. |
- Mahathir Minta Tanding di Putrajaya?
- PRU-13 Mengundi 5 Mei, Penamaan Calon 20 April
- Orang Penting Pakatan Semua Sudah Ada Kerusi
Mahathir Minta Tanding di Putrajaya? Posted: 09 Apr 2013 10:21 PM PDT EKSKLUSIF Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad katanya berminat untuk mengambil bahagian secara langsung dalam pilihan raya ke-13 dengan diberikan peluang menjadi calon. Khabarnya kawasan pilihan atau diharap-harap Mahathir ialah Putrajaya. Mahathir katanya tidak menyuarakan sendiri hasrat itu tetapi diisyaratkan menerusi seorang khadamnya yang telah berjumpa dengan wakil peribadi Najib semalam. Mahathir katanya berubah angin apabila mendapat tahu PAS telah megumumkan Husam Musa sebagai calonnya di Putrajaya. Khadam Mahathir itu memberi tahu wakil peribadi Najib, Mahathir bimbang dengan keupayaan Teuku Adnan Teuku Mansor untuk mempertahankan kerusi parlimen berkenaan. Dari tinjauan dan kajian di pejabat Yayasan Perdana, - pejabat operasi Mahathir, pegawai kerajaan mungkin mendapat pilihan baru kalau Husam diletakkan bertanding di Putrajaya. Katanya diukur dari segi kredibiliti, idea dan syaksiah diri Husam jauh lebih baik berbanding dengan Teuku Adnan yang pernah dilumuri dengan skandal perjudian di Genting. Secara tidak langsung Mahathir mengakui akan kehebatan Husam sebagai pemimpin masa depan. Kononnya untuk memastikan kerusi Putrajaya selamat dan menjadi satu-satunya kerusi selamat dalam Wilayah Persekutuan apabila kerusi parlimen Setiawangsa juga cemas, Teuku Adnan perlu ditukar dan calon terbaik ialah Mahathir. Sumber itu menyebut Mahathir dikatakan mempunyai pengaruh besar di Putrajaya. Bagaiaman pun sumber lain menyebut hasrat Mahathir itu sudah pun dimaklumi Najib dan Najib sendang mempertimbangkan permintaan berkenaan. "Saya tidak fikir Najib sedia untuk memberi kebebasan begitu sekali kepada Dr M, sehingga menerima permintaanya untuk menjadi calon," kata sumber itu. Masa ini Mahathir adalah pengarah atau master mind Umno untuk pilihan raya ini. Katanya semua tindakan ataupun strategi berkaitan dengan pilihan raya ini Najib terlebih dahulu mendapat arahan atau signal dari Mahathir. Dari desas desus ini jelas menunjukkan Mahathir masih terliur dan berminat untuk menjadi wakil rakyat atau pun sekadar berada di dalam parlimen. Sementara itu dalam perkembangan lain Mahathir dikatakan telah memberi kata dua kepada Najib atas kapastitinya 'pengtarah pilihan raya BN' agar tidak memberi watikah kepada Abdullah BAdawi sebagai calon di Kepala Batas. Mengenai kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah pula, semalam Teuku Adnan Teuku Mansor telah menghadap Tengku Razaleigh untuk menyampaikan watikah sebagai calon BN di parlimen Gua Musng. Najib dan Umno tidak ada pilihan lain melainkan 'terpaksa' mengambil Tengku Razaleigh sebagai calon untuk menyelamatkan kerusi berkenaan. [wm.kl.1:15 pm 10/04/13] | ||
PRU-13 Mengundi 5 Mei, Penamaan Calon 20 April Posted: 09 Apr 2013 09:45 PM PDT Baru sekejap tadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Yusuf telah mengmumukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi untuk pilihan raya umum ke-13. Hari penamaan calon ialah pada 20 April manakala hari mengundi ialah 5 Mei. Ini bermakna tempoh berkempen selama 14 hari. Pilihan raya kali ini melibatkan seramai 13,268,002 pengundi. [wm.kl.12:35 pm 10/04/13] | ||
Orang Penting Pakatan Semua Sudah Ada Kerusi Posted: 09 Apr 2013 09:23 PM PDT TINJAUAN
Sementara itu mari kita lihat dan meninjau ke mana dan di mana orng-orang penting dari kalangan Pakatan Rakyat akan bertading ataupun diletakkan bertanding. Saya mulai dengan ketua SAMM Badrul Hisham Sharin atau Che'guBard yang sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk tidak bertanding, tetapi semalam diumumkan beliau akan diletakkan di DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang. Pencalonan Badrul itu diumum sendiri oleh Timbalan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman. Pencalonan Badrul itu telah menyenangkan hati anak-anak muda yang merasakan beliau adalah antara orang muda terlayak untuk menjadi salah seorang calon. Kebimbangan atau protes kalau Badrul Hisham tidak dicalonkan sudah tidak berbangkit lagi. Selain itu seorang lagi tokoh muda PKR, Fariza Musa juga turut dicalonkan. Beliau disandarkan harapan untuk berdepan dengan Najib Razak di Parlimen Pekan Pahang. Faiz yang dilihat seorang anak muda agresif sudah tentu akan memberi tentangan sengit kepada Najib. Khabarnya Faiz akan melondehkan beberapa skandal Najib dan kelemahan perdana menteri itu yang dihimpun sejak beberapa tahun lalu termasuk yang belum didedahkan. Kerakusan isteri Najib, Rosmah Mansor yang memiliki berbagai harta juga akan turut sama dibongkar di sepanjang kempen pilhan raya. Manakala semalam juga PAS telah mengumumkan tokoh-tokoh pentingnya untuk bertanding dalam PRU-13. Naib Predien PAS, Husam Musa akan bertanding di parlimen Putrajaya. Manakala kedudukan Husam di kerusi Salor di Kelantan masih belum menentu. Namun pengundi di Salor enggan melepaskan Husam dan menuntut exco kanan itu turut diletakkan di Salor. Apa yang menariknya pengumuman Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya dilihat sebagai langkah ke depan PAS dan penerimaan Husam untuk akur kepada arahan parti satu keberanian. Khabarnya Husam tidak berkluk klik dengan arahan itu dan menerima dengan reda dan penuh bersemangat. Walaupun beliau tahu Putrajaya bukan kerusi mudah tetapi dipikulnya sebagai amanah. Husam tidak menghantar sesiapa untuk melobi agar beliau hanya kekal di Salor. Apa dilakukan Husam sepatutnya menjadi ikutan dan contoh kepada yang lain. Sementara Presiden PAS, Abdul Hadi Awang akan bertanding di kerusi Parlimen Marang. Kerabat di Raja Terenggnu Raja Baharin pula di parlimen Kuala Terengganu. Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali tidak dicalonkan di mana-mana kerusi. Khabarnya hampir separuh pemimpin "Van 20" di Terengganu tidak dicalonkan. PAS masih belum mengumumkan sepenuhnya calon-calonnya di kalangan Jawatankuasa PAS Pusat. Dijangka semua calon PAS akan diumumkan Jumaat ini atau selewat-lewatna Sabtu. Khabarnya bebeapa kerusi masih lagi belum diputuskan calon dan rombakannya juga berlaku dua kali sehari. [wm.kl.12:15 pm 10/04/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan