Roslan SMS Corner |
PAS belanja $1661 PRU 1955 (13/4/13) Posted: 13 Apr 2013 03:16 AM PDT Dalam kita bertungkus-lumus bekerja bagi memenangkan PAS dan PR menjelang PRU ke 13 ini saya mahu mengajak para pengunjung blog ini untuk merenung sejenak betapa besarnya pengorbanan dan jasa para pejuang PAS terawal dalam meniti arus perjuangan bagi mendaulatkan Islam di tanahair kita. Sebagaimana kita ketahui pada 27 Julai tahun 1955 menjelang kemerdekaan tanahair, pihak pentadbiran British Malaya telah menganjurkan Pilihanraya Persekutuan yang pertama bagi merebut 52 kerusi Perundangan Persekutuan bagi seluruh Malaya.
Dari 1,027,211 pengundi yang keluar mengundi PAS meraih 40,667 undi atau 3.9 peratus. Yang lebih hebatnya tahukah anda berapa perbelanjaan kempen yang ditanggung PAS ketika itu? Subhanallah….. menurut Dr Ismail Said di dalam bukunya: "Menegak agama membela bangsa – Perjuangan PAS 1951-1970" dalam PRU itu bagi seluruh Malaya PAS menerima derma sebanyak $586.00 sedangkan perbelanjaan ibupejabat PAS adalah sebanyak $1,661.00. Ini bermakna selepas PRU PAS masih berhutang sebanyak $1,076! Dan tahukah anda bagaimanakah Tuan Guru Hj Ahmad berjaya mengalahkan calon Perikatan Umno Sulaiman Palestin? Menurut penulis yang sama aset Almarhum Tuan Guru adalah: "…keadaan dan sikap beliau yang sederhana, tawadduk. Yang menarik dikatakan beliau tidak pernah meminta dirinya diundi sepanjang kempen PRU kecuali menerangkan tujuan PAS menyertai pilihanraya iaitu hendak menyuarakan keinginan bangsa Melayu yang mahukan kemerdekaan berlunaskan Islam…" Semoga kita yang ada pada hari ini yang menggalas dan mewarisi perjuangan mereka yang terdahulu akan turut juga mempunyai kualiti dan keperibadian mereka terdahulu. (YA ALLAH CUCURI RAHMAT KE ATAS ROH ALMARHUM TUAN GURU HJ AHMAD TUAN HUSSIN) | ||
Jangan tewas pada hari "peperangan" besar (13/4/13) Posted: 12 Apr 2013 07:28 PM PDT Baru-baru ini seorang rakan PR melahirkan kepada saya akan kebimbangan beliau terhadap penipuan yang dijangka berlaku pada hari mengundi 5 Mei nanti. Menurut beliau ada maklumat mengatakan aka nada usaha untuk mengalahkan PR disaat-saat akhir khasnya pada hari mengundi. Saya tidaklah berhasrat menghuraikan di sini apa yang telah kawan saya itu nyatakan. Cuma jika kita bersungguh mahu melihat PR menang maka wajarlah kita sentiasa bersiap siaga. Seringkali kita lupa bahawa sesungguhnya "peperangan" yang paling besar bukannya pada hari penamaan calon atau tempoh berkempen, tetapi yang paling memerlukan perhatian dan komitmen adalah pada hari mengundi, itulah hari "peperangan" terbesar. Kita sering menghabiskan "peluru" semasa penamaan calon dan tempoh berkempen, apabila tiba hari mengundi kita letih dan berserah begitu sahaja, disitulah kita sering silap. Salah satu kelemahan dan kesilapan kita adalah mendisiplinkan "wakil" kita di bilik mengundi. Senarai wakil-wakil ini sepatutnya telah lengkap pada hari ini. Mereka bukan sekadar wajar diberi latihan dan motivasi tetapi yang paling kritikal pastikan mereka hadir bertugas tepat pada waktu, bertugas dengan penuh cermat dan teliti dan tidak meninggalkan "Bukit Uhud" (bilik mengundi) sehinggalah selesai bertugas. Dari pengalaman saya pernah lihat dalam satu bilik mengundi pada PRU 1990 dulu, dimana wakil BN tanpa segan silu "berkempen" dalam bilik mengundi! Ya kerana beliau yang dilantik itu kira saya yang paling "gedebe" di kampong berkenaan maka tanpa segan silu beliau bersuara: :Pangkah dacing ya…..". Malangnya oleh kerana wakil kita barangkali tidak cukup terlatih atau entah apa, beliau menikus tidak langsung menegur atau membuat aduan pada Ketua Temopat Mengundi SPR. Juga saya ada pengalaman dimana pada hari mengundi, wakil-wakil yang sepatutnya bertugas tiba-tiba tidak hadir atas pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Akibatnya ada bilik mengundi yang tiada wakil langsung! Lantaran itu pastikanlah, "tentera" kita yang menjadi "polling agent" dan "counting agent" pada hari mengundi itu nanti adalah terdiri dari kalangan "tentera" kita yang paling terbilang dan terlatih. Jika tidak bersedialah untuk menghadapi kekalahan. Sia-sia tenaga dan wang ringgit yang kita belanjakan untuk memenangkan calon-calon kita tetapi pada hari mengundi, wakil-wakil yang kita tugaskan samada tidak tahu menjalankan tugas, cuai dan lebih malang lagi langsung tidak hadir! Semoga jentera kita prihatin tentang perkara ini dan jangan kita tewas pada hari "peperangan" besar. Kalau benar wakil-wakil kita berkebolehan dan bertugas dengan penuh dedikasi pada hari mengundi, datang tepat pada waktu dan bersengkang mata serta beri tumpuan, tiada ruang bagi pihak musuh melakukan penipuan atau cuba-cuba untuk menang secara tidak demokratik. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan