Kelab Greenboc |
- Guna Harta Awam Untuk Kempen Parti, Kenyataan Rais Perlu Dicabar Di Mahkamah
- Dulu Najib Takut Bubar Parlimen, Kini Takut Umum Calon BN
- Beg Tangan & Cincin Lagy Gajah Turut Tergantung...
- [BERGAMBAR] KL Dilanda Banjir Kilat
- Siapa Bekas MB Perak Yang Akan Sertai PAS Terjawab Malam Ini
- Gambar Berbicara: Dimana Ada BN Disitu Ada Lembu...
Guna Harta Awam Untuk Kempen Parti, Kenyataan Rais Perlu Dicabar Di Mahkamah Posted: 11 Apr 2013 01:01 AM PDT Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempermainkan demokrasi dan institusi awam apabila menyatakan kerajaan sementara berhak mengguna jentera kerajaan selagi belum bermula waktu kempen. Katanya, keengganan BN memulangkan kapal terbang, helikopter dan kenderaan milik kerajaan membuktikan mereka akan memberi fokus kepada 3M iaitu Media, Wang (Money), Jentera (Machinery) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini. Menurut Rais, hanya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pencalonan dan hari mengundi iaitu jangka masa kempen baru jentera kerajaan tidak boleh digunakan untuk tujuan parti politik. Beliau mengulas laporan Malaysiakini bahwa tiga kenderaan milik Kementerian Penerangan diguna untuk membantu majlis pelancaran pusat gerakan pilihanraya BN di kawasan Parlimen Batu, Ahad lalu. Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sikap BN tidak seperti Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telah memulangkan semua kenderaan rasmi bagi mengelak percanggahan kepentingan dan salah guna kuasa. "Barisan Nasional (BN) tidak rela memulangkan kenderaan rasmi mereka termasuk jet dan helikopter kepada pihak Kerajaan Malaysia. Jika BN tidak berbuat demikian, ia jelas membuktikan mereka memang sanggup menyalahgunakan kuasa dengan mempergunakan 3M iaitu media, wang (money) dan jentera (machinery) demi untuk menang PRU-13. "Dari segi media kita melihat bagaimana mereka bukan sahaja memutarbelit isu malah kita juga melihat bagaimana fiksyen boleh menjadi fakta. Contohnya, New Straits Times yang dikawal BN melaporkan dengan salah bahawa saya menarik diri daripada berdepan Pengerusi BN Pulau Pinang di Padang Kota sedangkan sebenarnya dia yang menolak cabarannya sendiri," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini. Menurut Guan Eng, pada masa sama, The Star bukan sahaja enggan menyiarkan penjelasan mengenai perkara itu, malah menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kononnya melabur RM3 bilion di China sedangkan sebenarnya tidak melabur satu sen pun. Beliau berkata, tawaran Rais memberi masa 10 minit kepada Pakatan Rakyat di RTM untuk menerangkan manifesto dianggap mengarut dan satu penghinaan sedangkan manifesto BN disiarkan secara langsung. "Dari segi kewangan, bagaimana ada laporan bahawa Jabatan Perdana Menteri paling banyak berbelanja untuk pengiklanan, dengan membayar sekurang-kurangnya RM73 juta bulan lalu untuk pengiklanan, jauh lebih banyak daripada nilai yang dibelanjakan untuk iklaneka sebanyak RM43 juta, dan RM25 juta yang dibelanja Nestle dan Unilever Malaysia. "Mereka membelanjakan wang melalui Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang pro-BN yang memberikan 'sumbangan' RM2.2 juta kepada persatuan wartawan dan kebajikan termasuk Kelab Wartawan Pulau Pinang, Persatuan Wartawan dan Jurugambar Pulau Pinang, dan Kesatuan Wartawan Malaya utara yang menerima RM50,000 setiap satu, bersama-sama 103 NGO masing-masing mendapat antara RM5,000 hingga RM50,000," katanya. Guan Eng berkata, BN juga menggunakan jentera mereka, seperti sumber, institusi dan kenderaan demi memberi mereka kelebihan yang amat besar dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai badan bebas dan tidak berpihak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja menghina oposisi malah menuduh pergerakan masyarakat sivil seperti Bersih menjadi alat kepada Pakatan Rakyat. Katanya, walaupun berhadapan cabaran sebegini, meski BN mempunyai 3M; Pakatan Rakyat memiliki kekuatan dan kuasa rakyat yang akan menentukan mandat pada PRU-13 ini.-Roketkini
Ulasan GB Amat nyata sekali Rais Yatim cuba memperbodohkan rakyat. Peranan kementerian ialah untuk menjalankan kerja-kerja kementerian bukannya kerja-kerja parti. Justeru itu beliau sepatutnya diheret ke muka pengadilan dan kenyataannya itu dicabar di mahkamah. Biar diaa tahu setakat mana dia boleh menipu rakyat Malaysia. |
Dulu Najib Takut Bubar Parlimen, Kini Takut Umum Calon BN Posted: 10 Apr 2013 11:35 PM PDT Lembu-lembu BN ini pun bengong untuk meneruskan kerja tunggu pengumuman calon BN.. Banyak pihak yang menaruh harapan dan teruja untuk mengetahui senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana diuar-uarkan media, menjadi hampa apabila ia tidak menjadi kenyataan semalam. Antiklimaks, begitu kesimpulan yang boleh digambarkan terhadap harapan mereka untuk mengetahui siapa yang akan ditampilkan BN sebagai calon-calonnya untuk pilihan para pengundi pada 5 Mei nanti. Bagi pihak berkepentingan, terutamanya bakal-bakal calon, penantian penuh debaran mereka nampaknya akan hanya berakhir dalam beberapa hari lagi. ".... belum selesai. Akan diumumkan beberapa hari lagi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kepada pemberita selepas program perjumpaan Pengerusi BN Bersama Jentera Pilihan Raya Parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Najib, yang juga Penerusi BN berkata proses memuktamadkan senarai akhir calon parti itu masih belum selesai kerana pelbagai faktor perlu diambil kira dan dipertimbangkan dengan teliti sebab BN hendak mengukuhkan peluangnya untuk menang pada PRU-13. Seorang individu yang mengaku namanya antara yang disebut-sebut akan menjadi calon berkata beliau sangat berharap Perdana Menteri akan membuat pengumuman itu hari ini namun akan tetap bersabar sehingga mendapat kepastian mengenai perkara itu. Penulis dan rakan-rakan sekerja yang juga pengundi berharap Najib akan segera membuat pengumuman itu untuk mengetahui calon-calon BN di kawasan masing-masing kerana ia sekali gus dapat melenyapkan khabar angin yang bertiup kencang berhubung nama-nama yang akan menjadi calon di kawasan pilihan raya masing-masing. Pada perjumpaan hari ini, Perdana Menteri menjelaskan kepada jentera pilihan raya BN bahawa penentuan kerusi dan calon parti itu adalah proses yang kompleks kerana pelbagai faktor perlu diambil kira. BN, kata Najib tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu sambil meminta anggota BN memahami hakikat bahawa objektif pilihan raya kali ini bukan semata-mata terpilih menjadi calon, sebaliknya membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri. - Bernama |
Beg Tangan & Cincin Lagy Gajah Turut Tergantung... Posted: 10 Apr 2013 08:35 PM PDT |
[BERGAMBAR] KL Dilanda Banjir Kilat Posted: 10 Apr 2013 05:04 PM PDT Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat. Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut. Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujanlebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesakteruk di beberapa laluan utama. "Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan. Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat. Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. - BERNAMA |
Siapa Bekas MB Perak Yang Akan Sertai PAS Terjawab Malam Ini Posted: 10 Apr 2013 06:50 AM PDT Gempar!!!! Bekas MB Perak Dari Umno Bakal Sertai Pakatan Rakyat????!!! Nantikan malam ini!!! Yg pasti, UMNO IS DEAD!!! Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat. Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini. Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi. "Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas. Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa minggu lepas. Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar). Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib. Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008. Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian. Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi. Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya. Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding. Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar. -fb |
Gambar Berbicara: Dimana Ada BN Disitu Ada Lembu... Posted: 10 Apr 2013 04:55 AM PDT Gambar ini baru dirakam dan tersebar di media sosial. Seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan... Lembu-lembu berkumpul di bawah lambang dacing! Ia seperti mengiyakan kata-kata bekas Presiden UMNNO, Tun Mahathir yang pernah menyatakan: "Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno" yang membawa makna bahawa yang ada dalam UMNO kini hanyalah yang bodoh-bodoh. UMNO itu sekutu terbesar dalam BN, maka di dalam BN itu ramailah yang bodoh-bodoh macam gambar di atas. Maka hukum kebenaran dan keadilan yang sifatnya alamiah dan universal pun berjalan. Ditunjukkan oleh hukum alamiah itu, lembu itu pandai memilih bendera yang mewakili mereka... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan