. |
- Chua Soi Lek Sudah Kecut Perut dan Mengaku Kalah
- Annuar Musa Disingkir Menjadi Calon?
- Siapa Yang Memohon Maaf Kepada Anwar?
Chua Soi Lek Sudah Kecut Perut dan Mengaku Kalah Posted: 11 Apr 2013 02:31 AM PDT ULASAN PETANG Presiden MCA Chua Soi Lek hari ini dengan rasmi menyatakan dia tidak akan bertanding dalam pilihan raya ke-13 nanti. Alasannya ialah kerana beliau ingin membuktikan dia seorang yang mementingkan parti daripada kepetingan diri sendiri. Alasan diberikan Soi Lek itu begitu indah dan ikhlas bunyinya. Tetapi seramai mana yang mempercayai akan keikhlasan itu? Bukan tindakan Soi Lek itu menandakan dia sudah mulai kecut perut kerana melihat kebangkitan rakyat hari ini yang ingin menghukum UBN sudah tidak dapat dibendung lagi. Sebelum ini Chua Soi Lek cuba sedaya upaya untuk memecahkan pakatan PR terutamanya di antara PAS dengan DAP dengan menimbulkan berbagai provokasi dan fitnah. Beliau juga lantang menentang hudud di mana ia dilihat kontras dengan DAP yang lebih bersikap terbuka mengenai hudud. Chua Soi Lek cuba memberi gambaran yang DAP menyokong hudud dengan tujuan untuk menakut-nakutkan orang-orang Cina. Walaupun Soi Leki sekongkol dengan Umno menolak hudud dan cuba menarik perhatian masyarakat Cina tetapi ia tidak membawa perubahan positif terhadap sikap politik orang Cina. Malahan orang Cina semakin dilanyak oleh Soi Lek mereka makin rapat dan melekat dengan DAP. Orang Cina yakin dan percaya DAP dalam isu hudud berbanding dengan Soi Lek atau MCA yang agak redikal. Kesediaan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah Johor memberi pukulan maut buat Soi Lek. Orang Cina melihat keberanian Lim Kit Siang itu membuktikan kebenaran DAP. Penghijrahan Lim Kit Siang itu menyebabkan kebangkitan masyarakat Cina semakin bertambah. Tiba-tiba sahaja keputusan Lim Kiat Siang itu menaikkan semangat masyarakat Cina. Sokongan orang Cina kepada DAP dan parti-parti PAS dan PKR juga meningkat. Ceramah anjuran PR tidak kira parti semakin mendapat sambutan akhir-akhir ini. Ia terus meningkat sebaik parlimen dibubarkan. Khabarnya sudah lebih 85 orang Cina di Johor menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat berbanding sebelum ini sekitar 70 hingga 75 peratus. Peningkatan ini mungkin menyebabkan Chua Soi Lek mengambil langkah surender awal uttuk tidak terlalu menjatuhkan air muka pada pilihan raya kelak.Perubahan sikap orang Cina itu juga kerana mereka tidak yakin dengan kepimpinan Chua Soi Lek yang dikatakan banyak bertolak ansur dengan Umno terutamanya dalam soal pembahagian kerusi. Satu kerusi yang dituntu oleh MCA tetapi gagal diperolehi ialah Wangsa Maju. Kerusi Wangsa Maju asalnya kepunyaan MCA tetapi kini cuba diropak oleh Umno. Pergolakan di antara MCA dan Umno Wangsa Maju hari ini tidak boleh dibendung lagi. Dalam pada itu Lim Kit Siang meletakkan sasaran 15 kerusi parlimen di Johor akan ditakluki Pakatan Rakyat pada pilihan raya kelak. Angka itu melebih tiga kerusi berbanding keyakinan Salahuddin Ayub yang menyakini Pakakatan Rakyat akan membolot sekurang-kurang 12 kerusi. Saya sendiri meletakkan sasaran kurang 10 kerusi. Menyedari perkembangan memberangsangkan inilah maka Chua Soi Lek terpaksa mencari helah untuk tidak bertanding dan hanya mahu menjadi pekerja kuat parti sahaja. Jelas Chua Soi Lek kini sudah ketar lutut dan langkahnya untuk tidak bertanding itu kerana sudah berbau kekalahan teruk MCA dan UBN. Kerusi-kerusi yang disasar oleh Lim Kit Siang ialah; ialah Ladang, Muar, Batu Pahat, Tanjung Piai, Gelang Patah, Pulai, Teberau, Kulai, Air Itam, Simpang Renggang, Kluang, Segamat, Labis, Johor Baharu, Semberong di samping Bakri. [wm.kl.5: 23 pm 11/04/13] | ||
Annuar Musa Disingkir Menjadi Calon? Posted: 10 Apr 2013 05:02 PM PDT RISIK MAKLUMAT Di antara tokoh-tokoh veteran Umno yang digugurkan sebagai calon dalam pilihan raya ke-13 ini khabarnya termasuklah bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Annuar Musa. Dari maklumat dalaman Annuar tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi, sama ada DUN atau parlimen.
Kejayaan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors telah diguanakan untuk menaikan darjatnya dalam politik. Annuar sangat berharap kejayaan triple pasukan boleh sepak itu akan membantu memulihkan imejnya dalam politik. Annuar juga selalu menyebut kira-kira 200,000 penyokong bola sepak Kelantan itu sebagai penyokong tegarnya. Selain itu Annuar juga mendapat dokongan padu dari isterinya, Rosniah menemui dan mendekati rakyat bagi mengharap simpati dan sokongan. Kerajinan Rosniah ini dikatakan luar biasa sekali seolah-olah Rusiah yang ingin menjadi calon. Nanun semua itu tampaknya tidak berhasil untuk menawan dan menakluki hati Najib Razak. Najib tidak mudah tersihir dengan umpan atau 'keladi colek' dilakukan Annuar itu. Satu masa katanya Annuar pernah memaklumkan kepada Najib yang isterinya melawat rumah orang kampung dalam kawasan Ketereh sebanyak 20 buah sehari. Sedihnya laporan itu ditempelek oleh Najib dengan bertanya Annuar; you ada berapa isteri? Jawab Annuar satu; lantas Najib menyimpulkan kalau you ada empat isteri bermakna sebanyak 80 buah rumah sehari yang dilawati. Annuar terkucil-kucil mendengar tempelak Najib dan menyimpan malu dalam poket seluar. Kemungkinan Annuar tidak dicalonkan bukan saja disebabkan beliau telah memberi imej buruk kepada Umno Kelantan semasa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno dan menteri dahulu tetapi katanya ada permintaan dari pihak tertentu agar Annuar Musa tidak dicalonkan oleh Umno. Permintaan inilah katanya menyebabkan, waima Mustapa Mohamed dan Najib berfikir panjang mengenai nasib Annuar. Khabranya Umno Kelantan tidak mahu implikasi buruk berlaku dengan mencalonkan Annuar Musa. Mengenai kedudukan dan masalah Annuar ini kebanyakan rakyat Ketereh sudah mengetahui. Kandati dalam senarai nama parlimen yang dihantarkan Annuar ke Ibu pejabat meletakkan namanya sebagai calon nombor satu, tetapi nama Md Alwi Che Amat sudah dipindah berada di atas. Dan Alwi pula sebagai sahabat Annuar menyerahkan seratus peratus nasibnya kepada ketentuan pucuk pimpinan tanpa melaukan apa-apa pelobian seperti mana dilakukan Annuar Musa. Alwi hanya mampu berdoa saja. Maklumat terbaru diterima bagi memastikan Annuar diletakkan bertanding katanya pihak tertentu akan menghantar memorandum kepada Pengerusi Perhubungan Mustapa Mohamed agar mempertimbangkan kedudukan Annuar. Tandatangtan 3,000 ahli (mungkin direkaan) akan dihantar kepada Mustapa dalam masa terdekat. Elok kalau Mustapa menghantar kesemua tanda tangan itu ke pihak jabatan kimia untuk disahkan agar sebarang penipuan tidak berlaku [wmk.kl. 8:01 am 11/04/12] | ||
Siapa Yang Memohon Maaf Kepada Anwar? Posted: 10 Apr 2013 04:37 PM PDT SESUDAH SUBUH Semalam saya mendapat tahu dari seseorang, bakal calon Bebas yang akan diretui oleh UBN telah memohon maaf kepada Anwar Ibrahim di mahkamah. Bakal calon itu hadir ke mahkamah dan membuat pengakuan dan memohon maaf kepada Anwar beberapa hari lepas. Permohonan maaf itu direkodkan oleh Hakim. Belum diketahui apakah puncanya bakal calon itu berbuat demikian? Apakah dia juga menghadapi saman oleh Anwar ekoran kelancangan mulutnya memfitnah Anwar membabi buta selama ini? Saya sedang berusaha untuk mendapatkan surat permohonan maaf oleh bakal calon bebas direstui Najib itu. Persoalannya apakah boleh dipercayai dengan apa dilakukan bakal calon itu? Sejauh manakah permohonan maafnya valid dan berintegriti?. Semua orang kenal siapa dia orang ini dan kenal fiil perangai dan sifat munafiknya. Bukan sahaja ahli politik, pemerhati dan rakyat di kawasannya saja yang tahu tetapi semut di celah kayu atau gajah di dalam hutan juga tahu dan kenalkan dengan kebusukan dirinya itu. Jadi apakah perlu Anwar untuk menerima maaf beliau? Atau bakal calon bebas ini terpaksa membuat opologetik kerana dia bimbang rahsianya akan dibongkar dalam pilihan raya nanti. Bakal calon ini cukup tahu apakah kesalahan atau najis beliau yang disembunyikan oleh Anwar. Selama ini Anwar hanya mendiamkan diri sahaja. Perlu diingatkan kepada Anwar beliau jangan percaya dengan bakal calon itu yang juga pernah mengakui dia bersahabat dengan Anwar. Dia adalah seorang hipokrit dan oportunis. Dia boleh melakukan apa-apa saja watak untuk kepentingan dan politiknya. Bukan saja pembawa karak (jamur) (pak pacat) tetapi menjadi pelacur jantan juga dia bisa lakukan. Asalkan apa yang dihajatinya boleh. Tertakdir dia benar bertanding londehkan segala-gala mengenai dirinya biar rakyat tahu dan tidak bersubahat mengangat seorang munafik. Usah dikesian belas lagi kerana orang ini kerana dia tidak pernah tahu berterima kasih. Bunga yang diberikan kepadanya dia akan membalas dengan tahi. Susu yang dituang ke dalam mulutnya tatakala dia hampir nazak, tuba akan dibalas selepas dia sihat dan kuat. Basa menantang. Hendaknya Anwar tidak akan terpesona dengan opolegetik itu, dan saya akan bercerita lanjut setelah surat permohonan maaf itu diperolehi kelak. [wm.kl.7: 30 am 11/04/03] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan