Sabtu, 13 April 2013

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


LINE lain

Posted: 12 Apr 2013 11:51 AM PDT

1.
Calon Pas untuk Parlimen Titiwangsa bersedia berdebat dengan umno tentang masa depan OKU.
Paparon setuju. Isu OKU isu besar. Ia tentang hak 15% daripada rakyat sesebuah negara.
Tetapi alangkah baiknya ketika Paparon dan Rosli sahabat Paparon yang matanya kurang penglihatan tetapi akalnya tajam berkilau ditibai penyokong PR kerana mengkritik manifesto yang mengabaikan OKU, saudara  Ahmad Zamri tampil giat memberi pencerahan kepada orang-orang PR khususnya pimpinan PR tentang betapa seriusnya memperjuangkan hak OKU.


2.
Setakat ini kita tidak tahu lagi kedudukan Dr Badrulamin apakah tersenarai sebagai calon PRU kali ini? Kelihatannya tempat lamanya diberikan kepada Prof Aziz Bari. LINE tak clear situ nampaknya...

3.
Orang lama PKR Mustaffa Kamil Ayub diumumkan Anwar bertanding di Parlimen Pasir Salak. PKR Cabang tersebut membantah kerana kata mereka Mustaffa yang pernah bertanding di parlimen Pasir Salak dan juga DUN Sungai Manik dalam PRU 12 yang lalu ( dalam parlimen Pasir Salak) hanya timbul 5 tahun sekali, itupun apabila hampir pilihanraya.
Tahun 2004, Mustafa Kamil Ayub bertanding di DUN Bukit Chandan dan Parlimen Lumut. Mesti dua kerusi punya. Kata mereka dia ni hanya hadir bila dijemput ceramah aje atau program PAS. Sebelum ini ditugaskan menjadi Ketua Perhubungan di Terengganu, Sarawak dan Perak. Semuanya lingkup.
Tapi kata mereka lagi, pandai cover LINE punya pasal dengan boss, peluang tetap ada.

Paparon - Tiga line.... 

Tiada ulasan: