. |
Tiada Calon Menang Tanpa Bertading Dalam PRU-13 Posted: 20 Apr 2013 03:22 AM PDT CATATAN PUSING
Perkembangan ini menunjukkan UBN di dalam keadaan benar-benar diasak kiri dan kanan. Selalunya ada calon-calon UBN khasnya Umno akan di istyharkan menang tidak bertanding di Johor, Sabah dan Sarawak. Tetapi kali ini tidak ada. Ini memberi gambaran bahawa UBN tidak boleh goyang kaki dan pilihan raya ini sesuatu yang memerit dan mendebarkan. UBN benar-benar ditentang dengan penuh dendam untuk ditumbangkan. Presiden Umno Mohd Najib Razak dan timbalannya Muhyuddin Yassin juga terpaksa mengharungi pertarungan sengit di kawasan masing-masing. Mereka diasak calon-calon PKR dan PAS. Ini menunjukkan kedua sosok itu tidak dihairakan dan dimalui sesaiapa lagi. Mencabar calon Umno hari ini bukan mubah tetapi sudah wajib. Ia menjelaskan kalau mereka popular sudah tentu mereka akan diberi laluan menang tanpa bertanding.
Seingat saya belum pernah sepanjang sejarah parti itu, pemimpin wanitanya yang dilihat kumpulan yang setia, jujur dan selalu bekerja kuat serta gigih kepada parti boleh bertindak melawan parti sendiri. Langkah Kamalia itu tidak syak lagi menunjukkan Umno sudah gagal untuk menjinak ahli wanitanya. Atau wanita Umno juga sudah bosan dengan parti berkenaan sehinggakan sanggup 'memakin suami' di depan ramai? Apa yang berlaku di Kuala Kangsar itu adalah gambaran bahawa wanita sudah senak dan terkedu dengan Umno. Sehubungan itu, selepas mendaftarkan diri sebagai calon bebas, Kamalia secara gentlemen telah mengumumkan meletakkan semua jawatan dalam parti, sebagai Naib Ketua Wanita, ahli Majlis Tertinggi dan lain-lain. Beliau juga sudah mengerti dan tahu risiko terhadap apa tindakannya itu termasuk beliau akan dipecat dari Umno. Tetapi kenapa beliau lakukan itu. Begitulah kalau marah sudah membuak. Seorang lagi ahli Umno yang bertindak menentang parti sendiri ialah Sharif Omar, bekas timbalan menteri pertanian dan ahli parlimen Tasir Gelugor. Sharif bertanding sebagai calon bebas di kerusi pernah disandangnya selama lebih dua penggal, di Tasik Gelugur. Tindakan Sharif itu tentu memberi gambaran yang Umno Pulau Pinang belum pulih sepenuhnya dari kejutan kejatuhan Pulau Pinang kepada DAP. Tindakan Sharif itu merobekkan harapan Umno untuk merampas balik Pulau Mutiara. Sementara itu bekas seorang Adun Umno di Alor Mengkudu Kedah, Fadzil Hanafi juga telah menikam partinya dengan bertanding atas calon bebas. Fadzil dikenali sebagai berperwatakan agama dan juga seorang bergelar ustaz. Kalau orang seperti Fadzil boleh menikam partinya sendiri, tidak tahu hendak dikatakan apa sebenarnya sudah berlaku di dalam Umno. Mungkin Umno di zaman Najib kini sudah menjadi bekas yang kohong. Selain daripada ahli Umno yang menentang partinya sendiri dengan bertanding atas calon bebas, dua orang bekas wakil rakyat DAP Jenice Lee (Adun Teratai) dan Sim Tong Him bekas Adun (Laksamana) Selangor juga bakal dipecat oleh partinya kerana kedua-duanya bertanding atas tikit bebas. Khabarnya mereka bertindak demikian apabila nama keduanya tidak disenaraikan sebagai calon DAP di tempat mereka. Dalam melihat tindak tanduk ahli parti 'memakan' parti sendiri ini sesuatu yang menarik dan merujakan kerana tidak ada mana-mana ahli PAS yang tidak dicalonkan berrtindak emosi dengan bertanding bebas. Walaupun tidak dinafikan ada ahli PAS yang menjadi calon parti lain tetapi ia bukan satu tindakan langsung dari mereka untuk memburukkan parti. Tampaknya PAS dapat mendisiplinkan ahli-ahlinya menjaga akhlak dan berwala kepada pimpinan. Semua pihak perlu memberi penghormatan kepada PAS di dalam soal ini. Sebuah lagi rakan Pakatan Rakyat, PKR juga tidak dapat mengelak dari menerima nasib sama dengan Umno dan DAP itu. Ada ahlinya yang tidak dicalonkan bertindak menentang parti dengan bertanding tikit bebas. Selain dari peristiwa ahli parti bertindak bertanding atas calon bebas, kejadian seorang calon Umno, Che Johan Che Pa yang tidak hadir untuk menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding di kerusi parlimen Pasir Mas juga tidak kurang menariknya. Kejadian atau apa dilakukan oleh Johan itu pertama kali dalam sejarah Umno di Kelantan khasnnya. Perbuatan Johan itu memberi gambaran bahawa politik Umno Pasir Mas telah menerima doktrin Ibrahim Ali. Jelas apa dilakukan Johan itu sesuatu yang dirancang. Pun begitu dari segi moralnya ia tetap salah dan memalukan Umno. Umno akan malu seumur hidupnya apabila calonnya mengaku kalah sebelum bertarung. Johan sendiri tidak layak lagi berada dalam parti berlambang keris kerana pengecut. Meskipun mungkin ada perkiraan di antara Johan dengan Inchek Ibrahim Ali disebabkan dia tidak mampu berdepan dengan calon PAS, tetapi orang ramai yang tidak tahu 'kong kalikong' itu tetap meletakkan kesalahan kepada Johan. Johan seakhir hayatnya akan diingati sebagai pengecut dan khianat amanah parti. Atas perbuatan Johan itu bukan saja beliau dan Umno, Mustapa Mohamed selalu ketua Umno Kelantan dan orang yang mengumumkan nama Johan sebagai calon UBN di Pasir Mas juga merasa malu dan aib. Sudah tentu Mustapa menyesal tidak habis kerana memilih Johan kerana masih ada ratusan pensetia lain di Pasir Mas yang layak dan berani menjadi calon. Justeru Umno perlu mengambil tindakan tegas kepada Johan kerana apa dilakukan itu satu kesalahan berat. Ia bukan saja memalukan Umno tetapi turut memalukan Muhyuddin Yassin dan Najib Razak sendiri. Apa yang dilakukan Johan itu seolah beliau boleh melemparkan tahi lembu suami sharizat ke muka Najib dan Muhyuiddin. Kalau Muhyuddin segera mengumumkan parti itu telah memecat Kamalia yang bertanding sebagai bebas di Kuala Kangsar, apakah tidak dengan Johan yang sengaja memberi laluan kepada Ibrahim? Johan juga patut dipecat atas kesalahan khianat dan pecah amanah. Rasanya apa dilakukan Johan lebih jahat dan tidak bermoral dari Kamalia atau Sharif Omar. mereka mengkhinat parti dengan menunjukkan keberanian mereka, tetapi Johan mengkhianti parti dengan memberi laluan kepada musuh parti secarta direct. Semua orang Pasir Mas tahu hubungan Johan dengan Ibrahim, bahkan Ibrahim sendiri menjelaskan yang Johan adalah anak didiknya? Kalau anak didik sudah pasti perangai Johan serupa perangai Ibrahim Ali? Itulah peristiwa sedih dan menyedukan dalam pilihan raya kali ini. Secara keseluruhannya kalau pilihan raya kali ini tidak meletus kejadian seperti tadi, lawan parti dan khianat parti, ia menjadikan proses penamaan calon PRU-13 terbaik. Sehingga kita tidak ada laporan kejadian buruk berlaku semasa proses penamaan calon. Dalam pada itu lokasi penamaan calon menjadi tumpuan di tempat melibatkan tokoh-tokoh besar politik semua pihak. Antara lokasi yang menjadi perhatian ialah Putrajaya yang melibatkan pertandingan di antara Naib Presiden PAS, Husam Musa dengan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor. Pasir Mas melibatkan pertandingan buat pertama kali anak Tokguru Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh turut menjadi tumpuan. Selain itu Gua Musang juga menjadi perhatian apabila penyandang kerusi Gua Musang selama sembilan kali Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi mendaftarkan diri untuk mengekalkan kerusi berkenaan. Kali ini Tengku Razaleigh dilawani oleh bekas ahli parlimen Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah untuk mencatat kemenangan ke-10. Lain-lain lokasi menjadi tumpuan ialah di Permatang Pauh yang melibatkan Anwar Ibrahim. Di sana berlaku pertandingan tiga penjuru di antara Anwar, dengan wakil UBN dan seorang wakil bebas. Jempol Negeri Sembilan juga menjadi tumpuan apabila penyanyi Aishah bertanding di situ atas lambang PAS. Arau juga menjadi lokasi apabila Timbalan Mursyidul PAS Dr Haron Din bertanding di kerusi parlimen. Beliau berdepan dengan Shahidan Kassim dan seorang calon bebas. Dan.. untuk pengetahuan Mat Maslan saya tidak tahu di mana Hasan Akidah dan bekas timbalan presiden PAS bertanding? [wm.kl.6:18 pm 20/04/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan