Ahad, 7 April 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


GEMPAKS!!! Manifesto BN Dibantah Ketua Pemuda UMNO & Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Posted: 07 Apr 2013 01:53 AM PDT



Kuala Lumpur - by tim erapasca.com

Ketua PEMUDA UMNO Malaysia, 
Khairy Jamaluddin dan Menteri 
di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop MEMBANTAH MANIFESTO YANG MENCADANGKAN
UNTUK MENURUNKAN HARGA 
KERETA yang pastinya akan merencatkan usaha kerajaan Barisan Nasional. Malah macai macai online lembUMNO pun duk nyalak nyalak bantah! Alasan utamanya adalah "Mana nak dapatkan sumber pendapatan negara?"..




Bila PR nak turunkan harga kereta, kata tak praktikal.. Bangkrap!!!

Sekarang BN pulak nak turunkan harga kereta..




Korang pernah tgk org jilat ludah sendiri?
Dah nampak kan?!
Najib 'menyokong' bangkrapkan negara!!!

Transformasi Lucu : PR 10 Minit, Umno-BN Siaran Langsung

Posted: 07 Apr 2013 01:38 AM PDT


johari abdul media prima RTM 01

SHAH ALAM  : Ketika Pakatan Rakyat (PR) bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentangkan manifesto pilihan raya kepada rakyat, Umno-BN mendapat laluan mudah apabila manifestonya disiarkan secara langsung oleh media milik kerajaan dan media arus perdana.

Senario ini agak melucukan ketika pernilaian dibuat terhadap janji transformasi media massa yang sering dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Agak lucu apabila dia (Umno-BN) tawarkan 10 minit kepada Pakatan Rakyat untuk bentangkan manifesto (secara rakaman)," begitu kata bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kepada TV Selangor hari ini berhubung perkara itu.

Majlis pelancaran manifesto BN untuk PRU13 oleh Najib di Stadium Bukit Jalil malam ini dalam satu majlis khas akan disiarkan secara langsung oleh media perdana di negara ini.

Johari turut mempersoalkan siaran langsung tersebut kerana kerajaan yang wujud ketika ini adalah kerajaan sementara di mana Umno-BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan bagi kerja parti.

"Saya ingin bertanya sama ada Umno-BN membayar atau tidak kepada RTM kerana menggunakan fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, dia (Umno-BN) tidak boleh menggunakannya untuk tujuan kerja-kerja parti," ujarnya.

Johari mendakwa, Umno-BN melakukan perubahan terhadap manifestonya yang diyakini telah disiapkan awal tetapi ditarik semula apabila PR melancarkan manifesto lebih awal.

Sebagai contoh, katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak pernah didebatkan di dalam Parlimen sama ada bagi bajet 2010, 2011 atau 2012.

"Bila PR menyediakan Buku Jingga pada 2010 yang didalamnya jelas menyatakan bantuan RM1,000 setahun kepada rakyat khususnya berpendapatan rendah maka Umno-BN lantas melancarkan BR1M walaupun tiada bajet diluluskan oleh Parlimen.

"Ini menunjukkan Umno-BN ketandusan idea. Dia cuma akan buat 'adjustment' terhadap apa yang dia ada dan mengikut apa dicadangkan PR. Bagi saya, Umno-BN tidak menpunyai 'originality' tetapi 'copycat'," katanya.

Ibu Tunggal, Warga Emas Mahu PR Kekal Perintah Selangor

Posted: 07 Apr 2013 01:35 AM PDT


Jom Shopping Ijok April 02

KUALA SELANGOR : Kecemerlangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dalam tempoh lima tahun mentadbir Selangor diharap dapat terus dikekalkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti demi membawa lebih manfaat kepada rakyat.

Jom Shopping Ijok April 01

Dengan pelbagai program kebajikan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), rakyat masih ketagih lagi keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban, sesuatu yang tidak pernah dirasai berpuluh tahun sebelum ini.

Berasal dari Jeram, Mohd Sahar Abdul Rahman 67, tanpa berselindung menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri yang ada untuk terus diberi mandat menerajui Selangor.

"Dulu kita tidak dapat apa, lagi ditekan adalah. Namun keadaan sejak lima tahun lalu adalah sangat berbeza dengan pelbagai program kebajikan seperti untuk warga emas; Jom Shopping dan Khairat Kematian dan sebagainya.

"Diharap pada masa hadapan, Kerajaan Negeri jika dikekalkan dapat terus memperbanyakkan program kebajikan dengan penambahbaikan program sedia ada demi manfaat pada seluruh rakyat tidak kira siapa," ujar Sahar yang ditemubual ketika program Jom Shopping Dun Ijok pagi tadi.

Sementara itu, Norainatul Fitriah Husain 24, turut berkongsi pendapat yang sama, dengan menekankan peluang mentadbir sesebuah kerajaan perlu diberi kepada parti yang mengutamakan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

"Dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat hari ini, penting untuk memilih kerajaan yang mengutamakan dasar-dasar yang dapat membantu rakyat.

Jom Shopping Ijok April 03

"Kerajaan (Negeri) yang ada sekarang ini memang kita dapat lihat komitmennya membantu rakyat tanpa mengabaikan pembangunan lain, jadi kita berterima kasih serta berharap prestasi ini dapat dikekalkan dan diteruskan," ujar ibu tunggal yang berasal daripada Batang Berjuntai ini.

Terdahulu, seramai 160 orang peserta terdiri daripada warga emas dan ibu tunggal daripada DUN Ijok menyertai Program Jom Shopping di Pasaraya Econsave Alam Jaya di sini.

Menteri Besar yang juga Adun Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut hadir beramah mesra dan menemani para peserta membeli belah sebelum berangkat ke Bestari Jaya bagi menyertai satu program lain.

Tiga Kampung Di Bestari Jaya Terima Geran Tanah

Posted: 07 Apr 2013 01:32 AM PDT


Penyerahan Borang 5A Kg. Jaya Setia 01

BESTARI JAYA : Tiga buah kampung di Bestari Jaya menerima borang 5A daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tiga buah kampung berkenaan adalah Kampung Pecah Batu, Kampung Permai, Kampung Jaya Setia.

Penyerahan Borang 5A Kg Jaya Setia 05

Seramai 121 orang penduduk kampung tersebut menerima borang 5A berkenaan selepas Menteri Besar berjanji untuk menyelesaikan hak milik tanah mereka sebulan lalu.

Bagi Khairiah Mustapha, 50, dari Kampung Permai melahirkan gembira selepas 10 tahun memohon akhirnya tanah berkenaan menjadi hak miliknya.

"Saya sangat syukur dan lega kerana usaha dan penantian saya akhirnya ditunaikan hari ini, terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang membantu," katanya.

Seorang lagi dari Kampung Jaya Setia, Samsuri Mat Kesah, memuji Menteri Besar kerana menepati janji.

Penyerahan Borang 5A Kg Jaya Setia 04

"Dulu Menteri Besar dan Pegawai Daerah berjanji untuk menyelesaikan hak milikan tanah ini dan akhirnya dalam tempoh sebulan diselesaikan," katanya.

Maimunah Roslan, 70, berkongsi rasa gembira dan syukur setelah penantiannya untuk memiliki hak milik tanah ditunaikan Abdul Khalid.

"Saya mewakili suami saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana akhirnya menunaikan hasrat suami saya untuk menerima hak milikan tanah ini setelah puluhan tahun saya duduk di sini," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid di dalam ucapannya berkata sehingga kini lebih 20,000 penduduk di Selangor diberikan geran hak milik dengan bayaran premium RM1,000.

Katanya, jika masih ada penduduk yang tidak mampu membayar premium tersebut, Kerajaan Negeri menyediakan alternatif bagi membantu mereka.

"Kalau tidak mampu bayar, jangan senyap, saya akan berusaha minta bantuan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), zakat dan kita juga akan berikan mereka kerja supaya premium tersebut boleh dibayar," katanya.

Hadir sama mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohamad Yazid Bidin.

Kit Siang tidak akan undur

Posted: 07 Apr 2013 01:24 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
 
GELANG PATAH - Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak sesekali berundur daripada keputusan untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah, walaupun dikatakan bakal berdepan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Sambil mengakui berlaku pertembungan sengit, namun beliau yakin potensi memenangi kerusi itu antara kedua-dua pihak adalah 50-50.

Beliau tidak sesekali berasa gentar malah terus bertekad mengubah negeri ini sebagai deposit tetap Barisan Nasional (BN) sekaligus menyumbangkan kemenangan satu pertiga kerusi parlimen untuk membolehkan pembentukan kerajaan baru ke Putrajaya.

Dalam pada itu, Kit Siang turut menyelar tuduhan dan tohmahan yang mengaitkannya sebagai anti Melayu dan anti Islam termasuk dikatakan sebagai individu bertanggungjawab mencetuskan rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969.

"Saya cabar mana-mana pihak tampil menunjukkan bukti berhubung isu itu. Saya pasti tuduhan ini adalah kepentingan politik sesetengah pihak. Sejak DAP ditubuhkan kita sedaya upaya perjuangkan hak semua kaum.

"Buktinya, pada 1994, saya turut berkunjung ke Gelang Patah berhubung isu tanah membabitkan penduduk Melayu di Tanjung Kupang dan membawa isu ini di Parlimen.

Justeru tuduhan saya rasis dan anti Melayu adalah tidak berasas," katanya.

Beliau juga mengakui beberapa wakil DAP terdiri di kalangan orang Melayu, termasuk pilihan raya kecil (PRK) pertama disertai DAP pada 1967, di Tampoi turut menampilkan calon Melayu iaitu Daim Ibrahim.

Selain itu, Kit Siang memaklumkan dua wakil DAP daripada kaum Melayu dipilih menjadi Adun iaitu di Perak dan Negeri Sembilan.

Wajah Najib, slogan 1Malaysia teras kempen BN

Posted: 07 Apr 2013 01:22 AM PDT

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
Wajah Najib, slogan 1Malaysia teras kempen BN
Salah satu papan iklan yang memaparkan slogan "Kita Sokong Barisan 1Malaysia'.
 
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) memilih untuk memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan gagasan 1Malaysia, yang diperkenalkan beliau empat tahun lalu, sebagai bahan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perikatan itu.

Mengulas pembaharuan ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia adalah pendekatan strategik BN bagi menonjolkan parti dan pemimpinnya yang sudah berjaya membawa perubahan di negara ini sebagai ikon masa depan buat Malaysia.   

"Memang ini adalah strategi kita dan kita melakukan itu kerana Datuk Seri Najib merupakan wajah yang dikenali dan paling disenangi oleh rakyat Malaysia," ujar beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno kepada Sinar Harian Online.

Saifuddin diminta mengulas berhubung pemasangan papan-papan tanda dan bendera-bendera yang menonjolkan wajah Najib dan slogan 1Malaysia yang dipasang di seluruh negara dan tentunya paling menonjol di Putrajaya.

Tinjauan Sinar Harian Online di Lembah Klang mendapati seolah-olah satu pesta. Kibaran bendera parti-parti politik dapat dilihat sebelum Dewan Rakyat dibubarkan lagi.

Bukan sahaja bendera parti pemerintah, pembangkang juga turut mengibarkan bendera parti masing-masing di kawasan-kawasan panas seluruh negara.

Wajah Najib dan slogan baru kempen pilihan raya mula mendapat tempat ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Sibu, yang diadakan ketika peralihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib.

Berbeza dengan pilihan raya-pilihan raya sebelum ini, BN kali ini dilihat  menonjolkan sepenuhnya slogan 1Malaysia dengan wajah Najib di papan-papan tanda yang diletakkan bersama-sama dengan bendera parti itu.

Papan tanda yang dipasang antaranya bertulis "Kita Sokong Barisan 1Malaysia". Pada pilihan raya umum sebelum ini slogan dan nama Barisan Nasional atau BN diberi penekanan.

Bagaimanapun kemungkinan nama BN belum ditekankan sebab tempoh berkempen belum bermula lagi.

Mengulas lanjut, Saifuddin mengakui, taktik ini akan berterusan dan aakn digunakan sepanjang tempoh berkempen nanti.

"Ya! Datuk Najib adalah wajah utama yang akan kita gunakan," ujarnya sambil menambah, kajian mengenainya kesannya juga sudah dibuat.

"Ratingnya memang sangat tinggi, ini bukan suka-suka," ujar beliau lagi.

Sementara itu, menurut Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN), Datuk Abdul Rahman Dahlan pula, imej Najib ditonjolkan kerana sokong BN bermakna sokong Najib sebagai PM.

"Apa pun ia bermula dan berakhir dengan jawatan perdana menteri.

"Ini tidak salah. Samalah juga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Wajah) beliau pun di kiri kanan depan belakang," ujar beliau.

Rahman yang merupakan Ahli Parlimen Kota Belud menambah, keputusan memilih untuk menonjolkan wajah perdana menteri itu juga berkait rapat dengan populariti pemimpin nombor satu negara itu.

"Formula ini cukup bagus. 1Malaysia juga adalah satu idea yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Hari ini kita memilih kerajaan dan perdana menterinya," ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tidak ada salahnya meletakkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan wajah Najib dalam siri kempen BN.

"Ini merupakan satu 'track record' yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana pemimpin sekali pun.

"Dalam masa empat tahun beliau telah memperkenalkan banyak transformasi. Apa yang beliau ketengah dan sasarkan kebanyakannya juga telah tercapai," ujarnya.

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain pula memberitahu pendekatan yang digunakan oleh BN bukanlah suatu yang menyalahi apa juga perundangan atau peruntukan berkaitan pilihan raya.

"Ini tidak ada salah apa-apa kerana ia menerangkan dasar-dasar kerajaan. Ini dasar-dasar lama yang diperkenalkan balik. Ia tidak salah," ujar beliau.

Menurut seorang lagi penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat, dalam kempen pilihan raya beberapa perkara harus diambil kira.

"Ia termasuklah imej PM dan konsep 1Malaysia yang dilaksanakan semasa pentadbiran beliau dan ini yang dekat dengan rakyat dan boleh memberi gambaran kepada rakyat, apa yang BN buat sepanjang empat tahun ini," katanya.

Katanya ia tidak ubah sebagai suatu "reminder" yang akan mengingatkan rakyat bahawa kerajaan sedia ada ini sudah membuktikan kemampuannya.

Pakatan: Manifesto BN ciplak idea kami, tak mesra rakyat

Posted: 07 Apr 2013 01:14 AM PDT

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN DAN JAMILAH HAMZAH

Manifesto
Manifesto
 
SHAH ALAM - Di sebalik keyakinan Barisan Nasional (BN) bahawa manifesto yang dibentang malam tadi memenuhi aspirasi rakyat, pembangkang menyifatkan ia sebagai satu janji yang hambar, tidak ada keaslian dan kontang idea.

Malah paling teruk, ia hanya merugikan rakyat, kata pemimpin-pemimpin PR.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, manifesto BN jelas menunjukkan sikap tidak bersungguh-sungguh kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat yang sememangnya dihimpit oleh tekanan ekonomi.

"Apabila duit ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah, ini bermakna BN akan terus selama-lamanya mengekalkan rakyat Malaysia sebagai rakyat berpendapatan rendah," ujar beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Menurut Saifuddin, hasrat kerajaan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM1,200 kepada rakyat berpendapatan kurang RM3,000 adalah satu usaha ke arah memastikan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

"Ini berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat, pendekatan Pakatan Rakyat ialah menyelesaikan masalah struktur ekonomi dan pendekatan untuk melegakan tekanan hidup rakyat yang berupa meningkatnya kos kehidupan," ujar beliau lagi.

Manifesto BN yang bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" malam tadi antaranya menggariskan penambahan pemberian BRIM bagi setiap isu rumah, baucar buku dan bantuan persekolahan.

BN juga berhasrat menurunkan harga kereta dan mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat.

Menurut Saifuddin, tawaran itu adalah idea ciplak yang diambil dari manifesto popular perikatan pembangkang itu.

"Mereka nampaknya tak ada pilihan.

"Mereka mengulangi tawaran yang mereka kata boleh membankrapkan negara tetapi Barisan Nasional kini terpaksa menjilat kembali ludah mereka," ujarnya lagi.

Pakatan menerusi manifesto yang dibentangkannya Februari lalu antara lain akan memastikan harga kereta di negara ini dapat dibeli dengan harga serendah RM25,000.

Perikatan itu juga akan memastikan tol dihapuskan dengan mengambi alih lebuhraya secara berperingkat-peringkat.

Ia juga berhasrat untuk memastikan setiap keluarga di Malaysia membawa pulang sekurang-kurangnya pendapatan RM4,000 sebulan selepas penggal pertama pentadbirannya.

Sementara itu, menurut Naib Presiden DAP,  M. Kulasegaran, manifesto yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah manifesto untuk membeli undi.

"Ini manifesto untuk menang dalam pilihan raya sahaja. Bukan untuk menyenangkan masyarakat Malaysia atau satu haluan yang baik," katanya.

Malah katanya, manifesto itu juga tidak menekankan secara khusus bagaimana kerajaan mahu melaksanakan pentadbiran negara dengan membina ekonomi yang lebih kukuh di masa akan datang.

"Walaupun dalam keadaan sekarang ekonomi kita tenat kerana masalah defisit, mereka mahu laksanakan manifesto seperti ini.

"Ia seperti kerajaan yang hendak merosakkan rakyat dengan memberi wang," tambah beliau.

Ujarnya, berbanding BN, Pakatan Rakyat akan sentiasa dari semasa ke semasa memperhalusi manifestonya demi kesejahteraan rakyat.

"Itu adalah satu keperluan kepada mana-mana parti politik pun," ujar beliau.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, manifesto BN adalah janji untuk meraih keuntungan politik semata-mata.

"Tawaran BN yang pada mulanya menggunakan pendekatan one-off kini dijadikan pemberian tahunan dilihat sebagai terdesak untuk menang PRU13," ujar beliau.

Bahkan ujarnya, jika dilihat daripada jumlah peruntukan yang akan digunakan BN untuk mengurus negara lima tahun akan datang, ia jauh lebih besar daripada apa yang dipentukkan oleh PR.

"Oleh itu tawaran PR juga turut munasabah seperti BN," katanya membidas dakwaan kononnya manifesto PR hanya akan membankrapkan negara.

Anwar mengaku pernah jumpa Misuari tapi ketika jadi TPM

Posted: 07 Apr 2013 01:11 AM PDT

ZUMURNI HAMZAH

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
TANAH MERAH -  Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuannya dengan bekas gabenor Mindanau, Nur Misuari adalah atas peranannya membawa keamanan serantau dan ia berlaku ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri.

Katanya, perjumpaan tersebut dibuat ketika beliau memegang jawatan sebagai timbalan perdana menterI dan menerima jemputan Presiden Fidel V Ramos bagi membantu  menyelesaikan perdamaian antara Filipina dan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

"Saya diundang sebagai timbalan perdana menteri  ke rumah  Presiden (Filipina) Ramos. Beliau kemudiannya menelefon Nur Misuari dan minta saya pujuk Musuari bagi menyegerakan proses damai tersebut.

"Saya sokong  perjanjian damai itu kerana  mereka orang Islam. Selesai perjanjian, beliau kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao)d an sebagai tanda sokongan bagi pihak Presiden Ramos, saya  pergi melawat, saya bawa pegawai-pegawai dan peniaga bagi bantuan serta biasiswa kepada anak-anak di sana," katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah  Tanah Merah di sini, malam, semalam.

Anwar berkata,  kemudiannya, Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat Unit Perancangan Ekonomi.

Katanya, semua  pemimpin negara pernah bertemu Nur Misuari termasuk Dr Mahathir memandangkan Nur Misuari adalah  bekas Gabenor Mindanao.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

"Saya didakwa sebagai pengkhianat negara apabila menyanyikan lagu Sabah akan  hilang. Maksud saya,  Sabah akan hilang di tangan Umno tetapi bukan  dari Malaysia.

"Mereka (Umno) sewenangnya menuduh saya dan melibatkan  saya dengan pelbagai tuduhan yang  tidak masuk akal, termasuk ejen pengganas Sulu," katanya.

Mahathir akui BN syaitan

Posted: 07 Apr 2013 01:04 AM PDT


DETIK DAILY

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang tetap mahu memberikan pandangannya walaupun sudah bersara akhirnya menjerat diri dan parti Umno-BN yang disayanginya.

Pengakuannya yang menggunakan perlambangan "syaitan" bagi BN manakala "malaikat" untuk Pakatan Rakyat sekaligus menampakkan sisi sebenar Umno-BN yang memang rapat dengan segala bentuk kejahatan seperti rasuah dan penindasan ke atas rakyat.

Pada masa sama, kenyataan Mahathir turut mengundang kemarahan orang Islam apabila sewenang-wenangnya cuba mengaitkan senario politik semasa tanahair dengan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" itu.

Malaikat sebagai makhluk yang sentiasa taat dan patuh sepanjang masa pada perintah Allah bagi Mahathir dianggap sebagai bukanlah golongan yang suci kerana "kadang-kadang, malaikat juga boleh buat banyak perkara salah".

Kenyataan Mahathir itu yang asalnya ditulis dalam laman blognya pada Ogos tahun lalu menjadi bukti Umno-BN sebagai syaitan merupakan musuh rakyat nombor satu yang wajib dihambat pada hari pembuangan undi PRU13 nanti.

Kerusi Wangsa Maju Sebenarnya Umpan MCA Untuk Perangkap Najib

Posted: 07 Apr 2013 01:02 AM PDT



Oleh Shahbudin Husin

Kedatangan Muhyiddin Yassin ke Wangsa Maju( Jumaat) mungkin membawa petanda gembira buat Shafei Abdullah dan UMNO Wangsa Maju yang berjuang sejak empat tahun lalu untuk mengembalikan kerusi itu daripada MCA kepada UMNO. 

Harapan untuk melihat BN meletakkan calon UMNO di kerusi itu nampaknya kembali cerah, bukan saja dengan kehadiran Muhyiddin itu tetapi juga melalui ucapan yang dilafazkan oleh Timbalan Perdana Menteri itu.

Dalam ucapannya Muhyiddin berkata, "kita mahu rakyat menyokong kita tak kira siapa pun calon di Wangsa Maju ini. Kalau Shafei jadi calon, okey. Kalau calon lain pun, okey."

Apatah lagi ketibaan Muhyiddin disambut dengan sekumpulan kira-kira 30 orang yang sudah dipersiapkan oleh Shafei dengan pelbagai sepanduk dan poster yang ditulis dengan bermacam ungkapan yang memberi gambaran UMNO dan pengundi di situ mahukannya dipilih sebagai calon di Wangsa Maju.

Ucapan Muhyiddin yang seolah-olah memberi bayangan kerusi Wangsa Maju akan dikembalikan kepada UMNO tentulah membuatkan Shafei begitu gembira dan riak wajahnya di majlis itu yang sentiasa tersenyum lebar, membayangkan hakikat itu.

Di atas kertas, dilihat perjuangan Shafei dan UMNO Wangsa Maju sudah berjaya dan MCA akhirnya akur untuk mengembalikan kerusi Wangsa Maju kepada UMNO. Walaupun Ketua MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look masih mahu berjuang untuk mengekalkan kerusi itu di tangan MCA tetapi Presiden MCA, Chua Soi Lek dikhabarkan tiada halangan melakukan pertukaran jika itu yang dimahukan oleh UMNO.

Bersama kerusi Wangsa Maju yang dituntut oleh UMNO, kerusi lain ialah Kuantan di Pahang. Menyedari desakan UMNO begitu kuat di Wangsa Maju dan Kuantan dan calon MCA pula kalah di kedua-dua kerusi itu dalam pilihanraya 2008 lalu, Chua Soi Lek dikatakan bersedia untuk menukarkannya dengan kerusi lain. Bermakna kerusi Wangsa Maju dan Kuantan diserahkan kepada UMNO dan UMNO mesti menyerahkan dua kerusinya yang lain kepada MCA.

Sekali imbas, nampaknya cara berpolitik MCA itu kelihatan matang dan mereka benar-benar rakan kongsi yang sejati kepada UMNO dalam BN.

Tetapi sumber lain memberitahu, tuntutan MCA sebenarnya lebih daripada itu. MCA juga dikatakan, melalui persetujuan menyerahkan kembali kerusi Wangsa Maju dan Kuantan kepada UMNO, turut mahukan Najib menerima sepenuhnya senarai calon yang akan dikemukakannya dalam pilihanraya nanti termasuk meletakkan calon baru di Pandan yang kini dipegang oleh bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat.

Chua dan Ong kini sedang berperang secara terbuka dan isu calon Pandan turut menjadi polemik sejak sekian lama. Sementara Chua menyatakan Ong akan digugurkan dan digantikan dengan orang lain, Ong pula ada memberitahu beliau telah mendapat persetujuan Najib untuk kekal sebagai calon BN di Pandan.

Ketakutan Chua terhadap Ong yang menjadi musuhnya dalam MCA kini nampaknya bakal berlarutan sehingga ke pilihanraya umum dan Chua jelas seorang yang licik dan cuba membawa agenda MCAnya dalam pilihanraya ini dengan menjadikan Najib sebagai pemutus untuk menyingkirkan musuh politiknya itu daripada terus menggugatnya.

Sehingga ini, isu calon BN di Pandan masih lagi tergantung biarpun MCA Pandan juga mahukan Ong Tee Keat dikekalkan sebagai calonnya dan pengundi juga melihat beliau sebagai calon yang boleh menang di situ, apatah lagi calon PKR yang bakal dihadapi bukan calang-calang orangnya iaitu Rafizi Ramli. Tetapi Chua tetap mahukan musuh politiknya itu diketepikan.

Selain isu calon di Pandan, terdapat juga beberapa kerusi lain yang menjadi fokus Chua Soi Lek melaksanakan agendanya mengenepikan musuh-musuh politiknya melalui pilihanraya ini dan seterusnya memastikan kedudukannya makin kukuh dalam parti itu.

Sebagaimana isu calon Pandan belum ada kata putus dari Najib, kedudukan calon di Wangsa Maju juga belum muktamad lagi. Bayangan yang diberikan Muhyiddin belum lagi membolehkan Shafei tersenyum sepenuhnya kerana Najib perlu menyelesaikan perkara itu dengan Chua Soi Lek terlebih dahulu. Kedatangan Muhyiddin mungkin hanya membawa berita separuh gembira.

Hanya jika Najib bersetuju menggugurkan Ong Tee Keat dan menerima sepenuhnya senarai calon MCA yang dikemukakan oleh Chua Soi Lek, barulah kedudukan Shafei boleh dianggap sudah terjamin. Jika Najib masih juga mahukan Ong sebagai calon di Pandan, sesuai dengan kedudukannya sebagai calon boleh menang dan bersesuaian pula dengan kehendak MCA Pandan, bukan saja isu pertukaran kerusi di Wangsa Maju dan Kuantan yang akan menjadi masalah, malah mungkin berlarutan kepada memungkinkan berlakunya hubungan dingin antara Najib dan Chua.

Tercetusnya hubungan dingin antara UMNO dengan MCA dan Najib dengan Chua tentulah membahayakan masa depan BN dan Najib sendiri dalam pilihanraya ini yang masih bergelut untuk meraih sokongan bagi memastikan kemenangan yang selesa.

Dilema Najib kini ialah sama ada mahu memberi peluang kepada Shafei, Setiausaha Politiknya bertanding di Wangsa Maju atau beliau terpaksa memenuhi tuntutan Chua yang mahukan senarai calon MCA diterima tanpa soal termasuk menggugurkan Ong Tee Keat dan seterusnya memungkinkan kerusi Pandan dengan mudah dapat dimenangi oleh Rafizi, seorang strategis dan orang kanan Anwar yang banyak mendedahkan skandal dalam kerajaan sebelum ini.

Sama ada menerima atau menolak tuntutan Chua Soi Lek, semua keputusan kini hanyalah di tangan Najib.

Abu Bakar Omar isytihar sokong PAS

Posted: 06 Apr 2013 11:17 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Seorang lagi pelakon terkenal, Abu Bakar Omar menyatakan sikapnya untuk menyokong Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini.


Abu Bakar dipakaikan baju T oleh Mohamad Nor dengan diperhatikan oleh Zamri, calon PAS Tititwangsa

Pelakun lelaki yang terkenal semasa era filem Opah di dalam TV1 dan TV3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada PRU13 ini.

Abu Bakar telah dipakaikan baju T Zamri Asa'ad, calon PAS Titiwangsa oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor dalam satu majlis ceramah malam tadi.

Turut serta di majlis itu adalah Zamri sendiri yang diumumkan sebagai calon PAS di Titiwangsa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Abu Bakar yang berasal dari Titi Gajah, Alor Setar, Kedah terkenal sebagai pelakon yang hebat dan pernah menang beberapa anugerah dalam bidang lakonan.

Gangguan bekalan air di lima daerah di Negeri Sembilan, Selasa ini

Posted: 06 Apr 2013 11:15 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
SEREMBAN— Beberapa kawasan di Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air Selasa ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan loji rawatan air dan pemasangan injap.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air mulai 10 pagi hingga 8 pagi keesokannya (10 April) di Rembau melibatkan Simpang Linggi, Dusun Sri Alam, Exevalley Orchid Park, Kampung (Kg) Delima, Kg. Kundur Hilir, Kolej Kemahiran Tinggi, Jalan (Jln) Bunga Raya, Kg. Datuk Keramat, Sekolah SAINS, Desa Permai Kundur, MLK Estet, Kg. Pelabar Luar, Kg. Pelabar Dalam, Jln. Masjid Lama, Kg. Sg. Semerah Padi dan Jln. Kasturi.

"Turut terlibat ialah Jln. Perigi Jerneh, Jln. Balai Panjang, Kg. Pengkalan Durian, Ladang Bukit Bertam, Kg. Bukit Bertam, Kg. Sungai (Sg) Radin, Kg. Sg. Timun Dalam, Kg. Sg. Timun Luar, Rumah Rakyat Lubuk Cina Fasa 1 & 2, Dataran Lubuk Cina, Kg. Semin, Kg. Dato Shahbandar, Panchang 1-8, Kg. Haji Sulaiman, Kg. Baru Semin, Ladang Sg. Baru, Pasar Lubuk Cina, Jln. Tok Bidan, Jln. Harimau Terjun, Jln. Paya Mengantuk, Kg. Titian Bintangor, Jln. Mesin Kelompok, PLKN Titian Bintangor, Jln. Limau Kambing, Kg. Nerambai dan Kg. Titian Akar," katanya di sini, hari ini.

Katanya di Port Dickson pula kawasan yang terlibat ialah Pengkalan Durian (Rumah Rakyat 1&2), Taman (Tmn) Linggi, Kg. Linggi, Pengkalan Kempas, Permatang Pasir (Rumah Rakyat Permatang Pasir, Sua Manggis), Tarzan Estate, Bukit Kuau, Tanjung Agas, Pekan Pasir Panjang, Sg. Raya, Bukit Kepong, Batu 18,19,20,21,22 Pengkalan Kempas, Batu 16 sehingga Batu 12 Jln. Pantai, Telok Pelanduk, Tmn. Politeknik, Tmn. Intan Perdana 1, 2 & 3, Bukit Perdana, Tmn. Anika, Blue Lagoon, Telok Kemang, Bandar Sunggala, Escort dan Batu 12 sehingga Batu 4 Jln. Pantai.

Azlan berkata di Tampin, gangguan bekalan air mulai 8 pagi hingga 12 malam melibatkan Felda Sg. Kelamah 1 hingga 3, Kg. Sg. Dua, Kg. Tenai, Maju Ternak, Kg. Kurnia Diraja, Kilang Papan Jalan Gemas, Kg. Londah, Kg. Ladang, Kg. Bangkahulu, Kg. Ulu Ladang, Taman Halacara Baru dan Ladang Tabong Haji Kg. Londah, manakala di Jempol melibatkan seluruh kawasan Pekan Bahau, Rompin dan Serting.

Sementara itu, beliau berkata di Kuala Pilah gangguan bekalan air pada waktu yang sama (8 pagi-12 malam) melibatkan Tanjung Ipoh, Kg. Merual, Kg. Seri Menanti, Kg. Mertang, Kg. Pulau, Kg. Sikai, Kg. Gunung Pasir, Kg. Tengah Ulu, Kg. Taman Pemarak, Kg. Tengah, Kg. Bukit Perah, Kg. Gamin, Kg. Seberang Pekan, Kg. Bemban, Kg. Senaling, Kg. Batu 1 Jln. Tampin, Kg. Seri Pilah, Kg. Batang Pilah, Kg. Cheriau dan  Tmn. Bahagia Delima. Selain itu, Kg. Gachong, Kg. Batu 46, Kg. Pilah Tengah, Kg. Tanah Melintang, Tmn. Bukit Intan, Kg. Bukit, Kg. Bukit Temensu, Tmn. Selasih, Tmn. Desa Aman, Tmn. Desa Melang, Tmn. Mutiara Impian, Tmn. Nesa, Kg. Gemencheh Ulu, Kg. Tangkoh/Sikota, Kg. Air Mawang, Kg. Eyor, Kg. Renggoh, Kg. Nuri, Kg. Betong, Kg. Tanggai, Kg. Tumang, Kg. Padang Jual, Kg. Melekai, Kg. Kuala Johol, Kg. Gating, Kg. Dingkir, Kg. Selaru dan Kg. Masjid Tua.

Turut terlibat ialah Kg. Simat, Kg. Tulang Rimau, Kg. Ulu Inas, Kg. Baru Air Mawang, Kg. Kabong, Kg. Geduhom, Kg. Malan, Kg. Kepis Ulu, Kg. Kepis Hilir, Kg. Kepis Baru, Kg. Simpang Dangi, Desa (Kg. Baru) Dangi, Desa (Kg. Baru) Kepis Batu 10, Kg. Seri Kepis, Kg. Pelangai, Kg. Kuala Jemapoh, Kg. Seri Jemapoh, Kg. Beting, Kg. Kuala Gentam, Kg. Seri Pandan, Kg. Jemapoh, Kg. Desa Jemapoh, Kg. Mara Parit Tinggi, Kg. Desa Parit Tinggi, Kg. Gentam, Kg. Rembang Panas, Kg. Terusan Seberang, Kg. Kuala Rembang Panas, Kg. Sg. Jelutong, Kg. Jerjak/Padang lebar, Kg. Sg. Talan, Kg. Terusan, Kg. Juasseh Pekan, Kg. Desa Anggerik, Kg. Bukit Gelugor, Kg. Juasseh Kapitan, Kg. Terusan Ulu, Kg. Juasseh Tengah dan Kg. Pasir Ambor.

Azlan berkata bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. — Bernama

Daripada malu tidak terpilih, baik umum dulu

Posted: 06 Apr 2013 11:11 PM PDT

Cenangau,


Daripada dimalukan lagi sekali bila Najib umumkan senarai calon BN yang takdak nama dia, lebih baik dia spin dulu, kata dia kononnya memang lebih suka tak bertanding.

Demikian ulas blogger Cenangau dalam blognya hari ini.

Ini berikutan laporan dalam Malaysiakini yang memetik kata-kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakor kononnya beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kecenderungannya untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya, sebagai seorang yang agak 'old-fashioned', beliau akan akur apa sahaja keputusan Najib, yang juga perdana menteri.

Klik untuk mengikuti ulasan penuh blogger Cenangau ini.

Gempar!...Pimpinan BN bantah manifesto

Posted: 06 Apr 2013 11:08 PM PDT

KedahLanie,




Inilah berita-berita yang dikumpulkan oleh blog  KedahLanie ekoran manifesto BN yang diumumkan Datuk Seri Njaib Razak, Presiden Umno malam tadi.

Ia berkaitan dengan janji untuk menurunkan harga kereta  yang diumumkan Najib.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah mengumumkan melalui manifestonya, harga kereta akan diturunkan dengan cara mengkaji balik cukai ekasais.

Namun ketika itu, para pemimpin BN melompat dengan membuat pelbagai tuduhan termasuklah ia akan membangkrapkan negara.

Klik untuk melihat keratan-keratan akhbar ini dalam KedahLanie.

Tian Chua dihalang masuk ke Sabah

Posted: 06 Apr 2013 11:04 PM PDT

TERKINI
Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita

Tian Chua: "Tiada alasan diberikan," katanya dalam mesej SMS. — Gambar failKUALA LUMPUR— Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dihalang untuk masuk oleh penguatkuasa imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan terus dinaikkan pesawat seterusnya ke Kuala Lumpur tanpa sebarang sebab. 
Ahli parlimen Batu yang baru-baru ini didakwa menghasut kerana mengaitkan pencerobohan Lahad Datu dengan Umno, mengesahkan perkara ini kepada The Malaysian Insider pada 11.40 pagi tadi beliau dalam pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur dari KKIA.

"Dalam pesawat untuk pulang sekarang," katanya dalam satu mesej sistem pesanan ringkas (SMS).

"Tiada alasan diberikan," tambah beliau apabila ditanya apakah pegawai imigresen di Sabah menjelaskan mengapa mereka menghalang beliau masuk.

Dalam satu kenyataan dari ibupejabat PKR, mengesahkan Chua ditahan untuk masuk ke Sabah di KKIA dan kemudiannya dimaklumkan kerajaan negeri telah mengeluarkan perintah halangan masuk kepadanya.

Awal sebelum itu Chua menulis di akaun Twitternya mengenai halangan masuk ke Sabah mengatakan:

"Ditahan di lapangan terbang Kota Kinabalu oleh Imigresen, kerajaan Sabah menghalang kemasukkan saya dan akan dihantar pulang ke KL."

Menurut Timbalan Setiausaha Agung Darell Leiking yang berasal dari Sabah, Chua ke Kota Kinabalu untuk menghadiri dua acara ceramah — satu di Tuaran pada 3.00 petang dan satu lagi di Penampang pada 7.00 petang.

Ketua PKR Penampang itu menyelar penahanan dan mempersoalkan apakah pihak berkuasa takut dengan kehadiran Chua di Sabah.

"Apa yang telah terjadi sehingga pihak berkuasa begitu takut dengan Tian Chua?" katanya dalam satu kenyataan melalui WhatsApp.

"Pendatang haram dibenarkan berleluasa dengan gembiranya tanpa ditahan dan rakyat Malaysia tulen dihalang masuk ke negeri ini!" tambah beliau.

Chua didakwa pada 14 Mac kerana dikatakan menghasut apabila membuat kenyataan serangan tembakan di Lahad Datu dipercayai satu konspirasi yang dirancang oleh kerajaan Umno untuk mengalihkan perhatian orang ramai dan menakut-nakutkan mereka dan kejadian itu menimbulkan keraguan di atas wayang mainan kerajaan Umno.

Mahkamah benarkan Husam injuksi blogger Parpukari

Posted: 06 Apr 2013 10:56 PM PDT

Aslani M,


KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan permohonan injunksi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ke atas blogger mesra Umno, "Parpukari".

Parpukari atau nama sebenar Mohamad Salim Iskandar difahamkan rakan rapat dengan blogger Umno, Papagomo.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, dengan perintah injunksi tersebut Khamis lalu, Parpukari dilarang daripada menulis apa-apa berkaitan Husam sehingga kes tersebut selesai dibicarakan.

Pada prosiding sebelum ini Hakim Datuk Yazid Mustaffa menolak permohonan peguam Parpukari, Jasbeer Singh Kaura untuk meminda penyata pembelaan.

Malah mahkamah juga menolak permohonan Parpukari memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Blogger terbabit pada 19 Februari 2012 menulis dan menggunakan gambar-gambar secara tidak tepat dan tidak benar yang dikaitkan dengan plaintif.

Rencana tersebut disiarkan dalam blog; http://parpukari.blogspot.com bertajuk "parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!".

Dalam writ saman plaintif mendesak defendan memohon maaf secara bertulis kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blognya dan memadam artikel berkaitan.

Selain itu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu, gantirugi sebanyak RM5 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan ganti rugi punitif.  Kes tersebut akan dibicara pada 19 dan 20 Jun hadapan.

Sementara itu dalam perkembangan lain Husam memberitahu beliau tidak akan memohon maaf kepada Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed ekoran dakwaan menteri terbabit melulus saham FGVH lebih besar kepada syarikat Bumiputera berbanding peneroka.

"Siapa kroni yang diberi keistimewaan itu, syarikat mana yang diluluskan MITI untuk memiliki saham Felda. Kita minta menteri terbabit mengeluarkan senarai syarikat berkenaan dan menjawab isu-isu berkaitan," katanya pada ceramah Kelantanku Hijau di Padang Kemahkotaan, Jeli malam tadi.

Baru-baru ini Mustapa dilaporkan menuntut Husam memohon maaf berhubung dakwaan fitnah berkaitan saham FGVH yang diberi kepada kroni atau berdepan dengan tindakan saman.

Husam berkata, beliau bersedia menjawab isu tersebut di mahkamah dan tidak perlu menunggu notis 48 jam seperti diberi pemimpin terbabit.

3 tawaran Wanita Pakatan untuk wanita Malaysia

Posted: 06 Apr 2013 10:54 PM PDT

Salmiyah Harun,




KUALA LUMPUR: Wanita Pakatan Rakyat hari ini melancarkan tiga tawaran untuk wanita Malaysia.

Tiga tawaran itu adalah caruman wanita nasional sebanyak RM600 setahun, insentif penjagaan anak RM1,000 setahun untuk anak 13 tahun ke bawah dan agensi pembantu rumah tempatan.

Tawaran yang pertama adalah sebagai satu pengiktarafan kepada peranan wanita sebagai suri rumah.

"Komitmen kami adalah untuk mengangkat martabat wanita," kata Dr Mariah Mahmud ketika membaca kenyataan media itu.

Sidang media itu diadakan di Pusat Media PAS dan dihadiri oleh semua pimpinan utama wanita Pakatan Rakyat.

Antaranya Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff , Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail dan Setiausaha Wanita DAP, Teo Nie Ching.

Caruman wanita

Bagi tawaran Caruman Wanita Malaysia atau Tabung Simpanan Suri Rumah, RM600 setahun akan diberikan kepada setiap suri rumah di Malaysia dalam bentuk caruman.

"Konsep yang kita gunakan adalah gabungan antara simpanan hari tua seperti KWSP dan tabung bencana semacam Socso.

"Wanita boleh mengeluarkan caruman ini selepas berumur 55 tahun atau pencen atau bayaran akan dibuat sekiranya si wanita ini sedang menghadapi musibah," kata Dr Mariah ketika menjelaskan skim ini.


Insentif Penjagaan Anak

Untuk insentif penjagaan anak pula, Roziah Ismail Timbalan Ketua Wanita PKR yang juga Exco kerajaan negeri Selangor menjelaskan, konsep ini telah dilaksanakan di negeri Selangor.

"Setiap anak dari keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah paras yang kita tetapkan akan diberikan kopun khas.

"Dengan kopun ini, ia boleh diserahkan kepada pusat jagaan kanak-kanak ini untuk mendapat rebat dari pengusaha pust jagaan dan pusat jagaan mendapat bayaran dari pihak kerajaan dengan kopun ini," jelas beliau tentang mekanisma pelaksanaan skim yang ditawarkan Wanita Pakatan ini.

Pengurus Rumah Tangga

Untuk Penubuhan Agensi Pembantu Rumah Tempatan pula, Naib Ketua Muslimah PAS, Mumtaz Mat Nawi menjelaskan, ia bertujuan untuk melahirkan 'Pengurus Rumah Tangga Profesional' di kalangan wanita tempatan.

"Kita mahu naikkan taraf profesion pembantu rumah kepada pengurus rumah tangga. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat latihan yang cukup dari kerajaan dan mendapat pekerjaan yang sesuai dan mulia," katanya.

Melalui pendekatan ini, pembantu rumah yang dinaikkan taraf ini akan mendapat gaji yang setimpal sesuai dengan khidmat yang mereka berikan kepada keluarga yang menggaji mereka.

Teo Nie Ching ketika menjelaskan perkara ini berkata, beliau mempunyai pengalaman peribadi tersendiri dalam isu penjagaan anak sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan.

"Selepas saya melahirkan anak baru-baru ini saya membawa anak saya ke Parlimen. Saya bertanya dimana pusat penjagaan kanak-kanak yang dijanjikan kerajaan. Mereka kata tidak ada.

"Jadi saya anggap apa yang dijanjikan oleh Najib dalam manifesto BN hanyalah palsu saja...janji dicapati saja," katanya.

Kakitangan penjara dibeku cuti untuk halang mengundi?

Posted: 06 Apr 2013 10:51 PM PDT

Warden Rimas,

Berhubung dengan perkara di atas saya mewakili seluruh kakitangan penjara khususnya anggota bawahan melahirkan rasa dukacita akan permainan politik kotor oleh Barisan Nasional.

Mereka telah memperkudakan agensi kerajaan iaitu Kementerian Dalam Negeri yang mana telah mengeluarkan surat pekeliling yang telah mengarahkan semua Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri membekukan cuti semua pegawai dan anggota tidak terkecuali bagi kami yang berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia.

Bagi saya sendiri yang hampir 23 tahun berkhidmat inilah baru kali pertama semua anggota Jabatan Penjara Malaysia telah dinafikan hak kami sebagai PENGUNDI oleh sebuah parti yang melaungkankan sistem demokrasi tetapi telah melacurkan kata-kata mereka dengan permainan politik kotor mereka yang memperkudakan agensi kerajaan.

Untuk makluman saudara bukan semuanya kami kakitangan penjara yang mengundi di tempat kami bekerja kerana pada PRU - PRU yang lepas tiada masalah bagi kami untuk balik mengundi di tempat asal masing-masing.

Bagi saya serta isteri sendiri yang telah membuat pertukaran alamat dari Johor balik semula ke Kedah tetapi atas urusan kerja kerana telah dinaikkan pangkat berkhidmat di Perak.

PRU 13 inilah kami terasa amat dukacita kerana tidak berpeluang untuk balik menmgundi di tempat dan negeri kelahiran kami disebabkan oleh mereka yang berkepentingan dan mengamal politik kotor kerana mereka merasakan PRU 13 ini Barisal Nasional akan menjadi  pembangkang untuk Parlimen Malaysia.

Bagi saya inilah satu cara bagi Barisan Nasional untuk mengekalkan tampuk pemerintahan dengan cara yang paling kotor dalam sejarah PRU di Malaysia.

Saya difahamkan bahawa hampir 90% anggota Jabatan Penjara Malaysia menyokong PR pada PRU-PRU yang lepas dan juga pada PRU 13 kali ini.

Jadi sebagai warga Malaysia yang prihatin saya amat berharap agar Harakahdaily menghebohkan perkara ini untuk makluman semua parti-parti dan PAKATAN RAKYAT kerana kami anggota Jabatan Penjara Malaysia tidak mengundi secara pos.

BN ciplak manifesto Pakatan dengan ketara

Posted: 06 Apr 2013 10:49 PM PDT

Salmiyah Harun,


Mustafa bersama Mariah dan Zailah dalam sidang media di Pusat Media PAS hari ini

KUALA LUMPUR: PAS mendakwa sekurang-kurang sembilan perkara dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak malam tadi menciplak manifesto Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini berkata,  yang paling ketara adalah janji BN untuk memberikan bayaran tunai lebih 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak.

Manifesto BN itu berbunyi, "Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang."

Padahal dalam manifestonya, Pakatan dengan jelas mengatakan, "Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%."

Mustafa berkata BN hanya mengolah istilah tertentu dalam untuk membezakan antara kedua-dua manifesto tetapi "polisi yang dipinda mengikut cara kita".

Mustafa berkata demikian dalam sidangnya di Pusat Media PAS hari ini. Turut serta adalah Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof dan timbalannya, Dr Mariah Mahmud.

Dalam sidang media itu, Mustafa turut menyerang penggunaan masa kira-kira dua jam oleh Najib untuk membentangkan manifesto BN dalam TV1 dan TV3.

"Kita dijanjikan 10 minit untuk membentangkan manifesto itu. Itupun dirakamkan bukan live," katanya.

Atas sebab itulah, katanya Pakatan membuat keputusan menolak tawaran ini kerana ia disifatkan hanya 'ajak-ajak ayam sahaja'.

Siti Zailah ketika mencelah dalam isu ini juga kesal dengan langkah kerajaan BN itu kerana dengan 10 minit apa yang boleh diterangkan, "nak bentang tikar pun dah lima minit."

Selain itu, BN juga menawarkan penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Pakatan pula menawarkan, "Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

"Mewujudkan industry automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah."

SRA Kebun Baharu Dapat Bangunan Tambahan Bernilai RM5 Juta

Posted: 06 Apr 2013 10:46 PM PDT


MB Kenduri Rakyat Kuala Langat 06

KUALA LANGAT  : Sekolah Rendah Agama (SRA) Kebun Baharu menerima RM5 juta untuk membina bangunan tambahan bagi keselesaan pelajarnya.

MB Kenduri Rakyat Kuala Langat 08

Exco Adat Melayu dan Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata pembinaan sebuah bangunan empat tingkat yang memuatkan 24 bilik darjah itu akan dimulakan hujung tahun ini dan dijangka siap selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua tahun.

Katanya, peruntukan pembinaan itu diberikan ekoran kapasiti pelajar yang meningkat setiap tahun yang menyebabkan ketika ini pelajar terpaksa belajar di surau sekolah terbabit.

"Setakat ini, sekolah itu mempunyai seramai 1,529 pelajar bagi kedua-dua sesi. Keadaan yang sesak menyukarkan mereka untuk belajar. Bangunan kantin juga kita akan dirikannya, " katanya ketika ditemui selepas Majlis Kenduri Kesyukuran pembinaan surau dan cadangan pembinaan bangunan Sekolah Rendah Agama, di Kampung Medan, di sini.

Sementara itu, Guru Besar SRA Kebun Baharu, Norehan Mahamud mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri.

MB Kenduri Rakyat Kuala Langat 07

Katanya, kapasiti pelajar yang ramai menyebabkan pelajarnya tidak selesa untuk mengikuti pembelajaran.

"Walaupun kita mempunyai empat blok yang memuatkan 18 buah kelas tetapi disebabkan pelajar yang ramai, ia menjadi sesak. Sekolah ini juga terhimpit dengan pembangunan perumahan yang padat, jadi tindakan Kerajaan Negeri membantu pelajar sangat dihargai," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri majlis kesyukuran sempena siap pembinaan bangunan gantian surau SRA Kampung Medan di sini

Surau berkenaan dilengkapi tandas dan juga tempat wuduk dengan kos sebanyak RM490,000.
Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Dalam majlis itu juga, Abdul Khalid turut menyampaikan bantuan Skim Mesra Usia Emas bagi DUN Sijangkang dan sumbangan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Pelancaran Mumtaz Milikku 2013.

Yunus turut memaklumkan program Mumtaz Milikku melahirkan banyak pelajar cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).
MB Kenduri Rakyat Kuala Langat 05
 Mengikut rekod, pada 2008 sebanyak 48 pelajar cemerlang ; 2009 sebanyak 70 pelajar cemerlang ; sebanyak 100 pelajar bagi tahun 2010 ; 126 pelajar pada tahun 2011 dan 135 pelajar pada 2012.

Manakala jumlah yang mengikuti program ini turut bertambah dari tahun. Pada 2008 dan 2009 sebanyak 120 pelajar ; 2010 sebanyak 180 pelajar ; 2011 sebanyak 202 pelajar dan pada tahun 2013 sebanyak 222 pelajar.

" Ia menunjukkan peningkatan setiap tahun. Walaupun kos kelas tambahan ini tidak sampai RM20,000 setahun tetapi terdapat unsur kejayaan daripada program ini, jadi saya harap ia akan berterusan," katanya.

PERKASA NAFI TERLIBAT KES SAMAN RM100 JUTA

Posted: 06 Apr 2013 10:28 PM PDT

SABAH KINI



TAWAU: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) daerah Tawau tidak terlibat dalam kes tuntutan saman RM100 juta oleh penghuni projek perumahan (PPR) Taman Sri Titingan terhadap Majlis Perbandaran Tawau (MPT), September tahun lepas.

Demikian menurut Pengerusinya, Fadzil Othman yang menafikan sekeras kerasnya penglibatan mereka dalam kes tuntutan saman membabitkan 337 penduduk PPR atas kejadian penemuan mayat dalam tangki air di taman perumahan tersebut.
 
Menurutnya, kes tuntutan itu telah didalangi oleh mantan YDP Perkasa Sabah, Mohd Jeffry Rosman atas kapasitinya sebagai YDP Perkasa Sabah ketika itu.

"Perkasa pusat tidak pernah memberi restu di atas tindakan peribadi Jeffry tersebut dan beliau menggunakan kuasanya sendiri dan atas pertimbangannya sendiri," katanya.

Katanya, kes tuntutan saman berkenaan tidak pernah dibawa ke mesyuarat PERKASA Negeri mahupun Pusat untuk dibincangkan.

"Jawatankuasa Perkasa Daerah Tawau berpendapat permasalahan yang timbul boleh diselesaikan di meja rundingan tanpa melibatkan pihak ke tiga dan tindakan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, Perkasa Tawau menasihatkan penduduk taman perumahan Sri Titingan tidak terpengaruh dengan janji-janji manis pihak tertentu demi kepentingan peribadi mereka dalam menangani masalah ini.

"Kita juga menasihatkan kepada mereka yang terlibat atau penduduk taman perumahan berkenaan menarik balik saman yang dikemukakan," katanya.

Pihaknya berpendapat, penduduk taman perumahan tersebut harus bersyukur atas keprihatinan wakil rakyat Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan pihak MPT yang telah mengganti saluran paip air dan tangki baru bagi blok yang terlibat.

Sementara itu katanya, pihak Perkasa Tawau akan sentiasa memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya kepada semua agensi kerajaan bagi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan kepada penduduk daerah ini.





Papagomo VS Anwar Ibrahim Pilihanraya PRU13 : Agenda Ekonomi Rakyat VS Video Salah Laku Seks & Liwat?

Posted: 06 Apr 2013 10:24 PM PDT

Staff Berita Semasa 
 
Papagomo

Papagomo VS Anwar Ibrahim : Nampaknya apa yang dipanggil perjuangan oleh blogger Papagomo sendri tidak pernah padam walaupun ketika ini Papagomo berhadapan dengan dua tuntutan saman yang bernilai puluhan dan ratusan juta masing-masing daripada Anwar Ibrahim sendiri dan juga Husam Musa.

Perjuangannya selama ini untuk menyerang dan melemahkan pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah sasaran utamanya Anwar Ibrahim tidak hanya berhenti setakat……penyebaran beberapa siri video melibatkan Anwar Ibrahim sahaja yang didedahkannya sebelum ini.

Ini kerana yang menariknya kali ini, blogger Papagomo yang gah di laman blognya sehingga seringkali mendapat perhatian dan ruang menerusi hasil tulisannya di Buletin Utama TV3 dan Utusan Malaysia untuk dijadikan sumber rujukan berita mereka, Papagomo sendiri mengumumkan yang beliau akan bertanding menentang pimpinan NO.1 Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim di kubu kuat Ketua Pembangkang Malaysia itu dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) kali ini.

Papagomo VS Anwar Ibrahim : PRU 13 Medan Kuburkan Anwar?

blogger papagomo

Papagomo VS Anwar Ibrahim : Kalah Sudah Pasti, Tapi Biar Anwar Senak!

Meneliti akaun Twitter blogger Papagomo, Papagomo sedar sebenarnya yang beliau akan kalah. Tetapi pelannya bertanding di Parlimen Permatang Pauh untuk "berkongsi bahan kempennya " bersama -sama warga Permatang Pauh di sana sekaligus dengan harapan dapat memecahkan sedikit -sebanyak jumlah majoriti yag bakal dimenangi Anwar Ibrahim kelak.

Papagomo pilihanraya
Papagomo
Papagomo

Jikalau Anwar Ibrahim mungkin akan meneruskan agenda kempen seperti yang dipersetujui oleh pilipinan Pakatan Rakyat bagi membentangkan manifesto pakatan Rakyat (SEPERTI DI SINI) termasuklah hebahan agenda ekonomi kepada warga Permatang pauh amnya, apa pula agaknya bahan kempen yang bakal dihidangkan Papagomo untuk warga Permatang Pauh yang boleh mengganggu gugat dan memecahkan seberapa banyak jumlah majoriti yang pernah dimenangi Anwar Ibrahim semasa Pilihanraya kecil Permatang Pauh sejumlah 15,671 undi?

Adakah risalah kempen seperti dakwaan liwat terhadap Anwar Ibrahim ataupun juga beberapa lagi siri video lucah dan liwat yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim akan dipertontonkan Papagomo kepada rakyat Malaysia umumnya dan warga Permatang Pauh amnya sepanjang berlangsung kempen Pilihanraya Umum ke 13 kelak?

Selangor Cemerlang Di Bawah PR, 5 Tahun Tanpa Rasuah & Penyelewengan

Posted: 06 Apr 2013 05:30 PM PDT


KELAB GREENBOC
 
Rakyat Selangor diminta menilai sendiri keupayaan dan perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat (PR) dalam tempoh lima tahun ini.

Ini kerana menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim PR membuktikan dalam tempoh lima tahun mentadbir Selangor bebas daripada rasuah dan penyelewengan kuasa.

Malah, dakwaan Umno-BN ternyata salah apabila mengatakan Selangor akan bankrap di bawah pentadbiran PR.

"Simpanan negeri sebelum 2008 tak sampai RM 500 juta. Sekarang kita ada lebih RM 2.6 bilion. Keupayaan mentadbir jelas terbukti. Dari segi pelaburan dalam lima tahun ini, ia mencecah RM 50 bilion.


"Setakat ini, kita juga sudah peruntukkan lebih RM700 juta hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor ia sangat berbeza dengan pentadbiran sebelum ini.

"Konsep hasil negeri untuk rakyat kita laksanakan untuk beri peluang kepada rakyat menikmati limbahan kemakmuran tanpa kira ideologi politik," katanya dalam ucapannya di Majlis Kenduri Kesyukuran pembinaan surau dan cadangan pembinaan bangunan Sekolah Rendah Agama, di Kampung Medan, di sini.

Abdul Khalid menambah di bawah pentadbiran PR juga turut membawa perubahan kepada Pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama melalui penyaluran peruntukkan sebanyak RM6 juta setahun berbanding pentadbiran sebelum 2008.

"Jika dahulu, walaupun Jabatan Agama Islam negeri yang menjaga Sekolah Agama Rakyat (SRA), tapi mereka (Umno-BN) tidak memberi peruntukan terus kepada SRA. Ramai anak-anak terasing.

"Kini di bawah PR, kita membuktikan bahawa kita tidak mengabaikan mereka, elaun guru sekolah agama kita naikkan dari RM700 kepada RM1,200 sebulan. Melalui pendidikan, jelas banyak usaha yang sudah dilakukan, permohonan kemasukan ke sekolah agama juga meningkat.

"Kita juga tidak membezakan pendidikan, semua jenis sekolah termasuk sekolah Cina, Tamil dan Islam kita bantu sebab kita percaya melalui pendidikan akan menentukan pembangunan negeri," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat di negeri itu, khususnya dapat memilih pemimpin yang mengutamakan rakyat bukannya hanya berkempen kebajikan menjelang pilihan raya.

"Bila tiba masa pilihanraya nanti, pilihlah siapa-siapa tetapi janganlah bergaduh, bergaduh itu memalukan. Kematangan perlu ada. Politik-politiklah tetapi jangan sampai pecahkan ruyung. Ini kes tidak betul.

" Tunjukkan tanggungjawab dalam agama untuk memilih orang yang betul. Tidak perlu mengoyakkan bendera atau menurunkan bendera parti mana-mana sekalipun, dengan cara itu kita boleh adakan pilihan raya dengan aman," katanya. -selangorku

Ulasan GB

Dasar UMNO BN yang tak reti bahasa dan sentasa berlaku zalim ke atas rakyat. Negeri yng diperintah Pakatan disekat pembangunan, dirompak royaltinya, kemudian irihati dengan kemajuan Selangor di bawah Pakatan. Namun kebenaran terbukti jua:


Yang zalim itu, lambat laun pasti akan menerima hukuman Allah swt.

SPRM berhak teruskan siasatan walaupun tanpa kerjasama Taib Mahmud, kata bekas pengarah

Posted: 06 Apr 2013 05:23 PM PDT

Oleh Md Izwan

 Menurut bekas pengarah SPRM Datuk Akhbar Satar, agensi tersebut masih berhak menyiasat Ketua Menteri Sarawak Tai Mahmud.KUALA LUMPUR— Bekas pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Akhbar Satar berkata Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih berhak disiasat oleh agensi penguatkuasa tersebut walaupun Ketua Menteri Sarawak tersebut enggan bekerjasama.

Akhbar yang dihubungi The Malaysian Insider berkata SPRM perlu meneruskan siasatan tanpa perlu memfokuskan untuk mendapatkan kerjasama Taib, sebaliknya mendapatkan bukti ataupun saksi-saksi untuk memberikan keterangan keatas pemimpin utama di Sarawak tersebut.
"Walaupun tanpa kerjasama Taib, SPRM masih berhak untuk meneruskan siasatan.

"Tidak perlu menunggu kerjasama beliau, SPRM boleh mengumpulkan bukti dan mendapatkan keterangan bertulis saksi untuk mendakwa tertuduh jika terdapat kesalahan," kata Presiden Persatuan Fraud Bertauliah Malaysia (Association of Certified Fraud Examiners, Malaysia Chapter) itu mengulas tentang kenyataan Abdul Taib baru-baru ini yang mendakwa SPRM mahu menjadikannya mangsa dan secara terbuka berkata enggan bekerjasama.

Semalam, media melaporkan Abdul Taib mendakwa dirinya menjadi mangsa permainan nakal oleh SPRM dan menyatakan pendirian tidak akan bekerjasama dengan agensi tersebut dalam siasatan rasuah yang dipalitkan ke atasnya.

Ketua menteri Sarawak paling lama tersebut mendapat perhatian umum bulan lepas selepas sebuah kumpulan aktivis alam sekitar mendedahkan video dokumentari menuduh pemimpin utama Barisan Nasional tersebut menerima berjuta-juta ringgit hasil daripada perjanjian tanah di negeri Borneo tersebut.

Abdul Taib juga menegaskan dirinya tidak bersalah, mendakwa sepupunya dan pihak tertentu cuba menyabitkan dirinya dalam pendedahan video tersebut dengan menawarkan diri mereka sebagai ejennya untuk mendapatkan ganjaran.

Akhbar memberitahu SPRM boleh menggunakan peruntukkan yang terdapat dalam Seksyen 30(1) dengan memanggil saksi yang terlibat dalam salahguna bagi memberikan keterangan mahupun bukti, kemudiaan pendakwaan atau individu yang disyaki boleh dipanggil untuk siasatan.

"Seksyen 30(1), SPRM boleh mendapatkan atau mengarahkan mana-mana individu untuk beri keterangan, menyerahkan dokumen, rekod dan akaun serta kenyataan bertulis berkenaan segala maklumat yang diperlukan.

"Saksi yang dipanggil perlu menjawab dan mendedahkan semua," tambah Akhbar, yang pernah berkhidmat sebagai pengarah SPRM di Perlis dan Negeri Sembilan.

Selepas semuanya selesai, SPRM kemudiaan boleh memanggil individu yang tertuduh ke muka pengadilan dan peruntukkan dibawah Seksyen 69 boleh diguna pakai jika kegagalan hadir ke mahkamah.

"Sekiranya gagal atau enggan hadir, seseorang itu boleh dikenakan penalti dan penjara tidak lebih dua tahun, ataupun kedua-duanya sekali," terang Akhbar.

Beliau juga berkata, SPRM perlu bertindak pantas dalam siasatan dan pada masa sama memastikan mempunyai asas yang kukuh sebelum untuk melakukan pendakwaan bagi mengelakkan pihak mahkamah menolak kes tersebut bukti dan keterangan saksi lemah.

Dalam video berjudul  "Inside Malaysia's Shadow State", penyiasat Global Witness (GW) itu menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan beberapa keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri Sarawak, untuk membeli tanah dengan keuntungan besar namun akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut akan kehilangan tanah.

GW, organisasi berpengkalan di United Kingdom, mengeluarkan bukti video mengenai urusan jual beli haram tanah di Sarawak yang dilihat untuk mengaitkan ketua menteri dan keluarganya dimana turut dikeluarkan oleh media antarabangsa Al-Jazeera dan The Huffington Post.

Abdul Taib, 76 telah menjadi ketua menteri selama 32 tahun semenjak 1981.

Kekayaan peribadinya telah menimbulkan kontroversi dengan pengkritiknya menuduh beliau memperolehinya dengan cara salah.

Malaysia akan selamat kalau ada lebih banyak Ibrahim Ali, kata Dr M

Posted: 06 Apr 2013 05:21 PM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

SHAH ALAM— Malaysia akan selamat sekiranya mempunyai lebih ramai individu seperti Datuk Ibrahim Ali, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, Ibrahim (gambar), yang merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) adalah orang yang patut disokong dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kerana beliau adalah pihak yang mahu merealisasikan gagasan 1 Malaysia anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kalau ada banyak orang macam Ibrahim ini, Malaysia akan selamat ... Inilah orang yang kita patut sokong, dia tidak pentingkan diri," katanya di hadapan hampir 5,000 penyokong Perkasa dalam satu majlis pertemuan di sini petang tadi.

"Saya harap Barisan Nasional (BN) akan bagi tempat kepada Ibrahim Ali untuk bertanding," kata bekas perdana menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu lagi.

Dr Mahathir juga dalam ucapannya berjanji akan turun berkempen untuk Ibrahim sekiranya BN mencalonkan pemimpin pendesak Melayu itu sekali lagi di kerusi Pasir Mas.

"Jika Ibrahim dijadikan calon saya akan pergi ke Pasir Mas, untuk berkempen," kata Dr Mahathir lagi disambut sorakan penyokong Parkasa yang hadir.

Jelasnya lagi, Perkasa bukan calang-calang pertubuhan kerana mereka mempunyai keanggotaan yang lebih ramai daripada PAS.

"Dia punya Perkasa bukan calang-calang ... ada 400,000 ahli, mungkin lebih besar daripada PAS," tegas Dr Mahathir.

Tambah veteran Umno itu lagi, dengan penubuhan Perkasa itu juga, mereka bukan berniat untuk bertanding sebaliknya menyuarakan sokongan kepada BN dalam PRU 13.

"Baik juga ada Perkasa ini ... dia (Ibrahim) tubuh perkasa bukan untuk bertanding, nak sokong BN, tiap kali dia bercakap dia puji Najib, dia juga nak satu Malaysia," katanya lagi.

Tiada ulasan: