Khamis, 11 April 2013

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Buli membuli

Posted: 11 Apr 2013 12:05 AM PDT

Berkatalah Muhyiddin yang Manifesto PR ciplak Akujanji BN. Walhal Akujanji BN keluar lewat. Tetapi sebab BN menguasai media maka senang saja buli berlaku. Dan Rafizi pula mengkritik beberapa manifesto yang dibentang Najib. Sudah tentu media arus perdan tidak keluar. Maka ini buli namanya.
Seperti apabila Paparon mengkritik manifesto PR yang mengabaikan OKU maka menjawablah akan Rafizi yang kebajikan OKU ada di dalam dokumen lain seperti kenaikan elaun kepada RM500 dan kenderaan bas awam percuma. Media PR mengeluarkan kenyataan Rafizi ini selain dia memberitahu akan menghantar pembantunya hadir ke majlis dialog yang kami anjurkan.
Tetapi tiada pun sesiapa yang memperkenalkan diri sebagai pembantunya pada hari majlis tersebut. Paparon pun menulis di facebook tentang keperluan OKU dan bercakap juga tentangnya di majlis dialog itu.
Tiadalah laporan apa-apa pun di media pro PR tentang apa yang Paparon suarakan itu.
Ini pun buli juga namanya.


2
Dan tersebar juga video budak sekolah membelasah rakan pelajarnya di seluruh tanahair. Memanglah sangat tak patut tapi begitulah samanya perbuatan membuli yang diamalkan.
Yang rasa kuat, besar dan gagah akan membuli yang kecil, sedikit lagi lemah.

Paparon - pembuli dan pundek itu samalah tarafnya.

Laa...kecut?

Posted: 10 Apr 2013 08:05 AM PDT

Kawan bagitahu calon MP Batu Pahat agak takut bila dapat ugutan pecacai supaya jangan hadir ke ceramah-ceramah. Laa... Orang BTN pun goyang? Habis macamana nak hadapi cabaran yang lebih besar nanti?
Kata kawan, " kang masa penamaan calon terus tak datang. Tak fasal-fasal BN menang percuma."

Paparon - Teringat Pak Syed Hamid Ali yang susah-payah ambilkan teh panas untuk Paparon yang kelihatan sukar mengendalikan Annisa dan An-Nur waktu Kongres PKR di JB dua tahun lalu.

Tiada ulasan: