Khamis, 11 April 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gambar Husam Musa Ceramah Di Putrajaya. Allahuakhbar!

Posted: 11 Apr 2013 07:50 AM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/305979_4509030445493_1054191183_n.jpghttp://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/552774_4509120527745_837786746_n.jpg

Sidang media pertama Datuk Husam mengulas kenyataan Tengku Adnan yg mengatakan beliau akan menang 2/3 undi, Datuk mengataka sesiapa shj calon BN adalah hebat dan dia tidak berhajat untuk bertembung dgn tokoh hebat BN ini.....dia cuma mahu membicarakan masalah dasar mengapa rakyat perlu membuat perubahan dan mengapa perlu Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.


Jadual Program esok (Jumaat 12hb. April, 2013 M bersamaan 1 Jamadilakhir, 1434 H)

1. Solat Subuh di Putrajaya

2. Sarapan pagi bersama penyokong dan penduduk Putrajaya

3. Walkabout di sekitar Putrajaya

4. Solat Jumaat di Masjid Putrajaya, bersebelahan Jabatan Perdana Menteri.

Detail akan dikemaskini kemudian.


Kota dan Peradaban Islam - Tazkirah Siri 1 Calon P-125 Putrajaya (Haji Husam Musa)


Ketika seorang ulama pejuang terkenal Moroco hendak meletakkan batu asas Kota Fez - Maulana Idris - berdoa bersama pengikutnya seperti berikut;

"Ya Tuhanku! Engkau amat mengetahui aku membinakan kota ini bukan untuk dipuji dan berbangga kepada selain-Mu, tidak juga kerana kepura-puraan, keangkuhan dan rasa besar diri.

Melainkan niatku untuk penduduknya sentiasa mengabdikan diri hanya kepada-Mu, hukum dan panduan-Mu menjadi batas sempadan serta kandungan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi-Mu dijunjung, selagi mana bumi ini masih wujud.

Ya Ilahi! Bantulah pendudukanya melakukan sesuatu yang benar dan pandulah mereka melaksanakan tugas mereka sebagai hambaMu.

Ya Ilahi! Lindungilah mereka dari kejahatan apa jua, limpahkan mereka dengan anugerah yang tak terhitung dan jauhkan mereka dari pedang musuh.

Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu."

Fez - masih wujud hingga kini. Sesiapa yang pernah berkunjung ke sana akan merasa ta'jub dengan keindahan susun atur bandarnya. Keindahan dalaman rumah penghuninya lengkap dengan taman dan ruang santai keluarga, sangat menarik dan indah. Pancuran air telah digunakan untuk mewujudkan ketenangan dan kedamaian penghuni kotanya.

John Anthony Burgess Wilson, Novelis British yang pernah menetap di Malaysia termasuk di Kota Bharu, pengarang antara lain novel seperti: Time for a Tiger, The Enemy in the Blanket , Beds in the East, The Malayan Trilogy yang kemudiannya diterbitkan dalam satu jilid dengan judul "The Long Day Wanes", "The Right to an Answer" (1960), "The Doctor is Sick" (1960) dan belasan novel yang lain menyebut: Islam adalah satu-satunya agama Kota.

Hujjah beliau - Nabi Muhammad s.a.w dilahir dan berjuang di Kota Mekah. Ketika baginda berhijrah, destinasi pilihan baginda masih sebuah kota - Kota Yathrib yang kemudiannya dinamakan Kota Madinah.

Selain Rasulullah s.a.w, Nabi Yusuf a.s berhijrah dari kehidupan kampung di Palestin menuju ibu kota peradaban dunia di masa itu, Memphes di Mesir.

Nabi Musa a.s pula dititahkan oleh Allah untuk memasuki kota Baitul Maqdis.

Al-Qur'an menggelarkan Kota Mekah sebagai Ibu Kota Dunia - Ummul Qura. Dua kali - kalimah Ummul Qura muncul di dalam Al-Qur'an iaitu pada ayat 92 Surah Al An'am dan ayat 7 Surah As Syu'ara.

Mekah - sebagai ibu kota dunia, dulu, kini dan akan datang. Apa perbezaan Kota Mekah sebelum Nabi s.a.w datang 'membuka' Kota ini selepas hijrah Baginda ke Kota Madinah dan sebelumnya?

Ubudiyyah dan Uluhiyyah kepada Allah!

Ka'abah sedia tersergam ketika Jahiliyyah masih berkuasa di situ. Sebagai pusat ibadat ia juga menjadi pusat pelancongan dan perdagangan serentak.

Nabi tidak datang meruntuhkan bangunan dan kota yang ada. Nabi s.a.w mengisinya dengan pengisian pengEsaan kepada Allah dan pengabdian penduduknya hanya kepada Nya. Mentadbir kuasa pemerentahan berasaskan Islam adalah termasuk dalam ubudiyyah itu.

Sejak itu, ratusan kota bertukar wajah dan pengisian di pelbagai belahan dunia. Namun, kota-kota ini kekal sebagai kota metropolitan yang termaju pada zaman mereka masing-masing, dengan penduduk pelbagai ragam, warna, keturunan dan agama hidup dengan aman dan harmoni di bawah keadilan, kesaksamaan dan nilai kemanusiaan tahap tinggi.

Manusia dan kemanusian sentiasa menjadi keutamaan tertinggi. Ubudiyyah kepada Allah - itulah yang membezakan kota Islam dalam tamadun dengan kota yang lain.

Keutamaan kepada manusia dan kemanusian - Baik kehidupan fizikal seperti kediaman, infra awam, taman dan landskap. Mahu pun ciri lain seperti keselamatan, kecerian, kejiranan, intelektual, seni dan budaya.

Menyanjung Tinggi Nilai Nilai Baik, Memandang Hina Nilai Nilai Buruk. Tidak ada pemerasan - baik di bidang perdagangan dan kegiatan ekonomi mahu pun peluang terbuka berasaskan kelayakan dan keperluan di segenap bidang.Tidak ada penindasan - melainkan kesaksamaan,

Cintakan ilmu, dialog, kuliah, diskusi dan percaya dengan kebebasan berfikir yang tidak dikongkong dan dihalang. Citra minda dan daya fikir mencapai puncak. Pada masa yang sama, masjid dan surau dipenuhi dengan mereka yang bersujud dan mengumandangkan bacaan ayat-ayat suci, doa dan munajat.

Kembali kita ke Putrajaya.

Di mana Putrajaya di peta dunia?

Disebalik perbelanjaan yang mungkin telah mencecah RM30 bilion (sewaktu saya di Parlimen dulu Dewan diberitahu peruntukan asas adalah RM22 bilion), sejauh mana kedudukan Putrajaya berbanding kota dunia yang lain?

Mengikut laman web World's Most Liveble Cities, dari 25 kota besar utama yang dikira paling selesa didiami, Putrajaya belum tersenarai.

Antara ciri bandar terbaik dunia adalah seperti berikut;

1: Keselamatan
2: Reakreasi
3: Budaya
4: Pendidikan
5: Keusahawanan
6: Alam sekitar
7: Pengangkutan Awam
8: Ekonomi/Kos hidup
9: Kediaman
10: Kesihatan
11: International Connectivity
12: Cuaca
13: Toleransi
14: Arkitektur
15: Polisi positif pemerentah

Mari kita menilai semula permasalahan yang ada di Putrajaya. Sebahagiannya telah lama disungutkan tetapi kerana sikap dingin pihak tertentu, ia tinggal menjadi masalah.

Isu-isu ini saya kutip sekilas saya diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat di Putrajaya. Masalah sebenar warga Putrajaya mungkin lebihh serius dan lebih besar lagi.

- Saya sedia mendengar -

Hanya kumpulan gred profesional sahaja disediakan parking dan kumpulan bawahan diminta menaiki bas Nadi Putra yg mungkin salah satu perjanjian kroni.

- kos parking bagi kakitangan sokongan / pegawai muda yg tidak diperuntukkan parking lot di bangunan Kerajaan adalah terlampau tinggi dan membebankan. Hasilnya parking lot berbayar yang dibina PJH terbiar kosong seperti projek gajah putih. Namun malangnya pula, bila kakitangan tersebut meletakkan kenderaan di kawasan tidak berbayar yang 'tidak direstui' PPj seperti di bahu2 jalan selalunya berakhir dengan tindakan saman oleh PPj / JPJ / Polis Trafik. Bilangan parking di apartment2 juga sangat mengecewakan.

- kos perumahan yang terlampau tinggi yang menyebabkan hanya pegawai-pegawai berjawatan tinggi memiliki rumah di Putrajaya.

- aktiviti2 usrah / keagamaan di Masjid Putrajaya / Masjid Tuanku Mizan sangat2 mengecewakan. Tak padan jumlah makmum berbanding saiz masjid.

- premis-premis komersil dijual dengan kadar yang terlampau tinggi. Ini menyebabkan kadar sewa bulanan yang terpaksa dibayar oleh peniaga adalah sangat-sangat tinggi dan mereka terpaksa meninggikan harga jualan barangan mereka dan ini meningkatkan kos kehidupan penghuni Putrajaya.

- kurangnya pusat2 yang menawarkan pendidikan Islam kepada anak-anak. Kesannya, mungkin tahap pemahaman/penghayatan Islam di kalangan anak2 di Putrajaya di masa depan membimbangkan keluarga.

- sistem pengangkutan awam yg kurang efektif.. w/pun bilangan bas di sini adalah mencukupi, namun laluan bas ditetapkan tanpa membuat kajian menyeluruh terhadap keperluan pengguna2 - perlu lebihkan route bas yang masuk terus ke kawasan2 bangunan Kerajaan khususnya di Parcel C, D dan E (kebiasaan bas berhenti di luar kawasan Parcel.. kurang mesra pengguna sbb pengguna terpaksa berjalan kaki & lebih susah kalau waktu hujan)

- kebanjiran pekerja asing menyebabkan persepsi penduduk ke atas tahap keselamatan di Putrajaya merosot.

- kualiti air yang kurang memuaskan.. kotor, berkeladak & bahaya utk kesihatan.

- perlu wujudkan persekitaran / peluang utk penduduk tempatan menambahkan pendapatan

- hubungan sosial di kalangan penduduk Putrajaya amat mendukacitakan. Perlu lebih kreatif dalam menghasilkan aktiviti2 kekeluargaan yg lebih santai & boleh eratkan kemesraan & kepedulian di antara ahli komuniti (aktiviti2 sedia ada lebih berteraskan hiburan).Taman-taman yang indah di sekitar Putrajaya ( Taman Perdana, Taman Pancarona, Taman Wetland dan Taman Botani tidak dimanfaatkan untuk menceriakan lagi kegidupan sosial warga PutraJaya)

- ketiadaan bengkel2 kereta beroperasi, tiada bengkel khas / one stop center yg menawarkan semua pakej repair di Ptrajaya sedangkan kawasan perindustrian ringan di Presint 15 boleh dimanfaatkan.

Sebagai akhirnya, saya perturunkan satu dua ayat-ayat Al-Qur'an sekitar 'Al-Qura' untuk renungan kita semua.

Kesimpulan yang kita boleh ambil dari ayat-ayat ini ialah Peringatan Allah bahawa kedududukan sesuatu bergantung kepada penduduknya. Samada;

Mereka beriman dan bertaqwa - mereka akan dirahmati dan dilimpahkan kurnia yang lebih baik

Mereka durhaka, lalai dan engkar - mereka akan dibinasakan.

Maksudnya: "Yang demikian (kedatangan Rasul-rasul itu ialah), kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai." - (Al-An'aam 6:131)

Maksudnya: "Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." - (Al-A'raaf 7:96)

Maksudnya: "Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?" - (Al-A'raaf 7:97)

Maksudnya: "Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan), dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap)." - (Hud 11:100)

Maksudnya: "Dan - di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), - Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan itu), dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): " Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman". - (Saba' 34:18)

Wallahu'alam. Sekian.

- Haji Husam Musa

Jangan Lupa Warga Putrajaya! Husam Musa Bersama Orang Putrajaya Malam Ni!

Posted: 11 Apr 2013 05:00 AM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/543134_10151538886194938_607293129_n.jpg

 https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/c0.0.843.403/p843x403/561187_474755765929934_1873727984_n.jpg

Malam ini saya adakan Majlis Zikir/Tahlil dipimpin oleh Al Habib Ali bin Syeikh Abu Bakar dari Yaman diikuti Tazkirah Pertama saya di Putrajaya bertajuk "Kota dan Peradaban Islam" di Rumah Dato' Salleh yang beralamat di No 19, Jalan P18H1/6, Presint 18 Putrajaya.

Majlis akan bermula Tahlil/Zikir akan bermula sebaik saja selesai Solat Maghrib berjemaah... Semua dijemput hadir.

Sebarkan.

*Gambar Hiasan: Habib Ali bin Abdul Rahman Al-Jufri

Panas! Luahan Perasaan Pelumba Negara Azizulhasni Awang Terhadap Pengurusan

Posted: 11 Apr 2013 03:47 AM PDT

Taj Mahal : Keluhan pejuang sukan,anak bangsa Malaysia Azizulhasni Awang

KELUHAN IKHLAS DARI PEJUANG SUKAN NEGARA


Assalamualaikum wbt.

Malang sekali hari ini saya terpaksa membazirkan sedikit daripada waktu terluang saya untuk membuat penulisan ini. Objektif utama adalah untuk memberikan ulasan yang lebih lanjut kepada mereka yang mungkin tidak mengetahui situasi sebenar berkenaan isu panas 'Taj Mahal' yang berlaku ketika Kejohanan Berbasikal Asia di India bulan lalu.

Untuk pengetahuan semua, perkara seperti ini bukan baru sahaja berlaku dalam industri sukan kita lebih-lebih lagi dalam arena sukan lumba basikal, pelbagai ragam dan kerenah yang tidak enak memang sudah lama bertapak cuma tidak diketahui masyarakat. Saya percaya dan yakin, ramai diluar sana yang ingin menyuarakan ketidak puasan hati mereka apabila perkara seperti ini berlaku tetapi malangnya tiada siapa yang ingin mendengar rintihan dan keluhan mereka, juga tiada siapa yang ingin membesarkan perkara tersebut dan tiada siapa berminat untuk meng war-war kan isu itu untuk dijadikan perhatian.

Untuk makluman, Haji Ibrahim menghilangkan diri tanpa pengetahuan semua pihak. Ketika semua pelumba,jurulatih dan pegawai lain sedang sibuk di Velodrome, tiada siapa tahu dimanakah pengurus pasukan Malaysia. Pihak penganjur ada mencari pengurus pasukan berikutan mempunyai masalah dengan pita lagu negaraku, malangnya beliau tiada disana. Bayangkan jika Haji Ibrahim berada disana, sudah tentu masalah ini dapat diselesaikan dan ianya tidak menjadi isu besar!
Salah seorang pelumba yang tidak bertanding kebilik Haji Ibrahim sendiri untuk mencari beliau malangnya beliau tiada disana.Sekurang-kurangnya sebelum berangkat ke Taj Mahal, tinggalkan sepatah kata kepada mana-mana anggota pasukan supaya semua sedia maklum dan dapat bersedia. Para jurulatih,pegawai dan staff bantuan bergilir-gilir menjadi pengurus pasukan dek kerana terkejar-kejar dengan jadual perlumbaan yang padat. Saya mendengar sendiri keluhan dari jurulatih dan pegawai-pegawai lain selepas tamat perlumbaan hari itu dan pemergian Haji Ibrahim hanyalah diketahui setelah mereka pulang pada malam hari. Pendapat peribadi saya ini adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Alasan yang diberikan untuk menjaga pasukan paralimpik ke Taj Mahal adalah alasan yang tidak masuk akal ketika pasukan trek sedang berjuang di Velodrome untuk mendapatkan pingat. Haji Ibrahim perlu lebih peka yang mana lebih penting dan tidak. Pasukan paralimpik Malaysia mempunyai jurulatih,pembantu jurulatih dan atlit sempurna yang cukup untuk membantu rakan yang kurang sempurna dan alasan untuk membantu mereka adalah tidak dapat diterima.Sebagai pengurus pasukan, Haji Ibrahim sendiri tidak mengetahui acara atlet-atlet yang bertanding dan waktu perlumbaan mereka. Ini menunjukkan ketidak pekaan beliau terhadap tanggungjawab yang diberikan. Saya tidak mempunyai masalah peribadi dengan beliau dan saya menghormati beliau sebagai yang lebih tua, saya juga ada meminta maaf setelah pulang dari India tempoh hari sekiranya saya membuat kesilapan tetapi apabila kita masuk ke bab kerja ataupun 'bisnes', tiada lagi istilah suka-suka.Semua harus memberikan tumpuan penuh yang komited.Saya melihat bagaimana jurulatih saya sendiri dan pegawai lain bangkit awal ,bertungkus lumus dan seharian berada di Velodorme untuk membantu para pelumba.

Ketika semua pelumba merujuk kepada Haji Ibrahim berkaitan masalah dobi untuk pakaian sepanjang kejohanan, jawapan mudah yang diberikan adalah beliau tiada bajet dan pihak persatuan tidak mempunyai duit. Begitu juga ketika para atlit membuat aduan tentang makanan yang disediakan oleh pihak penganjur tidak bersesuaian dimana mereka menyediakan kari masala ketika breakfast,lunch dan dinner. Haji Ibrahim hanya berkata yang beliau tidak boleh membuat apa-apa kerana itu yang disediakan oleh pihak penganjur dan kita terpaksa makan, tetapi apabila pengurus pasukan hong kong atau china (jika tidak silap saya), mereka membuat aduan untuk ubahan menu makanan,terus pada keesokan harinya menu makanan diubah dan ditambah dengan masakan chinese food. Ini menunjukkan tiada usaha yang dilakukan oleh pengurus pasukan kita berbanding negara lain. Dalam erti kata lain kalah sebelum bertanding.

Para pembaca sekalian, tujuan utama saya 'tweet' ketika berlakunya insiden tersebut adalah pertama kerana terkejut dan marah dengan apa yang berlaku kerana masih tiada perubahan didalam pengurusan oleh pihak persatuan dan perkara ini tidak sepatutnya lagi berlaku kerana berbasikal adalah salah satu sukan teras yang menjadi harapan untuk membawa pulang pingat emas pertama di Sukan Olimpik. Semua orang dapat lihat, telah berlakunya perubahan drastik didalam pencapaian atlet berbasikal diperingkat negara dan antarabangsa tetapi busuknya apabila prestasi pentadbiran masih ditakuk yang kuno!.

Keduanya, ini adalah tanggungjawab saya sebagai salah seorang pelumba elit negara untuk memperbetulkan permasalahan ini dan menolong adik-adik dan generasi seterusnya supaya mereka tidak ditimpa dengan insiden yang sama lagi. Saya mengambil peluang menggunakan status saya sebagai public figure dan ikon sukan berbasikal negara untuk menyuarakan perkara ini agar menjadi perhatian pelbagai pihak dan isu ini dapat dikupas demi kemajuan sukan berbasikal Malaysia. Bayangkan jika yang menyuarakan isu ini adalah dari kalangan pelumba junior, adakah isu ini akan menjadi 'big wave' seperti apa yang berlaku sekarang ini?

Tidak perlu saya menceritakan segala keaiban yang berlaku di Kejohanan ACC tempoh hari ataupun pada kejohanan sebelum ini kerana ianya akan lari dari nawaitu sebenar. Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan akibatnya dan yang paling penting adalah iktibar dan pengajaran yang harus diambil untuk melakukan perubahan dan seterusnya dijadikan pengisian untuk masa hadapan.
Kepada sesetengah pihak, kita harus sedar yang kita sudah berada di era yang baru. Berita dapat disebarkan keseluruh dunia dalam beberapa saat sahaja dan yang paling penting kebenaran tidak dapat dikaburi. Kita semua tidak dapat menafikan kuasa 'social media' adalah diluar jangkaan kotak pemikiran manusia dimana dunia yang terbentang luas ini telah menjadi amat kecil.

Dengan meledaknya isu ini, saya berharap sekurang-kurangnya, mereka yang tidak ikhlas didalam arena berbasikal ini akan takut untuk melakukan kesalahan pada masa hadapan. Rakan-rakan sekalian, amanah adalah suatu tanggungjawab yang besar diatas muka bumi, sebagai seorang beragama islam, amanah haruslah dijaga kerana ianya dituntut oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sabda beliau,
"Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya- (Riwayat At-Tabrani). Sebagai seorang atlit, amanah yang diberikan untuk berjuang menaikkan martabat sukan negara mestilah di turuti. Begitu juga dengan tanggungjawab dan amanah bagi pihak lain juga. Mungkin didunia kita dapat lari dari kesalahan tetapi ingatlah akan datangnya akhirat nanti.

Saya menyeru kepada semua pihak untuk bangkit menjadi lebih matang dalam menyelesaikan sesuatu isu. Ini bukan medan untuk menuding jari sesama sendiri. Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari perkara yang telah berlaku dan yang paling penting adalah melakukan perubahan demi perubahan untuk kemajuan sukan lumba basikal negara.




Yang mengharapkan perubahan
AZIZULAWANG

Nik Aziz Yahudi? Dengar Video Ni

Posted: 11 Apr 2013 03:08 AM PDT



pakai gelang macam beruk!

Terkini! Sebuah Lori Dalam Keadaan Menggerunkan! Allahuakhbar!!

Posted: 10 Apr 2013 10:34 PM PDT

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/559680_584286904929494_2133277335_n.jpg

kalau mereka berani, bagaimana dengan kita?

rezeki di tangan ALLAH!

Allahyakhbar!

PANAS! Video Ulama Pondok Harga 2 Juta Tersebar

Posted: 10 Apr 2013 09:18 PM PDT






Syed Abdullah Syed Osman ,

Bezanya antara Ulama 'dalam semak' dengan Ulama yang ikhlas berjuang untuk Islam dapat diperhatikan dengan mata hati kita. Antaranya ialah apabila beliau bercakap berlainan nada seperti kalau di Masjid pedalaman kampung nadanya agak keras sedikit. Apabila berceramah di masjid di kota dan ada tokoh pemimpin tertentu hadir, nadanya mulai kendur dengan menyembunyikan kebenaran Islam itu sendiri dan apabila memberikan kuliah di TV pula nadanya ambil jalan selamat dan tidak sekali-kali menyentuh tentang akidah atau perkara sensitif apabila menceritakan hal-hal lain yang menyentuh tentang hak di dalam Islam itu sendiri.

Ulama saperti ini mengelirukan minda kita yang tidak konsisten tentang apakah yang hendak disampaikan - sekejap dihukumkan haram dan sekejap dihukumkan halal dan selepas itu dihukumkan harus di dalam tajuk yang sama apabila berada ditempat-tempat berlainan mengikut keadaan semasa. Pendirian tidak tetap ini boleh mengelirukan umat Islam tetapi anehnya mereka ini pandai menyusun kata-kata yang berbelit-belit apabila isu tentang halal haramnya seolah-olah tidak tegas pendirian mereka.

Sayang seribu kali sayang apabila bertungkus lumus belajar sampai ke Universiti Azhar atau Universiti Islam di luar negara yang kadangkala mengambil hingga 10 tahun pengajian tetapi apabila pulang ke tanah air sanggup menjual agama dengan hanya kerana sayangkan jawatan atau pun apabila sudah terasa keselesaan sedikit dan mempunyai kuasa sudah mula berubah hingga tergamak tinggalkan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Mereka ini sepatutnya menjaga Islam dan menegakkan agama dalam keadaan apa sekali pun kerana mereka tahu dan arif tentang tuntutan agama itu sendiri tetapi malangnya berlaku disebaliknya pula. Mereka pandai mengolah kehebatan riwayat Rasulullah SAW dan para Sahabat tetapi malangnya mereka sendiri tidak mengikut jejak langkah sebagaimana para Sahabat kerjakan saperti turun ke padang bersama-sama membuat kerja amal atau membersihkan masjid atau membina masjid dengan kudrat mereka sendiri. Jangan hanya pandai bercerita dan membuat komen tetapi hakikatnya tidak mahu bersama jemaah melakukan kerja-kerja kebajikan serta menjaga jemaah di sekeliling.

Sepatutnya golongan ulamalah yang sepatutnya menjadi pembimbing kepada umat yang dianggap sebagai perwaris Nabi atau pun diibaratkan sebagai bintang-bintang dilangit yang memberikan cahaya dan penunjuk jalan dan bukannya menunjukkan jalan atau lorang yang salah untuk menuju kepada alam akhirat. Benar-benarlah mereka ini cuba menempah azab yang disediakan diakhirat kelak jika sekiranya menyembunyikan yang hak dan tonjolkan yang batil sebagai pegangan mereka.

Sudahlah tidak mahu ikut ajaran Islam yang sebenarnya tergamak pula meminda sana dan sini tentang hukum hakam yang ditetapkan itu seolah-olah dia lebih bijak dari Allah dan Rasul itu sendiri.

Apabila Allah menceritakan dalam Al-Quran tentang bagaimana Iblis laknatullah engkar perintah Allah yakni tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS, Iblis telah diusir dari syurga serta dilaknati – maka kisah ini bukannya untuk diceritakan untuk suka-suka tetapi manusia perlu mengambil ikhtibar bahawa hukum Allah mesti dipatuhi dan tiada kompromi.

PUTRAJAYA – MEDAN PERTEMPURAN INTELEK DALAM PRU 13

Posted: 10 Apr 2013 08:19 PM PDT



Masih ada antara kawan-kawan yang mengatakan bahawa BN akan memenangi PRU 13 atas alasan bahawa kemenangan BN adalah atas faktor orang kampung. Kononnya orang kampung akan memberikan undi kepada BN kerana pengaruh radio, tv, guru KEMAS, pemberian wang, kain batik, kain pulikat ( kain sarung) dan lain-lain. Lantas mereka mengatakan BN pasti akan menang juga akhirnya.

Aku 'panas telinga'. Bukan kerana mereka kata BN akan menang. Bukan. Ini negara demokrasi. Aku sudah tentu tak setuju. 'Pantang' aku kalau ada yang memperlekehkan (memperbodohkan, memperkecilkan) orang kampung. Aku orang kampung 'totok' ( orang asli). Bagi aku aku orang kampung ( Melayu kampung) itu amat mulia hatinya. Lurus. Ikhlas. Tak pandai berpura-pura. Bagi aku perkataan kampung itu membayangkan ketenangan, harmoni, aman, 'melancholy'.

Ringkasnya orang kampunglah yang bertanggungjawa sekiranya sesuatu parti politik itu menang atau kalah. Mungkin betul tetapi tak semuanya betul. Aku kata begitu kerana,

· Orang kampung sekarang bukan macam orang Melayu tahun 50an atau 60an. Sekarang mereka sudah banyak terdedah.
· Kebanyakan orang kampung sekarang memiliki kelulusan minimum di peringkat SPM. Sekurang-kurangnya. Hanya bilangan kecil yang tidak memiliki kelulusan sedemikian. Maknanya tentulah oleh berfikir dengan waras.

Dengan kesediaan Dato' Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya memberikan kesempatan kepadaku untuk menarik nafas lega. Sebab. Putrajaya boleh dijadikan sebagai medan pertempuran golongan intelek. Orang Melayu yang cerdik pandai. Golongan terpelajar. Sekiranya keputusan PRU 13 nanti memihak kepada BN juga, maka terbuktilah bahawa bukan orang kampung ( yang kononnya tidak berapa cerdik) saja yang memenangkan calon BN. Orang bandar yang cerdik dan terdedah pun begitu juga.

Dengan demikian sekiranya masyarakat di Putrajaya ingin membuktikan bahawa mereka adalah golongan intelek yang waras dan berfikiran rasional, maka mereka perlu melakukan sesuatu untuk memenangkan Dato Husam Musa. Trend pemikiran rakyat kini adalah amat berbeza dengan trend sebelumnya. Aku tak dapatlah nak mengatakan samada yang dilakukan oleh kerajaan BN itu betul atau tidak. Ada yang betul dan banyak juga yang tak berapa betul. Disinilah letaknya kebijaksanaan pengundi Putrajaya untuk membuat penentuan.

Hampir seratus peratus pengundi di Putrajaya adalah golongan terpelajar. Pegawai dan kakitangan kerajaan. Amat terdedah dengan berbagai punca maklumat. Akhbar, radio, TV dan internet. Dan golongan inilah yang menjalankan segala dasar yang diputuskan oleh kerajaan. Merekalah yang menentukan maju mundurnya kerajaan sekarang. Disamping itu mereka amat tahu tentang masalah yang mereka hadapi apabila berhadapan dengan ahli politik yang sentiasa memikirkan tentang 'survival' poltik yang mereka dokong.

Dato Husam Musa tentunya mempunyai suatu hasrat yang terpendam mengapa beliau 'berani' menawarkan diri di Putrajaya, menyedari bahawa Putrajaya adalah suatu kawasan selamat bagi BN. Bukan kerana kehebatan penyandang wakil rakyat di situ tetapi kerana keadaan Putrajaya yang terdiri dari masyarakat yang seolah-olah terkepung. Dan bilangan pengundinya juga amat berkurangan berbanding dengan kawasan-kawasan parlimen lain.

Dato' Husam akan mengembelingkan segenap tenaganya untuk 'mencelikkan' masyarakat Putrajaya tentang pemerintahan dan pentadbiran yang dijalankan oleh BN semenjah puluhan tahun yang lampau. Sekurang-kurangnya kehadhirannya di situ akan mencelikkan para pegawai dan kakitangan kerajaan yang menghuni berbagai kementerian di Putrajaya dengan berbagai pendedahan yang akan didedahkannya. Sekiranya impaknya tidak secara terus, namun sekurang-kurangnya imbasnya akan terkena juga. Pasti Dato Husam akan mempersoalkan tentang,

· Kerajaan Kelantan yang tidak menerima royalti minyak sedangkan sepatutnya negeri itu berhak mendapatnya.
· Penggunaan harta kerajaan yang digunakan oleh para menteri dalam kerajaan sementara untuk kepentingan parti BN dalam PRU 13.
· Penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh para menteri dan kroni-kroni kerajaan BN.
· Penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh ahli UMNO yang menggunakan status bumiputera (Melayu )demi untuk mengkayakan diri dan keluarga.

Tentulah banyak lagi isu-isu yang boleh dibongkar oleh Dato' Husam untuk didedahkan kepada masyarakat yang kononnya amat celik dengan berbagai perkara. Dato Husam tentunya 'berbahasa' yang berbeza dengan 'lagu dan irama' yang pernah dilakukannya di Kelantan. Kononnya Kelantan dianggap sebagai kawasan luar bandar ( kampung ) oleh setengah orang. Dan kini ' orang kampung' ( Dato Husam ) akan mencuba nasibnya di bandar, di kawasan elit yang berpendidikan tinggi.

Rakyat akan mendoakan agar 'orang kampung' ini akan berjaya dalam PRU 13 nanti. Dan kepada golongan elit di Putrajaya, tunjukkanlah kesetiaan dan keikhlasan anda kepada 'anak kampung ' ini. Sekiranya waras dan rasional hujah yang dikemukakannya, maka berikanlah undi anda kepadanya. Sekiranya ' orang kampung' ini masih tidak berubah dan tidak menampakkan satu anjakan dalam perjuangannya untuk menerokai Kurun ke 21, maka kekalkanlah calon BN yang ada.

Masyarakat Putrajaya akan membuat penentuan. Rakyat di Malaysia sedang memerhatikan tindakan anda kerana rakyat Malaysia secara keseluruhan sudah pun membuat keputusan dan penentuan lama sebelum pengumuman pembubaran parlimen untuk diadakan PRU 13.


Abuhassanadam
11 April 2013

PAS Titiwangsa Sasar 10,000 Penyokong Berarak Pada Penamaan Calon

Posted: 10 Apr 2013 08:04 PM PDT


Tan Sri Muhyiddin Yassin Tidak Faham Struktur Cukai Kereta

Posted: 10 Apr 2013 04:09 PM PDT


Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya membayangkan beliau tidak memahami struktur cukai kereta yang dilaksanakan sendiri oleh Barisan Nasional.

Sekarang pun, AFTA sudah pun dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di ASEAN tidak dikenakan sebarang cukai import. AFTA dilaksanakan untuk menghapuskan halangan dagangan (trade barriers) dalam bentuk tarif import supaya barangan boleh bergerak bebas tanpa diskriminasi harga di dalam lingkungan pasaran besar ASEAN.

Yang menyebabkan harga kereta naik melambung adalah cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta. Cukai eksais dan cukai jualan inilah yang menjadikan harga jualan kereta bertambah satu kali ganda, bukannya cukai import kerana AFTA telah pun menghapuskan cukai import ke atas kereta-kereta dari negara ASEAN.

Setiap tahun, 90% dari kereta yang dijual di Malaysia dikilang di Malaysia atau negara-negara ASEAN. Oleh yang demikian, untuk menurunkan harga kereta, dasar percukaian negara perlu ditukar dengan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta seperti yang dicadangkan oleh KEADILAN.

Sebab itu, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak memahami faktor yang meningkatkan harga kereta sekali ganda, ini menimbulkan keraguan sama ada Barisan Nasional betul-betul ikhlas dengan janjinya untuk menurunkan harga kereta. Lebih membimbangkan, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan penurunan harga kereta dengan pelaksanaan AFTA membayangkan bahawa janji itu hanya satu gimik politik yang tidak akan dilaksanakan oleh Barisan Nasional sekiranya menang nanti.

Makanya, saya menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan sama ada:

1. Beliau tidak faham tentang struktur percukaian negara dan tersilap membuat kenyataan apabila menyebut pelaksanaan AFTA akan menurunkan harga kereta; atau
2. Beliau tahu rancangan Barisan Nasional untuk mengaitkan janji menurunkan harga kereta dengan AFTA tetapi bukan cukai eksais, sekaligus mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak ikhlas untuk melaksanakan penurunan harga kereta

Saya tidak pun akan memberi sebarang maklum balas terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pakatan Rakyatlah yang menciplak Manifesto BN. Itu satu kenyataan bertaraf kebudak-budakan yang tidak selayaknya datang dari seorang bekas menteri kanan, maka ia tidak layak untuk diambil serius oleh rakyat Malaysia.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

10 APRIL 2013

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Post writing is also a excitement, if you know afterward you can write
otherwise it is complicated to write.

my web page ... авиабилеты в самару дешевые