Sabtu, 27 April 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tok Guru dan Husam kena serang

Posted: 26 Apr 2013 10:48 PM PDT

Dahsyat sungguh apabila kemarahan rakyat sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi!! Masya Allah.

Tidak pernah terjadi kepada mana-mana pemimpin di Malaysia sebelum ini.Tok Guru dan Husam telah diserang begitu dahsyat sekali oleh rakyat sebagai menandakan kebangkitan dan keazaman mereka mahu menumbangkan kerajaan zalim yang sedang bersemayam di Putra Jaya. 

Tengku Adnan tentu tidak mampu nak menghalang kemaraan Husam dan Pakatan Rakyat ke Putra Jaya...Tahniah kepada Tok Guru dan Husam! Takbir!!

Wow ! Zahid cuba letak kesalahan membunuh keatas tentera Filipina ?

Posted: 26 Apr 2013 06:45 PM PDT


Abraham Idjirani, jurucakap kesultanan Sulu mendakwa Tentera Laut Malaysia menggunakan bot laju telah menembak mati 35 penyokong Sultan Sulu pada malam Rabu lalu di perairan Malaysia dan kemudiannya mayat mereka dibawa ke perairan Filipina di mana mereka telah dibuang ke laut. 

Idjirani percaya dengan menembak mati 35 orang oleh Tentera Laut Malaysia itu dan meletakkan kesalahan kepada pasukan keselamatan Filipina telah dirancang untuk mencetuskan perbalahan antara Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan kerajaan Filipina.

Filipina telah menafikan laporan akhbar The Star (Malaysia) hari Khamis lalu yang memetik Menteri Pertahanan Malaysia Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata beberapa lelaki bersenjata ditembak oleh Tentera Laut Filipina dan kakitangan Coast Guard sebelum mereka boleh memasuki perairan Malaysia dengan misi yang dilaporkan mengganggu pilihan raya di Malaysia yang akan datang.Sumber di sini

Tiada ulasan: