Kerabu Bersuara ® |
- Umno Melaka Bergolak. Pos Ditutup!
- Husam Musa Orang Cerdik, Warga Putrajaya Kena Sokong!
- Gambar TG Nik Aziz Semasa Perasmian Masjid Al Ihsan Taman Maju
- RoS: DAP boleh guna simbol parti tanding PRU13
- Pencalonan Nik Abduh tiada kronisme – TG Nik Aziz
- Sidang Media Husam Musa Tengah Hari Tadi
Umno Melaka Bergolak. Pos Ditutup! Posted: 18 Apr 2013 08:11 AM PDT Pemuda UMNO masjid tanah, Melaka bergolak.. Mereka mengambil tindakan dengan menutup markaz mereka sendiri |
Husam Musa Orang Cerdik, Warga Putrajaya Kena Sokong! Posted: 18 Apr 2013 07:22 AM PDT Ma'ahad Tahfiz Sains Putrajaya akan dibina di Putrajaya dengan mengambil model Ma'ahad Tahfiz Sains Kelantan yang telah melahirkan Tenaga Profesional & dalam masa sama Hafiz Al-Qur'an. |
Gambar TG Nik Aziz Semasa Perasmian Masjid Al Ihsan Taman Maju Posted: 18 Apr 2013 06:15 AM PDT |
RoS: DAP boleh guna simbol parti tanding PRU13 Posted: 18 Apr 2013 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR - Pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pendaftar Pertubuhan, Datuk Abdul Rahman Othman. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menarik perhatian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memaklumkan kepada DAP semalam bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian di kalangan anggotanya. Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Disember 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966. "Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13," kata Abdul Rahman. Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan. Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoal ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak mengundi. Dalam satu sidang akhbar di sini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa menerima surat RoS bertarikh 17 April, yang diterima melalui faksimili hari ini, menyatakan DAP tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada PRU13. Menurutnya, ini susulan keputusan RoS yang tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan CEC parti DAP. Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol Pas di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak pada PRU13. Lim sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang menurut pemimpin DAP itu mendapat persetujuan pemimpin parti masing-masing berhubung penggunaan simbol Pas dan PKR. Beliau turut berkata sepucuk surat yang diterima semalam menyatakan Ros telah bersetuju menangguhkan penyiasatan berhubung pemilihan jawatan CEC. Dalam surat itu, kata Lim, RoS telah bersetuju bahawa penyiasatan tersebut yang sepatutnya dijalankan hari ini, ditangguh ke 9 Mei. - Bernama |
Pencalonan Nik Abduh tiada kronisme – TG Nik Aziz Posted: 18 Apr 2013 06:05 AM PDT Zamani Mohd Zain, KOTA BHARU: "Saya sepatah pun tidak sebut nama Nik Muhammad Abduh supaya dicalonkan. Semua calon wakil rakyat yang dipilih bertanding sebagai mewakili saya," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menteri Besar itu berkata, pemilihan tersebut berdasarkan pengalaman anaknya yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik. "Pencalonan Nik Abduh pada pilihan raya umum ini tidak boleh dikaitkan dengan kronisme atau kekeluargaan," katanya kepada media selepas perasmian pembinaan dan pelancaran tabung Masjid Al Ihsan Taman Maju hari ini. Malam tadi Nik Abduh turut disenaraikan sebagai calon PAS yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas. Nik Abduh merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Oleh itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pencalonan anaknya itu tiada kaitan sebagai kapasitinya sebagai anak Pesuruhjaya PAS Kelantan. Menurutnya juga setiap calon PAS yang dipilih akan bertanggungjawab terhadap Nabi Muhammad saw bagi menjaga agama Islam. |
Sidang Media Husam Musa Tengah Hari Tadi Posted: 18 Apr 2013 01:14 AM PDT Snippet 1 PC Dato Husam Musa 11.30am 18 April 2013, Pusat Media P-125 Putrajaya. Tentang Dato Seri Najib menyebut nama Dato' Husam, dan tentang Timbalan Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamalia yang sepatutnya diberikan peluang bertanding di Putrajaya. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan