Roslan SMS Corner     |   
|    P.162 paling istimewa (20/4/13) Posted: 20 Apr 2013 12:14 AM PDT   Saya tidak dapat mengkategorikan mana-mana kerusi yang lebih  menarik dan sewajarnya menjadi tumpuan seluruh rakyat selain kerusi parlimen  P.162 Gelang Patah, Johor.   Setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak SPR sebentar tadi,  P.162 bakal menyaksikan pertembungan yang paling bersejarah dalam politik  Malaysia iaitu antara Penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas MB Johor, Abdul  Ghani Othman.  Apa istimewanya P.162?   P.162 mempunyai 106,772 pengundi berdaftar. Pecahan pengundi  menurut kaum di P.162 adalah 52% Cina, 34% Melayu, 12% India dan 2% lain-lain  kaum. Pada PRU ke 12 lalu calon BN-MCA Tan Ah Eng memperolehi 33,630 undi  mengalahkan calon PKR Dr Zaleha Mustafa yang memperolehi 24,779 undi dengan  kelebihan 8851 undi (pada PRU 2004 calon BN yang sama menang dengan majoriti 31,666  undi)  Ya apa istimewanya P.162?   Ada beberapa faktor bakal meletakkan P.162 istimewa menurut  pemerhatian saya.  PERTAMA: Umno tidak pernah bertanding dikerusi bukan Melayu.  Jika dijumlahkan peratusan pengundi Cina, India dan lain-lain bermakna P.162  mempunyai 66% pengundi bukan Melayu berbanding 34% Melayu. Umno TIDAK pernah  bertanding dikerusi seumpama ini sejak PRU 1959.   KEDUA: Lim Kit Siang memang merupakan "hero" bagi para  pengundi Cina dan kesitimewaan beliau adalah mampu bertanding dimana sahaja kerusi  pilihan DAP, dan mampu mencatat kemenangan, walaupun pernah juga tewas.  Pokoknya kerusi-kerusi ini lazimnya mempunyai majoriti pengundi yang besar,  rata-rata melebihi 75% Cina, contohnya semasa beliau bertanding dan menang di  Kota Melaka, Petaling Jaya, Tanjung dan terakhir Ipoh Timur. Kerusi seumpama  P.162 tidak pernah dipertaruhkan buat "hero" DAP ini kecuali kini.  KETIGA: Umno tidak pernah bertanding lawan DAP sebegini  sengit, orang kanannya bertempur dengan orang kanan DAP, tak pernah berlaku  dalam sejarah PRU Malaysia.   KEEMPAT: Jika Kit Siang menang, bermakna DAP sudah boleh  ditonjolkan sebagai parti berbilang kaum sebenar kerana P.162 membuktikannya.  Dan Kit Siang akan ternobat sekurang-kurangnya dalam rekod DAP sebagai "hero"  sebenar-benarnya kerana berjaya menumpaskan orang kuat Umno di gelanggang BN.  KELIMA: Jika Ghani memang, bermakna Ghani adalah "giant  killer" sebagaimana Kadoh Agundong satu ketika dahulu merebahkan Haris Salleh  (Ketua Menteri Sabah) di Sabah. Dan ini bukan calang-calang punya "kill" kerana  yang terbunuh adalah "hero" DAP.   
   Senarai ini boleh dipanjangkan berjela-jela lagi bagi  membuktikan keistimewaan P.162. Kerana istimewanya ia maka marilah kita  mengharapkan agar keputusannya juga nanti istimewa.   Rakan saya yang terlibat dengan jentera Kit Siang di P.162  berkata Kit Siang cuba membuktikan kemampuan PR, meyainkan rakyat bahawa PR  sudah bersedia dari Utara ke Selatan, sehinggakan beliau sendiri sanggup  mengambil risiko bertanding di sini.  Ghani juga barangkali mahu membuktikan sesuatu.   Apa pun semoga rakyat bijak membuat keputusan 5 Mei nanti. |   ||
|    Hari bersejarah......(20/4/13) Posted: 19 Apr 2013 09:06 PM PDT   Hari ini adalah hari bersejarah buat Negara, iaitu hari  penamaan calon PRU ke 13. Dan pada 5 Mei nanti para pengundi berdaftar di  Malaysia akan membuang undi bagi menentukan nasib dan masa depan Negara dan  negeri-negeri.   Rancangan saya untuk memberi tumpuan kepada hari ini berubah  apabila ia turut menjadi tanggal bersejarah buat diri saya dan keluarga. Jam  3.00 pagi tadi saya menerima panggilan bahawa ibu kesayangan saya DATIN HALIJAH  ABD HAMID telah dijemput oleh Allah swt, meninggal dunia di Mekah dalam  melaksanakan ibadah umrah beliau.  Kesedihan melanda seluruh keluarga dengan kematian wanita  yang paling penting dalam kehidupan kami ini. Namun oemergian beliau kami  sambut dengan penuh redha memandangkan beliau meninggal pada hari Jumaat di  bumi yang paling suci.   Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke rohnya dan beliau  ditempat dikalangan mereka yang soleh.  Ibu saya adalah pengundi bedaftar di Parlimen P.104 Kelana  Jaya dan DUN N31 Subang Jaya Selangor. Pakatan akan kehilangan satu undi tetapi  insyallah tidak hilang harapan untuk terus berkuasa di sini.   Al Fatihah  |   
| You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan