Rabu, 3 April 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gelagat Dan Reaksi TG Nik Aziz

Posted: 03 Apr 2013 08:23 AM PDT

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/544805_10200876296772013_2122454323_n.jpg

Rizal Tahir

TGNA sewaktu turun dari pejabatnya menuju ke JKR 10, bagi menghadiri mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan, tegah hari tadi (3 April 2013.

Pertahankan Kerajaan Islam Kelantan!

Azmin: Isu Jui Meng tanding di Johor selesai

Posted: 03 Apr 2013 04:53 AM PDT


JAMILAH HAMZAH dan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, isu pertindihan kerusi di Johor antara DAP dan PKR sehingga cetus tanggapan bahawa Datuk Chua Jui Meng diketepikan telah menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan Jui Meng mengenai kerusi untuk ditandingi beliau di Johor.
Jui Meng merupakan Pengerusi PKR Johor.

Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan bertanding hampir 100 kerusi di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan oleh itu, tidak ada masalah untuk meletakkan calonnya di mana-mana kawasan yang dikenal pasti sesuai.

Tambah beliau, PKR juga akan melihat senario politik di Johor untuk meletakkan Jui Meng di kawasan yang sesuai.

"...Anwar telah berjumpa dan berbincang panjang dengan Chua (Jui Meng) semalam mengenai soal itu.

"Kita perlu melihat senario politik yang berlaku di sana dan akan menawarkan kawasan yang sesuai kepada Chua (Jui Meng) di Johor," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Anwar sah akan tanding di Perak

Posted: 03 Apr 2013 02:41 AM PDT

JAMILAH HAMZAH dan MUHAMMAD SHAMSUL


PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan beliau akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurutnya, pemilihan Perak adalah untuk melonjakkan sokongan rakyat di negeri tersebut.

"Saya mengisytiharkan saya bertanding di Perak. Saya mahu melonjakkan semangat rakyat di sana," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

SIDANG MEDIA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Posted: 03 Apr 2013 01:55 AM PDT



KENYATAAN MEDIA : Pilihanraya Umum Ke-13 Yang ADIL, BERSIH Dan AMAN

3 April 2013

Parlimen telahpun dibubarkan dan ini bermakna rakyat Malaysia punyai kesempatan untuk memberi mandat serta memilih sebuah kerajaan yang baru. Pakatan Rakyat menyeru seluruh rakyat Malaysia merebut peluang ini untuk memilih sebuah kerajaan yang berwibawa, bertanggungjawab, bersih dari rasuah dan beriltizam kuat mahu memastikan Malaysia yang gagah.

Sepanjang penggal Parlimen Ke-12 Pakatan Rakyat membentangkan tawaran-tawaran yang jelas kepada rakyat ke arah membawa reformasi ekonomi, politik dan sosial yang menyeluruh. Saya berkeyakinan rakyat mampu menilai perubahan-perubahan positif yang telah dan akan dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia kini berpeluang memilih sebuah kerajaan baru yang tegas membanteras rasuah, mendepankan kepentingan seharian rakyat, menampilkan pimpinan muda yang menyambung aspirasi masa depan rakyat dan berlaku adil kepada semua kaum dan segenap lapisan masyarakat.

Sepanjang tempoh berkempen kali ini, Pakatan Rakyat akan terus mengambil pendekatan politik matang berasaskan pembentangan dasar untuk dinilai oleh rakyat. Kempen yang positif sebegini bertepatan dengan harapan rakyat yang mahukan sebuah negara yang progresif, adil dan maju.

Oleh yang demikian, kami menyeru semua pihak terutamanya rakan-rakan dari Barisan Nasional untuk memastikan etika pilihanraya dan amalan prinsip demokrasi dipatuhi sepanjang masa. Kami bertekad untuk bersama-sama mempertahankan keamanan negara dan menggesa supaya tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekacauan. Kami mengalu-alukan kenyataan Dato' Seri Najib Razak yang menjamin peralihan kuasa yang aman sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Pakatan Rakyat sememangnya menaruh sepenuh keyakinan bahawa pasukan keselamatan akan bertindak secara profesional dan berlaku adil demi menjaga ketenteraman awam sepanjang tempoh berkempen. Amanah serta tanggungjawab tersebut sememangnya sejajar dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang memberi jaminan bahawa rakyat berhak mendapat ruang yang bebas untuk menentukan kerajaan yang menepati harapan rakyat.

Sebagai mukadimah kempen Pilihan Raya Umum ke-13, Pakatan Rakyat mengulangi pelawaan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak untuk mempertahankan rekod Barisan Nasional dan kepada kami untuk membentangkan kebijakan dasar Pakatan Rakyat dalam sebuah debat, supaya rakyat boleh membuat pilihan yang bermaklumat dan adil.

ANWAR IBRAHIM

Kalau Ustaz Umno Boleh Kurang Ajar Dengan TG Nik Aziz, Tak Pelik La Kalau Pemuda Umno!

Posted: 03 Apr 2013 01:04 AM PDT



marah PAS buat hubungan dengan DAP dan PKR.

Bila TG Nik Aziz Umno buat kerjasama dengan MCA dan MIC.

Apa hujah Noor Deris?

Seorang Lagi Tuan Guru Meninggal Dunia, Pergi Meninggalkan Kita

Posted: 03 Apr 2013 12:27 AM PDT













 http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/73173_498330303560693_868541239_n.jpg
Tuan Guru Hj Abdul Hamid Derga kembali ke Rahmatullah subuh hari ini pada waktu subuh tadi .

Solat jenazah jam 4 , kebumi 4.30 petang di Masjid Derga Alor Setar.

Tuan Guru Hj Salleh Musa akan turun bersama solat jenazah sahabat beliau. Tuan Guru Hj Salleh dan Tuan Guru Hj Hamid belajar sekali di Makkah pada satu ketika dulu.

DYMM Sultan Selangor Perkenan Upacara Pembubaran Dewan Negeri Selangor Esok

Posted: 03 Apr 2013 12:16 AM PDT

 http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/45336_10151511852303901_745900392_n.jpg

Saya telah mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istana Alam Shah pada 1.30pm tadi untuk memaklumkan kepada baginda bahawa Parlimen telah pun dibubarkan oleh YAB Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

Setelah berbincang mengenai status Dewan Negeri Selangor, Tuanku Sultan telah berkenan untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor esok 4 April 2013 di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah Klang pada jam 2.30 petang.

Acara pembubaran ini akan juga disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja.

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

MAKLUMAN MEDIA: Sidang media DSAI berkenaan pembubaran Parlimen

Posted: 03 Apr 2013 12:10 AM PDT



MAKLUMAN MEDIA
3 APRIL 2013

Dimaklumkan satu sidang media akan diadakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim berkenaan pembubaran Parlimen seperti yang berikut:

Tarikh: 3 April 2013 (Hari ini Rabu)

Masa: 4 petang

Tempat: Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Tropicana

Sidang media juga akan dihadiri oleh barisan pimpinan Parti.

MB Perak menghadap Raja Nazrin petang ini

Posted: 03 Apr 2013 12:00 AM PDT


SAIFULLAH AHMAD

IPOH - Berikutan pembubaran Parlimen oleh perdana menteri sebentar tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dijangka menghadap Pemangku Sultan Perak, Raja
Dr Nazrin Shah jam 2.30 petang ini.

Ia akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi memohon perkenaan membubarkan Dun.

Dun akan terbubar secara automatik pada 25 April ini jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu

MB menghadap Sultan Selangor tengah hari

Posted: 02 Apr 2013 11:56 PM PDT


Wartawan Sinar Harian

KLANG - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelihatan memasuki Istana Alam Shah di sini tepat jam 1.30 tengah hari tadi.

Ia disusuli dengan kereta dinaiki Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Khusrin Munawi.

Difahamkan Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin berhubung pembubaran Dun Selangor

MB Kedah hadap sultan esok

Posted: 02 Apr 2013 11:56 PM PDT


Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada esok berhubung urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Selepas itu barulah beliau akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di sini bagi memohon perkenan untuk
membubarkan DUN.

"Esok lah nak pergi (Istana Negara). Bagi negeri ini kita kena maklum (Sultan Kedah) dulu.

Kita tengok tarikh Tuanku dulu, tertakluk kepada Istana Negara...balik (dari Istana Negara) baru maklum kepada pemangku jemaah untuk beri perkenan untuk bubar.

"Bagaimanapun kita tidak ada pilihan (kena bubar), masa dah sampai, kita pun dah tunggu lama dah," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun tarikh pembubaran DUN negeri ini berbeza dengan Dewan Rakyat, ia tidak bermakna tarikh pilihan raya umum akan berbeza.

Pembubaran DUN adalah bagi membolehkan pilihan raya diadakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan pembubaran
Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Mengikut Perkara 53(3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, Dewan Undangan Negeri melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh mesyuarat pertama dan hendaklah termasuk di hujung tempoh.

Mandat kerajaan negeri semasa akan berakhir pada 5 Mei 2013.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Isa Ismail berkata beliauperlu menunggu watikah pembubaran DUN selepas Menteri Besar menghadap Sultan
untuk mendapat perkenan baginda sebelum boleh memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Kedah.

Katanya dalam keadaan sekarang negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang wajar membubarkan DUN masing-masing serentak dengan pembubaran
Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 berlangsung serentak.

Beliau berkata sepatutnya tidak timbul persoalan ketua-ketua kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang membubarkan DUN pada tarikh berbeza.


"Masa akhir DUN negeri-negeri perlu dibubarkan tidak banyak beza.

Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai pembubaran itu hari ini," katanya kepada Bernama semasa dihubungi.

Pada PRU-12, pakatan pembangkang menguasai 21 kerusi iaitu PAS sebanyak 16 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (4) dan DAP (1) manakala BN mendapat 14
kerusi dengan Umno (12), MCA (1) dan Gerakan (1).

Satu lagi kerusi iaitu Bukit Selambau dimenangi calon Bebas V. Arumugam, yang kemudiannya menyertai PKR. Arumugam kemudian meletakkan jawatan dan Pilihan
Raya Kecil bagi DUN itu dimenangi S. Manikumar daripada PKR.

Bagaimanapun, dua Adun PKR iaitu Tan Wei Su (Bakar Arang) dan Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) keluar daripada parti itu untuk menjadi Adun Bebas.

Sidang Media TG Nik Aziz Selepas Pengumuman Bubar Parlimen

Posted: 02 Apr 2013 11:42 PM PDT


Sidang Media TGNA selepas Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pagi tadi...

TG Nik Aziz Akan Mengadap Sultan

Posted: 02 Apr 2013 09:48 PM PDT

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/168499_603002629728290_617321449_n.jpg

Mohd Nor Yahya

3.4.13- Kerajaan Kelantan akan mengikut sama pembubaran Dun Kelantan.Tuan Guru akan mengadap KDYMM AL SULTAN KELANTAN secepa mungkin.

Najib Dipenjara Semasa Pembubaran?

Posted: 02 Apr 2013 09:20 PM PDT

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc1/303335_533517530031710_1685586907_n.jpg

kahkahkahkahkahkah...

penjara hanya tv jer!

Parlimen dibubar, buka laluan bagi PRU13

Posted: 02 Apr 2013 09:19 PM PDT


G MANIMARAN

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.

Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.

Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum.

Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah mengadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.

Barisan anggota jemaah menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu.

Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya umum negeri pada April 2011.

Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama.

Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi Dun, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.

Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan
raya kecil Dun ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan.

Selepas ucapan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersalam dengan anggota jemaah menteri yang mengenakan tali leher warna merah.

Perdana Menteri selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong

Posted: 02 Apr 2013 07:02 PM PDT


http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/PerdanaMenteriselesaimenghadapYangdi-PertuanAgong/pix_gal1

KENDERAAN rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat bergerak pulang dari Istana Negara ke Pejabat Perdana Menteri kira-kira jam 9.10 pagi tadi. - Foto BH Online

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bergerak keluar dari Istana Negara kira-kira jam 9.10 pagi tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.



Najib menghadap Tuanku Abdul Halim

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di perkarangan Istana Negara Jalan Duta di sini tepat pada pukul 8.25 pagi.

Kehadiran perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini, menguatkan lagi desas-desus pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13.

Najib menghabiskan masa selama satu jam menghadap Tuanku Abdul Halim dan keluar dari istana pada pukul 9.12 pagi.

Selepas ini, Najib dijadualkan akan ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan dan akan mengadakan ucapan secara langsung dari pejabatnya di Putrajaya pada pukul 11.30 pagi.

Tiada ulasan: