Isnin, 22 April 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar & Video] Sertai PAS, Dengarlah PENGAKUAN & KEINSAFAN Tan Sri Muhamad Mohd Taib

Posted: 22 Apr 2013 05:00 AM PDT



[Selangorku] KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Muhd Taib mengisytiharkan menyertai PAS secara rasmi hari ini.

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil disaksikan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Abdul Hadi, beliau telah bertemu Muhd Taib sejak setahun lalu dan pengumuman menyertai PAS dibuat dua hari selepas hari penamaan calon bagi mengelakkan tomahan beliau bersama parti kerana ingin menjadi calon.

"Pengumuman sengaja dibuat selepas penyerahan (penamaan) calon. Saya dah jumpa setahun lalu.

"Kami di PAS mengalu-alukan penyertaan. Ini adalah sokongan dan dokongan daripada orang berpengaruh di Selangor.

"Ia juga memberikan kekuatan baru kepada PAS menghadapi PRU," katanya ringkas pada sidang media.

Bagi Mat Taib, negara sekarang perlu mengalami perubahan ke arah roh Islam agar masyarakat terutama orang Melayu beragama Islam lebih menghayati Islam.

Jelasnya, perjuangan bersama PAS merupakan pilihan yang terbaik dan masyarakat perlu memberikan undi kepada mereka.

"Saya tidak berhajat jadi calon dan mendapatkan jawatan. Saya nak beri sokongan kepada PAS

"Saya menjadi Menteri Besar selama 11 tahun dan berkecimpung dalam politik bersama Umno sejak usia 25 tahun.

"Kini saya berusia 65 tahun. Memang benar negara maju, Selangor negeri maju sekarang dan satu perubahan mesti dilakukan.

"Pembangunan mesti ada roh, tanpa roh ianya menjadi kucar kacir.

"Saya fikir mana parti yang boleh mengisi roh. Mesti parti yang boleh memperjuangkan Islam.

"Hanya kepimpinan PAS yang boleh membawa kesedaran agama," katanya.

Beliau menambah, Islam mesti berkembang di bandar-bandar memandangkan orang Melayu Islam ramai di bandar.

Katanya, orang Melayu di bandar mesti menaikkan syiar Islam melalui undi.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman turut menyambut baik penyertaan Mat Taib ke dalam PAS.

Menurut beliau, sudah pastinya sejarah lampau akan diungkit kembali oleh pihak lawan dan perkara berkenaan menjadi sebahagian lumrah perjuangan.

Berdasarkan latar belakang politik, Mat Taib merupakan mantan Menteri Besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.

Beliau pernah menjadi Adun Batang Kali pada tahun 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Senator Dewan Negara dari tahun 2006 hingga 2009.

mat taib masuk pas 02

Muhammad Taib

Muhammad Taib
Sumber gambar HD, Selangorku





P/s: Syabas!




Najib Tawar Kamilia Kerusi DUN Chandan dalam MIMPI?

Posted: 22 Apr 2013 12:00 AM PDT


Kamilia Kata Tak Ditawarkan Kerusi

[MK] Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim menangkis kenyataan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau telah ditawarkan untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Chandan, sebelum bertindak keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia dalam satu kenyataan di laman Facebook juga berkata beliau menerima keputusan Umno yang menggugurkan beliau daripada parti tersebut kerana bertanding menentang BN.

"Datuk Kamilia Ibrahim tidak ditawarkan mana-mana kerusi untuk bertanding dalam PRU13.

"Beliau menerima keputusan Umno beliau tidak diperlukan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Umno kerana memberi peluang untuk berkhidmat kepada parti selama 30 tahun.

"Beliau membuat keputusan untuk berhenti sebagai ahli Umno dan bertanding sebagai calon bebas untuk terus mempelopori suara wanita dan rakyat Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan itu.


P/s: Dashyat. Tawar kerusi dalam mimpi!!!



[PANAS] Presiden PAS Umum Penyelesaian Pertindihan Kerusi antara PAS dengan PKR, Pecat Ahli Tanding Bebas

Posted: 21 Apr 2013 11:02 PM PDT



[HD] KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS.

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN.

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan hari ini.

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat.


P/s: Isu ini sepatutnya diselesaikan sebelum penamaan calon. Bukan apa, cuba baca berita ini: Tarik Diri: Nama Calon Tetap Dicetak Pada Kertas Undi, Setiap Undi Diterima Akan Dikira. Walaupun calon-calon yang bertindih akan menarik diri, namun pasti akan berlaku situasi salah pangkah pada hari pengundian nanti. Situasi ini sudah tentu akan merugikan Pakatan Rakyat.




Ahli Akademik Amerika Syarikat Dirogol Bergilir-gilir di Papua New Guinea

Posted: 21 Apr 2013 09:00 PM PDT



[HM] Port Moresby: Seorang ahli akademik AS menjadi mangsa rogol berkumpulan di Papua New Guinea, kira-kira seminggu selepas seorang warga Australia dibunuh dan teman wanitanya dirogol di negara itu.

Dalam kejadian terbaru, ahli akademik berkulit putih itu berkata, dia diserang Jumaat lalu ketika menjalankan penyelidikan mengenai burung dan kesan perubahan iklim di hutan terpencil di Pulau Karkar, Madang. Polis di Port Moresby mengesahkan kejadian itu.

Jurucakapnya berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada mangsa tetapi tiada tangkapan dibuat setakat ini. "Insiden ini sangat serius," katanya.

Menurut mangsa berusia 32 tahun itu, dia sedang meredah belukar bersama suaminya dan seorang penunjuk jalan apabila diserang sembilan lelaki bersenjata raifal dan pisau.

Penjenayah terbabit kemudian membogel dan mengikat suami serta penunjuk jalan terbabit.

Dia kemudian dibogelkan, diikat dan kepalanya dibotakkan sebelum dirogol bergilir-gilir selama kira-kira 20 minit.

Bagaimanapun, lelaki terbabit melarikan diri selepas ada sesuatu yang menakutkan mereka di dalam hutan. - AFP

Laporan lanjut di sini.



Budak OKU Diliwat, Dubur Dijolok Dawai Besi

Posted: 21 Apr 2013 08:02 PM PDT

Sekadar hiasan.

[HM] Seremban: Seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang lumpuh kedua-dua kaki berusia tujuh tahun didakwa diliwat seorang remaja termasuk duburnya dijolok dawai besi di sebuah pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dekat sini.

Kejadian berlaku pada 16 April lalu dan mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Ibu mangsa dikenali sebagai Intan, 40-an, berkata, kejadian itu sangat menyedihkan kerana dia baru menghantar tiga anaknya termasuk mangsa untuk dijaga di pusat jagaan berkenaan sejak empat bulan lalu selepas mereka dihalau keluarga mentuanya, manakala suaminya masih menjalani rawatan di sebuah pemulihan dadah. 

Dia yang berasal dari Sandakan, Sabah berkata, selepas dihalau, dia buntu kerana tiada rumah dan pekerjaan menyebabkannya mengambil keputusan menghantar anak kembarnya berusia tujuh tahun termasuk mangsa serta seorang lagi anak lelaki berusia enam tahun ke pusat jagaan itu.

"Selepas menghantar anak dan yakin mereka selamat dijaga, saya mendapat kerja sebagai pembantu rumah di Taman Templer, Rawang, Selangor dengan bantuan rakan. 

"Kali terakhir jumpa anak pada Mac lalu dan saya berasa syak apabila melihat muka anak saya yang lumpuh itu ada kesan lebam. Pihak pusat jagaan berkenaan mendakwa anak saya jatuh katil. 

"Bagaimanapun, pada jam 2 petang 17 April lalu, saya terkejut mendapat panggilan mengenai anak saya cedera dan saya dijemput dari rumah majikan di Rawang kira-kira jam 5 petang hari yang sama oleh pegawai JKM ke hospital HTJS.

"Doktor meminta saya tandatangani surat supaya mereka boleh melakukan prosedur perubatan termasuk untuk memasukkan kamera menerusi lubang dubur. Anak saya dikatakan dicucuk menggunakan dawai besi ke dalam lubang duburnya oleh penghuni di pusat jagaan. 

"Barang bukti diambil pihak polis untuk membantu siasatan. Kesan air mani turut ditemui dalam lubang duburnya," katanya.

Menurutnya, ada pegawai kebajikan memberitahu anaknya ditemui lemah dan berdarah di bahagian lubang dubur manakala perbuatan berlaku pada jam 8.40 malam, 16 April lalu.

Dia yang diberi pelepasan bercuti oleh majikan untuk menyelesaikan masalah itu berkata, dia tidak dapat menyembunyikan rasa pilu dengan kejadian itu dan bertekad membela nasib anaknya.

"Saya memerlukan peguam, tetapi tiada duit, jadi saya perlukan bantuan Baitulmal. Saya juga merayu mana-mana pihak yang mahu membantu.

"Dia buah hati saya, anak yang saya sayang. Saya tak mahu anak hidup merempat macam saya," katanya yang juga mualaf.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, buat masa ini suspek diletakkan dalam pemerhatian di wad psikiatri.




Husam Dedah Sebab Beliau Menangis Semasa Hari Penamaan Calon di Putrajaya

Posted: 21 Apr 2013 05:30 PM PDT


[HD] PUTRAJAYA: Ramai tertanya-tanya apa yang telah menyentuh hati Datuk Husam Musa sehingga beliau menangis hiba semasa hari penamaan calon di Putrajaya kelmarin.

Beliau kelihatan mengesat air mata sewaktu para penyokongnya yang hampir 3,000 orang mengiringinya dan mengaminkan doa sebaik sahaja beliau tiba di pusat penamaan Presint 9.


"Saya amat hiba dengan sokongan rakyat jelata, terutamanya anak-anak muda, semangat perjuangan mereka, cukup menyentuh hati," katanya ekoran tidak pernah berlaku dalam pilihan raya di Putrajaya, penyokong begitu ramai mengiringi calon dari pembangkang.

Beliau juga, beliau terharu kerana PAS telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk bertanding di kota pentadbiran yang merupakan kerusi yang amat strategik dalam negara. 

"Saya kini meletakkan diri saya untuk mencontohi jejak langkah perjuangan getir para anbiya dan sahabat-sahabat dalam menegakkan Islam," katanya sebagaimana dipetik dalam laman Facebook rasmi PAS Putrajaya. 

Husam turut hiba kerana secara tiba-tiba beliau dianugerahkan suatu amanah yang besar untuk menerobos kota Putrajaya dengan membawa panji PAS.

PRU 13 ini merupakan satu cabaran besar buat Husam apabila beliau satu-satunya harapan PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuka pintu Putrajaya bagi merealisasikan impian rakyat yang mahukan perubahan.

Walaupun lawan beliau Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan bongkaknya berkata, Husam akan hilang wang pertaruhan, Husam dikatakan akan memberi saingan sengit kepada Setiausaha Agung Umno itu.

Kawasan Parlimen Putrajaya seluas 4,931 hektar itu diwakili Tengku Adnan sejak 2004 selepas kawasan itu diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan pada 2001.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau memenanginya dengan majoriti 2,734 undi, mengalahkan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad.



Tiada ulasan: