DUNIACACAMARBA |
- Pelajar Pukul Ketua Kelas Dibuang Sekolah & Diberkas Polis
- [Video] Mamak UMNO Tuduh TG Nik Aziz Yahudi....
- [Gambar & Video] Ikan Berwajah Buaya Ditangkap di Thailand
- Penagih Porno Sumbat Belut ke dalam Dubur Sendiri
- Mangsa Rogol dan Buli Bunuh Diri
Pelajar Pukul Ketua Kelas Dibuang Sekolah & Diberkas Polis Posted: 11 Apr 2013 03:39 PM PDT Polis Tahan Tiga Pelajar Sekolah Menengah Pukul Rakan [Bernama] BUTTERWORTH: Polis menahan tiga pelajar sekolah menengah di Seberang Jaya, dekat sini yang sebelum ini dikenakan tindakan buang sekolah berhubung kes pukul seorang pelajar di sekolah yang sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata tiga pelajar berusia 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di sekitar Seberang Jaya di sini pada 11 malam Rabu. "Kita tahan mereka semalam untuk ambil keterangan bagi melengkapkan siasatan. Jika polis dapat melengkapkan keterangan hari ini kita akan bebaskan pelajar terbabit. "Sekiranya masih belum cukup (keterangan), polis akan mendapatkan perintah reman terhadap mereka, semua itu bergantung kepada hasil siasatan kita," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis. Katanya setakat ini polis telah merakamkan percakapan lapan orang termasuk mangsa, pelajar yang merakamkan video pergaduhan itu dan guru di sekolah berkenaan. Mazlan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh. Pada Rabu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Ahmad Tarmizi Kamaruddin dipetik sebagai berkata jabatannya telah membuang tiga pelajar dari sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya di sini setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar dalam kejadian 4 Mac lepas. Kejadian itu dikatakan berpunca apabila tiga pelajar tingkatan tiga terbabit berang dengan tindakan ketua tingkatan yang mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah. Perbuatan mereka dirakam dan tersebar luas dalam laman YouTube sejak beberapa hari lepas dan mendapat komen negatif daripada orang ramai. | ||
[Video] Mamak UMNO Tuduh TG Nik Aziz Yahudi.... Posted: 11 Apr 2013 04:52 AM PDT | ||
[Gambar & Video] Ikan Berwajah Buaya Ditangkap di Thailand Posted: 10 Apr 2013 11:00 PM PDT [HM] Phitsanulok (Thailand): Nelayan di Sungai Nan di daerah Prom Piram di sini terkejut apabila seekor ikan besar dan ganjil ditangkap berhampiran tebing sungai itu semalam. Somjit Chodchoey, 59, berkata, dia dan adiknya, Dao Promkong memasang umpan pada petang kelmarin. Katanya, dia menemui ikan yang berwajah ganjil itu pada satu daripada cangkuk umpan berkenaan keesokannya. Menurut nelayan itu, haiwan berkenaan kelihatan seperti gabungan buaya dan ikan, berukuran kira-kira 1.5 meter panjang dan berat lebih 10 kilogram.
Penduduk kampung itu datang beramai-ramai untuk melihat ikan berkenaan selepas berita mengenainya tersebar. Saintis perikanan, Issara Suwittayaporn yang turut datang untuk melihat tangkapan ganjil itu yakin ia buaya gar yang nama saintifiknya atractosteus spatula. Kebanyakan haiwan seumpama itu ditemui di wilayah Amazon di Amerika Selatan, katanya. Dia percaya ikan berkenaan dipelihara oleh penduduk yang mengambil keputusan untuk melepaskannya selepas ia menjadi terlalu besar. Menurut Issara, buaya gar adalah besar, hidup lama, memakan ikan kecil dan burung serta boleh menghasilkan banyak anak. Ekosistem boleh terjejas jika jumlah haiwan itu terlalu banyak di habitat asli Thai. Isteri Dao, Malee Promkong berkata, ikan itu tidak akan diapa-apakan. "Ia akan dijual atau diserahkan kepada pegawai perikanan jika mereka datang untuk mengambilnya," kata Malee. - AFP | ||
Penagih Porno Sumbat Belut ke dalam Dubur Sendiri Posted: 10 Apr 2013 06:59 PM PDT [HM] Guangdong: Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat. Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno. Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: "Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya." Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan. "Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu. "Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam," kata anggota pasukan perubatan itu. "Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoal siasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan," kata jurucakap polis. - Daily Mail | ||
Mangsa Rogol dan Buli Bunuh Diri Posted: 10 Apr 2013 05:37 PM PDT [SH] OTTAWA - Seorang remaja Kanada yang didakwa menjadi mangsa rogol dan buli telah meninggal dunia minggu lalu. Rehtaeh Parsons, 17 dimasukkan ke hospital selepas dia cuba bunuh diri dengan menggantung diri, Khamis lalu. Menurut keluarganya, Rehtaeh telah dibuli lebih satu tahun setengah selepas serangan seksual ke atasnya bermula November 2011, ketika dia berusia 15 tahun. Selain serangan seksual, gambarnya yang diambil semasa kejadian turut diedarkan kepada rakan-rakannya melalui internet dan ia salah satu punca remaja malang ini untuk membunuh diri. Ibunya, Leah Parsons menulis menerusi laman sosial Facebook yang anaknya berjuang habis-habisan secara emosi selepas siasatan polis berakhir tanpa sebarang tuduhan jenayah terhadap pelaku. "Rehtaeh telah pergi hari ini disebabkan empat lelaki yang menyangkakan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun itu sesuatu yang OK dan sebarkan pula gambar anak saya untuk dipermain-mainkan," ibunya menulis di Facebook. "Jenayah buli ini mesti dipersalahkan dan keadilan turut tidak memihak kepadanya. Orang-orang inilah yang sebenarnya mengambil nyawa anak saya," katanya. Upacara pengebumian Rehtaeh pula bakal diadakan Sabtu ini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan