DIALOG RAKYAT |
- Penduduk Bentong mahukan perubahan, akan sokong calon DAP
- DAP ikrar bantu PAS, PKR menang 11 kerusi ditandingi, kuburkan BN di Kuala Lumpur
- Annuar Musa Disingkir Menjadi Calon?
- Bekas MB bakal sertai Pas
- PECAH BERITA! ENAM Lagi Calon BN GUGUR?
- Calon PAS P Pinang sedia tumbang 'Gergasi Tua'
- Dulu Najib Takut Bubar Parlimen, Kini Takut Umum Calon BN
- Ketua UMNO Jengka 9 Dan Penyokong Sertai PAS
- Tiada niat jahat dalam laporan Utusan ke atas Nizar, kata wartawan
- Setiausaha politik Najib enggan ulas MCA, terus berkempen di Wangsa Maju
- MCA sahkan kerusi Kuantan dipinjamkan kepada Umno
- Ini dia satu lagi lambang "Kegagalan Projek Mega"?
- Soi Lek tidak bertanding dalam PRU13
- Rakyat Wilayah Persekutuan Akan Dapat Saham Air Jika PR Tawan Putrajaya
- Rodziah Dedah Firma Peguam Dalang Tuntut Elaun Ibu Tunggal
- Pengarah filem mahu habuan gay
- Senarai calon PAS di Negeri Sembilan
- Aishah seru artis praktikkan Islam
- Maut ketika pasang bendera
- Anwar terharu penyokong duduk dalam becak ikuti ceramah
- Pengumuman calon KEADILAN Selangor 14 April (Ahad)
- Tangki najis meletup, dua beranak cedera
- Wanita KEADILAN gegar kempen PRU 13 bersama Wan Azizah
- Jika Lisa Surihani calon PRU13...
- BN umum calon PRU13 16 April?
Penduduk Bentong mahukan perubahan, akan sokong calon DAP Posted: 11 Apr 2013 05:50 AM PDT Roketkini.com BENTONGL: Tinjauan krew The Rocket ke Bukit TInggi, Bentong, Pahang, semalam mendapati sambutan penduduk kawasan itu kepada Pakatan Rakyat agak luar biasa berbanding sebelumnya. Rakyat yang dahulunya hanya ambil peduli mengenai mata pencarian dan kehidupan aman kini tanpa segan silu menyertai gelombang UBAH di pekan penginapan terkenal itu. Seorang pemilik restoran di pekan Bukit Tinggi, Chan Swee Sang, 62, antara ahli jentera DAP yang aktif dan bersemangat di kawasan itu. "Dulunya, saya sekadar mengikuti politik semasa nasional secara sambilan. Namun dengan berita mengenai salah guna kuasa, rasuah dan ucapan rasis dan menghina terhadap kaum bukan Melayu daripada pemimpin BN dan kuncu-kuncu mereka yang semakin berleluasa kebelakangan ini, saya semakin marah." "Bisikan hati nurani saya, kalau saya hendak lihat perubahan di negara ini saya rasa tiada jalan lain melainkan menyertai pergerakan perubahan itu iaitu dengan membantu DAP secara langsung," tegasnya. Seorang pemuda, Goh Seng Leong, pembantu kedai tabib perubatan tradisional dan penduduk Bukit Tinggi, turut meluahkan hasratnya untuk melihat perubahan. "Saya mahu sebuah kerajaan yang boleh melaksanakan perubahan dan membantu rakyat dengan ikhlas." "Malaysia kaya dengan khazanah sumber alam. Kita semua dapat menikmati manfaat bersama jika kerajaan kita adil." Goh kini aktif membantu jentera kempen DAP di Bentong. Pengerusi Cawangan DAP Bukti Tinggi, Low Hew Fatt pula berkata, sambutan dan sokongan penduduk di kawasannya kepada DAP dan Pakatan Rakyat jelas berbeza daripada dulu. "Kalau dulu, rakyat berketurunan Tionghua sendiri pun kurang meminta bantuan daripada kami, payah nak sebut mereka akan menyokong kami. Sambutan daripada kaum yang lain lebih dingin." "Kini, kaum Tionghua secara terang-terang menyatakan sokongan mereka kepada kita. Pusat perkhidmatan kami juga kerap dikunjungi penduduk Melayu dan Orang Asli untuk meminta bantuan kami untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa," katanya. Kawasan Parlimen Bentong yang dikenali sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN), khasnya MCA. Pada Pilihan Raya Umum lalu, BN menang kerusi Pparlimen Bentong dengan majoriti 12,549 undi. Pada pilihan raya kali ini yang ditetapkan pada 5 Mei ini, Wong Tack, Pengerusi NGO Himpunan Hijau dipilih bertanding sebagai calon DAP dan dijangka akan menentang Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai daripada BN.- Roketkini.com | |||
DAP ikrar bantu PAS, PKR menang 11 kerusi ditandingi, kuburkan BN di Kuala Lumpur Posted: 11 Apr 2013 05:47 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: DAP akan memastikan semua 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dimenangi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini. Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lim Lip Eng mahu agar DAP tidak hanya bekerja untuk kawasan pilihan rayanya semata-mata, tetapi turut membantu rakan Pakatan Rakyat (PR), PAS dan PKR dalam kempen pilihan raya di kawasan yang ditandingi mereka. "Kami juga akan pastikan Parlimen Lembah Pantai terus kekal disandang Nurul Izzah Anwar. Saya minta sebolehnya kita semua all-out untuk pastikan Lembah Pantai kekal bersama PR," katanya yang juga penyandang Parlimen Segambut pada satu majlis semalam. Menurut Lip Eng, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik kini menunjukkan sikap sebenar beliau apabila tidak komited menjalankan tugas sebagai menteri bagi seluruh kawasan di Kuala Lumpur. "Apa yang dia buat untuk Kuala Lumpur? Apa yang dia buat kepada peruntukan tahunan bagi Kuala Lumpur? Nampaknya sekarang mungkin dia sudah pegang portfolio Menteri di Lembah Pantai," soalnya dengan nada menyindir. Kenyataan beliau dikukuhkan lagi apabila Raja Nong Chik dilihat terlalu obses untuk menang di Lembah Pantai yang bakal ditandinginya. "Kita boleh lihat perbezaan yang jelas antara Lembah Pantai dan tempat lain di Kuala Lumpur," katanya. Pada PRU 2008 lalu, calon PKR, Nurul Izzah berjaya menewaskan Naib Ketua Wanita UMNO ketika itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti 2,895 undi.-Roketkini.com | |||
Annuar Musa Disingkir Menjadi Calon? Posted: 11 Apr 2013 05:44 AM PDT MSO Di antara tokoh-tokoh veteran Umno yang digugurkan sebagai calon dalam pilihan raya ke-13 ini khabarnya termasuklah bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Annuar Musa. Dari maklumat dalaman Annuar tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi, sama ada DUN atau parlimen.
Kejayaan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors telah diguanakan untuk menaikan darjatnya dalam politik. Annuar sangat berharap kejayaan triple pasukan boleh sepak itu akan membantu memulihkan imejnya dalam politik. Annuar juga selalu menyebut kira-kira 200,000 penyokong bola sepak Kelantan itu sebagai penyokong tegarnya. Selain itu Annuar juga mendapat dokongan padu dari isterinya, Rosniah menemui dan mendekati rakyat bagi mengharap simpati dan sokongan. Kerajinan Rosniah ini dikatakan luar biasa sekali seolah-olah Rusiah yang ingin menjadi calon. Nanun semua itu tampaknya tidak berhasil untuk menawan dan menakluki hati Najib Razak. Najib tidak mudah tersihir dengan umpan atau 'keladi colek' dilakukan Annuar itu. Satu masa katanya Annuar pernah memaklumkan kepada Najib yang isterinya melawat rumah orang kampung dalam kawasan Ketereh sebanyak 20 buah sehari. Sedihnya laporan itu ditempelek oleh Najib dengan bertanya Annuar; you ada berapa isteri? Jawab Annuar satu; lantas Najib menyimpulkan kalau you ada empat isteri bermakna sebanyak 80 buah rumah sehari yang dilawati. Annuar terkucil-kucil mendengar tempelak Najib dan menyimpan malu dalam poket seluar. Kemungkinan Annuar tidak dicalonkan bukan saja disebabkan beliau telah memberi imej buruk kepada Umno Kelantan semasa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno dan menteri dahulu tetapi katanya ada permintaan dari pihak tertentu agar Annuar Musa tidak dicalonkan oleh Umno. Permintaan inilah katanya menyebabkan, waima Mustapa Mohamed dan Najib berfikir panjang mengenai nasib Annuar. Khabranya Umno Kelantan tidak mahu implikasi buruk berlaku dengan mencalonkan Annuar Musa. Mengenai kedudukan dan masalah Annuar ini kebanyakan rakyat Ketereh sudah mengetahui. Kandati dalam senarai nama parlimen yang dihantarkan Annuar ke Ibu pejabat meletakkan namanya sebagai calon nombor satu, tetapi nama Md Alwi Che Amat sudah dipindah berada di atas. Dan Alwi pula sebagai sahabat Annuar menyerahkan seratus peratus nasibnya kepada ketentuan pucuk pimpinan tanpa melaukan apa-apa pelobian seperti mana dilakukan Annuar Musa. Alwi hanya mampu berdoa saja. Maklumat terbaru diterima bagi memastikan Annuar diletakkan bertanding katanya pihak tertentu akan menghantar memorandum kepada Pengerusi Perhubungan Mustapa Mohamed agar mempertimbangkan kedudukan Annuar. Tandatangtan 3,000 ahli (mungkin direkaan) akan dihantar kepada Mustapa dalam masa terdekat. Elok kalau Mustapa menghantar kesemua tanda tangan itu ke pihak jabatan kimia untuk disahkan agar sebarang penipuan tidak berlaku | |||
Posted: 11 Apr 2013 05:33 AM PDT PASIR PANJANG – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendedahkan kemungkinan seorang bekas menteri besar akan menyertai parti itu, tidak lama lagi. Bagaimanapun, pengumuman yang dibuat dalam satu majlis di Kampung Permatang, itu tidak mendedahkan nama individu serta menteri besar dari negeri mana. Mohammad Nizar berkata, penglibatan bekas menteri besar itu diketahui melalui mesyuarat ahli jawatankuasa Pas Pusat, Selasa lalu. "Seorang bekas menteri besar akan berikan borang masuk Pas tidak lama lagi," katanya. Menerusi beberapa laman blog, ada yang menjangkakan menteri besar yang dimaksudkan adalah dari Perak dan Selangor, namun sehingga kini belum ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu. Sekiranya individu yang dimaksudkan adalah bekas menteri besar Perak, dua nama yang berkemungkinan menyertai parti itu adalah Tan Sri Ramli Ngah Talib yang mentadbir Perak (1983-1999) dan Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali (1999-2008). Mengulas mengenai peletakan calon Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Mohammad Nizar berkata, Perak turut mengemukakan seorang calon Cina yang bakal bertanding di Dun Asahan. Katanya, Richard Wong yang juga Naib Ketua DHPP Perak bakal bertanding bagi mencabar kedudukan Barisan Nasional (BN) di Dun Asahan yang berada di bawah Parlimen Alor Gajah, Melaka. "Pencalonan ini adalah sebagai bukti bahawa Pas parti untuk semua," katanya. | |||
PECAH BERITA! ENAM Lagi Calon BN GUGUR? Posted: 11 Apr 2013 05:15 AM PDT Suhu politik Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang biasanya menyusut sehingga 17 darjah selsius seakan tidak cukup sejuk menahan asakan pelbagai kumpulan yang datang bertali arus ke ibu pejabat Umno dan Barisan Nasional (BN) itu. Setelah kita dikejutkan dengan senarai lebih 30 bakal calon dan penyandang kerusi parlimen masing-masing yang digugurkan semalam, nampaknya senarai tersebut tidak terhenti setakat itu saja. Masih mengekalkan tiga kategori sama iaitu senarai calon yang digugurkan, calon yang tidak dibenarkan bertanding dan calon gagal melepasi saringan pertama dan kedua, sumber dalaman terbaru memberitahu sekurang-kurangnya enam lagi nama besar dicantas semasa melepasi saringan ketiga pagi tadi. Kedudukan genting ini pastinya akan menambah rasa senak perut bakal calon masing-masing kerana segala ikhtiar dan usaha termasuk berjumpa bomoh terhandal Siam dan Jawa sudah dilakukan, tidak termasuk berbelanja besar kepada kawasan idaman masing-masing hingga mencecah puluhan juta. Namun senarai terbaru ini sebenarnya bakal menambah derita Umno dalam usaha mempertahankan Putrajaya buat kali ke-13. Inilah senarai nama enam lagi calon yang gagal melepasi saringan ketiga pagi tadi: 1) Abdul Ghapur Salleh (BEKAS ahli parlimen Kalabakan) 2) Ismail Mohd Said (BEKAS ahli parlimen Kuala Krau) 3) Norraesah Mohamed (BEKAS calon parlimen Balik Pulau) 4) Mohd Nizar Zakaria (BEKAS calon parlimen Parit) 5) Salleh Kalbi (BEKAS calon parlimen Silam) 6) Sapawi Amat Wassali @ Ahmad (BEKAS calon parlimen Sipitang) Keenam-enam mereka tersenarai dalam kategori pertama, senarai calon yang digugurkan. Sumber dalaman itu turut memberitahu bahawa beberapa pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta parti komponen di Sabah dan Sarawak juga sedang menunggu masa untuk dipancung. Antara nama-mana panas yang dikaitkan ialah: 1) William Mawan Ikom (ADUN Pakan, presiden SPDP) 2) James Dawot Mamit (BEKAS ahli parlimen Mambong) 3) Joseph Salang Gandum (BEKAS ahli parlimen Julau) 4) Dr Muhammad Leo Michael Toyad (BEKAS ahli parlimen Mukah) 5) Ahmad Lai Bujang (BEKAS ahli parlimen Sibuti) Kedudukan enam mereka dijangka diketahui lusa apabila mesyuarat tertinggi BN akan memutusak senarai akhir sebelum pengumuman rasmi calon BN yang bertanding dijangka dibuat minggu depan. Masih terdapat calon yang sudah digugurkan kini dalam proses rayuan peringkat pertama dan kedua sebelum dimuktamadkan dalam peringkat ketiga oleh panel tertinggi BN. Sebenarnya ia merupakan tempoh 'berpantang' terhadap bakal calon yang sudah tersenarai sebelum ini agar menjaga 'mulut dan bawah perut' masing-masing kerana nama mereka akan dicantas bila-bila masa sekiranya tidak berhati-hati. Jika ada perkembangan terbaru, kami akan membawakan kepada anda semua. Teruskan bersama kami! | |||
Calon PAS P Pinang sedia tumbang 'Gergasi Tua' Posted: 11 Apr 2013 04:14 AM PDT
Baginya, selagi gergasi tua tidak dihapuskan dia akan mengacau sekali sekala memberontak tanpa ada tujuan. Pemilihan calon kali ini sambungnya, dianggap paling terbaik kerana masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri serta sering bergelumang dengan masyarakat. Di Dun Penaga, Rosidi Husain seorang peguam muda yang berkalibar terkenal dengan kemahiran, bijak menyusun strateji dan merangka peluang mendekati masyarakat telah dipilih. Beliau juga dikenali sebagai Ustaz yang cergas di mana jasa besarnya ialah mewujudkan sebuah padang sukan futsal di tengah- tengah kubu kuat Umno di Kampung Guar Tuan Syed. Di Sungai Dua, PAS meletakkan bekas guru, Cikgu Zahadi Mohd yang pernah bertugas di Sekolah Menengah Haji Abdul Kader, Kepala Batas dan kini bertindak sebagai Penyelaras Dun Sungai Dua mengantikan Allahyarham Fahmi Abdul Wahab. Di Permatang Berangan PAS mengamanahkan kepada Arshad Saleh iaitu bekas Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Kepala Batas. Di Permatang Pasir pula katanya, beliau diamanah oleh parti untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihanraya Kecil setelah penyandangnya Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal akibat jantung. Di Sungai Acheh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah pula adalah tenaga muda yang berpotensi. Selain mengajar beliau juga berjaya dalam bidang pentadbiran dan pengkaderan ahli. Di Bayan Lepas pula, PAS meletakan Cikgu Asnah Hashim (gambar) juga seorang pendidik. Tugas akhirnya sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung kemudian bertukar ke Sekolah Kebangsaan Jelutong dan kemudianya di Sekolah Kebangsaan Teluk Kumbar. Beliau yang kini masih memegang jawatan Pegawai Penyelaras Dun Bayan Lepas nyata berjaya membawa banyak perubahan di dun berkenaan termasuk menyelesaikan masalah tempatan terutamanya membabitkan perumahan dan tanah. Di Parlimen Kepala Batas PAS meletakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden iaitu anak kepada Ahli Parlimen Baling merangkap bekas Imam Masjid Negara. Beliau adalah Pengerusi Jawatan Generasi Pewaris Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan bergerak aktif mengajar di masjid dan surau selain terlibat dalam bidang perniagaan. Manakala di Parlimen Tasek Gelugor, PAS meletakan seorang tokoh koporat Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Melihatkan kepada perkembangan itu Datuk Saleh berpendapat, PAS mampu buat lonjakan dan menang dengan majoriti yang lebih besar. Mudah-mudahan kemenangan itu menambahkan lagi kekuatan PAS berbanding hanya satu sebelum ini. | |||
Dulu Najib Takut Bubar Parlimen, Kini Takut Umum Calon BN Posted: 11 Apr 2013 04:09 AM PDT Lembu-lembu BN ini pun bengong untuk meneruskan kerja tunggu pengumuman calon BN.. KELAB GREENBOC Banyak pihak yang menaruh harapan dan teruja untuk mengetahui senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana diuar-uarkan media, menjadi hampa apabila ia tidak menjadi kenyataan semalam. Antiklimaks, begitu kesimpulan yang boleh digambarkan terhadap harapan mereka untuk mengetahui siapa yang akan ditampilkan BN sebagai calon-calonnya untuk pilihan para pengundi pada 5 Mei nanti. Bagi pihak berkepentingan, terutamanya bakal-bakal calon, penantian penuh debaran mereka nampaknya akan hanya berakhir dalam beberapa hari lagi. ".... belum selesai. Akan diumumkan beberapa hari lagi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kepada pemberita selepas program perjumpaan Pengerusi BN Bersama Jentera Pilihan Raya Parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Najib, yang juga Penerusi BN berkata proses memuktamadkan senarai akhir calon parti itu masih belum selesai kerana pelbagai faktor perlu diambil kira dan dipertimbangkan dengan teliti sebab BN hendak mengukuhkan peluangnya untuk menang pada PRU-13. Seorang individu yang mengaku namanya antara yang disebut-sebut akan menjadi calon berkata beliau sangat berharap Perdana Menteri akan membuat pengumuman itu hari ini namun akan tetap bersabar sehingga mendapat kepastian mengenai perkara itu. Penulis dan rakan-rakan sekerja yang juga pengundi berharap Najib akan segera membuat pengumuman itu untuk mengetahui calon-calon BN di kawasan masing-masing kerana ia sekali gus dapat melenyapkan khabar angin yang bertiup kencang berhubung nama-nama yang akan menjadi calon di kawasan pilihan raya masing-masing. Pada perjumpaan hari ini, Perdana Menteri menjelaskan kepada jentera pilihan raya BN bahawa penentuan kerusi dan calon parti itu adalah proses yang kompleks kerana pelbagai faktor perlu diambil kira. BN, kata Najib tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu sambil meminta anggota BN memahami hakikat bahawa objektif pilihan raya kali ini bukan semata-mata terpilih menjadi calon, sebaliknya membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri. - Bernama | |||
Ketua UMNO Jengka 9 Dan Penyokong Sertai PAS Posted: 11 Apr 2013 04:04 AM PDT Jerantut: Umno Jerantut khususnya Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Tawar menerima tamparan hebat apabila para peneroka Felda meninggalkan perjuangan parti itu dan menyertai PAS. Malam tadi, Ketua Umno Cawangan Jengka 9, Yusof Hasan, mengisytiharkan diri menyertai PAS bersama para penyokongnya. Bekas Ketua Kampung Jengka 9 itu membuat perisytiharan demikian sejurus selepas menyerahkan borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada satu majlis yang diadakan di tanah rancangan Felda itu. Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Jerantut, Dr Hamzah Jaafar. Yusof yang menyandang jawatan ketua Umno cawangan selama 20 tahun iaitu dari 1987 hingga 2007 dan menjadi ketua kampung Jengka 9 selama 10 tahun 1997 hingga 2007, turut menyerahkan borang PAS mewakili isteri dan para penyokongnya. Sementara itu dalam ucapannya, beliau bersama penyokong yang terdiri daripada golongan muda, bertekad untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana sudah menyedari pengkhianatan yang dilakukan terhadap orang Melayu. Antara lain, beliau juga meyakini tawaran PAS dan Pakatan Rakyat yang akan membela nasib generasi kedua Felda dan rakyat umumnya melalui konsep negara berkebajikan. Dalam pada itu, Pengarah PAS Dun Pulau Tawar, Yohanis Ahmad, percaya lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno akan menyertai atau membantu perjuangan PAS memandangkan Yusof seorang yang berpengaruh dan dihormati di situ. | |||
Tiada niat jahat dalam laporan Utusan ke atas Nizar, kata wartawan Posted: 11 Apr 2013 04:02 AM PDT Wartawan Mohd Ifqdar Abdul Rahman hari memberikan keterangan bagi kes saman fitnah Nizar terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, penerbit akhbar Utusan Malaysia ekoran laporan berdasarkan komen Twitternya selepas Sultan Johor memenangi bidaan nombor pendaftaran kereta WWW1 bernilai RM520,000. "Kami hanya mencatat maklumat berdasarkan temubual dan kenyataan komen Twitter Plaintif. Tiada unsur niat jahat dan artikel tersebut tidak pernah dipinda, ditambah faktanya ataupun ditukar," kata wartawan Utusan di Biro Johor Bahru, Mohd Ifqdar dalam keterangan saksinya yang difailkan di mahkamah hari ini. Awalnya dalam kenyataan sama yang ditulis dalam bahasa Melayu, Ifqdar berkata penerbit akhbarnya tidak mempunyai sebarang niat jahat dalam penerbitannya, sambil menambah tidak meminda atau menambah fakta dalam laporannya ke atas komen Twitter Nizar. "Saya mahu katakan Utusan Melayu tidak pernah mempunyai niat jahat dalam penerbitan kami. Saya percaya tiada sebarang tambahan fakta atau pindaan fakta dalam artikel itu," kata beliau dalam kenyataannya, serta menambah laporan tersebut ditulis dengan penuh keikhlasan untuk memberitahu kepada pembaca surat khabar. Semasa soal balas, Ifqdar tidak bersetuju dengan peguam Nizar, Mohd Fitri Asmuni apabila mencadangkan wartawan tersebut tidak mendapatkan pengesahan Nizar kerana terdapat niat jahat atau tujuan untuk "memutar-belit" laporan berita tersebut. Semasa awal perbicaraan, wartawan tersebut mengakui tidak mendapatkan pengesahan Nizar terhadap laporan berita yang diterbikan pada 30 Mei tahun lalu itu. Apabila peguam Nizam menyoalnya tentang pemilihan perkataan dalam laporan itu, Ifqdar beberapa kali tidak bersetuju dengan mengatakan beliau menokok tambah terhadap komen Twitter Nizar. Semasa periksa semula, peguam Utusan Datuk Firoz Hussein Jamaluddin bertanya sama ada terdapat mana-mana arahan diberikan kepada Ifqdar untuk memutarbelitkan laporan berita itu. "Tiada siapa yang telah memberikan arahan kepada saya untuk memutar belitkan berita ini," jawab Ifqdar, dimana dalam semua keterangannya hari ini tidak bersetuju dengan cadangan bahawa laporannya tidak adil dan tidak benar. Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosnaini Saub akan bersambung semula pada 7 Jun, dengan peguam dari kedua-dua pihak dijangka akan mengemukakan permohonan mereka di mahkamah. | |||
Setiausaha politik Najib enggan ulas MCA, terus berkempen di Wangsa Maju Posted: 11 Apr 2013 03:40 AM PDT Shafie menegaskan tiada keperluan untuk menjawab tuduhan oleh Setiausaha Organisasi MCA Wangsa Maju Lim Choon Hong itu. "Tiada komen... tidak perlu rasanya," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju itu apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider. Walau bagaimanapun, Shafie berkata aktiviti berkempen berjalan seperti biasa dan diteruskan sehinggalah hari membuang undi pada 5 Mei nanti. "Hari ini saya baru habis berkempen di Klinik Rakyat 1Malaysia. Sabtu dan Ahad ini saya meneruskan kempen dengan menjelajah ke seluruh Wangsa Maju untuk bertemu dengan penduduk sekitar," katanya lagi. Semalam, Lim menuduh perlantikkan Shafie sebagai ketua BN Wangsa Maju adalah bertujuan untuk merampas kawasan pilihan raya mereka yang merupakan kerusi tradisi untuk MCA di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Calon MCA pada 2008, Datuk Yew Teong Lock telah tewas sebanyak 150 majoriti kepada calon PKR Wee Choo Keong yang kemudiaan mengumumkan keluar parti pada 2010 dan menjadi ahli parlimen bebas. Terdapat banyak spekulasi media bahawa Shafie telah mendapat restu kepimpinan Umno pusat untuk bertanding di Wangsa Maju terutamanya selepas menghadiri satu program bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lepas. Dalam pada itu, Najib semalam berkata senarai calon BN bagi pilihan raya umum ke-13 dijangka diumumkan minggu ini. Pengundi kaum Melayu merupakan yang terbesar di kerusi parlimen Wangsa Maju dengan 35, 258 (53.28 peratus) orang, diikuti kaum Cina 24, 000 (36.27 peratus) dan India dengan 5,741 (8.68 peratus). Parlimen Wangsa Maju mempunyai pengundi paling ramai yang berusia antara 30-49 tahun dengan 45.68 peratus (30, 230) dan diikuti golongan pesara yang berusia antara 50-69 tahun dengan 31.66 peratus (20, 953). | |||
MCA sahkan kerusi Kuantan dipinjamkan kepada Umno Posted: 11 Apr 2013 03:38 AM PDT Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengumumkan mengenai itu hari ini, mengakui kerusi Kuantan sekarang ini dilihat lebih cerah untuk dimenangi oleh Umno kerana pengundi Melayu berjumlah 63 peratus daripada 50,000 pengundi. "Kuantan dipinjamkan kepada Umno kerana Umno merasakan mereka boleh menang kerusi itu," kata beliau dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa MCA di ibu pejabat parti. Dr Chua juga mengesahkan kerusi Kota Laksamana di Melaka akan dipinjamkan kepada Parti Progresif Rakyat (PPP) sementara berlaku pertukaran kerusi dengan Gerakan di Pahang, dengan Gerakan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata dan MCA akan mengambil kerusi DUN Ketari. | |||
Ini dia satu lagi lambang "Kegagalan Projek Mega"? Posted: 11 Apr 2013 01:07 AM PDT
Apa dah jadi dengan terowong SMART bernilai jutaan billion.Projek yang konun untuk mengatasi masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. Kewujudan terowong itu masih gagal memainkan peranan tujuaan asal ia dibina. Amat malang bagi warga KL, terowong Smart indah khabar dari rupa.Adakah ianya melambangkan kegagalan atau satu lagi projek projek gajah putih kerajaan Barisan Nasional? ************************* Allah tak janjikan apa-apa kesenangan dunia pada semua hambaNya tetapi Allah janjikan ujian-ujian yang akan di beri untuk hambaNya untuk menjadi hamba yang beriman dan yakin pada Allah yang mana Allah sahaja yang boleh diletakkan sepenuh kepercayaan..bukan pada manusia yang merasa kan diri mereka seperti 'Tuhan'. | |||
Soi Lek tidak bertanding dalam PRU13 Posted: 11 Apr 2013 12:38 AM PDT MALAYSIA KINI Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum, sekaligus menjadi presiden MCA pertama yang tidak dicalonkan.Chua berkata ini akan membantu proses peremajaan parti dengan membenarkan muka baru diketengahkan, dan juga membolehkan beliau mengetuai kempen pilihan raya MCA di seluruh negara. | |||
Rakyat Wilayah Persekutuan Akan Dapat Saham Air Jika PR Tawan Putrajaya Posted: 11 Apr 2013 12:24 AM PDT BANDAR TUN RAZAK : Penduduk di Wilayah Persekutuan berpeluang memperolehi saham air hasil penstrukturan industri air Selangor jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menguasai pentadbiran negara selepas pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha ini boleh dilaksanakan berdasarkan pengalaman beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB). Semasa di PNB beliau telah berjaya melaksanakan pengeluaran lapan juta saham amanah kepada rakyat Malaysia termasuk skim terkenal Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputra. "Jadi perkara ini bukan satu perkara impian tetapi kenapa tidak dapat dilakukan kerana mereka (BN) yang tidak melakukan ini apabila mereka tidak menjaga kepentingan rakyat. "Hari ini kita memilih dua pasukan dengan satu daripada Pakatan Rakyat dan satu lagi daripada Umno-BN". "Yang mana satu memikirkan keuntungan korporat (BN) dan satu lagi memikirkan keuntungan rakyat (Pakatan Rakyat)," kata Abdul Khalid. Beliau berkata demikian dalam ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Padang Bolasepak Jalan Jujur di sini semalam. Sebelum ini, Abdul Khalid mengumumkan hasratnya untuk menterbitkan saham industri air Selangor untuk lima juta penduduk di Selangor sekiranya PR diberi mandat mentadbir sekali lagi. Penawaran saham air merupakan satu lagi penterjemahan cita-citanya sebagai Menteri Besar yang mahu rakyat Selangor memiliki kekayaan negeri. | |||
Rodziah Dedah Firma Peguam Dalang Tuntut Elaun Ibu Tunggal Posted: 11 Apr 2013 12:20 AM PDT PETALING JAYA, : Sebuah firma peguam, Tetuan Kamarudin & Partners didakwa menjadi dalang disebalik tuntutan ibu tunggal yang menyaman Kerajaan Negeri Selangor. Timbalan Wanita PKR, Rodziah Ismail berkata, beliau menerima aduan rasmi berkaitan borang palsu yang memberi kuasa kepada sebuah firma guaman yang berdaftar untuk menuntut elaun ibu tunggal daripada Kerajaan Negeri Selangor. Katanya, ibu tunggal dan anggota keluarga yang terlibat mendedahkan bahawa para ibu tunggal dijanjikan akan mendapat RM5,000 hanya dengan mengisi borang tersebut. "Mereka (ibu tunggal) dimaklumkan oleh pihak terbabit, bahawa tuntutan elaun yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor boleh diperolehi menerusi tindakan Peguam Tetuan Kamarudin & Partners bagi pihak ibu tunggal yang menandatangani borang tersebut," katanya dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Tambah Rodziah, edaran borang secara langsung kepada masyarakat oleh mana-mana peguam yang dikawal oleh Legal Profession Act 1976 dan boleh sabit sebagai 'touting' iaitu mencari pelanggan secara tidak sah disisi undang-undang. "Saya memohon agar pihak ibu tunggal berhati-hati supaya tidak menjadi bahan atau mangsa mereka apatah lagi dalam suasana pilihan raya. Jika mereka benar prihatin dengan ibu tunggal di mana mereka selama ini," soalnya. Jelas Rodziah, aduan yang diterima akan disusuli dengan surat dan laporan kepada Majlis Peguam Negara dan Pendaftar Mahkamah Tinggi. Menurut Rodziah, Kerajaan Negeri tidak pernah membuat janji untuk memberi elaun sedemikian kepada semua ibu tunggal di Selangor. Turut hadir dalam sidang media itu, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. | |||
Pengarah filem mahu habuan gay Posted: 11 Apr 2013 12:13 AM PDT Seorang penerbit drama didapati cuba mempelawa seorang pelakon baru melakukan hubungan sonsang jika mahu berlakon didalam drama terbitannya."Tindakan biadab penerbit itu mahukan saya menjadi 'suaminya' dan tinggal serumah amat menjijikkan. Kalau itu yang dia mahu, saya bukanlah orangnya," kata pelakon baru, Norshazril Ahmad, 24, atau Shazril Ahmad. Begitulah nasib buruk yang menimpa Shazril pelakon yang baru lima bulan bergelar anak. Dia dijadikan sasaran seorang penerbit drama yang menawarkannya watak utama sebuah produksi sekiranya sanggup menjalinkan hubungan songsang dan tinggal bersama lelaki berkenaan. Mendedahkan perkara itu, pelakon drama Hujan siaran TV3 itu berkata, dia mengenali lelaki itu pada 10 Mac lalu selepas mengetahui produksi miliknya memerlukan pelakon. "Pada 12 Mac, dia menjemput saya untuk menghadiri sesi uji bakat drama sebelum saya ke Ampang dua hari kemudian bagi tujuan itu. Berdasarkan pengalaman membintangi empat drama, saya yakin untuk mendapatkan watak itu. "Namun, selepas tamat uji bakat, dia menyatakan saya hanya layak diberikan watak sekiranya sudi menjadi 'suaminya', menjalinkan hubungan songsang, memeluk dan menciumnya selalu," katanya. | |||
Senarai calon PAS di Negeri Sembilan Posted: 11 Apr 2013 12:07 AM PDT Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani mengetuai cabaran PAS bersama Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum kali ini.Beliau akan mempertahankan kerusinya di DUN Paroi bersama AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar di DUN Lenggeng.Turut bertanding peringkat negeri adalah pakar ekonomi PAS Dr Rosli Yaakop di DUN Klawang. PAS Negeri Sembilan mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-13 di Muasasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol malam tadi. Pengumuman calon DUN dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani. Sementara itu, calon-calon parlimen pula diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Dalam pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN Negeri Sembilan. Mereka hanya memerlukan lima kerusi sahaja lagi untuk menang dan mentadbir Negeri Sembilan. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebelum ini meramalkan Pakatan akan menang skurang-kurangnya tujuh negeri dalam PRU 13 ini dan Negeri Sembilan dipercayai salah satu daripadanya. Berikut calon PAS Negeri Sembilan: DUN Paroi – Mohd Taufek Abdul Ghani Lenggeng – Zulkefly Mohamad Omar Labu – Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa Klawang – Dr Rosli Yaakop Chembong – Kamarol Ridzuan Mohd Zain Bagan Pinang – Ramli Ismail Sungai Lui – Nor Anif Selamat Senaling – Zaharudin Othman Johol – Norazman Mohamad Kota – Ghazali Mohd Shom Serting – Abdul Rahman Ramli Gemencheh – Mohd Noor Yassin Parlimen Jelebu – Aiman Athirah Al-Jundi – Jelebu Tampin – Zakaria Khalim Jempol – Wan Aishah Wan Ariffin (gambar atas) | |||
Aishah seru artis praktikkan Islam Posted: 11 Apr 2013 12:05 AM PDT Penyanyi Aishah mahu dunia seni dapat digerakkan mengikut lunas-lunas seperti yang dipraktikkan dalam Islam.Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata, sekiranya dia memenangi kerusi Parlimen Jempol dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kali ini, dia akan menggunakan kuasa yang ada untuk tujuan berkenaan. "Dunia hiburan punya pengaruh yang besar dan kita dapat sampaikan mesej dakwah itu melalui dunia seni," katanya kepada mStar Online di sini. Aishah ditemui pada majlis pengumuman calon PAS untuk kerusi Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sembilan di Muasassah Darul Syarif, Jalan Batu Kikir, di sini malam Rabu. Pengumuman dilakukan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut disaksikan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.Gambar: Penyanyi Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu bersemangat memberi ucapan selepas secara rasmi diumumkan oleh PAS sebagai calon Parlimen Jempol. Hadir sama beberapa pemimpin PAS negeri. Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu dan Camar Yang Pulang berkata, dia mahu melihat lebih ramai golongan artis memiliki ilmu agama dan menggunakan populariti yang ada untuk menyebarkannya kepada orang ramai. Malah katanya, jika hiburan itu dihasilkan sehingga berjaya mendekatkannya dengan Islam, ia akan menjadi sesuatu yang lebih baik. Dalam pada itu Aishah berkata dia sudah bersedia untuk berkempen dan meminta para peminat dapat menyokong perjuangannya. "Saya minta sokongan dan saya minta tunjuk ajar daripada semua. Sama-samalah kita bekerja untuk usaha ini (memenangi pilihan raya)," katanya yang kelihatan agak penat menyertai politik. | |||
Posted: 11 Apr 2013 12:04 AM PDT PEKAN NENAS - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari pokok rambutan di Jalan Sawah Pekan Nenas di sini, kelmarin, ketika memasang bendera parti sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini. Mangsa, Abd Jalil Buyamin, 58, dijumpai seorang pelajar sekolah menengah yang secara kebetulan melalui jalan terbabit untuk ke sekolah berhampiran lokasi kejadian, kira-kira jam 12 tengah hari. Isteri mangsa, Khatijah Md Dom, 51, reda dengan pemergian suaminya itu dan menganggap ia takdir. Dia menerima berita kematian suaminya itu ketika sedang menyapu di hadapan rumahnya. "Seorang lelaki memberitahu Pak Jalil (suaminya) sudah meninggal dunia jatuh dari pokok, saya rasa seperti hendak pengsan ketika itu. "Tidak lama selepas itu, ahli keluarga saya datang beritahu perkara yang sama dan membawa saya ke tempat kejadian. "Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa lagi, darah banyak keluar dari belakang kepalanya, saya terus memeluk dan mencium dahinya," katanya kepada Sinar Harian, di kediamannya semalam. Khatijah berkata, arwah seorang bapa yang periang, peramah dan suka menolong orang selain aktif dalam politik serta gemar memasang bendera parti sejak dari dahulu lagi. Menurutnya, arwah aktif memasang bendera terutama ketika menjelang pilihan raya sama seperti yang lepas. "Sejak muda lagi dia aktif bersama Umno dan gemar melakukan aktiviti parti biarpun sudah tidak memegang sebarang jawatan lagi," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, siasatan mendapati, mangsa mungkinan memanjat pokok rambutan itu untuk membersihkan ranting pokok bagi memasang bendera parti. "Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan dan menyifatkan kes sebagai mati mengejut," katanya. | |||
Anwar terharu penyokong duduk dalam becak ikuti ceramah Posted: 11 Apr 2013 12:01 AM PDT KEADILAN DAILYCHERAS - Datuk Seri Anwar Ibrahim terharu menyaksikan penyokongnya duduk dalam becak ketika mengikuti ceramah di padang bola di Jalan Juju, Bandar Tun Razak di sini, malam tadi.Prihatin, beliau yang sedang berucap di pentas berhenti lalu menegur mereka dengan suara lunak dan nada simpati: "Yang duduk atas lecah (becak), basah seluaq (seluar). Selepas penyokong itu kelihatan menjawab sesuatu, kedengaran Anwar berkata: "Okay ya. Hang pa ni, kot lelaki basah, eh yang perempuan pun basah (becak berdekatan) sama sekali. "Saya ucap terima kasihlah. Mana nak cari penyokong macam ini, fikir tengok," katanya sebagai menghargai kesanggupan mereka, ikuti tepukangemuruh dari lebih 5,000 hadirin. Terdahulu, hujan lebat pada petang sebelum ceramah perdana yang menyelitkan pengumuman calon Parlimen bagi Wilayah Persekutuan. Ketua Umum KEADILAN itu mengaitkan sokongan padu mereka sebagai hikmah atas segala penghinaan yang dilempar Umno kepadanya. "Sebab itu, ya saya boleh gurau. (Tapi) ada hikmah derita, kena pukul, kena telanjang, tiap malam 15 minit (berita media kawalan Umno) dicerca," katanya. Selain Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tian Chua, Nurul Izzah, Dr Idris Ahmad, Dr Tan Kee Keong dan Ibrahim Yaakob antara yang berucap. Untuk tonton, KLIK INI (time code 1:34:12) -(FZL) | |||
Pengumuman calon KEADILAN Selangor 14 April (Ahad) Posted: 10 Apr 2013 11:55 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon KEADILAN Selangor pada Ahad, 14 April dalam siri Jelajah Pakatan Harapan Rakyat.Pengumuman akan dibuat pada ceramah itu yang berlangsung di Padang Awam AU 2, Keramat bermula jam 8.30 malam hingga 12 malam. Selain Ketua Umum, pemimpin Pakatan Rakyat yang turut sama berceramah ialah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali. Selain itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Adun Sri Andalas, Xavier Jayakumar. | |||
Tangki najis meletup, dua beranak cedera Posted: 10 Apr 2013 11:53 PM PDT ALOR GAJAH - Tindakan dua beranak membersihkan tangki najis menggunakan karbait mengundang padah apabila tangki itu meletup dalam satu kejadian di sebuah taman perumahan di Masjid Tanah, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu mangsa, Zakuan Syahmi Zaili, 9, melecur seluruh muka manakala ibunya, Surani Jayali, 48, cedera di muka akibat terkena api yang menyambar. Jirannya yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, Zakuan Syahmi mencampakkan karbait ke dalam tangki terbabit dan ketika membuka penutupnya gas karbait menyambar api pada gulungan kertas di tangan ibunya yang baru dinyalakan. "Selepas memasukkan ketulan karbait yang kedua, Zakuan Syahmi bertindak membuka penutup tangki mengakibatkan gas karbait itu menyambar api yang menyala pada gulungan kertas di tangan ibunya. "Akibat letupan itu, Zakuan Syahmi tercampak sejauh tiga meter sebelum menggelupur kesakitan dan kepanasan sehingga seluruh mukanya merah padam," katanya. Sementara itu, Surani berkata, ketika kejadian hanya dia dan anak bongsunya berada di rumah lalu bercadang untuk membakar jentik-jentik di dalam tangki. "Sehari sebelum kejadian anak saya ada mengadu terlalu banyak nyamuk di rumah dan kami merancang untuk memusnahkan jentik-jentik dengan membakar tempat pembiakannya. "Semasa memasukkan ketulan karbait, saya menghidupkan api pada kertas sementara anak saya mencangkung di hadapan tangki itu dan terus membuka penutup menyebabkan letupan berlaku," katanya. Menurutnya, dalam keadaan panik dia segera mendapatkan anaknya dan mendapati muka anaknya itu sudah kemerahan serta kebiruan lalu membawanya masuk ke bilik air. "Ketika itu, saya dapat rasakan tudung melekat pada kulit muka dan jiran mula memenuhi hadapan rumah selepas terdengar letupan kuat. "Saya terus membawa anak masuk ke bilik air dan menyiram air pada badannya kerana mengadu kepanasan sebelum jiran datang membawa kami ke hospital," katanya. Surani berkata, mujur ketika kejadian jiran segera datang membantu kerana suaminya, Zaili Yaacob, 54, berada di Kuala Selangor atas urusan peribadi. "Saya bertambah panik apabila ke klinik berdekatan tetapi diberitahu doktor tiada sebelum ke klinik swasta, namun menerima jawapan sama lalu ke Hospital Alor Gajah," katanya. Dia yang baru pulih daripada melecur di bahagian muka berkata, sepanjang perjalanan menuju ke hospital, dia tidak henti meminta maaf kepada anaknya itu kerana merasa bersalah atas kejadian. "Walaupun ia kemalangan yang tidak dijangka, namun saya tetap rasa bersalah atas kejadian yang berlaku terhadap anak yang kini terpaksa berehat dan tidak dapat ke sekolah. "Sudah banyak kali maklumkan masalah ini kepada pihak berkaitan, namun tiada sebarang tindakan dibuat hingga kami terpaksa lakukan sendiri," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang berhubung kejadian berkenaan. | |||
Wanita KEADILAN gegar kempen PRU 13 bersama Wan Azizah Posted: 10 Apr 2013 11:48 PM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: Wanita KEADILAN diketuai Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menggegarkan kempen PRU 13 ke seluruh negara. Setiausahanya, Juwairiya Zulkifli berkata, pelancaran 'Video Kempen Wanita' di ibu pejabat parti tengahari ini merupakan permulaan kepada kempen itu. "Presiden akan bergerak ke seluruh negara untuk menerangkan isu wanita dan tawaran Pakatan Rakyat kepada golongan itu. "Jentera wanita pula bertindak untuk menggerakkan ahli wanita di setiap negeri supaya menyertai kempen yang dijalankan," katanya kepada Keadilan Daily. Mengulas lanjut, Juwairiya berkata, gerak kerja wanita dari segi logistik meliputi cetakan bahan kempen seperti risalah dan buku tawaran yang kini sedang dikumpul di ibu pejabat parti. "Kita akan bekalkan semua bahan kempen tersebut kepada calon wanita. Calon yang sudah diumum telah menubuhkan bilik gerakan dan jentera masing-masing," jelasnya. Dari segi pemilihan calon, Juwairiya berkata, KEADILAN setakat ini mencapai 30 peratus kuota untuk diisi oleh wanita. "Di Selangor, kita telah capai 30 peratus, begitu juga di negeri (Pakatan) lain. Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin sudah menghantar nama calon untuk diputuskan," katanya. Wanita sebelum ini bekerjasama dengan pejabat Wan Azizah menerusi program Agenda Wanita dan Women Against Crime. – NS | |||
Jika Lisa Surihani calon PRU13... Posted: 10 Apr 2013 11:45 PM PDT Belum pasti siapa akan dipilih parti lawan untuk menentang wanita berusia 48 tahun dan beranak dua, kelahiran Negeri Beradat itu. Atau, adakah sesiapa berani mencuba nasib sebagai calon bebas melawan Aishah? Amaran: Hanya yang bersuara lunak seperti buluh perindu digalakkan mencuba sebagai calon bebas menentang bekas anggota kumpulan Fan Club itu. Tidak layak langsung mencuba bagi sesiapa yang suara seperti buluh betong, atau suara ala-ala dentuman bom dalam 'Op Daulat' di Tanduo, Lahad Datu. Ada ramai artis wanita yang boleh dicalonkan untuk menentang Aishah. Kalau hendak yang suara manja saya cadangkan Ella. Walaupun sudah bergelar isteri, gaya dan suaranya masih tetap membuat pengundi – terutama lelaki – longlai. Shiela Amzah, Yuna, Misha Omar pun layak. Ada artis wanita suara tidak berapa menawan tetapi lakonan dan gayanya amat memukau. Rozita Che Wan pada hemat saya paling sesuai. Jelingannya pasti mendapat undi. Atau, apa kata Datuk Siti Nurhaliza yang suaranya terus memukau, gayanya terus memikat? Kalau Lisa Surihani bertanding di tempat saya, tidak kira parti apa, tetap dia mendapat satu undi daripada saya. Akan saya pangkah dia tanpa was-was, hatta jika lawannya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abd Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz, waima Datuk Seri Najib Tun Razak sekali pun. Kecuali jika yang melawan Lisa ialah Maimun Yusuf @ 'Tok Mun', maka aktres manis itu tidak saya pangkah, sebab undi saya yang satu akan diberi kepada wanita gigih berusia 93 dari Terengganu itu, sebagai undi kesian. Kalau hendak memenangi undi wanita, artis lelaki juga boleh dipertimbangkan sebagai calon. Aaron Aziz yang macho sakan dan menghiris perasaan wanita menerusi filem box-office Ombak Rindu, pasti meraih ramai undi kaum Hawa, tidak kira di kawasan mana dia bertanding. Bagaimanapun untuk PRU13 ini Aaron belum layak bertanding, sebab dia masih warganegara Singapura. Fahrin Ahmad pun tidak kurang hebatnya. Kalau tanya sepuluh wanita, pasti sembilan menyukainya; seorang lagi yang tidak menyukainya itu mungkin sebab buta, boleh jadi juga minda tidak stabil. Semak dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan mana paling ramai pengundi wanita, dan letakkan Fahrin. Kalau hendak artis lelaki tampan lagi kelihatan berhemah, saya cadangkan Datuk Jalaluddin Hassan. Tampan bergaya, suaranya romantik, sekali dia tersenyum lemah longlai jiwa wanita. Kalau dia berlakon memegang watak jahat pun, wanita tetap suka. Begitulah hebatnya beliau. Saya tidak bergurau apabila mencadangkan nama-nama artis untuk PRU13. Sebenarnya masa sudah tiba golongan karyawan diberi peluang dalam pilihan raya. Ini bukan sesuatu yang luar biasa – juga bukan luar tabii! – sebab di tempat lain artis bukan sahaja bertanding, malah apabila menang diberi jawatan penting dalam kerajaan. Di Amerika Syarikat ada pelakon koboi yang masuk politik, bertanding dalam pilihan raya, dan akhirnya terpilih sebagai pemimpin No.1 negara besar itu. Beliau ialah Ronald Reagan yang pada 1981 menjadi Presiden Amerika ke-40. Arnold Schwarzenegger, aktor maco bertubuh sasa itu menjadi Gabenor California dari 2003 hingga 2011. Marudhur Gopalan Ramachandran @ MGR lama berkecimpung dalam dunia perfileman India sebagai pelakon, pengarah, penerbit, sebelum akhirnya memenangi pilihan raya dan menjadi Perdana Menteri Tamil Nadu. Di Filipina Joseph Estrada berkerjaya dalam seni selama 33 tahun dan berlakon dalam lebih 100 filem, bertanding dalam pilihan raya, terpilih sebagai Senator dan akhirnya menjadi Presiden ke-13 negara itu dari 1998-2001. Di tempat kita seingat saya hanya Tan Sri Jins Shamsuddin yang masuk politik dan akhirnya dilantik sebagai Senator. Harap-harap lepas PRU13 nanti ada mana-mana artis kita – tidak kira lelaki, lebih sedap lagi jika wanita – dipilih rakyat, dan dilantik sebagai anggota jemaah menteri. | |||
Posted: 10 Apr 2013 11:43 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan senarai calon parti komponen itu yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selewat-lewatnya Selasa ini. Pengumuman itu dijangka dibuat pengerusi BN negeri selepas Pengerusi BN pusat Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan senarai calon yang telah dimuktamadkan kepada mereka selewat-lewatnya Isnin ini, menurut sumber dalaman BN. Sebelum ini, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, senarai calon BN mungkin diumum dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum penamaan calon pada 20 April ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi PRU13 ditetapkan pada 5 Mei manakala tarikh penamaan calon ialah 20 April. Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), Pas (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan