berkata, dia tidak tahu menahu adanya pembahagian borang pagi ini. Paling melucukan lagi katanya ibu pejabat PAS masih lagi bermesyuarat untuk menghalusi calon-calon di beberapa kawasan termasuk di Kelantan. Kalau benar begitu kenapa borang pencalonan sudah diberikan? Apa yang berlaku seolah seperti ada perebutan secara halus di antara pihak tertentu. Semacam mahu mendahului di antara satu sama lain. Hendaknya kelam kabut mengenai hal ini tidak akan menjejaskan peluang dan harapan PAS. Kekelamkabutan itu juga sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada PAS. Biarlah ia berlaku kelemahan manusia yang mengendalikannya iatiu Wan Nik Wan Yusuf selaku pengarah pilihan raya dan Zulkefli Mamat setiausaha perhubungan PAS Kelantan yang juga disebut-sebut akan bertanding di Machang, kini berubah pula ke Jeli. Dalam pada itu kecelaruan dalam beberapa aspek untuk menghadapi pilihan raya ini bagi PAS, tidak keterlaluan kalau diletakkan ianya disebabkan kurang pengalaman Wan Nik dan Zulkefli Mamat dalam membuat persiapan khasnya menguruskan calon-calon pilihan raya. Mereka berdua walaupun sudah lama berada dalam PAS tetapi ini kalilah mereka diangkat atau mengangkat diri mereka menjadi sebagai orang tua. [wm.kl.2:05 pm 15/04/13] | ||||||||
Tokguru Sihat Makan Lasam Habis Sepinggan Posted: 14 Apr 2013 08:05 PM PDT MAKLUMAT SUBUH
Laporan liar itu dibuktikan dengan sekeping gambar spontan Tokguru sedang dikepong (dokong). Gambar itu memang kelihatan seolah-olah Tokguru uzur benar sehinggakan tidak boleh berjalan. Para pencacai Umno atau mereka yang benci Tokguru seronok dengan gambar berkenaan. Ia akan dieksploit untuk menceritakan Nik Aziz sudah uzur dan tidak larak lagi untuk berkempen. Orang-orang Umno yang gerun dan takut dengan auranya melonjak kegembiraan kalau beliau uzur dan tidak dapat turun padang. Soalnya kenapa takut sangat dengan Tokguru?
"Biasa, ayah kalau berjalan banyak dia akan kebas atau serban dan tidak boleh berjalan, biasanya sekejap sahaja," cerita Arif. Tidak berpuas hati dengtan penjelasan Arif saya menghubungi pegawai peribadi Tokguru, Wan Zulkefli. Apa dijelaskan Zul sama seperti apa diceritakan Arif. "Tak ada apa Abng Ti, tok guru hanya lenguh kaki sahaja. Dia sihat tak ada apa-apa, laporan itu melebih-lebih dan saja nak burukkan Tokguru," jelas Zul.
Selepas Subuh tadi saya mengujungi Tokguru di hotel penginapannya di Shah Alam Selangor. Ternyata keadaan tokguru tidak membimbangkan dan beliau sihat walafiat. Semasa saya menjenguk ke biliknya di tingkat 10 Tokguru sedang di jendela melihat panorama Shah Alam. Begitu melihat saya yang datang bersama YB Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat dia melepasnya senyuman pelanginya dan terkejut. "Oh...!" itu terlucut dari mulutnya sekaan tidak percaya dengan kunjungan kami. "Pagi-pagi lagi.." sapa tokguru penuh mesra dan meriakkan kegembiraan. "Tok guru sihat?" tanya saya selepas mencium tangannya sambil memohon doa dan keberkatannya. "Sihat setakat nak lawan Umno boleh 'kat lah' lagi," katanya bergurau. Saya cukup senang mendengar gurauan itu kerana ia menandakan tokguru sihat dan kuat. Kata-kata gurauan dan menjadi tag line dalam melawan Umno memberi pengertian tersendiri buat saya, bahawa dia masih bersemangat. Beliau menceritakan apa yang berlaku di Johor yang menjadi hebuh itu. Menurutnya kakinya seraban (kebas) tidak boleh berjalan. "Kejadian ini sebentar saja, selalunya selepas berhenti sekejap akan pulih.." ceritanya. Cuma apa yang menjadi sedikit mengejutkan bila saya dikepong. Demo kepong ingatkan tidak boleh berjalan langsung.. jadi kebetulan pula yang ada ambil gambar dan bubuh dalam internet..." ceritanya. Katanya isterinya sendiri Datin Tuan Sabariah terkejut melihat internet dan terus menghubunginya.
Hampir satu jam saya bersama tokguru, kami bersarapan pagi. Tokguru baham laksam habis licin sepinggan. Laksam memang kegemaran beliau. Sambil makan seperti biasa kami berbual soal politik menyentuh isu-isu semasa; soal Lahad Datu, Putrajaya tentang Mahathir tidak berani lawan Husam dan juga mengenai riak risik menjelang pengumuman calon di Kelantan. Jam 10:00 pagi ini beliau ada majlis di Karangkraf melancarkan buku tulisan beliau. Lewat petang ini beliau dijangka pulang ke Kelantan. [wm.kl.10:45 am 15/04/13] | ||||||||
Alhamdulilah Tokguru Tidak Mengalami Apa-apa Kecederaan Posted: 14 Apr 2013 06:27 AM PDT TERKINI Alhamdulilah Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilaporkan terjatuh dan mengalami kecederaan semasa berada di Batu Pahat tidak membimbangkan. Banyak laporan liar kini disiarkan di blog dan media sosial pro kerajaan memberi gambaran keadaan MB Kelantan itu teruk. Baru sekejap saya menghubungi dengan pengawal peribadi Tokguru, Wan Zulkefli dan beliau menjelaskan apa yang berlaku. "Tokguru hanya tergelecah semasa hendak naik kereta kerana kakinya kebas akibat lama berdiri, keadaan Tokguru tidak ada apa-apa, beliau sihat," jelas Wan zul. Bagaimana pun kata Wan Zul majlis Tokguru di Segamat malam ini dibatalkan dan kini Tokguru dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. [wm.kl.9:25 pm 14/04/13] | ||||||||
Benar Bekas MB Umno Sertai PAS Posted: 14 Apr 2013 06:00 AM PDT BERITA Seorang bekas MB Umno sah mengisi borang kemasukannya ke dalam PAS, demikian menurut pemimpin tertinggi PAS. Menteri Besar berkenaan yang berkhidmat lebih 10 tahun itu akan mengistyharkan kemasukannya ke dalam PAS dua hari selepas hari penamaan calon. "Beliau tidak mahu mengistyharkan sekarang ini bimbang takut beliau dikatakan hendakkan apa-apa jawatan atau pun menjadi calon dalam pilihan raya," demkikian beritatahu pemimpin berkenaan. Sebenarnya desas desus MB seorang ini akan menyertai PAS sudah lama kedengaran tetapi ia tenggelam timbul. Barulah sekarang ini hasratnya itu sahih apabila beliau telah mengisi borang keahlian PAS di hadapan Timbalan Mursyudul Am PAS, Dr Haron Don. Penyertaan bekas MB ini memberi pukulan hebat kepada Umno terutamanya di negeri yang beliau berkhidmat. Dalam pada itu pihak Umno juga tertanya-tanya mengenai MB berkenaan yang dikatakan sudah lama menghilang dan menjauhi program UBN. Umno juga dikatakan beruasaha untuk mendekati dan menjinakkan bekas MB ini tetapi tidak berjaya. Kemasukan bekas MB ini juga akan memberi suntikan semangat dan kekuatan baru kepada Pakatan Rakyat amnya. [wm.kl.8:57 pm 14/04/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan