Biaqpila |
Posted: 02 Apr 2013 08:12 PM PDT 3/4/13 @11.30am Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13. Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak. Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas. Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baru dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas. Malaysiakini |
RAKYAT TAK SABAQ TUNGGU PAKATAN TURUNKAN HARGA MOTORSIKAL Posted: 02 Apr 2013 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR 2 APRIL: Tawaran penghapusan 20 peratus cukai eksais motosikal sebagaimana ditawar Pakatan Rakyat jika mentadbir Putrajaya sudah lama dinantikan rakyat. Tinjauan Keadilan Daily mendapati, warga kota rata-ratanya pengguna motosikal menyambut baik tawaran dan tidak sabar merebut peluang keemasan itu. Kata mereka, tawaran itu memberi peluang untuk memiliki kenderaan sendiri serta membolehkan lebihan wang disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Pelajar tahun satu kolej swasta di ibu negara, Azmin Syarhan, 18, berkata, penghapusan cukai eksais akan membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki kenderaan. "Di Malaysia ramai yang pakai motosikal sebab ia kenderaan mampu milik. Tapi masih ramai rakyat berpendapatan rendah berkira-kira mahu membelinya. Dengan penurunan ini, saya yakin ia membantu ringankan beban rakyat," katanya. Sementara itu, pelajar Ekonomi UiTM Puncak Alam, Hidayah Mohd Yusuf, 23, berkata, penghapusan cukai eksais memberi peluang kepada wanita muda untuk memiliki kenderaan sendiri bagi tujuan keselamatan. "Bagi wanita muda macam kami, memang lebih selamat kalau guna kenderaan sendiri berbanding kenderaan awam terutama waktu malam. "Dalam usia begini, nak beli kenderaan memang tak mampu…Kalau boleh dikurangkan harga kenderaan, tawaran itu sangat baik dan menguntungkan," katanya. Pekerja syarikat telekomunikasi, Jeeva Raja Gopal, 20, berkata, penurunan harga motor akan memberi peluang kepada rakyat membeli kenderaan tanpa perlu membayar lebih banyak faedah kepada syarikat penjual motosikal. "Kawan saya bayar motosikal ansuran bulanan RM200. Itu tak termasuk faedah pinjaman RM80. Jumlah ini bukan sedikit, tapi terpaksa sebab ia satu keperluan," kata Jeeva. Pelajar Kejuruteraan Komputer Universiti Kuala Lumpur, Fakhruddin Mohd, 25, bersetuju dengan penurunan itu yang memberikan kesan pencemaran lebih minima berbanding kenderaan pacuan empat roda. "Kalau dibandingkan dengan kereta, motosikal lebih senang dimudah alih kerana saiznya lebih kecil dan kapasiti asap yang terhasil juga lebih minima serta dapat mengelakkan pencemaran udara," katanya. Pekerja swasta dari Shah Alam, Nurul Huda Yahya, 30, berkata, kenderaan awam seperti LRT dan monorail kebanyakannya tertumpu di pusat bandar. Masih banyak kawasan yang tidak mempunyai akses kenderaan awam. "Penurunan harga motosikal sangat berkesan kepada pengguna yang tiada rangkaian kenderaan awam seperti saya," katanya yang bercadang mahu membeli motosikal dengan tawaran itu. Katanya, masa perkhidmatan kenderaan awam yang terhad menyebabkan rakyat memerlukan pemilikan kenderaan. "Selepas tengah malam, perkhidmatan kenderaan awam ditamatkan. Harga teksi pula naik sekali ganda untuk caj lebih masa. "Memang susah untuk pengguna yang tiada pilihan, sebab itu perlunya kenderaan sendiri walaupun hanya motosikal. Kemudahan ini juga memudahkan urusan pelajar," kata Chong. – NS KD NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan