DUNIACACAMARBA |
- [Video] Video Artis Azhar Sulaiman Khas untuk Penyokong Pakatan Rakyat, WAJIB TONTON!!!
- [Gambar] Takku Sangka Rosmah & Sharizat Itu Menjalankan Tugas Seperti Isteri Nabi....
- [PANAS] Wartawan TV Terkenal Hantar SMS Lucah kepada Calon PKR?
- Video Fitnah: Mustafa Ali Akan LAWAN Saman UMNO!
- [Gambar] Bacalah Tulisan Artis yang Menyokong UMNO, Memalukan!!!
[Video] Video Artis Azhar Sulaiman Khas untuk Penyokong Pakatan Rakyat, WAJIB TONTON!!! Posted: 27 Apr 2013 06:39 AM PDT |
[Gambar] Takku Sangka Rosmah & Sharizat Itu Menjalankan Tugas Seperti Isteri Nabi.... Posted: 27 Apr 2013 05:00 AM PDT |
[PANAS] Wartawan TV Terkenal Hantar SMS Lucah kepada Calon PKR? Posted: 27 Apr 2013 04:05 AM PDT [KD] KUANTAN 27 April: Calon KEADILAN Kuantan, Fuziah Salleh hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan berbaur gangguan seksual yang diterimanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) lewat pagi ini. Tanpa mendedah kandungan SMS itu, Naib Presiden KEADILAN itu, berkata kandungannya mengugut untuk mencemar kredibilitinya selaku calon dan mengancam untuk menyebar perkara 'buruk' mengenainya. Beliau mengesyaki ia dilakukan seorang wartawan sebuah stesen penyiaran kawalan Umno BN selepas membandingkan nombor telefon berkenaan dengan kad media yang ada dalam simpanannya. "Setiap nombor media saya simpan. Nombor sama sejak tahun lalu selalu hantar SMS terutama melibatkan isu Lynas tapi saya tidak pernah ambil peduli. "Kali ini, melampau. Saya sebagai calon wanita risau, ini agak menakutkan. Kalau SMS sekadar marah-marah dan tak suka, lainlah. "Saya risau ada insiden yang tak diingini berlaku. Dalam keadaan sekarang, semua boleh berlaku. Jadi saya tampil buat laporan," katanya. Fuziah berkata, SMS itu diterimanya jam 3.32 pagi menggunakan nombor 019-3314898 yang kemudian didapatinya sama dengan kad media tertera nama Karam Singh Waliya tetapi beliau masih membuat semakan lanjut untuk pengesahan. Keadilan Daily beberapa kali cuba menghubungi nombor berkenaan tetapi telefon bimbit itu ditutup. Ketika dihubungi, Fuziah sedang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan itu jam 11.40 pagi tadi ditemani beberapa penyokong dan suami. Beliau berkata, nombor sama juga sebelum ini sering menghantar SMS peringatan berbentuk amaran berkaitan isu Lynas tetapi tidak diendahkannya. |
Video Fitnah: Mustafa Ali Akan LAWAN Saman UMNO! Posted: 27 Apr 2013 03:37 AM PDT [SH] KUALA LUMPUR - "Saman itu (Umno) saya akan lawan, dia saman tiga, saya, Zulkifli, dan Asmuni. Kami akan lawan Umno." Demikian tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini. Katanya, beliau tidak gentar dengan saman Umno, sebaliknya akan melawan kes itu di mahkamah dalam masa terdekat. "Dia dah saman saya, kita lawan yang itu dulu, biar selesai satu-satu," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di sini, hari ini. Ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan mengambil tindakan yang sama seperti Umno, katanya, perkara itu perlu diselesaikan satu persatu dan Mustafa enggan meletakkan sebarang komitmen untuk mengambil tindakan balas. "Saya tak nak buat komitmen apa-apa (pasal video), saya akan lawan yang itu dulu," katanya yang enggan mengulas lanjut tentang pendedahan video skandal seks itu sambil menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya. Mustafa berkata demikian mengulas lanjut tindakan Umno yang memfailkan saman terhadap beliau, peguamnya Asmuni Awi dan Ketua Pengarang Harakah Daily.net, Zulkifli Sulong berhubung dakwaan yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang Papa Gomo pada 11 April lalu. Saman itu difailkan oleh Datuk Abdul Rauf Yusof atas kapasiti pegawai awam bagi Umno dan juga plaintif, melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 April lalu. Pihak plaintif antaranya menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan injuksi serta menuntut permohonan maaf. Walaupun Mustafa diasak beberapa kali oleh pemberita tentang isu video itu, beliau secara ringkas berkata, beliau akan menjawab persoalan itu dalam ceramah kempen pilihan raya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei ini. "Kalau nak tahu lanjut isu video, boleh datang dengar ceramah saya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei depan," katanya. |
[Gambar] Bacalah Tulisan Artis yang Menyokong UMNO, Memalukan!!! Posted: 26 Apr 2013 05:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan