DIALOG RAKYAT |
- Anwar sah akan tanding di Perak
- SPR perlukan masa untuk tetapkan tarikh penamaan calon, hari mengundi
- Lebih Setengah Juta Telah Dibelanjakan Untuk Bantuan Pra Sekolah
- Pembangkang Di Selangor Diseru Berpolitik Secara Matang
- Polis jamin proses PRU13 lancar walau berdepan cabaran besar
- PRU13: Selangor bubar Dun esok
- BN Pulau Pinang akan lancar manifesto PRU13 minggu depan
- Anwar mahu bertanding di Perak, tapi perlu restu pengundi Permatang Pauh
- PRU13: NGO Tolak kumpul tandatangan tolak BN
- Ceramah pertama lepas bubar malam ini
- E-Paper Harakah percuma sempena PRU13
- PRU13: Teras gesa rakyat realisasikan perubahan
- PRU13: PAS jangka hari mengundi 27 April
- Calon BN Negeri Sembilan dalam proses saringan
- Bonus Kakitangan Petronas 2013 RM1000 (One-Off)! Turun Harga Minyak & Royalti Minyak 20% Akan Rosak Ekonomi Malaysia?
- Atas kertas, PAS mampu pertahan Kedah
- BN akan turun padang minta diberi peluang lagi
- Parlimen dibubar, buka laluan bagi PRU13
- PRU13: Mesyuarat khas SPR akan diketahui petang ini
- Ustaz DAP cabar ulama pro-Umno debat
- Calon KEADILAN setakat ini disahkan bertanding PRU 13
- Samseng Umno persenda lagu Negaraku untuk ganggu ceramah
- Siaran langsung Merdeka Rakyat ke Kampung Datuk Sulaiman Menteri
- Anwar umum 4 calon Parlimen Johor, Jen (B) Hashim tanding JB
- Nube anjur piket nasional 20,000 orang di KL Sabtu ini
Anwar sah akan tanding di Perak Posted: 03 Apr 2013 04:02 AM PDT PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan beliau akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Menurutnya, pemilihan Perak adalah untuk melonjakkan sokongan rakyat di negeri tersebut. "Saya mengisytiharkan saya bertanding di Perak. Saya mahu melonjakkan semangat rakyat di sana," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini. | ||||
SPR perlukan masa untuk tetapkan tarikh penamaan calon, hari mengundi Posted: 03 Apr 2013 04:00 AM PDT KUALA LUMPUR — Walaupun Parlimen ke 12 sudah dibubarkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi dan dipercayai akan diikuti dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh negeri-negeri lain pada hari ini dan esok, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih memerlukan masa untuk bersiap sedia sebelum mengadakan pilihan raya. Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, badan penggendali pilihan raya itu perlu terlebih dahulu dimaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran Dewan Rakyat dan DUN. "Selepas pembubaran Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri, SPR kena tunggu surat-surat rasmi dari Speaker Dewan Rakyat dan speaker-speaker DUN untuk memastikan Dewan Rakyat dan DUN sudah dibubarkan secara sah," kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi. "Selepas menerima semua surat-surat itu, SPR akan memanggil semua anggota Suruhanjaya untuk bermesyuarat bagi menentukan bila tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi," tambah beliau lagi. Menurut Abdul Aziz, terdapat beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pilihan raya boleh diadakan. "SPR juga perlukan masa untuk persediaan, banyak paper perlu disiapkan," katanya. Najib pada jam 11.30 pagi tadi bersama timbalannya disaksikan oleh kesemua anggota kabinetnya mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat melalui ucapan secara langsung distesen televisyen nasional. Najib merupakan perdana menteri paling lama tanpa mandat sendiri daripada rakyat, mengatasi bapanya Tun Abdul Razak Hussein yang berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia kedua daripada 22 September 1970 hingga hari pilihan raya pada 24 Ogos 1974. SPR akan bertemu dalam beberapa hari lagi untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bermula dengan notis pembubaran Dewan Rakyat dan setiap DUN yang masih belum dibubarkan. Ahli politik daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) akan bertarung untuk merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN pada Pilihan Raya 2013. | ||||
Lebih Setengah Juta Telah Dibelanjakan Untuk Bantuan Pra Sekolah Posted: 03 Apr 2013 03:58 AM PDT SHAH ALAM : Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan lebih RM 600,000 untuk memberi bantuan Tadika dan Taska kepada keluarga yang berpendapatan rendah. Ini sekaligus menyangkal dakwaan serta tindakan pihak tertentu yang menyaman Kerajaan Negeri kerana kononnya gagal menunaikan janji pilihanraya 2008 untuk memberi bantuan pra sekolah. Bagi tahun 2012, Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang mula dilancarkan pada Julai tahun itu berjaya menarik penyertaan seramai 1,903 kanak-kanak daripada 217 buah tadika yang menyertai skim tersebut. Tahun lalu, RM 210,475 dibelanjakan untuk skim Tunas, di mana keluarga berpendapatan RM 1,500 mendapat RM 50 sebulan untuk menghantar anak mereka ke tadika. Namun, atas permintaan masyarakat, tahun ini Kerajaan Negeri menaikkan syarat itu kepada keluarga yang berpendapatan RM 2,500 sebulan. Syarat kelayakan baru itu berjaya menarik 2,420 kanak-kanak daripada 406 buah tadika sehingga hujung Mac lalu dengan peruntukan berjumlah RM 430,220. Bagi Skim Si Kembar pula, bermula awal tahun ini sehingga Mac lalu, seramai 164 kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah layak menerima bantuan RM 100 setiap bulan yang dibayar terus kepada 34 buah taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr. Halimah Ali berkata, saman tersebut tidak seharusnya timbul kerana bantuan sudahpun disalurkan. "Ramai yang layak dan memenuhi syarat sudahpun menerima manfaat daripada inisiatif Skim Bantuan Tunas ini. "Kita pastinya akan teruskan skim ini pada masa-masa akan datang dengan penambahbaikan agar rakyat terus memperoleh manfaat daripada program ini," jelasnya. | ||||
Pembangkang Di Selangor Diseru Berpolitik Secara Matang Posted: 03 Apr 2013 03:53 AM PDT SHAH ALAM : Pihak pembangkang di Selangor di seru agar berpolitik secara matang dan tidak bertindak di luar batas undang-undang dengan menganjur dan menggalakkan keganasan terhadap parti lawan. Exco Selangor, Elizabeth Wong berkata, rakyat memerlukan politik yang lebih berwibawa dengan mempertandingkan polisi yang terbaik demi kesejahteraan rakyat keseluruhan bukannya politik keganasan, politik fitnah dan politik benci-membenci. Katanya, kegusaran yang dihadapi adalah ancaman keganasan politik yang semakin berleluasa terutamanya siri serangan secara fizikal mahupun fitnah terancang terhadap Pakatan Rakyat. "Pakatan Rakyat sentiasa bersemangat tinggi dan bersedia untuk terus mentadbir Selangor sekaligus membentuk kerajaan baru yang bersih, telus, amanah dan bertanggungjawab untuk menerajui Putrajaya," kata Elizabeth dalam kenyataan medianya. Ujarnya, rakyat diseru agar membuat pilihan yang tepat dalam memilih kerajaan yang adil, telus, dan berkemampuan untuk menerajui Selangor dan seterusnya Malaysia demi masa depan kita yang lebih terjamin. "Jadikanlah kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor sebagai contoh bagi membuktikan kemampuan mengurus tadbir kerajaan dengan lebih baik dan telus serta mampu melaksanakan reformasi pentadbiran demi kepentingan rakyat keseluruhannya. "Diharapkan agar sebuah perubahan struktural di peringkat Persekutuan akan berlaku selepas PRU-13 ini demi kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, makmur, sejahtera dan berkebajikan," katanya. | ||||
Polis jamin proses PRU13 lancar walau berdepan cabaran besar Posted: 03 Apr 2013 03:51 AM PDT Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata proses PRU13 tidak akan terganggu walaupun sebahagian anggota pasukan keselamatan ditugaskan dalam Operasi Daulat di Sabah. "Kita akui kita sedang berhadapan dua isu besar (pilihan raya umum dan Operasi Daulat), yang boleh memberikan impak terhadap penugasan kita. Namun kita yakin kita dapat mengendalikan kedua-duanya dengan baik dan terkawal," katanya kepada Bernama. Beliau berkata demikian berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengenai pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13. Mohd Bakri berkata dakwaan proses pilihan raya akan terjejas kerana anggota polis tidak mencukupi untuk memantau dan mengawal PRU adalah tidak benar kerana pihak polis telah mengadakan persiapan untuk menghadapi sebarangan kemungkinan. "Tidak bermakna anggota-anggota kita yang ditempatkan di Lahad Datu itu akan menjejaskan persediaan polis untuk menghadapi pilihan raya. "Kita ada elemen-elemen tertentu yang boleh membantu dari sudut untuk memastikan pilihan raya itu berjalan teratur terutamanya berkaitan keselamatan," katanya. Mohd Bakri berkata PDRM juga mempunyai "pelan kontingensi" dalam menangani masalah-masalah di luar jangkaan dan bersiap sedia dalam menghadapi apa juga cabaran atau masalah. Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, sebelum ini berkata anggota yang mencukupi akan ditempatkan sepanjang proses pilihan raya, lebih-lebih lagi di kawasan yang dianggap "hotspot". Seramai 112,00 anggota polis di setiap cawangan akan berkawal selepas pembubaran Dewan hingga selesai pilihan raya dan keadaan benar-benar terjamin selamat, katanya. Muhammad Fuad berkata polis juga memberi jaminan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar dan pengundi tidak perlu berasa takut untuk melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya umum akan datang. — Bernama | ||||
PRU13: Selangor bubar Dun esok Posted: 03 Apr 2013 03:49 AM PDT
Menurutnya, Sultan Selangor juga telah dimaklumkan berhubung perkara itu ketika beliau mengadap tuanku di Istana Alam Shah kira-kira jam 1.30 petang tadi ekoran pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkuat kuasa hari ini. "Setelah berbincang mengenai status Dewan Negeri Selangor, Tuanku Sultan telah berkenan untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor esok 4 April 2013 di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah Klang pada jam 2.30 petang. "Acara pembubaran ini akan juga disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja," katanya dalam satu kenyataan. Beliau sebelum ini membayangkan Dun Selangor akan dibubar 22 April ini jika Najib masih berteka-teki dengan tarikh pembubaran parlimen. Bagaimanapun, dengan pengumuman Najib hari ini, pilihan raya bagi Dun Selangor dijangka serentak dengan Pusat. | ||||
BN Pulau Pinang akan lancar manifesto PRU13 minggu depan Posted: 03 Apr 2013 03:47 AM PDT GEORGE TOWN — Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan melancarkan manifesto bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) minggu depan selepas pelancaran manifesto BN pusat yang dijangka hujung minggu ini, kata Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow (gambar). "Kita buat minggu depan (pelancaran manifesto BN negeri)... tarikh akan diumumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama anggota parti komponen BN negeri di sini hari ini. Teng berkata mesyuarat selama kira-kira sejam bagi membincangkan penyelarasan di antara parti komponen dan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti. Katanya penyelarasan yang lebih sempurna perlu supaya semua urusan komunikasi dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan semasa tempoh berkempen nanti. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan bagi PRU13 diadakan. Teng berkata cara berkempen BN negeri untuk PRU13 nanti akan menekankan cara baharu seperti menggunakan media sosial selain daripada cara tradisional yang "berperang" menggunakan bendera parti. Beliau turut menyeru semua parti komponen berdisplin dan mengamalkan budaya berkempen yang sihat dan menolak anggapan orang umum kononnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah sebahagian parti BN. "NGO adalah di luar kawalan kita tapi jika mereka bersedia membantu berkempen untuk BN, mereka perlu mematuhi cara kita (BN) berkempen secara sihat," katanya. — Bernama | ||||
Anwar mahu bertanding di Perak, tapi perlu restu pengundi Permatang Pauh Posted: 03 Apr 2013 03:45 AM PDT Ketua pembangkang itu berkata akan turun ke Permatang Pauh untuk membuat penjelasan tentang hasratnya untuk bertanding di Perak kepada pucuk pimpinan parti, memandangkan kerusi tersebut adalah kubu kuatnya sejak tahun 1982 lagi. "Saya perlu pulang ke Permatang Pauh untuk menenangkan pimpinan dan pengundi di Permatang Pauh," kata Anwar dalam satu sidang media yang penuh dengan wartawan di ibu pejabat PKR di sini. "Saya perlu jelaskan dan memberi faktor saya buat keputusan itu." Anwar juga mengakui hasratnya untuk bertanding di Perak tetapi tidak mengumumkan kerusi yang bakal ditandinginya, malahan tidak menolak kemungkinan terpaksa untuk kembali ke kerusinya di Permatang Pauh. "Ya, seperti telah saya katakan mungkin akan bertanding di Perak. "Tapi saya mungkin akan dipujuk semula untuk kembali ke Permatang Pauh," katanya lagi. | ||||
PRU13: NGO Tolak kumpul tandatangan tolak BN Posted: 03 Apr 2013 03:39 AM PDT
Wakil Tolak memegang kain rentang yang mengandungi tandatangan orang ramai. KUALA LUMPUR: Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) hari ini berjaya mengumpul kira-kira 200 tandatangan orang ramai yang sepakat menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Tandatangan tersebut diturunkan orang ramai di atas kain putih yang dibentangkan di hadapan kompleks membeli-belah Sogo tengah hari tadi sambil NGO tersebut mengadakan pameran tujuh sebab Umno BN harus ditolak. Kira-kira 30 wakil Tolak yang merupakan NGO yang disertai Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) bersama 26 NGI itu berkumpul sambil memegang kain rentang hitam yang bertulis tujuh sebab Umno perlu ditolak iaitu: 1. Umno BN mengamalkan politik lucah, fitnah dan samseng bagi mempengaruhi rakyat demi survival politik mereka. 2. Umno BN gagal mengurus ekonomi negara sehingga membebankan rakyat dengan hutang dan kos sara hidup yang tinggi. 3. Umno BN mengamalkan rasuah dan kronisme sebagai budaya dalam parti dan pentadbiran negara. 4. Umno BN campur tangan daam Institut Pengajian Tinggi dan menyekat kebebasan akademik, mahasiswa dan universiti. 5. Umno BN telah melakukan ketempangan dalam sistem demokrasi negara dan perjalanan pilihan raya. 6. Umno BN telah menafikan hak-hak rakyat dan menggadaikan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera. 7. Umno BN gagal gagal mengangkat martabat kaum wanita dan menunaikan hak-hak atas golongan itu. Pengerusi Tolak, Azan Safar dalam ucapanya berkata, dengan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, mereka bersedia membawa gelombang anak muda untuk menolak Umno pada PRU13. "Seiring dengan pembubaran parlimen hari ini, bermaksud gendang telah dipalu. Kami bersedia membawa gelombang anak muda untuk memastikan umno BN tidak lagi diberi mandat selepas ini. "Kuasa berada di tangan rakyat termasuk di tangan anak muda yang akan turut menjadi pemilih. Jadi saya seru kita sama-sama turunkan tandatangan sebagai bukti kita menolak Umno BN," katanya. Pameran tersebut berjaya menarik perhatian orang yang lalu-lalang menyebabkan mereka berhenti membaca kain rentang dan mendengar ucapan Azan serta merakamkan gambar sambil diperhatikan kira-kira sepuluh anggota polis. Mereka berkumpul di hadapan Sogo bermula jam satu dan bersurai dengan aman pada jam 2.30 petang. Azan yang ditemui selepas itu berkata, beliau berpuas hati kerana dapat menyampaikan mesej kepada rakyat dan mendapat kerjasama yang baik dariapda pihak polis. "Kami berpuas hati kerana hanya ambil masa 30 minit untukkumpul tandatangan orang ramai dan kerjasama polis pun baik hari ini," katanya. Pada Sabtu lalu, Azan termasuk lima aktivis Tolak yang ditangkap di hadapan kediaman perdana menteri ketika mengadakan program yang sama di sana. Menurut Azan juga, tandatangan yang telah dukumpulkan akan dibentangkan dalam program kemuncak pada 14 April ini. | ||||
Ceramah pertama lepas bubar malam ini Posted: 03 Apr 2013 03:37 AM PDT
KUALA LUMPUR: Selepas Parlimen dibubarkan, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan memberikan amanat penting dalam ceramah pertama selepas bubar malam ini. Beliau akan memberikan ceramah yang bertema 'Amanat Penting PRU13 - Tipu Pilihanraya Turun Padang' di Taman Melewar malam ini mulai jam sembilan malam. Turut serta bersama beliau malam ini adalah Haji Mohamad Nor (Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan), Maria Chin Abdullah (Aktivis Bersih) dan Hishamudin Rais (Aktivis Bersih). Ceramah ini dianjurkan oleh PAS Kawasan Bukit Bintang. | ||||
E-Paper Harakah percuma sempena PRU13 Posted: 03 Apr 2013 03:36 AM PDT
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar mengumumkan langganan secara percuma e-paper Harakah selama sebulan atau 8 edisi bermula edisi 1832 ini bagi menyatakan terima kasih di atas sokongan yang diberikan warga siber selama ini. Sehubungan dengan pihak Harakah akan mengemaskini rekod kepada pelanggan-pelanggan sedia ada dengan memanjang tempoh langganan mereka secara automatik. Manakala bagi pengguna-pengguna baru perlu mengemaskinikan maklumat mereka dalam laman web http://epaper.harakah.net.my dengan segera untuk menikmati kemudahan ini. Untuk maklumat lanjut berhubung dengan pemgumuman ini, sila hubungi 03-4021 3425 atau emel kepada epaper@harakah.net.my Pengumuman langganan percuma epaper ini dibuat serentak dengan pembubaran parlimen yang dilakukan oleh Perdana Menteri pada hari ini. Sebelum ini, Harakah juga telah memberikan sisipan Bangkit sekarang juga secara percuma bagi pembaca Harakah. | ||||
PRU13: Teras gesa rakyat realisasikan perubahan Posted: 03 Apr 2013 03:34 AM PDT
KUALA LUMPUR: Setelah pembubaran parlimen diumumkan hari ini, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa rakyat merealisasikan perubahan dalam PRU13. "Terlalu banyak isu yang telah didedahkan dalam cara negara diuruskan selama ini. Perubahan politik negara adalah satu-satunya pilihan," ujar Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan. Katanya, rakyat telah dapat menimbangkan bagaimana kepincangan ekonomi dan salah guna kuasa telah berlaku sehingga rakyat akan terbeban di masa depan. Beliau berkata, rakyat perlu faham betapa kuasa mereka untuk memberi mandat kepada kerajaan tidak boleh digadai hanya dengan menerima suapan yang sebenarnya hanya berjangka pendek. Teras juga, ujarnya mengambil perhatian berat kedudukan korporat negara yang paling penting kepada ekonomi negara iaitu Petronas kini telah tersasar dari dasar asal apabila kerajaan mengenepikan kepentingan ribuan syarikat Bumiputera. "Kami juga menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang mempunyai agenda perubahan sosial yang kuat untuk menghindari masyarakat menghadapi keruntuhan akhlak dan jenayah yang semakin meningkat. "Kami menyeru agar pengundi muda menterjemahkan kemahuan mereka untuk sosioekonomi dan politik negara berubah kepada keadaan yang lebih baik dalam PRU13 ini," ujarnya lagi. Tambahnya, terlalu banyak yang perlu diperhatikan oleh golongan muda supaya masa depan negara tidak terus berada di tangan mereka yang mengekalkan sistem yang membenarkan penyalahgunaan kuasa. | ||||
PRU13: PAS jangka hari mengundi 27 April Posted: 03 Apr 2013 03:32 AM PDT
KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan tarikh pembuangan undi pilihan raya umum ke-13 pada 27 April, manakala 13 April sebagai tarikh penamaan calon. Justeru, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli menggesa semua jentera parti di setiap peringkat menggunakan tarikh tersebut bagi memandu gerak kerja. Tambah beliau, biarpun PAS sudah lama bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum, dengan tarikh jangkaan ini diharapkan jentera parti akan lebih giat dlakukan. "Tarikh-tarikh ini boleh jadi mungkin akan berubah. Tetapi, sehingga kini, saya seru semua jentera agar bergerak berpandukan tarikh ini," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Dalam pada itu, Dr. Hatta berkata PAS akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada PRU13 ini sebelum tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau percaya, akan ada pengumuman awal bagi calon-calon yang diputuskan, yang dilihat boleh membawa impak positif kepada kempen Pakatan Rakyat. PAS Perlis merupakan negeri pertama yang mengumumkan bakal calon yang akan bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun). Pengumuman itu dibuat kira-kira 15 minit sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen, pada 11.35 pagi tadi. | ||||
Calon BN Negeri Sembilan dalam proses saringan Posted: 03 Apr 2013 03:30 AM PDT Kita akan menyiasat serta menyelidik latar belakang calon tersebut, kata Menteri Besar Mohamad Hasan. SEREMBAN: Senarai calon Barisan Nasional di Negeri Sembilan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti masih dalam proses saringan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau menegaskan, "kita dah hantar senarai nama calon tetapi masih di peringkat awal lagi. Ada beberapa nama calon yang masih dibincangkan dan sebelum nama calon itu dimuktamadkan. "Kita akan menyiasat serta menyelidik latar belakang calon tersebut dengan melakukan saringan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), insolvensi (bangkrap) dan rekod jenayah." "Ada juga beberapa nama calon yang dihantar telah melepasi beberapa saringan tersebut dan terserah kepada pucuk pimpinan parti yang akan memuktamadkan calon PRU nanti," kata Mohamad merujuk kepada pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri minggu lepas. Mohamad juga menasihatkan ahli parti agar menghormati nama calon yang dimuktamadkan oleh Perdana Menteri. "Apabila Perdana Menteri memutuskan nama calon sebagai wakil parti untuk bertanding dalam PRU nanti, maka calon itu kita perlu sokong untuk memenangkan parti. "Semua ahli parti mesti memberi sokongan kuat kerana paling penting parti menang. Calon adalah mewakili parti yang bertanding," ujar beliau. Sementara itu Mohamad juga menegur bahawa ada calon yang sudah tiga kali kalah pada PRU lalu, masih ada hati untuk bertanding pada PRU-13 nanti. "Mungkin pemimpin seperti ini berpendapat mereka adalah calon winnable candidate (calon mampu menang) walaupun pernah kalah. "Dah tiga kali kalah pun masih ingat winnable candidate," katanya namun beliau tidak menamakan siapakah pemimpin yang beliau maksudkan. Sebelum ini Mohamad pernah menegur ahli Umno di peringkat cawangan yang dikesan berdiri di pentas pembangkang dan berkempen untuk menjadi calon bagi parti pembangkang, walaupun masih ahli Umno. Mohamad menasihatkan jika mereka tidak mahu lagi jadi ahli Umno, isytihar awal-awal dan disaran keluar parti. Mereka berhak memilih sama ada mahu menjadi ahli DAP, PAS atau PKR. | ||||
Posted: 02 Apr 2013 10:53 PM PDT Bonus kakitangan Petronas RM1000 : Mungkin ini antara sebabnya, Datuk Seri Najib Razak lambat umum bubar parlimen (KLIK SINI), apabila Datuk Najib mahu pusing ke semua GLC untuk mengumuman kakitangan GLC masing-masing menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Jikalau sebelum ini kakitangan TM dapat RM500, Pos Malaysia dapat RM500 dan tidak lupa juga kakitangan PNB menikmati saguhati sebulan gaji. Terbaru….. Terbaru Datuk Najinb mengumumkan pemberian bonus kakitangan Petronas sebanyak RM1,000 Senarai Terkini Pemberian Bonus "One Off" Bagi Kakitangan GLC
Ya….duit daripada poket Petronas dan Datuk Najib tampil ke hadapan untuk mengumumkannya. Selepas menikmati bonus "one off" RM1000, habuan kakitangan Petronas tidak akan seperti di sini. Seperti biasa, mereka selepas ini hanya menunggu masa dan ketika untuk menikmati bayaran bonus Petronas yang lumayan sekurang-kurangnya 5 bulan dan ke atas bonus kakitangan Petronas untuk tahun 2013 seperti yang diterima mereka tahun lepas (DI SINI) Sumber : Utusan Malaysia Sempat juga Datuk Najib mengulas tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menggagihkan royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak daripada 5% yang dinikmati 3 negeri sekarang kepada 20%. Termasuk juga pelan Pakatan Rakyat untuk turun harga minyak RM0.40 sen (KLIK SINI UNTUK MEMBACANYA) selepas 24 jam keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan. Apa jawapan Datuk Najib? Tidak boleh, tidak ideal utnuk dilaksanakan kerana bakal menyebabkan beban kepada Petronas dan bakal memberikan bencana kepada ekonomi Malaysia. Itu jawapan Datuk Najib, apa pula respon balas anda dan jikalau ada kakitangan Petronas di sini yang boleh membantu mengulasnya? | ||||
Atas kertas, PAS mampu pertahan Kedah Posted: 02 Apr 2013 10:50 PM PDT Sekiranya perkiraan dibuat berdasarkan majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat sudah selamat di sekurang-kurangnya 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dan hanya memerlukan tiga lagi kerusi untuk sekali lagi menang mudah. Di atas kertas, Pakatan hanya perlu mengekalkan status quo yang dimenangi dalam pilihan raya lalu sebanyak 22 daripada 36 kerusi. Walaupun dikatakan masih bergelut dengan masalah dalaman dan situasi "pancung-memancung" dalam pemilihan calon, gabungan itu dilihat masih berdepan berbanding BN yang juga dikatakan sedang menghadapi masalah hampir serupa. Ketika cakap-cakap pergeseran antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak-Datuk Phahrolrazi Zawawi - timbalannya dalam PAS - mampu menjejaskan penguasaan mereka, BN juga masih berhempas pulas mengekang cakap-cakap untuk mengetengahkan anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar. Walaupun masing-masing menafikan, perkara itu tetap mengundang gelisah dan serba salah penyokong di akar-umbi. Dalam masa yang sama, pertambahan pengundi muda pula masih dilihat memberi kelebihan kepada gabungan PAS-PKR-DAP yang diketuai oleh parti Islam itu berbanding lawan mereka BN. Kesemua 16 kerusi selesa Pakatan adalah: Bukit Selambau (PKR-12,632 undi), Lunas (PKR-10,323), Tokai (PAS-6,578), Kuala Ketil (PAS-4,880), Anak Bukit (PAS-3,806), Sidam (PKR-3,618), Merbau Pulas (PAS-3,576), Bukit Pinang (PAS-3,399), Sungai Limau (PAS-3,212), Pengkalan Kundor (PAS-3,122), Alor Mengkudu (PAS-2,247), Kupang (PAS-2,094) dan Bandar Baharu (PAS-1,849). Manakala tiga lagi DUN dimenangi Pakatan dengan majoriti bawah 1,500 undi, iaitu Kubang Rotan (PAS-1,387), Bakar Arang (PKR-1,330) dan Kulim (PKR-1,244). Namun, mengambil kira pengundi baru di ketiga-tiga kerusi itu menjadikan peluang Pakatan cerah di tempat itu. Di pihak BN pula, kedudukannya dilihat terjamin di lapan DUN yang dipertahankan pada 2008 dengan majoriti selesa. Enam daripadanya ialah Bukit Kayu Hitam (Umno-6,995 undi), Kuah (Umno-3,324), Sungai Tiang (Umno-3,006), Pedu (Umno-2,733), Jitra (Umno-2,258) dan Guar Cempedak (Umno-1,759), kesemuanya dimenangi dengan majoriti lebih 1,500 undi. Manakala dua lagi kerusi dimenangi BN dengan majoriti melebihi 1,000 undi, iaitu Gurun (MCA-1,554) dan Ayer Hangat (Umno-1,135 undi). Ini bermakna BN memerlukan 11 kerusi untuk merampas kembali negeri Jelapang Padi itu dengan majoriti mudah. Dan baki 12 lagi kerusi - enam kerusi Pakatan dan enam kerusi BN - dimenangi kedua-dua parti itu dengan majoriti di bawah 1,000 undi, termasuk majoriti bawah 500 undi. Enam kerusi Pakatan tersebut - semuanya dirampas dari BN pada 2008 - ialah Kota Darulaman (DAP-804), Ayer Hitam (PAS-506), Pantai Merdeka (PAS-503), Bukit Lada (PAS-208), Jeneri (PAS-167), dan Tanjong Dawai (PAS-79 undi). Manakala enam kerusi BN, termasuk kerusi Belantik yang dirampas Umno dari PAS dengan majoriti 252 undi, ialah Derga (Gerakan-163), Bakar Bata (Umno-358), Kota Siputeh (Umno-495), Kuala Nerang (Umno-805) dan Bayu (Umno-984). Sekiranya, Pakatan dan BN berjaya berjaya mempertahankan kerusi-kerusi masing-masing, maka Pakatan akan berjaya mempertahankan Kedah dalam PRU13 nanti. Ini dikuatkan lagi dengan pertambahan pengundi muda dan pengundi atas pagar yang dikatakan selesa dan cenderung dengan Pakatan, sekal igus memberi peluang kali kedua kepada Pakatan untuk mempertahankan kerajaan negeri. Masalah pilih calon Namun begitu, BN masih berkeyakinan untuk melakukan 'kejutan' dalam pilihan raya umum nanti. Umno khususnya, percaya isu-isu yang dibangkitkan di Kedah mungkin memberi impak khususnya di kalangan ahli PAS termasuk pergeseran Azizan-Phahrolrazi. Malah telah tersebar cakap-cakap bahawa terdapat usaha untuk 'memancung' Yang Dipertua PAS Alor Setar, Dr Ismail Salleh daripada mempertahankan kerusi DUN Alor Mengkudu. Ketua pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya disebut-sebut bakal menggantikan tempatnya. Phahrolrazi dan Dr Ismail (gambar kiri) adalah dua exco kerajaan negeri yang pada mulanya enggan mengangkat sumpah setelah memegang jawatan tersebut pada awal tahun lalu. Ini dikuatkan lagi dakwaan bahawa beberapa kerusi DUN masih belum dapat diselesaikan ekoran desas-desus wujudnya pertikaian calon pilihan kawasan dan negeri. Dikatakan pertikaian masih lagi berlaku di kerusi Tokai dan Sungai Tiang dalam kawasan Pendang serta kerusi Jeneri dan Belantek kerana didakwa kawasan tidak bersetuju dengan pilihan PAS negeri. Para pemerhati politik berpendapat isu yang dibangkitkan itu sedikit sebanyak menjejaskan moral dan semangat jentera dan penyokong di kawasan yang ditandingi calon PAS itu sekalipun dilihat tidak menjejaskan keseluruhan jentera PAS pada pilihan raya umum itu kelak. Isu dalaman Umno Isu yang dianggap menjadi duri dalam daging kepada BN - ialah calon mampu menang yang sehingga ini masih menjadi tanda tanya di kalangan penyokong BN, khususnya Umno di Kedah. Soal pemilihan calon pada 2008 sehingga berlakunya tindakan sabotaj di kalangan ahli terhadap calon BN, menjadi satu pengajaran pahit kepada gabungan itu, sehingga hilang kuasa di Kedah dalam pilihan raya umum lalu. Talk of Mukhriz Isu siapakah calon menteri besar (MB) sekiranya BN berjaya merampas semula Kedah masih belum berakhir. Pemerhati politik menganggapnya sebagai satu masalah kerana Mukhriz sering dilihat berusaha untuk menepis cakap-cakap yang beliau bakal menjadi calon MB. Cakap-cakap mengenai kemungkinan Mukhriz (kanan) menjadi menteri besar kurang disenangi oleh akar umbi termasuk penyokong Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Ahmad Bashah mungkin boleh bersetuju, tetapi tidak semestinya menjadi penyokongnya. Oleh itu, soal penerimaan Mukhriz sebagai calon MB masih tidak jelas dan ini mungkin boleh menjejaskan peluang BN. Namun, Pakatan juga tidak boleh memandang sepi dan mengabaikan tekad BN yang memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 undi bagi lima kerusi yang dimenangi Pakatan pada 2008 di samping mempertahankan 14 kerusi yang sedia ada. | ||||
BN akan turun padang minta diberi peluang lagi Posted: 02 Apr 2013 10:45 PM PDT MALAYSIA KINI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau dan seluruh kepimpinan BN akan turun padang bertemu rakyat bagi menjelaskan kenapa mereka perlu diberi peluang memerintah negara ini sekali lagi. Malah, beliau juga akan menjelaskan kewajaran BN diberi kemenangan dengan majoriti kukuh dalam pilihan raya sebelum ini-berbeza dengan sebelum ini apabila mereka hilang penguasaan 2/3 dalam parlimen untuk kali pertama. "Kami akan gunakan mandat kukuh itu untuk melipatgandakan usaha untuk masa depan yang lebih baik, bermakna dan sejahtera," katanya. Bercakap ketika mengumumkan pembubaran parlimen di Putrajaya hari ini, Najib berkata, genap empat tahun beliau menjadi perdana menteri, kerajaan pimpinannya telah berikhtiar secara upaya untuk melaksanakan perubahan dan pembaharuan berdasarkan dasar 1Malaysia dan pelbagai dasar transformasi nasional. Katanya, setelah empat tahun, rakyat Malaysia kini boleh merasai sendiri perubahan yang meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. "Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, menepati janji. Kami merupakan kerajaan apabila diberi amanah, memelihara amanah. Bukan sikap kami menanam tebu di pinggir bibir," katanya. Dalam ucapannya juga, Najib turut mengajak rakyat Malaysia untuk meneruskan usaha bagi mencapai wawasan nasional ke arah menjadi negara maju dan dan pendapatan tinggi. "Ingatlah pencapaiannya, bukan secara automatik, ia memerlukan kita, melipatkan ganda usaha dan meneruskan kesinambungan kejayaan yang sedia ada. "Marilah kita bersama-sama, berganding bahu, berpimpin untuk menjadi impian ini, menjadi realiti. Malaysia yang maju, makmur dan selamat, penuh dengan peluang, serta sarat dengan harapan bagi semua. "Demi Malaysia, khidmat bakti kita curah, kepada Tuhan kita berserah," katanya bagi mengakhiri ucapannya selama 15 minit. | ||||
Parlimen dibubar, buka laluan bagi PRU13 Posted: 02 Apr 2013 10:41 PM PDT [DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu. Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet. "Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi. Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri. Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008. Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum. Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini. Barisan anggota jemaah menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu. Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak. Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya umum negeri pada April 2011. Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama. Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi Dun, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang. Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil Dun ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan. Selepas ucapan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersalam dengan anggota jemaah menteri yang mengenakan tali leher warna merah. | ||||
PRU13: Mesyuarat khas SPR akan diketahui petang ini Posted: 02 Apr 2013 10:40 PM PDT [DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memaklumkan petang ini tarikh mesyuarat khas pihaknya bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Pada petang ini, SPR akan mengeluarkan kenyataan bila mesyuarat khas akan diadakan untuk menentukan tarikh-tarikh penting berkaitan pilihan raya," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi. Kata Wan Ahmad, SPR akan mengadakan mesyuarat khas dalam waktu terdekat untuk menentukan tarikh pilihan raya. Katanya, SPR sedang menunggu notis makluman pembubaran daripada Speaker Dewan Rakyat dan Dun negeri. "Kemungkinan notis makluman spearker akan diterima petang ini ataupun pagi esok," kata beliau yang melihat kesemua Dun akan mengambil pendekatan pembubaran serentak susulan kerajaan pusat membubarkan Parlimen berkuat kuasa hari ini. "Apabila ada pembubaran, kita perlu terima notis makluman daripada speaker-speaker Dun dan juga Parlimen," katanya lagi. Dun Negeri Sembilan telah terbubar dengan sendiri Khamis lalu. Pertengahan bulan lalu, Wan Ahmad berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh seminggu selepas pembubaran Parlimen bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian. Sehubungan itu katanya, pilihan raya akan diadakan serentak membabitkan semua negeri. | ||||
Ustaz DAP cabar ulama pro-Umno debat Posted: 02 Apr 2013 06:09 PM PDT MALAYSIA KINI Ustaz DAP Syed Araniri Syed Ahmad Al Idrus mencabar dua ulama pro-Umno untuk berdebat dalam Bahasa Arab.Syed Araniri yang juga ketua DAP Taman Wira berkata, surat cabaran bertarikh 26 Mac itu ditujukan kepada pegawai khas agama kepada menteri besar Terengganu, Kamal Sadin dan pengasas sebuah sekolah agama Abdullah Sa'amah. Cabaran itu dibuat ekoran Kamal dan Abdullah berpendapat bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP, kata Syed Araniri. "Kenyataan mereka tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral, dan bertujuan mencetuskan perbalahan dan ketegangan antara kaum dan agama," katanya. Beliau juga menuduh Kamal dan Abdullah mengeluarkan fatwa secara sewenang-wenangnya untuk tujuan publisiti diri sendiri. Debat dalam Bahasa Arab, jika menjadi kenyataan, merupakan yang pertama seumpamanya dalam situasi politik negara ini. | ||||
Calon KEADILAN setakat ini disahkan bertanding PRU 13 Posted: 02 Apr 2013 05:14 PM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Berikut adalah calon-calon KEADILAN yang setakat ini disahkan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Pengisytiharan dibuat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menampilkan campuran muka lama dan baru. 1. Mohamed Azmin Ali P98 Gombak Timbalan Presiden, Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Pertahan kerusi 2. Datuk Saifuddin Nasution Ismail P18 Kulim-Bandar Baharu Setiausaha Agung Pindah kawasan 3. Tian Chua P115 Batu Naib Presiden Pertahan kerusi 4. N Surendran P17 Padang serai Naib Presiden Calon baru 5. Fuziah Salleh P83 Kuantan Naib Presiden Pertahan kerusi 6. Nurul Izzah Anwar P121 Lembah Pantai Naib Presiden Pertahan kerusi 7. Datuk Dr Mansor Othman P47 Nibong Tebal Naib Presiden, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang Pindah kawasan 8. Rafizi Ramli P100 Pandan Pengarah Strategi Calon baru 9. Dr Muhammad Nur Manuty P58 Bagan Serai Ketua Penerangan, Pengerusi KEADILAN Perak Calon baru 10. William Leong P97 Selayang Bendahari Agung Pertahan kerusi 11. Onn Abu Bakar P153 Sembrong Ketua KEADILAN Cabang Putrajaya Calon baru 12. Dr Abdul Aziz Bari P92 Sabak Bernam Bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Calon baru 13. Datuk Dr Tan Kee Wong P116 Wangsa Maju Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Calon baru 14. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim P124 Bandar Tun Razak Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Menteri Besar Selangor Pertahan kerusi 15. Shamsul Iskandar Mohd Akin P137 Bukit Katil Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Pengerusi KEADILAN Melaka Pindah kawasan 16. Gooi Hsiao Leung P9 Alor Setar Ketua Biro Perundangan KEADILAN Kedah Bertanding semula 17. Dr Azman Ismail P10 Kuala Kedah Ketua Cabang KEADILAN Kuala Kedah Calon baru 18. Datuk Fauzi Abdul Rahman P82 Indera Mahkota Pengerusi KEADILAN Pahang Calon baru 19. Baru Bian P221 Limbang Pengerusi KEADILAN Sarawak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menang DUN 20. Murnie Hidayah Anuar P084 Paya Besar Peguam Hak Asasi Manusia Calon baru 21. Ali Biju P205 Saratok Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak PRN Sarawak menang DUN 22. Abang Zulkifli Abang Engkeh P201 Batang Lupar Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN Sarawak PRN Sarawak tanding DUN 23. Abun Sui Anyit P216 Hulu Rajang Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang, pejuang hak tanah adat Calon baru 24. Roland Engan P220 Baram Peguam, pejuang melawan pembinaan empangan Baram Calon baru | ||||
Samseng Umno persenda lagu Negaraku untuk ganggu ceramah Posted: 02 Apr 2013 05:05 PM PDT Aedi Asri JOHOR BAHARU L: Sekumpulan samseng Umno mempersenda lagu Negaraku semata-mata mahu mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Sebab lagu Negaraku, saya berhenti sekejap," kata Ketua Umum KEADILAN itu apabila lagu itu berkumandang, malah turut menyanyi bersama-sama pemimpin dan penyokong Pakatan. Sebaik saja meneruskan ucapan pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini, malam tadi, sekitar 20 samseng Umno memutar semula lagu kebangsaan itu berulang kali. "Saya hormat (lagu) Negaraku tapi ini sudah jadi mainan mereka (Umno)," kata Anwar sebelum meneruskan ucapan. Kejadian sama lebih awal berlaku terhadap Lim Guan Eng apabila lagu Negaraku dipermain untuk mengganggu ceramah Setiausaha Agung DAP itu. Guan Eng juga menghentikan ucapan apabila lagu itu kedengaran, sebaliknya samseng Umno terus memasang semula lagu berkenaan beberapa kali. Lebih 2,000 hadirin menggeleng-geleng kepala menyaksikan pelakuan tidak senonoh itu, malah ada tertawa melihatkan perangai kebudak-budakan itu. Samseng Umno berselindung di sebalik program 'Malam Mesra' kira-kira 50 meter dari lokasi ceramah. Mereka turut memutar beberapa lagu lain termasuk lagu rasmi Umno dengan kuat dan menghala pembesar suara ke tapak ceramah sepanjang program itu. Samseng Umno juga berbuat bising, terjerit-jerit memaki hamun dan menghambur kata-kata kesat sambil mengibar bendera Umno dan BN. Anggota polis yang berkawal pula dilihat tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan provokasi berterusan itu. Untuk tonton, sebahagian kebiadapan samseng Umno, KLIK INI. -(FZL) | ||||
Siaran langsung Merdeka Rakyat ke Kampung Datuk Sulaiman Menteri Posted: 02 Apr 2013 05:03 PM PDT KEADILAN DAILYJOHOR BAHARU : Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Jalan Kemboja, Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini, malam ini melalui internet.Antara yang dijadual berucap ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein, Lim Kit Siang, Sallehuddin Ayub, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, R Sivarasa dan lain-lain. Untuk tonton, KLIK INI. | ||||
Anwar umum 4 calon Parlimen Johor, Jen (B) Hashim tanding JB Posted: 02 Apr 2013 05:00 PM PDT Aedi Asri JOHOR BAHARU: Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Bahru pada PRU 13. Pengumuman itu dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee di sini, malam tadi. "Kita ada seorang tokoh Melayu yang cukup wibawa, seorang jeneral empat bintang yang kita akan tawarkan sebagai calon Parlimen Johor Bahru," katanya disambut sorakan. Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Hashim yang juga anak kelahiran Johor adalah seorang panglima yang besar jasanya kepada negara. "Beliau Panglima Tentera Darat, jaga tentera darat dari Perlis hingga Sabah. Lahir di Johor dan pernah jadi Commander in Charge di Kem (tentera) Majidee. "Beliau pernah bawa tentera kita untuk jaga nama baik Malaysia di Bosnia. Ini pahlawan sebenar anak Melayu Johor," katanya. Selepas menamatkan perkhidmatan dalam tentera, Anwar berkata, Md Hashim dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan sebelum menyertai KEADILAN 6 Mac lalu. Selain itu, tiga lagi calon KEADILAN kerusi Parlimen di Johor turut diumum Anwar. Mereka ialah Steven Chong Siaw, seorang akauntan bertauliah dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) untuk bertanding di Parlimen Tebrau. Selain itu, Parlimen Muar diwakili lulusan London Institute of Public Relations, Mohd Hizwan Ahmad yang juga seorang reformasi yang komited dalam perjuangan sejak dulu. Parlimen Batu Pahat pula diwakili Datuk Idris Jauzi, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki, selain aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).(FZL) | ||||
Nube anjur piket nasional 20,000 orang di KL Sabtu ini Posted: 02 Apr 2013 04:56 PM PDT SHAH ALAM - Kesatuan Pekerja-pekerja Perbankan Kebangsaan (Nube) mahu mengadakan piket peringkat nasional - Piket Daulat 6413, yang dijangka disertai kira-kira 20,000 ahlinya, di ibu negara Sabtu ini susulan siri pertikaian perhubungan industri belum menemui jalan penyelesaian. Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, kesatuannya terpaksa mengambil tindakan piket kebangsaan ini selepas usaha berterusan termasuk perundingan dan perbincangan dengan bank-bank gagal menemui jalan penyelesaian. Bagaimanapun Solomon menegaskan, tindakan pihaknya tiada kaitan ataupun tidak harus dilihat sebagai satu bentuk desakan ke atas kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. "Kami bukan badan politik. Kami tidak cenderung kepada mana-mana parti politik atau ahli politik yang berbeza ideologi politik," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. "Fokus kami hanya kebajikan ahli-ahli kami bagi memastikan mereka dilayan dengan adil dan saksama mengikut peruntukan perjanjian bersama yang dimeterai dengan pihak bank," katanya lagi. Katanya, piket Sabtu ini genap setahun Nube mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kami berharap dengan piket ini, perdana menteri akan diingatkan tentang jaminan yang beliau berikan kepada kami ketika itu," katanya lagi. Nube telah merekodkan beberapa tindakan bank yang nyata bercanggah dengan perjanjian kolektif, Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja. Solomon berkata, tindakan sesetengah bank juga bertentangan secara langsung dengan Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia serta Konvensyen Buruh Antarabangsa |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan