RAKYAT MARHAEN |
- PRU13: Tok Guru dan Husam Musa diserang di Putrajaya
- PRU13: Tawaran Pakatan Rakyat
- GE13: DAP tries to 'rock' Gelang Patah with concert
- Anwar Ibrahim: Lautan Manusia Banjiri Miri Malam Ini
- Anwar Ibrahim: Ini Adalah Kali Pertama Dalam Sejarah Kita Mampu Ubah Pemerintah
- NO VIOLENCE PLEASE: This GE13, vote with ANGER!
- PRU13: Agamawan, seniman dan profesional bergabung sokong PAS
- PRU13: Nik Aziz lancar surat Qaradawi sokong Anwar jadi PM
- PRU13: Husam menunggu di gerbang Putrajaya
- PRU13: Kita kena lebih cerdik dari BN – TG Nik Aziz
- Yusuf Al Qaradawi: Anwar Ibrahim paling layak jadi PM
- PRU13: SPR buat pembetulan kesilapan senarai pengundi awal dan cetak semula buku DPPR..??
- PRU13: Umno berunding dengan pengganas Sulu, tapi salahkan Pakatan- Johari
- PRU13: Semangat 1990 seperti berulang di Kelantan
- PRU13: Biar gambar berbicara di Putrajaya
- PRU13: Pegawai SPR didakwa catat nombor siri kertas undi pos
- PRU13: BN gelabah, indikator jelas Putrajaya dah goyang
- PRU13: Flashmob 'Anak Muda Sabah'
- Rafizi Ramli: The More You Give, The More The Government Swindle.
- Ong Kian Meng: An academic perspective on education
- Khalid : Najib 'Sesumpah Politik' - BULETIN 13
- PRU13: 5 Mei undi dengan cerdik
PRU13: Tok Guru dan Husam Musa diserang di Putrajaya Posted: 26 Apr 2013 05:26 PM PDT |
Posted: 26 Apr 2013 12:57 PM PDT |
GE13: DAP tries to 'rock' Gelang Patah with concert Posted: 26 Apr 2013 12:56 PM PDT |
Anwar Ibrahim: Lautan Manusia Banjiri Miri Malam Ini Posted: 26 Apr 2013 12:54 PM PDT |
Anwar Ibrahim: Ini Adalah Kali Pertama Dalam Sejarah Kita Mampu Ubah Pemerintah Posted: 26 Apr 2013 12:53 PM PDT |
NO VIOLENCE PLEASE: This GE13, vote with ANGER! Posted: 26 Apr 2013 12:51 PM PDT Are they trying to share their FEAR of losing power by orchestrating the many violence attacks we are seeing lately? Umno Perkasa BN have been telling people that CHANGE will lead to chaos and violence and only by staying with them, will we see peace and stability. But what we are observing today are daily reports of violence going on and they are still the caretaker government. Yet they are not doing anything to curb or condemn the ongoing violence. Have you heard the caretaker PM ordering the violence to stop or for the police to take drastic action against whomsoever are perpetuating the violence? NO and WHY? Instead of trying to stop the violence they go further by issuing statements of chaos and violence helped by national television stations and their controlled-MSM, repeatedly reminding everyone of May 13. What is GE about General election is about electing a government that is going to run the nation with the rakyat in mind, a non-violent government which will abide by the Constitution and laws of this land. Political parties running for general election should be campaigning about their manifestos, policies and how they are going to run, manage the country in a transparent and fair manner. Voters must not FEAR or be confused by the threat of any chaos and violence being perpetuated by Umno Perkasa BN leaders. The more they threaten the angrier we should be and vote with anger on polling day to show that we do not need this kind of government to hang FEAR over us at every general election. This GE 13 we are not only voting against corruption, racism, religious intolerance but voting away the FEAR that has been hanging over our head for 56 long years. GE 13 Vote A B C D Anything But Cap Dacing |
PRU13: Agamawan, seniman dan profesional bergabung sokong PAS Posted: 26 Apr 2013 12:50 PM PDT (Zamri berucap di majlis dekat Keramat malam tadi) KUALA LUMPUR: Gandingan agamawan, seniman dan profesional dalam program ceramah di Datuk Keramat malam tadi berjaya menarik orang ramai untuk bersama-sama dari awal hingga ke akhir program. Kehadiran Bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir Ismail Samion yang baru menyertai PAS pagi semalam dan juga Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said membuatkan orang ramai termasuk orang muda tidak berganjak dari tapak program. Kira-kira 100 kerusi di bawah khemah dipenuhi golongan yang agak berusia sementara orang muda berdiri di tepi khemah, di bawah pokok dan duduk santai di atas motosikal mendengar intipati ucapan. (Semuanya menyokong Zamri4Titiwangsa...Datuk Ismail dua dari kanan) Malam tadi, selain calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, Ismail Dan Pak Samad, PAS Titiwangsa turut menampilkan bekas Timbalan Ketua Akauntan Negara Datuk Jamaluddin dan juruterbang yang masih berkhidmat dengan salah satu syarikat penerbangan, Rashidi Ishak sebagai penyuntik semangat kepada orang ramai untuk bersama PAS. |
PRU13: Nik Aziz lancar surat Qaradawi sokong Anwar jadi PM Posted: 26 Apr 2013 12:47 PM PDT Nik Aziz (berjubah putih) melancarkan risalah bertajuk Surat terbuka Dr Yusuf Al Qaradawi untuk rakyat Malaysia, di projek perumahan rakyat Pantai Permai rakyat di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Mengiringi beliau ialah calon PKR kerusi Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang berdepan dengan saingan sengit untuk mempertahankan kerusinya. Nurul dicabar oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. Pelancaran risalah tersebut oleh Nik Aziz di tengah-tengah kawasan Melayu yang berpendapatan rendah itu, dilihat sebagai usaha meningkatkan sokongan Melayu-Islam kepada Nurul, yang telah merampas kerusi tersebut dari bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam penampilan sulungnya pada pilihan raya umum 2008. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Husam menunggu di gerbang Putrajaya Posted: 26 Apr 2013 12:46 PM PDT Putrajaya, adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia, lambang kuasa kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia lebih setengah abad. Dengan itu Umno yang menjadi tulang belakang BN selama ini diasosiasikan dengan kekuasaan di Putrajaya. Read More / Baca Lagi >>Namun Putrajaya terlalu kecil jika dibandingkan dengan empayar Rom dan Parsi di zaman klasik yang berkuasa ratusan tahun lamanya. ia lebih kecil lagi Constantinople dibandingkan dengan empayar Rom di sebelah timur, iaitu empayar Byzantine/Constantinople Istanbul/Turki. Dalam sejarahnya Empayar Byzantine/Constantinople dapat ditakluki dan dibebaskan oleh seorang pemuda, berumur 21 tahun – Sultan Muhamad atau bergelar Muhamad Al-Fateh, perwira muda yang luar biasa, anak Sultan Murad sekitar abad ke-15. Saya mengingat semuanya ini ketika berdiri di depan Datuk Husam Musa, calon PAS/Pakatan Rakyat untuk parlimen Putrajaya. Lawannya, Tengku Adnan Tengku Mansor dari BN. Husam adalah pemimpin politik heavyweight, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai 'tokoh politik yang suka berdepan dengan cabaran besar' sesuai dengan sifatnya yang sangat dinamik, lincah terbuka, suka membaca dan berstrategi. Husam adalah produk dari kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, justeru selama puluhan tahun beliau bukan saja belajar mengenal tasawuur Islam seluas-luasnya, bahkan belajar kaedah kepimpinan Islam seperti yang diserlahkan oleh Mursyidul Am PAS itu. |
PRU13: Kita kena lebih cerdik dari BN – TG Nik Aziz Posted: 26 Apr 2013 12:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat lebih cerdik daripada Barisan Nasional (BN) agar tidak mudah dipermainkan oleh mereka. Read More / Baca Lagi >>Beliau berkata demikian pada program peluncur warkah amanat Yusuf Qardhawi di Lembah Pantai petang tadi. Turut hadir program tersebut adalah calon Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Tuan Guru Nik Aziz mengulangi rakyat boleh mengambil apa sahaja yang diberi BN tetapi pada pilihanraya perlu memilih calon dari Pakatan Rakyat. "Kalau BN bagi duit, kain atau gula kita ambil tetapi apabila mengundi nanti pilih calon dari Pakatan Rakyat. "Kita kena lebih cerdik dari BN baru mereka tidak boleh mempermainkan kita," kata beliau. |
Yusuf Al Qaradawi: Anwar Ibrahim paling layak jadi PM Posted: 26 Apr 2013 12:39 PM PDT LEMBAH PANTAI 26 APRIL: Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia. Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi. Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama. Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi: "Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: SPR buat pembetulan kesilapan senarai pengundi awal dan cetak semula buku DPPR..?? Posted: 26 Apr 2013 12:29 PM PDT KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat pembetulan dan mencetak semula buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) ekoran berlaku kesilapan mencetak senarai pemilih pengundi awal di dalam buku tersebut. Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata buku DPPR itu telahpun diedarkan semula kepada Pegawai Pengurus dan calon-calon di bahagian pilihan raya yang terlibat mulai hari ini melalui pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan. "SPR juga akan menulis surat kepada pemimpin parti politik yang terlibat untuk memaklumkan mengenai kesilapan itu dan memastikan bahawa buku DPPR yang digunakan calon, ejen calon dan petugas SPR di pusat pengundian awal adalah sama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Kamaruddin berkata kesilapan percetakan itu hanya melibatkan 572 orang pemilih daripada 272,387 senarai nama pengundi awal di seluruh negara yang melibatkan 80 bahagian Pilihan Raya Parlimen, 84 Dewan Undangan Negeri (Dun) dan membabitkan 114 pusat pengundian awal di seluruh negara. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Umno berunding dengan pengganas Sulu, tapi salahkan Pakatan- Johari Posted: 26 Apr 2013 12:25 PM PDT KUALA LUMPUR 27 APRIL: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul menyelar Menteri Pertahanan sementara, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengaitkan pembangkang sebagai dalang insiden serangan di Lahad Datu, Sabah. Sedangkan katanya, kerajaan sendiri berrunding dengan pengganas berkenaan, sebelum serangan itu bermula pada 1 Mac lalu. Malah katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyatakan kumpulan bersenjata itu bukan pengganas selepas dua minggu mereka memasuki perairan negara ini. "Menteri dari Umno BN sendiri yang berunding dengan pengganas Sulu. Semua orang masih ingat. Asalnya Hishamuddin Hussein kata, (kumpulan bersenjata) yang masuk (ke Lahad Datu) itu bukan penceroboh," kata Johari yang juga penyandang dan calon Parlimen Sungai Petani. Beliau mengulas kenyataan Zahid dalam portal Sinar Harian hari ini yang mendakwa tiga pemimpin Pakatan Rakyat, dua daripadanya dari semenanjung manakala seorang lagi dari Sabah sebagai dalang serangan itu. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Semangat 1990 seperti berulang di Kelantan Posted: 26 Apr 2013 12:23 PM PDT Suasana pada satu majlis ceramah di Jeli. KOTA BHARU: Biar pun sesetengah tempat di bandar Kota Bharu tenggelam dengan poster dacing, namun lonjakkan semangat 1990 dilihat seperti berulang semula di Kelantan. Kehadiran orang ramai pada setiap ceramah yang diadakan di seluruh Kelantan begitu mengujakan sekali. Malah ceramah di kawasan kubu Umno iaitu Jeli dan Gua Musang juga memberi petunjuk luar biasa. Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berdasar kepada perkembangan sekarang, situasi yang berlaku pada 1990 seperti mahu berulang kembali. "Ketika itu rakyat Kelantan mencatat satu sejarah dalam politik negara yang tidak pernah dipecah rekod di negeri-negeri lain. "PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah yang dianggotai Berjasa, HAMIM dan Semangat 46 memberi pukulan hebat kepada Umno-BN di Kelantan di mana tiada satu pun dimenangi mereka ketika itu," katanya pada ceramah di UPU Telipot, Dun Bunut Payong malam tadi. |
PRU13: Biar gambar berbicara di Putrajaya Posted: 26 Apr 2013 12:10 PM PDT PUTRAJAYA: Puluhan ribu menyertai ceramah yang dihadiri oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Presint 3 malam ini. Turut memberikan ucapan adalah calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa. Tengahari tadi, belum selesai TG Nik Aziz menunaikan solat sunatnya, sudah penoh orang ramai yang mengelilingi beliau untuk bersalam. (Belum selesai TG Nik Aziz solat sunat selepas solat Jumaat, sudah penuh orang ramai menunggu untuk bersalam dengan beliau di Masjid Besi, tengahari tadi) TG Nik Aziz sampai ke KLIA pagi. Pagi tadiu beliau makan pagi bersama dengan warga Putrajaya di sebuah kentin pejabat di sana. |
PRU13: Pegawai SPR didakwa catat nombor siri kertas undi pos Posted: 26 Apr 2013 12:08 PM PDT Calon DAP bagi DUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How (kiri) dan wakil calonnya, Tah Moon Hui mendakwa bahawa mereka ternampak kejadian itu semalam semasa lawatan mereka ke pusat gerakan SPR di Johor Bahru untuk memeriksa kertas undi pos sebelum ianya dihantar. Mereka menunjukkan kepada Malaysiakini gambar yang diambil secara tersembunyi di pusat gerakan tersebut, yang menunjukkan nombor siri enam angka kertas undi bagi parlimen dan kerusi DUN setiap pengundi pos, telah dicatat bersebelahan nama pengundi dalam senarai pemilih undi pos. Malaysiakini juga telah mengesahkan dengan beberapa wartawan yang telah memohon menjadi pengundi pos bahawa setiap undi mereka dicetak dengan nombor siri enam angka. "Saya mengesyaki nombor siri yang dicatat oleh SPR boleh digunakan untuk mengesan undi yang dipangkah. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa setiap undi perlu dirahsiakan," kata Cheo ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: BN gelabah, indikator jelas Putrajaya dah goyang Posted: 26 Apr 2013 12:07 PM PDT KUALA LUMPUR: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah. Read More / Baca Lagi >>Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS. "Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam. "Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan," kata sumber Umno itu. |
PRU13: Flashmob 'Anak Muda Sabah' Posted: 26 Apr 2013 08:28 AM PDT |
Rafizi Ramli: The More You Give, The More The Government Swindle. Posted: 26 Apr 2013 08:27 AM PDT |
Ong Kian Meng: An academic perspective on education Posted: 26 Apr 2013 08:27 AM PDT |
Khalid : Najib 'Sesumpah Politik' - BULETIN 13 Posted: 26 Apr 2013 08:26 AM PDT |
PRU13: 5 Mei undi dengan cerdik Posted: 26 Apr 2013 05:00 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan