Sabtu, 27 April 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib takut debat di kubu sendiri – Calon KEADILAN Pekan

Posted: 26 Apr 2013 04:44 PM PDT


Oleh Arif Juhani

PEKAN : Rakyat perlu menilai kepimpinan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yang takut berdepan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program debat manifesto yang menjurus kepada kepentingan rakyat.

Fariz lagi Calon KEADILAN Parlimen Pekan, Fariz Musa berkata, lebih memalukan, Najib juga gagal menunjukkan 'kejantanan' di hadapan lebih 5,000 penduduk di tapak pasar sehari dekat Felda Chini 1, walaupun jemputan debat itu sudah dihantar ke Pejabat Umno Bahagian Pekan 23 April lalu.

"Jemputan itu dibuat sempena kehadiran Anwar ke Felda Chini 1 semalam. Saya juga difahamkan, Najib juga turut berkempen di situ pada hari yang sama.

"Apabila dia (Najib) tidak menyahut jemputan itu, sudah pasti penduduk setempat kecewa kerana Najib gentar di kubu kuatnya sendiri.

"Ini juga membuktikan beliau hanya berani menyerang Pakatan Rakyat dan manifestonya dengan menggunakan media Umno BN seperti TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times, tetapi apabila diminta ke pentas debat dalam kawasan sendiri, beliau terus berdalih.

"Berbeza dengan Anwar yang bukan sahaja sanggup berdebat, malah berani datang ke kubu kuat Umno BN itu untuk berdepan dengan Najib," katanya pada kenyataan.

Fariz menambah, sepanjang berkempen di Parlimen itu, apa yang dilihat adalah penderitaan rakyat Pekan yang benar-benar menyayat hati kerana ia hanya 'indah khabar dari rupa'.

Nafsu masih kuat, tenaga dah tak ada

Posted: 26 Apr 2013 04:40 PM PDT



Oleh Aspan Alias

Ketentuan Tuhan kita tidak tahu. Tetapi ketentuan akal sudah menunjukkan kerajaan BN Negeri Sembilan akan berakhir 5hb Mei ini. Tidak tahulah jika ada 'teknoloji politik' terbaru BN yang mampu mengalihkan kembali kecenderungan rakyat NS untuk kembali menyokong BN. Tetapi di saat ini Pakatan Rakyat lah yang akan menang.

Saya selalu berkata pihak mana yang melakukan kesilapan sedikit, pihak itulah yang akan tewas dalam pilihanraya ini. Sekarang jelas yang telah melakukan kesilapan ialah pihak BN. Mohamad Hasan tidak mahu melakukan perubahan. Beliau telah menurunkan ramai calon-calon 'incumbent' yang mengikut seorang yang memberitahu saya merupakan calon-calon 'jering basau' terutamanya bagi kawasan Kuala Pilah.


DUN Johol, Pilah dan Juasseh hampir pasti jatuh ketangan PR selain dari Lenggeng, Klawang dan Chennah. Jika mengikut ketentuan akal, Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru di Negeri Sembilan. Jika Mohamad Hasan menang di Rantau beliau akan merupakan seorang yang penuh dengan pengalaman. Beliau berpengalaman menjadi Menteri Besar dan kali ini beliau akan berpengalaman pula menjadi Ketua Pembangkang pula.

Tetapi bak kata saya tadi itu hanyalah ketentuan akal. Ketentuan Tuhan tidak ada siapa yang tahu. Segala perancangan kita hanya Tuhan yang menjadi penentunya. Itu sebab saya selalu mengingatkan pihak Pakatan Rakyat, jangan buangkan air dalam tempayan dahulu. Tunggu hujan itu betul-betul turun dahulu. Jangan terus belunjur sebelum duduk.

Tetapi apa pun masanya sememangnya sudah sampai untuk yang kuat menjadi lemah. UMNO yang kuat hanya pada soraknya sahaja sekarang ini. Tenaganya sudah luntur. Bak kata orang tua-tua Negeri Sembilan 'ghoso eh kuek, tapi kojo tak solosai'. Maknanya, nafsu masih kuat, tetapi tenaga sudah tidak ada lagi.

Umno berunding dengan pengganas Sulu, tapi salahkan Pakatan- Johari

Posted: 26 Apr 2013 04:35 PM PDT


Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul menyelar Menteri Pertahanan sementara, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengaitkan pembangkang sebagai dalang insiden serangan di Lahad Datu, Sabah.

Sedangkan katanya, kerajaan sendiri berrunding dengan pengganas berkenaan, sebelum serangan itu bermula pada 1 Mac lalu.

Malah katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyatakan kumpulan bersenjata itu bukan pengganas selepas dua minggu mereka memasuki perairan negara ini.

"Menteri dari Umno BN sendiri yang berunding dengan pengganas Sulu. Semua orang masih ingat.

Asalnya Hishamuddin Hussein kata, (kumpulan bersenjata) yang masuk (ke Lahad Datu) itu bukan penceroboh," kata Johari yang juga penyandang dan calon Parlimen Sungai Petani.

Beliau mengulas kenyataan Zahid dalam portal Sinar Harian hari ini yang mendakwa tiga pemimpin Pakatan Rakyat, dua daripadanya dari semenanjung manakala seorang lagi dari Sabah sebagai dalang serangan itu.

Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin terbabit, sebaliknya memberi alasan akan berbuat demikian selepas pilihan raya umum nanti.

Menurut Johari, kenyataan Zahid yang mengaitkan pembangkang dengan insiden itu dilihat tidak lebih sekadar mahu membodek ketuanya, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya kenal lama Datuk Zahid ini. Dia memang suka buat kenyataan kontroversi. Bukan sahaja tidak membantu partinya iaitu BN, malah tak mencerminkan kewibawaannya sebagai Menteri kanan kerajaan," kata Johari menambah kenyataan itu hanya akan menguatkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Insiden serangan lahad Datu bermula apabila kumpulan yang mendakwa kumpulan kesultanan Sulu dari Selatan Filipina itu memasuki perairan negara pada 9 Februari menggunakan bot pancung. Mereka berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Kerajaan mengambil masa yang terlalu lama berunding dengan pengganas berkenaan, menyebabkan kumpulan itu memulakan serangan pada 1 Mac dan membunuh dua anggota polis.

Tragedi itu berlarutan lebih sebulan dan mengorbankan 12 anggota keselamatan negara. Sebelum ini, Pakatan mempersoal kelewatan kerajaan mengarahkan pasukan tentera untuk mengawal situasi sejak daripada awal pencerobohan itu berlaku.

Yusuf Al Qaradawi: Anwar Ibrahim paling layak jadi PM

Posted: 26 Apr 2013 04:34 PM PDT


KEADILAN DAILY

LEMBAH PANTAI : Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.

Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.

Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.

Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:

"Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.

Sheik-Yusuf-Qaradawi

Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini. Paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada marhalah yang cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya pada semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati sepanjang masa yang lalu."

Nik 2

Sebelum pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau akan menyampaikan ceramah di Shah Alam.

(Kenyataan ini dikeluarkan parti KEADILAN)

Pang Chaw yakin rakyat Johor, pengundi Ayer Hitam sedia berubah

Posted: 26 Apr 2013 04:28 PM PDT



Oleh SALMAN HUSSIN
BATU PAHAT: Rakyat Johor khususnya orang Melayu, diajak melakukan perubahan, sepertimana berlaku di beberapa negeri lain. Tindakan berani rakyat negeri berkenaan melakukan perubahan ini telah membawa banyak manfaat termasuk pelbagai kemudahan yang tidak pernah dinikmati sebelum ini.

Keberanian rakyat Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang melakukan perubahan ini sewajarnya dicontohi oleh rakyat Johor yang sudah sekian lama dizalimi Kerajaan Umno-BN.

PRU13  pada 5 Mei ini adalah peluang terbaik bagi rakyat Johor melakukan perubahan ini dan peluang tersebut tidak harus  dipersia-siakan.

Demikian ditegaskan calon PAS  kerusi Parlimen Ayer Hitam, Hu Pang Chaw, di sini, baru-baru ini kepada wakil Harakah.

Menurut beliau, rakyat Johor seharusnya menerima perjuangan PAS yang berlandaskan kepada ajaran Islam yang sebenar, bukan untuk kepentingan politik semata-mata

"Saya membawa misi untuk mengajak rakyat Johor menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS bersama Pakatan Rakyat kerana iaa membawa keadilan, kesejahteraan, keharmonian dan juga kebajikan kepada seluruh rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama mahu pun fahaman politik," kata Pang Chaw.

"Selain itu saya juga ingin memberitahu rakyat Johor bahawa negeri ini bukan lagi kubu kuat Umno mahu pun MCA seperti yang diuar-uarkan selama ini sebaliknya negeri ini sudah berubah menjadi kubu Pakatan Rakyat pula.

"Tidak mustahil pada PRU13 ini lanskap politik negeri ini akan berubah, ini berdasarkan kepada perubahan sikap rakyat yang sekarang ini begitu bersemangat dan tidak sabar-sabar lagi untuk melakukan perubahan," tegasnya.

Selanjutnya, menurut pesara guru ini, Umno-BN telah gagal membela nasib orang Melayu dan seluruh rakyat negara ini. Justeru, mereka perlu ditumbangkan pada PRU13.

"Sepanjang lebih 55 tahun Umno-BN memerintah negara ini, kehidupan rakyat bukan semakin bertambah selesa, sebaliknya semakin bertambah susah. Jadi, rakyat wajar melakukan perubahan bagi menyelamatkan negara ini," ujar Pang Chaw. 

"Rakyat sudah tidak sanggup lagi berhadapan dengan segala macam masalah yang telah sekian lama membelenggu rakyat kesan dari kegagalan Umno-Bn memerintah negara  ini," tegas beliau yang juga Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ketika ditemui selepas berkempen di Yong Peng, dekat sini, 22 April lalu.

Berhubung peluang Pakatan Rakyat pada PRU13 di Parlimen Ayer Hitam ini, beliau optimis Pakatan  mampu memenangi kerusi ini walaupun dengan majoriti kecil,  namun itu sudah mencukupi kerana yang paling penting baginya ialah Umno-BN perlu ditumbangkan.

"Berdasarkan maklum balas masyarakat setempat, walaupun saya baru beberapa hari turun padang berkempan, rata-rata yang ditemui sama ada orang cina atau Melayu, mereka telah menyatakan kesediaan untuk melakukan perubahan kali ini.

"Ini kerana rakyat sudah tidak sanggup lagi menanggung penderitaan hidup akibat dari kegagalan Umno-BN mentadbir negara ini, menyebabkan rakyat yang menanggung akibatnya," ujar Pang Chaw.

Terdahulu, beliau yang turut diringi calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Yong Peng, Chew Peck Choo, telah menemui berbagai-bagai golongan masyarakat di Yong Peng dan kawasan sekitarnya.

DAP tetap menghormati PAS dan ideologinya

Posted: 26 Apr 2013 04:27 PM PDT



DETIK DAILY

Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengulangi pendirian DAP mengenai pelaksanaan hudud iaitu tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau mencabar UMNO dan Barisan Nasional (BN) turut menyatakan pendirian secara terbuka sama ada mahu melaksanakan hudud atau sebaliknya.

"UMNO dan BN tidak perlu membuang masa untuk mengelirukan rakyat dengan menjadikan hudud sebagai isu politik, malah meminta Datuk Seri Najib Razak memartabatkan agama Islam dan menghormati umat Islam dengan menghentikan kempen yang memperalatkan agama kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat.

"Saya harap pemimpin BN benar-benar menghormati kesucian Islam dan agama lain kerana kepercayaan agama bukanlah alat permainan politik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kit Siang mengulas laporan media hari ini mengenai cabaran Najib supaya Pakatan Rakyat menyatakan pendirian secara jelas mengenai isu hudud, hanya satu gimik politik semata-mata.

Beliau kesal kerana UMNO/BN terus memperalatkan agama pada PRU kali ini sedangkan Pakatan Rakyat menyatakan bahawa hudud tidak terkandung dalam Manifesto Rakyat, pendirian bersama dan apa-apa prinsip bersama.

Sehubungan itu, katanya, DAP tetap menghormati PAS dan ideologinya, sama seperti PAS dan PKR menghormati DAP dengan ideologi DAP dan prinsip perjuangan semata-mata untuk kepentingan rakyat atas dasar demokrasi.

"Oleh itu, tidak timbul soal hukum hudud dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat. Malah, PAS telah menjelaskan pendiriannya dalam konteks Negara Berkebajikan yang amat penting dan berfaedah kepada umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS. Ini memang DAP hormati.

"Dengan itu, Najib, Datuk Seri Chua Soi Lek (MCA), Tan Sri Koh Tsu Koon (Gerakan), Datuk Seri G. Palanivel (MIC), Tan Sri Pairin Kitingan (PBS), Tan Sri Taib Mahmud (PBB) dan pemimpin BN lain yang sepatutnya menjelaskan secara terbuka pendirian mereka mengenai hudud," tambahnya.
.
Menurutnya, pengundi Malaysia, terutamanya orang Melayu Islam, berhak untuk tahu sama ada UMNO dan BN mahu melaksanakan hudud atau tidak.

Katanya, jika UMNO dan BN tidak berminat melaksanakan hudud atau sudah menolak hudud, jangan cuba bermain kotor dengan menuduh Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu hudud.

Beliau berharap media massa berani mengemukakan soalan yang sama mengenai hudud kepada semua pemimpin BN, terutamanya pemimpin UMNO, sama ada mereka mahu melaksanakan hudud atau sebaliknya, bukannya hanya berani bertanya kepada Pakatan Rakyat sahaja.

Ubah! Ini kalilah!-Roketkini.com

Mufti Pahang: Jangan berkempen hingga melampaui batas

Posted: 26 Apr 2013 04:22 PM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Abdul Rahman Othman
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman
 
KUANTAN - Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman berkata sebarang kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13) perlu dibuat secara berhemah dan tidak keterlaluan.

Ini kerana, katanya kempen yang dibuat secara keterlaluan dan melampaui batas dikhuatiri boleh mengundang fitnah.
 
"Kita tidak boleh cakap melampau, walaupun benda itu halal seperti makanan yang kita tidak boleh makan secara berlebihan dan melampau.
 
"Semua umat Islam mempunyai talian persaudaraan antara satu sama lain dan tidak boleh zalim-menzalimi, menghina dan meletakkan kesusahan sesama saudara berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Abdul Rahman berkata umat Islam adalah haram untuk mendedahkan keaiban umat Islam yang lain.
 
Beliau berkata dalam kempen PRU13, perkara yang sepatutnya dibuat adalah bercakap mengenai keharmonian negara dan perkara yang baik dan bukannya memburukkan pihak lain.  - Bernama

Tiada ulasan: