DIALOG RAKYAT |
- 6 Mei, Pakatan tubuh j/kuasa khas siasat aliran wang haram
- [VIDEO] Bongkar: Mohd Zin Terlibat Dalam Pengurupan Wang Haram!
- 'Di mana slogan wanita disanjung?'
- SPR: 2,000 borang penamaan calon sudah dibeli
- Azizan tidak kisah lawan sepupu
- Kemunculan Khadam-khadam, Untuk Selamatkan UMNO
- Nampaknya PAS sudah menang satu kerusi DUN sebelum penamaan calon
- Semua Kaum Tolak Zul Nordin Di Shah Alam
- MCA Seremban tolak Chai Thiam
- Senarai calon Pas dan PKR Kelantan
- BN akan kalah di Selangor oleh kerana Zul Noordin, kata Vell Paari
- 'Kami bantah pencalonan Datuk Lilah'
- PRU-13: Menjelang hari penamaan, PAS NS tukar calon
- Bekas timbalan menteri kecewa, tanding Bebas di Tasek Gelugor
- 'Di mana slogan wanita disanjung?'
- Calon Umno-BN: Kamilia Ibrahim kecewa
- Husam bergantung kepada ketakwaan dan golongan yang bercita-cita memiliki rumah
- Calon PR Kedah: Azizan tanding di Sg Limau
- Hanya seorang calon Ansari dikekalkan PKR
- Anak Nik Aziz lawan Ibrahim Ali, BN di Pasir Mas
6 Mei, Pakatan tubuh j/kuasa khas siasat aliran wang haram Posted: 18 Apr 2013 01:59 AM PDT Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Sebuah jawatankuasa khas mengenai aliran wang haram yang keluar dari negara ini akan ditubuhkan sebaik sahaja Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan komitmen demikian pada 'Forum Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi. "Sebaik Pakatan Rakyat menang pada 6 Mei 2013, kita akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat aliran wang haram yang keluar dari negara ini," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin. Tegas Anwar, laporan badan kewangan Global Financial Integrity (GFI) mengenai aliran wang haram yang keluar dari negara ini berjumlah sehingga USD 40 bilion gagal dikesan 'radar' pemerhati kewangan. "Ini tuduhan serius terhadap negara. Saya telah meminta Menteri Kewangan di Parlimen dan Bank Negara Malaysia melakukan siasatan rapi. "Apa jawapannya? Jawabnya – jumlah (aliran wang haram keluar) tidak sebanyak itu," kata Anwar memaklumkan jawapan Menteri Kewangan kepada soalannya di Parlimen. "Ini kenyataan tak bertanggungjawab. Mereka tutup kedua belah mata dan tidak memberikan sebarang reaksi," katanya menjawab soalan moderator, Dr Ahmad Farouk Musa. "Lupakan dahulu tentang Manifesto BN. Jawab dan pertahankan apa yang terjadi tentang aliran wang haram seperti yang dilapor GFI ini," tegas Anwar. Dalam pada itu, beliau turut berpandangan, fenomena 'Arab Spring' dan 'Occupy Wall Street' perlu diambil pengajaran kerana ia berhubung langsung dengan penyalahgunaan dana negara, dasar kronisme dan pengagihan sumber negara di kalangan elit politik. "Ia bercanggah dengan kepentingan rakyat terbanyak di negara tersebut. Ia anti-rakyat dan kita mesti belajar dari kemarahan dan kesalahan. Ia (dasar tersebut) tidak boleh dipertahankan," tegasnya. |
[VIDEO] Bongkar: Mohd Zin Terlibat Dalam Pengurupan Wang Haram! Posted: 18 Apr 2013 01:57 AM PDT KELAB GREENBOC PKR hari ini mendakwa calon BN Parlimen Sepang, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed terlibat dalam salah laku pengurupan wang haram melibatkan dua ahli perniagaan dari Bangladesh. Menurut Ahli Biro Politik PKR, R Sivarasiah, pada tahun 2000 Mohd Zin menubuhkan sebuah syarikat di Dakar Bangladesh bersama dua rakan kongsinya iaitu Sheikh Farid Ahmad yang dikenali sebagai Manik di Bangladesh dan Sheikh Riaz Ahmad. Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Mohd Zin mempunyai pegangan 49 peratus pegangan dan dikongsi bersama rakan di Malaysia, Mohamad Tahir Fazal Mohd dengan 24 peratus. Pada tahun 2004 Mohd Tahir membuat laporan terhadap Badan Pencegah Rasuah(BPR) tetapi dimaklumkan pegawai penyiasat bahawa kes berkenaan tidak boleh diambil ekoran 'tidak mendapat lampu hijau dari pihak atasan'. "Kenyataan bersumpah menunjukkan 63 Cores of Taka (RM31 juta pada ketika itu) dihantar Farid kepada Mohd Zin bermula Ogos 2000 hingga 2004. "Kenyataan tersebut menyebut sebahagian dana berkenaan dihantar kepada Mohd Zin melalui Hundi (terma yang digunakan di Bangladesh berhubung pengurupan wang). "Ketika itu beliau merupakan Menteri Kerjaraya," katanya pada sidang media di Ibupejabat PKR. Kemudian pada 2007, Tahir membuat laporan kepada pihak berkuasa Dakar. Farid ditahan pada 27 Julai 2007 serta disiasat akhirnya beliau didapati mempunyai hubung kait dengan kes berkenaan. Farid dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun. "Fakta ini menunjukkan Mohd Zin diketahui sebagai penerima wang berkenaan sebanyak RM31 juta. "Saya merujuk akuan bersumpah berkenaan. Farid dijatuhkan hukuman di Bangladesh sementara Mohd Zin masih bebas," tambah Sivarasa. Dakwanya lagi, Mohd Zin turut memainkan peranan supaya Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) melantik mereka (Silkways Cargo Services Ltd) sebagai agen dalam menguruskan semua urusan tiket dan kargo. "Saya minta SPRM menjelaskan bagaimana Mohd Zin dianggap sebagai 'calon bersih' untuk bertanding dalam PRU-13 sedangkan dikaitkan dengan perkara ini," ujar beliau lagi. Sehubungan itu, Sivarasa akan membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana esok agar siasatan dapat dilakukan oleh polis dan SPRM. LIHAT VIDEO DI SINI |
'Di mana slogan wanita disanjung?' Posted: 18 Apr 2013 01:49 AM PDT IPOH - Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar kecewa apabila Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim tidak dicalon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Setiausaha Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar, Aishah Halid berkata, mereka terkejut apabila nama Kamilia tidak dicalon untuk mana-mana kerusi di Kuala Kangsar. Menurutnya, mengikut heirarki, Kamilia turut menjawat jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar dan ia cukup untuk membuktikan beliau mampu memikul tanggungjawab. "Kami berhasrat dan mahu beliau mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang ditinggalkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz. "Di mana slogan wanita dipuji, disanjung? Semua itu tidak dihargai apabila kepimpinan terlepas pandang nama beliau (Kamilia). Kami mohon dipertimbangkan apa yang mereka katakan," katanya. Katanya, Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini tetapi terkilan ketua mereka tidak dicalonkan |
SPR: 2,000 borang penamaan calon sudah dibeli Posted: 18 Apr 2013 01:44 AM PDT SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Hampir 2,000 borang penamaan calon telah dibeli oleh calon parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daripada jumlah itu 800 borang dibeli oleh calon bebas. "SPR menjangkakan jumlah itu akan meningkat memandangkan masih ada lagi masa untuk pembelian borang itu sebelum hari penamaan calon Sabtu ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata berdasarkan laporan media, SPR menjangkakan ramai calon bebas akan bertanding pada pilihan raya ini. "SPR juga telah mengenal pasti kawasan yang dijangka panas dan bekerjasama dengan polis bagi memastikan aspek keselamatan terjamin," katanya. Justeru itu SPR menasihatkan calon bertanding tidak membawa penyokong yang ramai untuk mengelakkan berlaku insiden provokasi. Pada masa sama, Abdul Aziz mengingatkan calon bertanding untuk menyerahkan borang pencalonan mengikut masa ditetapkan iaitu 9 hingga 10 pagi pada hari penamaan calon. Semua calon juga perlu mengisi Borang 5 (Akaun Berkanun Orang Yang Dinamakan Sebagai Calon Pilihan Raya bagi Parlimen) dan Borang 5A (Akaun Berkanun Orang Yang Dinamakan Sebagai Calon Pilihan Raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)). Selain memastikan semua syarat kelayakan dipatuhi calon turut dinasihat untuk membayar deposit iaitu RM10,000 bagi Parlimen dan 5,000 bagi DUN sehari sebelum dan hanya membawa resit pada hari pencalonan. "Ini bagi memudahkan lagi urusan namun sekiranya calon ingin membayar pada hari penamaan calon hanya bank draf dan tunai sahaja diterima. Cek persendirian tidak dibenarkan," katanya. - BERNAMA |
Azizan tidak kisah lawan sepupu Posted: 18 Apr 2013 01:43 AM PDT SINAR HARIAN ALOR SETAR - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak kisah ditentang sepupu sendiri di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau dalam Parlimen Jerai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini. Azizan yang berkata dalam politik apa sahaja boleh berlaku, tidak menyifatkan pertembungan itu sebagai permusuhan yang boleh memutuskan perhubungan kekeluargaan. Sepupunya Mohd Fadzillah Mohd Ali, 55, seorang arkitek, dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerai, dicalonkan BN untuk menentang Pesuruhjaya Pas Kedah pada pilihan raya umum kali ini. Azizan, 69, memenangi Dun Sungai Limau sejak pertama kali bertanding di situ pada pilihan raya umum 1995. Menteri Besar itu yang ditemui selepas mengumumkan calon-calon PAS Kedah pada PRU13 di Markas Pas Kedah dekat sini malam tadi, berkata Pas mengetengahkan ramai muka baru. Katanya Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Datuk Taib Azamuddeen Md Taib dan Dr Mohd Hayati Othman, masing-masing menarik diri daripada mempertahankan kerusi Parlimen Baling dan Pendang manakala bekas anggota Exco Dr Mohamed Hamdan Khaleb (Tanjung Dawai), digugurkan. Seorang lagi bekas anggota Exco Dr Ismail Salleh (Dun Alor Mengkudu), pula bertukar kerusi dan bertanding di Parlimen Jerlun untuk berhadapan setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Othman Aziz. Mengenai ketidakhadiran DAP, Azizan berkata parti itu belum memutuskan calon daripada parti itu, dan ia tidak ada kaitan dengan penolakan permintaan mereka untuk bertanding empat kerusi Dun dan dua Parlimen. - Bernama |
Kemunculan Khadam-khadam, Untuk Selamatkan UMNO Posted: 18 Apr 2013 01:32 AM PDT Editor BULETIN2. Kumpulan ini sanggup menentang Islam kerana terlalu terpengaruh dengan harta dan pangkat yang mudah dicapai. Mereka ini bersedia melakukan apa sahaja yang terdekat dan cepat tanpa memikirkan akibatnya. Walau pun mereka percaya benarnya Islam dan mulianya Rasulullah SAW dengan sifat yang terpuji dan akhlak yang luhur, tetapi kemenangan Islam dianggap payah dan mungkin mustahil . Apatah lagi mereka memikirkan bahawa akhirat terlalu jauh, lalu memilih jalan yang mudah, dekat dan tidak mencabar. 3. Kalaulah seorang tokoh seperti Rasulullah SAW pun menghadapi jenis manusia yang begitu rupa, maka di zaman umat yang menyambung perjuangannya tentulah lebih banyak lagi, mungkin dengan cara dan sifat yang berlainan. 4. Di zaman penjajah pula digunakan para ulama yang mencari kebendaan dan pangkat untuk menentang jamaah Islam yang menentangnya. Penjajah ini mengambil langkah menghapuskan ulama yang berpolitik, dan membiarkan dan menyokong ulama yang tidak berpolitik. Maka kalangan umat Islam yang jahil dan lemah imannya menjadi keliru, kerana ada ulama yang menyokong penjajah dengan membaca ayat-ayat Al Quran dan Hadith juga. Sehingga ada kalangan tokoh ulama pewaris Rasul menjadi mangsa di bunuh, di buang negeri, di penjara dan sebagainya. 5. Di zaman ini penjajah asing sudah keluar. Negara sudah merdeka, namun umat Islam dan rakyat bukan Islam yang lemah bersamanya masih dibelenggu dengan penjajah tempatan yang meneruskan kemungkaran dan kezaliman yang membelenggu rakyat keseluruhannya. 6. Pada waktu ini pula di bawah pemerintahan Kerajaan BN selama puluhan tahun, taktik kerajaan yang bermasalah ini turut sama menggunakan khadam untuk mempertahankan takhta politiknya. Di antaranya menggunakan kumpulan yang berjenama Islam bagi mempertahankan kebatilan yang masih berkuasa dengan zalim dan fasik, serta memerintah dengan segala tipu dayanya. PAS bersama Pakatan Rakyat 7. Dalam menghadapi PRU-13 ini, PAS memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan dengan makna yang menyeluruh. Bukannya "Negara Kebajikan" mengikut istilah barat, tetapi "Negara Berkebajikan" bersama pemimpin yang beriman dan budiman dan adil terhadap semua. 8. Konsep ini diterapkan dalam Buku Jingga dan ditafsirkan dalam Manisfesto di peringkat pusat dan kerajaan negeri masing-masing, berasaskan sistem Federalisma yang membahagikan bidang kuasa dan memberikan ruang yang lebih berkesan mengikut realiti negeri dan masyarakat yang berbeza. Konsep ini dapat diterapkan melalui konsep Islam itu Rahmat dan adil terhadap semua. Ini mampu dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat walau pun berbeza ideologi dan agama, tanpa perlu berganjak dari dasar Islam dan tanpa paksaan terhadap pihak yang berbeza. 9. Penyokong PAS mengundi DAP di atas konsep Tahaluf (persefahaman) dan bersama menolak BN kerana kemungkarannya yang besar, parah dan nyata. Atas kesediaan DAP dan PKR menerima konsep bersama menentang kemungkaran yang besar, maka penyokong DAP dan PKR bukan Islam mengundi PAS dan menolak MCA, MIC dan lain-lain parti komponan BN dan bukan sahaja menolak UMNO. Tembok perkauman yang menjadi tiupan UMNO melalui Biro Tata Negara (BTN) milikan Kerajaan ini berjaya dipecahkan !. 10. Sebaliknya penyokong UMNO (Melayu Islam) pula tidak mengundi PAS, tetapi mengundi MCA, Gerakan dan lain-lain di kalangan bukan Islam dalam keadaan slogan Umno hidup melayu dan mempertahankan Islamnya dengan solekan godaan politik wang (rasuah). MAKA KETIKA INI MUNCULLAH KHADAM YANG DIGUNAKAN DENGAN BERBAGAI PENDEKATAN. Kemunculan Khadam – untuk selamatkan UMNO 11. Ada kalangan media melayu Islam mengambil pendekatan menakutkan orang bukan Islam dengan undang-undang syariat seperti hudud dan lain – lain tanpa penjelasan hikmat, proses kehakiman dan caranya yang adil. Ada juga yang mengambil pendekatan semangat perkauman dan agama untuk memecahkan Pakatan Rakyat dengan sikap sangat bersimpati terhadap PAS, pada hal merekalah tangan yang menzalimi penyokong PAS selama ini. 12. Dalam masa ini, wujud satu lagi golongan yang mendakwa ingin menarik undi Melayu Islam di atas nama Islam, tetapi tujuannya nyata untuk memenangkan BN bukannya memenangkan Islam. Mereka hanyalah sekadar khadam kepada BN Umno atau askar upahan dan sebagainya. Hakikatnya mereka hanya bertanding di sejumlah kecil kerusi sahaja, dan kawasannyanya hanya sekangkang kera yang tidak boleh bertanam dan membina rumah. 13. UMNO yang sangat gelabah dengan perkembangan mutakhir, mereka mula secara tidak langsung sedang menggunakan khadam daripada NGO yang berjenama Islam seperti ISMA dan lain-lain, bertanding di atas nama Islam, dengan tujuan untuk menarik undi Melayu Islam di kawasan bukan Islam. Tindakan pendek politik ini hanya berjaya untuk memenangkan MCA, MIC, Gerakan atau UMNO yang sedang bergelumang dengan kemungkarannya. 14. Sekiranya kita memahami demografi pengundi dan politiknya, dicampurkan dengan faktor jumlah kerusi yang sangat kecil ini, maka mereka ini perlu faham bahawa tindakan bertanding ini tidak akan membolehkan mereka untuk menegakkan negara atau menjadi pembangkang. Tindakan mereka ini hanya berjaya menjadi khadam menyelamat kemungkaran yang sedang berakar umbi. Caranya bertepatan dengan apa yang dinyatakan : كلمة حق أريد بها باطل Ucapan yang benar, tetapi dikehendaki tujuannya yang salah. 15. Mereka bertanding bukan bertujuan untuk menang dan mendokong suara Islam dengan berani dan tegas, tetapi untuk memberi kemenangan kepada kebatilan yang telah berlalu lebih daripada lima puluh tahun, bermakna sejak belum mereka dilahirkan ke dunia. 16. Kalau kail hanya sejengkal, jangan memancing di lautan yang dalam. Politik dalam Islam adalah amanah besar, perlu dipelajari dan difahami kalau mahu berpolitik berlandaskan Islam dan matlamatnya. Ketahuilah bahawa politik Islam itu ada hukum dan feqahnya, seperti juga feqah sembahyang, haji dan zakat. Rasulullah SAW mengajar Islam semuanya secara Feqah dan Akhlak (Tasawuf) yang berlandaskan aqidah (Iman) mematuhi perintah Allah. Firman Allah (yang bermaksud); Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [Al Baqarah 208] Marilah kita sama-sama bandingkan dengan amanat Tun Mahathir : "Lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang kita tidak kenali". 17. Bolehkah berkawan dengan parti yang politiknya dipisahkan daripada Islam ? Ada juga yang mencari nasihat bomoh yang bersahabat dengan syaitan bagi menentukan tarikh pilihan raya, dan menggoda rakyat dengan wang dan sebagainya untuk menang walaupun banyak salah lakunya. Allah SWT melarang kita mendekati syaitan dan jin ini kerana godaannya sangat menarik. 18. Adapun orang yang bukan Islam pula, terdapat juga di kalangan mereka yang diizinkan oleh Allah untuk kita bekerjasama dengan mereka, di atas sifat dakwah dan kemanusiaan sejagat yang diwajibkan ke atas masyarakat madani dengan syarat-syarat yang dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya SAW bagi menegakkan adil terhadap semua. 19. Fahamilah feqah politik Rasulullah SAW sebelum tegaknya negara bersama dengan sahabatnya yang setia dan ikhlas bersama Islam, dan bersama bukan Islam seperti Abu Tholib, Mut'im bin 'Adi dan lain-lain yang belum Islam dan tidak bermusuh atau tidak keras kerana masih ada sifat–sifat kemanusiaan. Rasulullah SAW mengizinkan Abu Bakar RA menggunakan khidmat seorang bukan Islam ketika berhijrah yang sangat memerlukan ciri keselamatan, seterusnya bertahaluf dengan kalangan bukan Islam ketika menegakkan negara di Madinah. 20. Tahaluf ini juga dilaksanakan oleh kerajaan Islam di zaman Al Khulafa' Ar Rasyidin dan selepasnya bersama masyarakat majmuk berbagai agama, termasuk agama yang tidak ada di negeri arab, berkongsepkan sabda Rasulullah SAW : وَالْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ إِلَّا شَرْطًا حَرَّمَ حَلَالًا أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ سنن الترمذي - ج 5 / ص 199 Dan orang-orang Islam itu wajib berada di atas segala syarat yang mereka janjikan, kecuali syarat mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. 21. Rasulullah SAW. menyerang Makkah walau pun pemimpinnya daripada kalangan bangsanya dan keluarga terdekat, apabila kabilah Khuza'ah yang bertahaluf denganya telah diceroboh oleh kalangan yang bertahaluf dengan pemimpin Makkah yang zalim. 22. Fahamilah, bahawa kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat adalah tahaluf yang diajar oleh Islam, sangat berbeza dengan kerjasama UMNO (melayu Islam) bersama BN. 23. Syarat-syarat hukum Islam tidak ada dalam parti kebangsaan seperti Umno, walau pun melayunya Islam. Jawatankuasa Biro agamanya tidak berhak membuat dasar dan mengatur strategi, kerana UMNO tertakluk dengan konsep BN yang tidak terikat dengan konsep politik mengatasi agama atau berkonsepkan politik dipisahkan daripada agama. 24. Selepas melakukan penipuan dan rasuah, ianya seolah-olah boleh diselesaikan dengan haji dan umrah subsidi. Sehinggakan kalangan agamawan dalam UMNO hanya sekadar menjadi makmum yang tidak boleh membuat kenyataan mendahului imam walau pun imamnya sudah batal wuduk dan solatnya. 25. Sembahyang tanpa feqahnya menjadikan seorang yang jahil feqahnya mendahului imam ketika berjamaah dan boleh berbual, ketawa bersantai ketika bersembahyang. Puasa tanpa feqahnya hanya sekadar mogok lapar tanpa ibadat. Haji tanpa feqahnya umpama melontar batu besar dan sepatu merejam kawan bukannya merejam syaitan. Maka begitulah juga politik tanpa feqahnya hanya sekadar mejadi khadam kepada musuh Islam atau khadam kepada mereka yang berlarutan zalimnya. Ya Allah!, lindungilah kami daripada syaitan yang dikenali dan tidak dikenali. PRESIDEN PAS |
Posted: 18 Apr 2013 01:28 AM PDT Editor BULETINMCA menerima tentangan bukan sahaja dari ahli-ahlinya malah bekas Presiden MCA Ong Tee Keat yang digugurkan bercadang untuk bertanding atas tiket bebas di kawasan Ampang, kerusi yang disandangnya. Di Pontian Johor, 300 orang ahli BN mengadakan bantahan di hadapan pejabat MCA Bahagian Tanjong Piai, di Kota Emasapabila Ahli Parlimen (AP) Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng, tidak akan dicalonkan semula. [Gambar] Mereka yang terlibat termasuk beberapa pemimpin utama MCA Bahagian Tanjong Piai iaitu Timbalan Ketua MCA Bahagian, Wiliam Tan Soo; Ketua Kongres India Malaysia (MIC), Encik Krishnan Kumar; dan ketua-ketua Umno cawangan. Ketua Pemuda MCA, Encik Wong Kim Leong, berkata keputusan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek, mengumumkan Timbalan Ketua Wanita MCA Negeri Johor, Cik Wong You Song, sebagai calon Parlimen di situ ternyata tidak disenangi kepimpinan MCA. Menurut beliau, mereka mahu Datuk Wee dikekalkan bertanding di Tanjong Piai dan menganggapnya sudah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau selama lima tahun. Umno yang menjadi tulang belakang BN turut membuat bantahan apabila tiga bilik gerakan Umno Bahagian Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ. Tindakan Umno Shah Alam itu adalah kerana mereka merasa 'terhina' kerana pencalonan Zulkifli Nordin sebagaimana yang diumumkan. Sehubungan itu, Pengarah Strategik MIC S Vell Paari telah memberi amaran, semua calon-calon parti itu akan kalah di Selangor dan cita-cita BN untuk menawan Selangor hanya sia-sia sekiranya mengekalkan pencalonan Zulkifli Nordin di Shah Alam. Vell Paari berkata, MIC akan hilang 50 hingga 70 peratus undi kaum India kerana mencalonkan Naib Presiden Perkara yang telah menghina 'tuhan' orang-orang India yang beragama Hindu. "Kita boleh kehilangan antara 50% kepada 70% undi kaum India yang boleh menyebabkan kekalahan bagi calon-calon MIC terutama di Selangor. Tetapi di mana (kawasan) undi kaum India menjadi undi penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk menawan Selangor, "kata Vell Paari. Selain Shah Alam, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman memberi amaran, akan membuang bekas Ahli ParlimenTasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar daripada Umno jika beliau ingkar dan meneruskan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas. Sebelum itu, Mohd Shariff seorang pemimpin veteran Umno, secara terbuka mengkritik BN kerana memilih calon yang "rakyat tidak mahu". Shariff pada lewat malam Selasa telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding atas tiket Bebas atau parti lain setelah tidak disenaraikan sebagai calon BN. Bekas timbalan ketua menteri dan timbalan menteri pertanian itu mahu bertanding semula di kerusi berkenaan kerana mendakwa, ketika beliau menyerahkan kerusi tersebut kepada Tan Sri Nor Mohamed Yaacob pada 2008, beliau telah dijanjikan akan diberi semula kerusi tersebut selepas sepenggal. Nor Mohamed yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri turut digugurkan dari senarai calon BN Pulau Pinang kali ini. Dalam pada itu, tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim. Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13. Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik. "Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN," katanya kepada Sinar Harian. |
Nampaknya PAS sudah menang satu kerusi DUN sebelum penamaan calon Posted: 18 Apr 2013 01:25 AM PDT ASPAN ALIAS Benarkah calon-calon BN itu merupakan calon yang dikehendaki rakyat setempat dan 'winnable'? Siapa yang menentukan mereka itu 'winnable' atau tidak 'winnable'? Kalau benar mereka dipilih daripada mereka yang 'winnable', kenapa banyak penolakan terhadap calon-calon mereka sejak pengumuman senarai calon tiga hari yang lepas? Seandainya perisikan untuk mencari calon yang 'winnable' itu benar-benar tepat kenapa calon DUN Johol di Kuala Pilah ditolak mentah-mentah malam tadi oleh orang-orang UMNO dan BN sendiri? Calon yang telah dipilih oleh BN, Ustaz Fadzil Kasim ditolak ramai-ramai oleh orang-orang UMNO sendiri sehinggakan Ustaz ini terpaksa dikawal oleh polis semasa hendak pergi ke kereta beliau? Dulu, penyokong UMNO membaling telur dan batu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat apabila berada di tempat ceramah di banyak tempat di dalam negara ini, sekarang mereka melakukan perkara yang sama terhadap calon 'winnable' sendiri. Apa sudah jadi? Sekarang di banyak kawasan sering berlaku ahli-ahli UMNO dan BN berdemonstrasi dengan sepanduk-sepanduk menolak calon-calon yang dipilih oleh parti. Presiden UMNO selalu menyebut yang calon BN kali ini adalah di kalangan mereka yang diterima rakyat tetapi keadaan sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Dulu-dulu memang biasa calon yang dipilih pimpinan itu ditolak tetapi tidak pula sampai calon itu ditolak oleh ahli partinya sendiri sehingga terpaksa dikawal oleh Polis? Insiden seperti ini berlaku di mana-mana sejak dua hari yang lepas. Ia berlaku di Selangor, Perak dan Kedah sehinggakan banyak bilik gerakan BN terpaksa ditutup. Bagaimana BN boleh mengaku yang UMNO akan kembali memerintah Selangor sedangkan bilik gerakan yang ada terpaksa ditutup? Keadaan ini boleh diibaratkan seperti 'pesawat yang terhempas sebelum berlepas'? Apa yang berlaku di Johol itu adalah disebabkan calon-calon UMNO dipenuhi oleh orang-orang Mohammad Hasan sahaja. Mohamad Hasan nampaknya tidak 'magnanimous' sebagai pemimpin negeri. Beliau sedang berlawanan dengan kehendak rakyat. Insiden di Johol ini merupakan manifestasi rakyat NS terhadap Menteri Besarnya. Orang ramai selalu kata, "Mat Hasan ni sombong tak tontu di aghah. Hidung eh kek dahi." Dulu kita di Negeri Sembilan anggap Mohammad ini adalah seorang pemimpin yang datang dari langit tetapi apa yang berlaku sekarang menunjukkan beliau hanya hendak cenderung untuk memilih kelompok beliau sahaja. Pucuk pimpinan negeri yang hebat sepatutnya telus dan berani menurunkan calon-calon yang lebih canggih dari beliau sendiri. Oleh itu ramai menelefon saya yang PAS DUN Johol hampir pasti memenangi satu kerusi sebelum pun pilihanraya itu diadakan. Kalau begitu keadaannya DUN Johol ini akan diwakili oleh Ustaz Norazman Mohamad yang diterima ramai bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS tetapi juga oleh rakyat yang ramai. Maka calon PAS lah yang lebih 'winnable' di Johol itu bukannya calon Menteri Besar Mohammad Hasan. Sesungguhnya Ustaz Fathil itu adalah calon Mohammad Hasan, bukannya calon UMNO/BN. Kalau saya berada di tempat Ustaz Fathil, saya akan pergi berjumpa Mohammad Hasan dan berkata, "Tok Mat, den tak nak lah jadi calon Johol ni, sobab den ditolak rakyat. Macam mano nak jadi wakil rakyat?" Keadaan ini bukan sahaja berlaku di DUN Johol, tetapi berlaku juga di DUN Juasseh dan Seri Menanti. Dalam keadaan terdesak seperti ini, Mohammad masih hendak berpuak-puak. Kalau Mohammad masih ada sisek kepimpinan beliau perlu menukar calon-calon Juasseh dan Seri Menanti itu. Masih ada masa untuk membetulkan keadaan. Kasih Mohammad ini bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Mohammad telah memecah-belahkan semua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan. Itulah yang akan terjadi jika politik negeri diserahkan kepada 'political novice' seperti Mohammad Hasan ini. Bagi Pakatan Rakyat, pandai-pandailah mendekati rakyat. Jangan pulak berlaku seperti yang berlaku di dalam UMNO. Saya mengingati PR kerana dalam PR sendiri terutamanya dalam PKR, ada unsur-unsur ini wujud. Jangan bersikap angkuh hanya kerana sudah nampak peluang untuk mendapat mandat itu agak cerah. PKR wajar belajar dari kesilapan UMNO dan BN. 'Jangan buangkan air di tempayan terlalu cepat. Tunggu hujan turun dulu. Kalau hendak menembak pelanduk, jangan bersorak dahulu sebelum menembak. Nanti pelanduk itu akan lari sebelum sempat menembaknya'. Setahun dua dahulu saya selalu membayangkan yang ratusan ribu ahli-ahli UMNO akan keluar parti melalui peti-peti undi dalam PRU13 ini. Nampaknya seperti biasa telahan saya itu tidak meleset. Melakukan telahan yang tepat dalam isu ini tidak perlu mempunyai Phd atau Doctorate dalam kejuruteraan seperti taraf pelajaran calon-calon BN yang diumumkan oleh Najib itu. |
Semua Kaum Tolak Zul Nordin Di Shah Alam Posted: 17 Apr 2013 08:44 PM PDT KELAB GREENBOC Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel. Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR). Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil. "Kepada Datuk Seri G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC. Anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu terdapat 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, kebanyakkannya menurut beliau marah dengan pemilihan Zulkifli oleh Najib. "Kira boleh kehilangan hampir 50 peratus hingga 70 peratus undi India yang akan menyebabkan kekalahan calon MIC terutamanya di Selangor dan dengan pengundi India menjadi faktor penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk merampas Selangor," katanya dan memberi amaran sentimen tersebut turut merebak ke negeri lain. "Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang terlepas dengan memohon kemaafan selepas menghina agama dan komuniti. "Pemimpin kita di bawah terutamanya di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya. Vell mengakhiri SMSnya dengan mengatakan beliau hanya memerhatikan secara tertib dengan memohon tindakan tentang pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti. "Ini nasihat strategik saya sebagai seorang pengarah strategi," katanya. Vell kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider beliau telah menghantar SMS tersebut. -TMI Apabila ditanya apakah beliau menerima cabaran DAP untuk meletakkan jawatan parti jika Zulkifli tidak digugurkan sebagai calon BN, pemimpin tersebut tidak memberikan jawapan "ya". "Saya juga boleh tanya soalan sama kepada DAP. Hari ini PSM mempunyai masalah dengan PR berhubung isu kerusi dan logo. PSM menyatakan 'PKR menggunakan faktor kaum untuk menafikan kerusi kami'. "Jadi apakah DAP akan keluar PR kerana penggunaan faktor kaum untuk menafikan kerusi kepada PSM oleh PR? katanya dalam satu SMS. Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa mengumumkan senarai calon BN Selangor semalam, membenarkan penyandang kerusi Kulim Bandar Baharu untuk bertanding secara langsung di bawah tiket BN. Keputusan tersebut menyebabkan perdana menteri kerajaan sementara itu dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu. Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu. Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu. Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad. Calon Umno, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin kalah kepada Khalid pada 2008 dengan majoriti 9,314 undi. Pada 2004, beliau mengalahkan Khalid dengan majoriti 13,410 undi.
|
Posted: 17 Apr 2013 08:42 PM PDT SEREMBAN – Kira-kira 50 ahli MCA berkumpul di Pusat Khidmat MCA Seremban kelmarin sambil memegang kain rentang tertulis 'MCA bahagian Seremban membantah Dr Yeow Chai Thiam bertanding sebagai calon Parlimen Seremban di PRU13'. Tindakan itu dibuat berikutan mereka tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan parti yang memilih Chai Thiam sebagai calon. Ketua MCA Seremban, Datuk Peter Lai Yit Fei berkata, mereka membantah keputusan pucuk pimpinan itu. "Kami kecewa dengan keputusan itu dan mahukan calon lain yang lebih sesuai untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban. "Malah jika Chai Thiam terus dikekalkan sebagai calon, kami sepakat tidak akan turun padang membantu MCA bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum kali ini," katanya. Sementara itu Sinar Harian difahamkan penduduk di Dun Chennah turut menolak calon baru iaitu Siow Foo Wen dan mahukan calon lama iaitu Datuk Siow Chin Pin dikekalkan bertanding di kawasan tersebut. |
Senarai calon Pas dan PKR Kelantan Posted: 17 Apr 2013 08:31 PM PDT SINAR HARIAN BERIKUT senarai calon Pas dan PKR bagi 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 seperti yang diumum malam tadi. Parlimen P019. Tumpat : Datuk Kamaruddin Jaafar (Pas) P020. Pengkalan Chepa : Ezani Hussin (muka baru) P021. Kota Baharu : Datuk Takiyuddin Hassan P022. Pasir Mas : Nik Abduh Nik Aziz (muka baru) P023. Rantau Panjang : Zailah Mohd Yusoff P024. Kubang Kerian : Ahmad Baihaqi Atiqullah P025. Bachok : Ahmad Marzukh Shaari P026. Ketereh : Abdul Aziz Abdul Kadir (PKR) P027. Tanah Merah : Nik Mahmood Nik Hassan (PKR) P028. Pasir Puteh : Nik Mazian Nik Muhammad P029. Machang : Wan Zawawi Wan Ismail (PKR) P030. Jeli : Afendi Muhammad P031. Kuala Krai : Dr Muhammad Hatta Ramli P032. Gua Musang : Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah Dewan Undangan Negeri N01. Pengkalan Kubor : Shahrom Ibrahim (PKR) N02. Kelaboran : Mohd Zaki Ibrahim N03. Pasir Pekan : Datuk Ahmad Yacob N04. Wakaf Bharu : Abdullah Mat Nawi N05. Kijang : Wan Ubaidah Omar N06. Chempaka : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat N07. Panchor : Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah N08. Tanjong Mas : Wan Rohani Ibrahim N09. Kota Lama : Datuk Anwar tan N10. Bunut Payong : Dr Ramli Mamat (muka baru) N11. Tendong : Rozi Mamat (muka baru) N12. Pengkalan Pasir : Hanifah Ahmad N13. Chetok : Abdul Rahim Abdul Rahman N14. Meranti : Datuk Nasuruddin Daud N15. Gual Periok : Muhammad Awang N16. Bukit Tuku : Rasul Muhammad (muka baru) N17. Salor : Husam Musa N18. Pasir Tumboh : Abdul Rahman Yunus (Senarai calon Pas dan PKR Kelantan) N19. Demit : Mumtaz Nawi (muka baharu) N20. Tawang : Hassan Mahmud N21. Perupok : Ruzaimi Hussin (muka baru) N22. Jelawat : Abdul Aziz Fadli N23. Melor : Dr Yusman Yusuf (muka baharu) N24. Kadok : Azami Mohd Noor N25. Kok Lanas : Nik Mahadi Nik Mahmud (muka baru) N26. Bukit Panau : Datuk Abdul Fattah Mahmud N27. Gual Ipoh : Wan Yusof Wan Mustapha N28. Kemahang : Mejar (B) Datuk Anizam Abdul Rahman N29. Selising : Saiful Bahri Mohamad N30. Limbongan : Mazlan Hasbullah (muka baru) N31. Semerak : Wan Hassan Wan Ibrahim N32. Gaal : Tuan Mazlan Tuan Mat (muka baru) N33. Pulai Chondong : Zulkifli Mamat N34. Temangan : Fadhli Hassan N35. Kemuning : Rosli Hassan (muka baru) N36. Bukit Bunga : Sufli Razak (muka baru) N37. Air Lanas : Abdullah Yaacob N38. Kuala Balah : Ramlan Mat (muka baru) N39. Mengkebang : Abdul Latiff Abdul Rahman N40. Guchil : BELUM DIUMUM/ PKR N41. Manek Urai : Fauzi Abdullah N42. Dabong : Ku Zaki Ku Hussin N43. Nenggiri : Azihan Che Seman (muka baru) (PKR) N44. Paloh : BELUM DIUMUM/ PKR N45. Galas : Abdullah Hussin - Bernama |
BN akan kalah di Selangor oleh kerana Zul Noordin, kata Vell Paari Posted: 17 Apr 2013 08:19 PM PDT Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR). Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil. "Kepada Datuk Seri G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC. Anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu terdapat 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, kebanyakkannya menurut beliau marah dengan pemilihan Zulkifli oleh Najib. "Kira boleh kehilangan hampir 50 peratus hingga 70 peratus undi India yang akan menyebabkan kekalahan calon MIC terutamanya di Selangor dan dengan pengundi India menjadi faktor penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk merampas Selangor," katanya dan memberi amaran sentimen tersebut turut merebak ke negeri lain. "Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang terlepas dengan memohon kemaafan selepas menghina agama dan komuniti. "Pemimpin kita di bawah terutamanya di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya. Vell mengakhiri SMSnya dengan mengatakan beliau hanya memerhatikan secara tertib dengan memohon tindakan tentang pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti. "Ini nasihat strategik saya sebagai seorang pengarah strategi," katanya. Vell kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider beliau telah menghantar SMS tersebut. Apabila ditanya apakah beliau menerima cabaran DAP untuk meletakkan jawatan parti jika Zulkifli tidak digugurkan sebagai calon BN, pemimpin tersebut tidak memberikan jawapan "ya". "Saya juga boleh tanya soalan sama kepada DAP. Hari ini PSM mempunyai masalah dengan PR berhubung isu kerusi dan logo. PSM menyatakan 'PKR menggunakan faktor kaum untuk menafikan kerusi kami'. "Jadi apakah DAP akan keluar PR kerana penggunaan faktor kaum untuk menafikan kerusi kepada PSM oleh PR? katanya dalam satu SMS. Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa mengumumkan senarai calon BN Selangor semalam, membenarkan penyandang kerusi Kulim Bandar Baharu untuk bertanding secara langsung di bawah tiket BN. Keputusan tersebut menyebabkan perdana menteri kerajaan sementara itu dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu. Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu. Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu. Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad. Calon Umno, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin kalah kepada Khalid pada 2008 dengan majoriti 9,314 undi. Pada 2004, beliau mengalahkan Khalid dengan majoriti 13,410 undi. |
'Kami bantah pencalonan Datuk Lilah' Posted: 17 Apr 2013 08:14 PM PDT JEMPOL - "Kami bantah pencalonan Datuk Lilah," demikian antara dilaungkan lebih 200 warga Felda Dun Palong yang membantah pencalonan semula penyandang kerusi Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin bagi kerusi Dun Palong dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini. Bantahan aman selama satu jam di padang awam Felda Palong 11 ini turut menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka menerusi sepanduk bertulis 'Pulang hak kami', 'jangan khianati kami' dan 'Datuk Lilah perampas'. Ketua Penerangan Umno cawangan Felda Palong 13, Ab Hamid Talib berkata, penduduk di situ mahu calon Dun Palong terdiri daripada warga Felda, sama ada di kalangan peneroka, penerokawati atau generasi kedua Felda. "Kita tidak benci Datuk Lilah, malahan sebelum ini pun kita sentiasa sokong beliau. Kami hanya mahu calon warga Felda sendiri, itu sahaja. "Lagipun sudah menjadi tradisi Adun Palong sebelum ini merupakan orang tempatan iaitu warga Felda sendiri. Bagaimanapun, kita tidak akan sabotaj parti dan akan sentiasa menyokong BN dalam PRU ini. "Jika calon ini tidak ditukar, maka kita terpaksa jugalah terima, tetapi orang lain (penduduk) saya tidak tahulah bagaimana pilihan mereka," katanya ketika ditemui, semalam. Sementara itu, seorang anak peneroka, Mohd Rafi Mezali, 36, berkata, sebagai mewakili generasi kedua Felda, dia sebulat suara menolak pencalonan Lilah. "Pengundi yang menentukan hala tuju Dun Palong, jadi kami mahu suara ini didengar, kami mahu calon daripada anak tempatan, bukannya individu luar," katanya. Ketua Pemuda Umno Cawangan Felda Palong Lapan, Zailani Ramli, 45, merangkap Exco Pemuda Umno Bahagian Jempol berkata, tidak mungkin tiada calon yang berwibawa untuk mewakili 16,000 pengundi Dun Palong. "Ketandusan calonkah kita? Pada pendapat saya, kita tidak ketandusan kerana pemimpin bersilih ganti malahan tidak perlu calon luar yang menjadi wakil Dun Palong," katanya. Dalam pada itu juga, beberapa peserta bantahan turut bertindak menurunkan bendera BN di sekitar Felda Palong 11, di sini. Lilah diumumkan bertanding di Dun Palong pada PRU13 setelah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bakal bertanding di kerusi Parlimen yang disandangnya. |
PRU-13: Menjelang hari penamaan, PAS NS tukar calon Posted: 17 Apr 2013 08:12 PM PDT Pesuruhjaya PAS Negeri Mohamad Taufek Abd Ghani berkata Yang Dipertua PAS Tampin Zakaria Khalim yang dicalonkan sebelum ini dan dijangka berdepan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor di kerusi itu, digantikan dengan Razakek Abdul Rahim. "Kedua-dua nama tersebut (Zakaria dan Razakek) berada dalam senarai pendek untuk kerusi Parlimen Tampin tapi menjelang saat-saat akhir ini kita berbincang semula mengenai calon yang lebih sesuai. "Kita mendapati Zakaria tidak bersedia menjadi calon pada pilihan raya ini jadi kita tukar kepada calon nombor dua dalam senarai kerusi itu iaitu Razakek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, perkara itu juga telah dimaklumkan dan dipersetujui oleh pimpinan tertinggi PAS. Rabu lalu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan Zakaria sebagai calon di kerusi Parlimen Tampin bersama calon untuk kerusi Jelebu dan Jempol. Pada PRU 2008 Razakek mewakili PAS tewas kepada Shaziman di kerusi Parlimen Tampin dengan majoriti 13,079 undi, sementara Zakaria yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh pada PRU sama tewas kepada calon BN Mohd Kamil Abd Aziz dengan majoriti 3,241. — Bernama |
Bekas timbalan menteri kecewa, tanding Bebas di Tasek Gelugor Posted: 17 Apr 2013 08:11 PM PDT TASEK GELUGOR - Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar isytihar akan bertanding calon Bebas untuk merebut kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada pilihan raya umum ini. Beliau akan berdepan calon Barisan Nasional (BN), Shahbudin Yahya dan juga calon Pas, Datuk Seri Abdul Rahman Mydin yang juga seorang tokoh korporat terkenal. Shariff membuat perisytiharan itu di hadapan kira-kira 2,000 penyokong yang berhimpun di pekarangan rumahnya di Pokok Machang, malam kelmarin. Perhimpunan itu bertujuan menunjuk rasa kecewa dan simpati terhadap Shariff yang tidak dicalonkan oleh BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu. Shariff berkata, beliau buat keputusan untuk tidak bertanding pada PRU12 setelah diminta Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk beri laluan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang tamat perkhidmatan senator. "Saya dijanjikan hanya untuk sementara, dan pada tahun ini, saya jangka akan dicalon semula, rupa-rupanya tidak," katanya. Shariff berkata, beliau buat keputusan untuk bertanding atas tiket Bebas bukan kerana kepentingan diri atau tidak sayang Umno. Tujuannya, kata Shariff, pastikan kerusi Parlimen Tasek Gelugor yang merupakan kubu BN, tidak jatuh ke tangan pembangkang. "Saya mahu selamatkan pengundi di kawasan ini, juga selamatkan BN sendiri yang letak calon tidak disukai ramai," katanya. Selain beliau, turut sama isytihar akan bertanding sebagai calon Bebas ialah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Mustaffa Idros yang akan menentang calon BN, Datuk Jahara Hamid di kerusi Dun Telok Ayer Tawar. Sementara itu, Pengerusi Perkasa Tasek Gelugor, Azmi Alang pula akan mencabar Mohamad Yusof Mohd Noor yang dicalonkan BN di kerusi Dun Sungai Dua. Turut hadir, bekas Adun Sungai Dua yang tidak dicalon semula, Datuk Jasmin Mohamad dan AJK Umno Bahagian Tasek Gelugor, Dr Mohd Rozi Yusoff. |
'Di mana slogan wanita disanjung?' Posted: 17 Apr 2013 08:05 PM PDT IPOH - Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar kecewa apabila Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim tidak dicalon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Setiausaha Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar, Aishah Halid berkata, mereka terkejut apabila nama Kamilia tidak dicalon untuk mana-mana kerusi di Kuala Kangsar. Menurutnya, mengikut heirarki, Kamilia turut menjawat jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar dan ia cukup untuk membuktikan beliau mampu memikul tanggungjawab. "Kami berhasrat dan mahu beliau mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang ditinggalkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz. "Di mana slogan wanita dipuji, disanjung? Semua itu tidak dihargai apabila kepimpinan terlepas pandang nama beliau (Kamilia). Kami mohon dipertimbangkan apa yang mereka katakan," katanya. Katanya, Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini tetapi terkilan ketua mereka tidak dicalonkan. |
Calon Umno-BN: Kamilia Ibrahim kecewa Posted: 17 Apr 2013 08:03 PM PDT SHAH ALAM – Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim. Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13. Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik. "Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN," katanya kepada Sinar Harian. Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. "Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional," katanya. "Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan," katanya. Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu. Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir. "Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain. "Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja," katanya. Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan. "Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya. "Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti. "Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan," katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh BN dalam PRU13. Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut |
Husam bergantung kepada ketakwaan dan golongan yang bercita-cita memiliki rumah Posted: 17 Apr 2013 07:59 PM PDT Oleh Zurairi AR PUTRAJAYA— Datuk Husam Musa memberitahu orang ramai di padang bolasepak malam tadi kemenangan Pakatan Rakyat (PR) memberikan peluang kepada mereka untuk memiliki hartanah di kota pentadbiran itu. Orang ramai yang hadir pada ceramah terbesar pertama oleh calon PAS itu di Desa Penggiran Putra dimana harga hartanah melebihi RM100,000 walaupun terletak di luar sempadan Putrajaya. "Kita berikan pengisian baru … Sinar ketakwaan kepada Putrajaya" kata Husam kepada hadirin yang memenuhi padang bolasepak itu. |
Calon PR Kedah: Azizan tanding di Sg Limau Posted: 17 Apr 2013 07:53 PM PDT SINAR HARIAN ALOR SETAR - Pas dan PKR malam tadii membuat pengumuman calon melibatkan 15 kerusi Parlimen dan 34 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tanpa kehadiran sekutu mereka, DAP. Mereka hanya memperuntukkan dua kerusi iaitu Dun Derga dan Kota Darul Aman kepada DAP walaupun sebelum ini DAP mahu bertanding di dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dun berbanding hanya satu kerusi Dun iaitu Kota Darul Aman pada PRU12. DAP sebelum ini menyatakan kesanggupan menentang sekutu mereka sendiri jika tidak diberikan tambahan kerusi. Pengumuman calon Pas dan PKR bagi kerusi Parlimen dan Dun yang dibuat di Kompleks Pas Kedah di Simpang Empat dekat sini, menyaksikan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kekal bertanding di Dun Sungai Limau. Dengan pengumuman ini, Azizan, yang akan bertanding untuk kali kelima di Dun itu, sudah hampir pasti akan ditentang oleh sepupunya sendiri Mohd Fadzillah Mohd Ali, yang semalam diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN). Pas akan bertanding di 24 kerusi Dun dan PKR (10). Bagi kerusi Parlimen pula, Pas bertanding di lapan kawasan dan PKR tujuh. Sementara itu, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang setelah tewas di Kuala Kedah pada 2004 dan Kuala Terengganu pada 2008. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena dan beliau ditentang oleh calon Bn Datuk Shahlan Ismail, yang juga setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Azizan turut mengumumkan beberapa anggota exco kerajaan negeri daripada Pas akan mempertahankan kerusi Dun masing-masing iaitu Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Datuk Mohd Taulan Mat Rasul (Dun Tokai) dan Siti Ashah Ghazali Merbau Pulas. Seorang lagi anggota exco kerajaan negeri Abd Ghani Ahmad akan kekal bertanding di Dun Ayer Hitam dengan menentang calon BN Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang berpindah dari kerusi Parlimen Jerlun. Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, yang juga anggota exco kerajaan negeri pula akan berpindah daripada kerusi DUN Alor Mengkudu, dalam Parlimen Alor Setar, ke kerusi Parlimen Jerlun manakala seorang lagi anggota exco Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, yang merupakan penyandang kerusi Dun Tanjong Dawai, digugurkan. Bagi calon PKR yang diumumkan, Pengarah PRU Kedah Izham Ramli berkata mereka mengugurkan kesemua anggota exco iaitu Datuk S. Manikumar, Lim Soo Nee dan Tan Joon Long @ Tan Chow Kang. - Bernama |
Posted: 17 Apr 2013 07:48 PM PDT Aishah sudah sedia lawan Isa di Jempol 18 April 2013 SEREMBAN – Calon Pas kerusi Parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Arifin menolak spekulasi yang mendakwa beliau akan menarik diri berikutan tidak sanggup berdepan dengan cabaran dalam dunia politik. Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu, beliau memilih untuk bersama dalam dunia politik dan bersedia mengharungi apa jua keadaan. "Kenapa saya nak undur diri, tiada sebab untuk saya tarik diri sedangkan saya baru sahaja diumumkan sebagai calon Pas di kawasan Parlimen tersebut. "Saya sedia dari segi mental dan fizikal, malah sanggup mengharungi cabaran mendatang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tumpas pada PRU ini, sekali gus beri kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ceramah santai Pakatan Rakyat di Hotel Citykingdom, Taman AST, malam kelmarin. Sementara itu, ketika ditanya mengenai calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yang akan menentangnya pada PRU ini, Wan Aishah berpendapat bahawa perkara tersebut tidak memeranjatkannya. Katanya, pencalonan semula Mohd Isa di Jempol adalah sesuatu yang telah diramalkan pihaknya sejak dari awal dahulu. "Saya hanya boleh cakap kita lihat sahaja, sama ada pengundi mahukan orang yang baru atau orang lama sebagai wakil rakyat mereka. "Apa yang penting, saya akan lakukan yang terbaik dalam memastikan Parlimen Jempol jatuh ke tangan Pas," katanya. |
Hanya seorang calon Ansari dikekalkan PKR Posted: 17 Apr 2013 07:46 PM PDT Pengumuman calon-calon PKR Sabah hari ini menyaksikan hanya satu daripada tujuh calon yang diumumkan oleh bekas pengerusi PKR Sabah, Ansari Abdullah dua minggu lalu, kekal dalam senarai akhir. Nama Ansari sendiri pun tidak termasuk dalam senarai akhir itu yang dipersetujui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jonathan Yasin yang diumumkan bertanding di parlimen Ranau oleh Ansari (kiri) termasuk dalam senarai 19 calon PKR bagi kerusi parlimen di Sabah. Senarai itu dan nama 43 calon PKR bagi kerusi dewan undangan negeri Sabah diumumkan pengerusi negeri, Ahmad Thamrin Jaini di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya petang tadi. Thamrin sewaktu ditanya tentang kemungkinan tindak balas daripada mereka yang tidak terpilih berkata, perkara itu adalah 'sesuatu yang boleh diuruskan". PKR akan dibantu Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang dipimpin Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang dipimpin Datuk Seri Lajim Ukin. APS akan bertanding di lima kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan undangan negeri (DUN) di atas tiket PKR manakala PPPS pula akan bertanding di empat kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN juga atas tiket PKR. Lajim akan mempertahankan kerusi parlimen Beaufort dan turut mengintai kerusi DUN Klias dan Wilfred pula akan mempertahankan kerusi Tuaran dan turut bertanding di kerusi Tamparuli. Peminggiran Ansari yang merupakan calon PKR dalam pilihan raya kecil Batu Sapi menimbulkan persoalan baru dalam kempen PKR di Sabah. Ansari dilihat sesetengah pihak sebagai pilihan akar umbi dan pada masa yang sama, PKR kini cuba menguji kekuatan barunya yang dijalin hasil kerjasama dengan dua MP yang dahulunya merupakan anggota BN. Sejauh mana strategi itu berkesan akan hanya diketahui apabila jentera parti mula berkempen secara rasmi selepas proses penamaan calon pada 20 April ini. Parlimen P167 Kudat: Rahimah Binti Majid P168 Kota Marudu: Datuk Maijul Mahap P169 Kota Belud: Isnaraissah Munirah Binti Majlid @ Fakharudy P170 Tuaran: Datuk Seri Pangima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred P174 Penampang: Ignatius Dorrel Leiking P175 Papar: Datuk Mohammad Yahya @ Yahya Bim Lampong P176 Kimanis: Jaafar Bin Ismail P177 Beaufort: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin P178 Sipitang: Ramlee Bin Dua @ Ramli Dua Lee P179 Ranau: Jonathan Bin Yasin P180 Keningau: Stephen Sandor P181 Tenom: Masdin Bin Tumas P182 Pensiangan: Datuk Seri Dr Richard Sakian Bin Gunting P183 Beluran: James Miki P184 Libaran: Mohd Serman Bin Hassnar P187 Kinabatangan: Mustapa Bin Datu Tambuyong P188 Silam: Dr Badrulamin Bin Bahron P189 Semporna: Dr Zamree @ Mohd Suffian Bin Abdul Habi P190 Tawau: Datuk Kong Hong Ming @ Kong Fo Min DUN N01 Banggi: Datu Abdul Razak Bin Datu Abdul Salam N02 Tanjong Kapor: Chin Chung Kui @ William Chin N04 Matunggong: Jelin Bin Dasanap @ Jelani Bin Hamdan N05 Tandek: Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau N07 Kadamaian: Ukoh @ Jeremmy Bin Majalad @ Malazad N08 Usukan: Ir Mustafa Sa'mud N09 Tamparuli: Datuk Seri Panglima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred N10 Sulaman: Mukhtar N11 Kiulu: Rhodes Bin Panilau N12 Karambunai: Muali Bin Aching N13 Inanam: Roland Chia Ming Shen N15 Api-Api: Liew Chin Jin N18 Petagas: Mat Yunin @ Mohd Yunin Bin Atin N20 Moyog: Terrence Siambun N21 Kawang: Kefli @ Dzulkefli Bin Safar N22 Pantai Manis: Fred Bin Gabriel N23 Bongawan: Tan Ser Ibrahim Menudin N24 Membakut: Narawi @ Sinar Bin Ahmad N25 Klias: Datuk Seri Lajim Bin Ukin N26 Kuala Penyu: Datuk Johan @ Christopher Bin OT Ghani N27 Lumadan: Ustaz Abdul Rahman Yaakob N28 Sindumin: Harunsah Bin Ibrahim N29 Kundasang: Satiol Bin Indong N30 Karanaan: Datuk Dr Muhiddin @ Mohd Anas Bin Yusin N31 Paginatan: Amru Bin Abd Kadir N32 Tambunan: Wilfred Win Bin Ponil N33 Bingkor: Dato Ahmad Shah Tambakau N34 Liawan: Paul Gitang N36 Kemabong: Biou Suyan N37 Sook: Liberty Lopog N38 Nabawan: Raymond Bin Ahuar N39 Sugut: Petrus Zabang N40 Labuk: Datuk Tan Yong Gee N41 Gum-Gum: Ahmad Thamrin @ Thamrin Bin Mohd Jaini N42 Sungai Sibuga: Irwansyhah Bin Mustafa N43 Sekong: Musah Bin Ghani N47 Kuamut: Benson Ingam N49 Tungku: Johani Bin Abd Halim N50 Lahad Datu: Dr Hamid Awong @ Abdul Hamid Awong N52 Sulabayan: Hermeny Bin Murgal N53 Senallang: Mohd Amin Bin Abdul Mem N55 Balung: Frank Salazar @ Franco N56 Apas: Alizaman Bin Jijurahman |
Anak Nik Aziz lawan Ibrahim Ali, BN di Pasir Mas Posted: 17 Apr 2013 07:41 PM PDT MALAYSIA KINI Pertembungan menarik dijangka berlaku di Pasir Mas apabila anak menteri besar Kelantan Nik Mohd Abduh Nik Mat dipilih sebagai calon bagi berentap dengan presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan wakil BN dalam pertandingan tiga penjuru.Pemilihan anak Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat itu diumumkan di Machang, Kelantan malam tadi bersama calon-calon lain PAS dan PKR di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. BN meletakkan calon yang dilihat bukan pilihan, iaitu Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan Che Johan Che Pa, walaupun pada mulanya khabar angin bertiup kencang bahawa Ibrahim akan menjadi pilihan BN, seperti pemilihan Naib Presiden PERKASA Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam sebagai "calon sahabat BN". Malah, bekas presiden BN Tun Dr Mahathir sendiri secara terbuka memohon parti itu memilih Ibrahim, serta berikrar mahu turun padang sendiri di Pasir Mas bagi memenangkan veteran politik itu. Ibrahim pada 16 April, hari yang sama selepas BN mengumumkan calonnya, dengan kecewa akhirnya memilih langkah berani dengan mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas. Bagaimanapun, tindakan PAS mempertaruhkan Nik Mohd Abduh tidak akan memberikan laluan mudah kepada Ibrahim, yang menang dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 8,991 menggunakan lambang PAS. Dalam pilihan raya lima tahun lalu, Ibrahim mendapat 28,673 undi mengalahkan calon BN Ahmed Rasdi yang disokong 19,682 pengundi. Pasir Mas mempunyai jumlah pengundi Melayu yang sangat tinggi sebanyak 96 peratus. Di peringkat nasional, nama Ibrahim memang popular di dada-dada akhbar, termasuk juga ekoran publisiti buruk, tetapi anak Nik Aziz walaupun dianggap "setahun jagung" dalam arena politik, membawa sekali aura luar biasa bapanya yang tidak boleh dipandang remeh. Malah, Ibrahim juga tidak boleh dianggap selamat kerana pada 2008 belum tentu pengundi memilihnya sebagai individu, tetapi atas lambang yang digunakannya. Bagaimanapun, walau apa pun situasinya, pemerhati politik berpendapat, keadaan yang berlaku di Pasir Mas tidak akan menguntungkan BN dan berpotensi memecahkah undi mereka sendiri. Ia pasti mewujudkan serba salah bagi penyokong mereka sama ada mengundi BN atau wakil rakyat lama yang pro-BN. Keputusan pengundian kerusi itu pada malam 5 Mei ini pasti ditunggu-tunggu semua pihak dengan penuh debaran. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan