Kelab Greenboc |
- Dr.Asri Dan NGO Kecam Politik Kotor Dan Lucah UMNO
- Berita Cikgu Pa Letak Jawatan Fitnah Jahat UMNO Selepas Video Lucah
- [PANAS] Video Lucah Fitnah Sudah Kantoi Terbarai...
- Mustafa Ali Akan Terus Berpahala Selagi Video Disiarkan
- 1) [Bergambar] Husam Di Masjid Putrajaya 2) Husam Menang Saman Ke Atas NST
- Lagi Pegawai Tentera Sertai PKR, Bantu Kempen Pakatan
Dr.Asri Dan NGO Kecam Politik Kotor Dan Lucah UMNO Posted: 13 Apr 2013 01:25 AM PDT Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin di dalam satu tweetnya mengecam pihak tertentu yang menjadikan kelucahan sebagai senjata politik dan menganggap bahawa negara akan musnah jika pihak berkenaan menguasai kepimpinan negara. Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada isu penyebaran video seks lucah yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, yang dimainkan oleh pihak blogger pro-UMNO melalui laman sosial dan blog-blog sejak beberapa hari ini. Sementara itu harakahdaily melaporkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan Islam membantah politik kotor yang cuba membunuh lawan dengan cara terkutuk. Tindakan ini disifatkan dibuat tanpa mengambil kira sama ada budaya itu akan terkesan atau tidak terhadap generasi hari ini dan akan datang. Demokrasi sihat bertunjangkan perkhidmatan kepada rakyat dan hujah tidak menjadi agenda utama dalam mengembangkan persaingan sihat dalam arena pilihan raya. "Sepatutnya, budaya persaingan ini perlu lebih menjurus kepada hujah, penerangan dan bukannya budaya fitnah, apatah lagi lucah biarpun dalam keadaan sengit sekalipun," tegas Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar kanan), kepada Harakahdaily, hari ini. Biarpun budaya ini sudah dijangka, kata beliau sewajarnya perlu dihentikan oleh mana-mana pihak, tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Tambah beliau, bukan sahaja pemimpin parti, malah para pendokong, ahli-ahli parti, termasuk unit perang saraf tidak menggunakan taktik kotor ini dalam usaha memenangi hati pengundi. "Biarlah kempen atau strategi digerakkan mengikut lunas-lunas syarak yang lebih memikat hati pengundi tentang betapa tinggi dan mulianya nilai-nilai yang perlu diusahakan," kata beliau lagi. Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Shaa'ani Abdullah, berkata budaya lucah ini hanya menunjukkan pihak yang menyebarkannya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab, malah amat tidak beretika. Menyatakan pendapatnya atas kapasiti peribadi beliau sendiri, Shaa'ani berkata semua pihak tidak wajar menjadikan isu seumpama itu sebagai alat untuk menjatuhkan seseorang atau parti tertentu. Sambil menggesa ia dihentikan segera, Shaa'ani berpandangan rakyat patut melihat individu yang menyebarkan sebarang bahan lucah itu sebagai tidak bertanggungjawab. "Siapa yang seharusnya menjadi wakil kita? Mereka yang berkempen dengan cara begini, pada pemikiran anda bolehkah menjamin dan melindungi hak anda apabila mereka menang nanti? "Mereka yang akan duduk di atas (pemerintahan negara) perlu menunjukkan contoh terbaik, bukannya membiarkan budaya seperti ini terus menular dalam masyarakat ini," tegas beliau. Sementara itu, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Prof Madya Dr Abdul Halim El Muhammady menegaskan, amalan politik di negara kita seharusnya lebih matang memandangkan sudah 55 tahun negara kita merdeka. "Sepatutnya amalan politik kita lebih matang dari segi nilai kemanusiaan. Kematangan itu bukan sahaja dilihat dari segi kemajuan kebendaan tetapi sepatutnya juga dari segi nilai-nilai kemanusiaan untuk mengimbangi kemajuan yang kita capai. "Tapi apa yang kita lihat nilai kemanusiaan dan adab semakin luntur, kekuatan jati diri, karektor Melayu Muslim semakin terhakis. "Mana-mana ahli politik tak bermoral dalam apa jua konteks kita perlu tolak daripada dijadikan pemegang amanah," katanya. Pengerusi Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Dr Fauzi Zakaria pula mengingatkan pengamal media agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu perkara dan mengambil tanggungjawab memastikan kesahihan berita yang disebarkan itu. "Saya menyeru masyarakat terutamanya akhir-akhir ini menjelang pilihan raya umum kita sama-sama membentuk masyarakat madani terutama kepada para pengamal media. "Pengamal media peranannya lebih besar untuk membentuk masyarakat madani iaitu masyarakat yang dikehendaki oleh Allah," katanya. Nada yang sama turut disuarakan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan (gambar) yang mahu media lebih bertanggungjawab mengemukakan bukti bagi setiap perkara yang disebarkan. "Media yang bertanggungjawab menentukan kesahihan apabila menyebarkan sesuatu perkara juga tanggungjawab kepada mereka yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti, bukan meminta orang yang dituduh itu membuat penafian. "Kita tak mendidik masyarakat kita dengan perkara-perkara (lucah) ini. Sudahlah kalau anak-anak kita baca akhbar sebegitu kita mesti malu. "Perkara lucah sebegini lebih rancak dibincangkan berbanding membincangkan polisi-polisi atau apa yang nak disumbangkan kepada negara. "Polisi dan tawarankepada rakyat yang harus dibincangkan, bukan perkara-perkara lucah yang pembuktiannya masih meragukan dan hanya bertujuan mengaibkan dan menimbulkan kesangsian pemilih," katanya. Dalam pada itu, penulis makalah berkaitan qazaf dan menjawab fitnah, Ustaz Zaidi menegaskan, amalan menyebarkan fitnah dan perkara lucah amat berbahaya kepdaa masyarakat khususnya generasi muda yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Katanya, walaupun semua pihak berusaha mengekalkan kuasa dan mandapatkan kuasa, mereka masih terikat dengan hukum Allah. "Kerana kasih sayang kita kepada masyarakat kita jangan dibudayakan amalan berbohong dan menuduh seseorang tanpa cukup bukti tak kiralah dari pihak rakyat kepada pemerintah atau pemerintah kepada rakyat. Kita mesti mengikat diri kita dengan hukum syarak dalam setiap perkara yang kita buat. Dalam suasana panas politik hari ini menjelang PRU 13 kita masih terikat dengan syarak, masih ditulis oleh malaikat dan akan dihisab, tak ada benda yang terlepas. "Kepada yang nak mempertahankan kuasa atau yang nak mendapatkan kuasa masih perlu mengingat diri masing-masing dengan hukum Allah," pesannya. | ||
Berita Cikgu Pa Letak Jawatan Fitnah Jahat UMNO Selepas Video Lucah Posted: 12 Apr 2013 11:15 PM PDT Dungun: Ketika blogger Umno menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan, beliau memberikan ceramah di markas PAS Kampung Molek dekat sini malam tadi. Dalam ceramah itu beliau mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air. Umno sehingga kini gagal untuk menyelesaikan calon-calonnya walaupun kononnya sudah memutuskannya sebelum ini. Usaha untuk membuang beberapa tokohnya akibat tekanan kem Tun Dr Mahathir mendapat tentangan dari kumpulan yang diketuai Datin Seri Rosmah Mansor yang masing-masing mempunyai senarai calon. Pemuda Umno pula hilang terus dari media apabila mendapat 'gag order' dari pemimpin Umno tertentu yang berpengaruh dan menguasai Umno dan medianya. Sejak sekian lama nama dan gambar Khairy Jamaludin tidak tersiar dalam media ekoran arahan ini. MCA pula dalam keadaan paling parah sehingga presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini. Media melaporkan, MCA terpaksa menyerahkan kerusi-kerusi tradisinya kepada Umno ekoran tekanan dari Umno kononnya calon mereka lebih berpeluang menang. Antaranya kerusi Kuantan, Wangsa Maju dan juga Gelang Patah. Kuantan adalah kubu MCA sejak sekian lama apabila diwakili timbalan presidennya, Datuk Lim Ah Lek. Poll yang dibuat oleh Sinar Harian juga menunjukkan rakyat menolak moneyfesto Umno. 81 peratus dari peserta memilih manifesto Pakatan berbanding moneyfesto BN. Bagi Mustafa, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media itu. "Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama. Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan. Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya. "Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini. "Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya. Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen. " Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.
| ||
[PANAS] Video Lucah Fitnah Sudah Kantoi Terbarai... Posted: 12 Apr 2013 08:15 PM PDT Daripada beberapa analisa terhadap apa yang didakwa sebagai video lucah "Mustafa Ali" yang ditempik sorakkan oleh macai-macai UMNO, terbukti nyata bahawa video berkenaan adalah rekaan dan palsu. Daripada gambar yang dipaparkan di atas ternyata sesuatu yang tidak kena terhadap gambar tersebut. Bagaimana kaki meja boleh keliatan di depan kaki (pehaorang yang didakwa sebagai "Mustafa Ali" sedangka kedudukan meja itu sebenarnya berada di belakang beliau? Jelaslah kini bahawa telah wujud satu kecacatan yang besar di dalam gambar berkenaan yang dipercayai dilakukan oleh pereka video tahap amatur sehingga tidak memperdulikan aspek ketelitian di dalam teknik siperimposed. Kedua sebuah nalisa yang dilakukan oleh erapasca lebih jelas menunjukkan video itu adalah fitnah yang nyata. Cuba baca: Ramai yang meminta aku siasat tentang VIDEO LUCAH TERBARU yang didakwa melibatkan pemimpin PAS, Mustafa Ali yang telah tersebar lebih 24 jam lalu. Dan setelah aku teliti dengan segala aspek dan kebolehan yang ada, ini adalah JAWAPAN kepada persoalan yg diberikan...
VIDEO INI TULEN Sememangnya video ini tulen kerana kalau tak tulen BUKAN VIDEO lah namanya.. PELAKON JUGA TULEN Hasil penelitian aku, pelakon ini 100% tulen TETAPI tidak menyerupai Mustafa Ali. Disini juak juak yang teribat dengan pembikinan video ini melakukan KESILAPAN BESAR dimana WAJAH SEBENAR pelakon itu JELAS TERLIHAT WALAUPUN HANYA BEBERAPA SAAT TETAPI BERULANG SEBANYAK 2 KALI.. Semasa nak duduk pakai spender, jelas ada TANDA TITIK di dahi pelakon tersebut dan iras muka pelakon itu 70% TAK SAMA seperti muka Mustafa Ali.. Ok.. Kita lihat printscreen seterusnya.. Minit ke 6:46 Tanda didahi pelakon sudah HILANG. Wajah pula berubah dan kelihatan 92% mirip Mustafa Ali.. Minit ke 6:52 Semasa mahu bangun semula dari tepi katil, tanda didahi yang hilang kelihatan semula. Muka pelakon berubah kembali kepada muka di printscreen minit ke 6:43 PERSOALAN: Bagaimana dalam masa tempoh 9 saat kita dapati 2 muka yang berbeza tapi watak yang sama? AKSI JUGA TULEN Disini dipercayai video ini menggunakan kaedah mengubah perincian secara digital. Aku tak pandai sangat nak sebut mende ni camne tapi korang bleh la tengok kat youtube, bersepah video yang menggunakan editor yntuk ubah muka atau apa apa yang diingini.. Khas untuk pencacai UMporNO.. Sorilah, aku x tengok video full.. Jadi aku cari dalam YOUTUBE, terjumpa 1 video yg macai UMporNO upload dan aku kaji... **UPDATE: PEMILIK ACC YOUTUBE YANG DIPERCAYAI PENCACAI UMPORNO TELAH MEMADAM VIDEO INI.. SORILAH BRO, AKU PUN X TAW NAK CARIK KAT MANA LAGI.. TANPA VIDEO, SUSAH KITA NAK BUKTIKAN KE'KANTOI'AN DAN KEBODOHAN JUAK JUAK PEMFITNAH NI.. Allah Maha Besar, FITNAH lucah juak juak ni takkan kemana, KANTOOOOOOOIII.. Setiap penipuan yang wujud dalam masa yang sama akan wujud petunjuk untuk kita cari dan lihat.. Kalau manusia boleh buat cerita TRANSFORMERS, Jelas nampak WUJUD & REAL, Inikan pulak video murahan macam ni.. Kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaahh!!! | ||
Mustafa Ali Akan Terus Berpahala Selagi Video Disiarkan Posted: 12 Apr 2013 04:04 PM PDT Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada PAS. Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan PAS yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini. "Kita (PAS) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). "Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rusila, Kuala Terengganu hari ini. Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon PAS untuk bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini. Katanya PAS berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu. Semalam di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan PAS. - Bernama Ulasan GB GB sudah nukilkan sebelum ini di dalam kes video liwat DSAI. Petikan: Kebenaran akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu. Keengganan puak UMNO untuk mengaku merekalah selama ini di sebalik pembikinan dan penyebaran video-video lucah sebaliknya membuat cerita ia dilakukan oleh PKR sedangkan puak UMNOlah yang melompat-lompat macam kera dengan berita penyebaran video lucah itu menunjukkan parti UMNO itu sudah cukup terdesak dan sedang menuju kehancuran! Islam meletakkan syarat yang ketat untuk menuduh seseorang itu berzina. Empat orang saksi yang boleh dipercayai perlu dikemukakan. Itu QAZAF namanya. Demikian hebatnya keadilan yang dituntut oleh Islam. Bukkan sekadar tuduh-tuduh. Video boleh membantu siasatan tetapi tidak dapat diterima sebagai bukti kerana adakalanya video itu palsu dan rekaan. Ada video yang boleh diedit, diubah dan seumpamanya. Di dalam inkues kematian Ahmad Sarbani di bangunan SPRM, video cctv dikemukakan, tetiba didapati ada bahagian rakaman cctv yang terputus. Dan bahagian yang terputus itu ialah bahagian yang paling penting dan krtitikal di dalam siasatan. Membuktikan bahawa cctv itu boleh diubah pihak tertentu untuk tujuan tertentu. Lihat pula bagaimana video superimposed dilakukan: Selain itu satu cara lagi ialah penggunaan "mask" (topeng) Justeru itu menjadi tugas kepada mereka yang menuduh orang lain berzina untuk mengemukakan 4 orang saksi, jika tidak tanggunglah dosa selagi fitnah itu berjalan. | ||
1) [Bergambar] Husam Di Masjid Putrajaya 2) Husam Menang Saman Ke Atas NST Posted: 12 Apr 2013 07:34 AM PDT Naib Presiden PAS merangkap calon Pakatan Rakyat Parlimen P125 Putrajaya, Dato Husam Musa, hari ini telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya. Sebaik saja selesai solat Jumaat, para jemaah yang mengetahui akan kehadiran Dato' Husam Musa mereka pun ambil kesempatan menyerbu kearah beliau untuk bersalaman. Cukup terharu betapa warga Putrajaya sebenarnya mengalu-alukan hasrat dan niat Husam Musa untuk bertanding di parlimen Putrajaya atas tiket PR. Dari sambutan diberikan, jelas sekali harapan untuk PR rampas kerusi P125 Putrajaya dari UMNO/BN adalah cerah. Mood kebangkitan rakyat kini yang mau melakukan perubahan sudah tidak mengenal latar belakang, status , pekerjaan, bangsa dan agama. -omakkau
| ||
Lagi Pegawai Tentera Sertai PKR, Bantu Kempen Pakatan Posted: 12 Apr 2013 05:13 AM PDT SSeorang lagi bekas pegawai tinggi tentera menyertai KEADILAN malam tadi, sekaligus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Leftenan Kolonel Abang Hamdan Abang Hadari menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong pada ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya. Abang Hamdan merupakan anak jati Sarawak dan tekad membantu Pakatan Rakyat berkempen untuk memenangi negeri jajahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Umum ke-13. Penyertaan terbaru itu menjadikan enam pegawai tertinggi tentera menyertai Pakatan sejak awal tahun lalu. Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid; Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad dan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mengisytihar sokongan kepada Pakatan. Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran), bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi) dan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat (Hashim). Hashim diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Baharu pada 3 April lalu. Imran pula diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut. -KD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan