labun KulupSakah... |
- Alkisah di dalam hutan: bab Menukar babi dengan babi
- Malam ini
- ROS dan logo dan logo dan logo dan rosss...
Alkisah di dalam hutan: bab Menukar babi dengan babi Posted: 19 Apr 2013 11:08 PM PDT Ada seekor babi tua yang sering mengganas dan merosakkan kebun. Kumpulan binatang pun berpakat untuk menewaskan babi ini dengan apa cara sekali pun kerana babi ini sudah melampau. Bermesyuaratlah binatang-binatang ini memilih sama ada menghantar kancil atau seekor babi juga untuk menewaskan babi tua itu. Babi muda berjaya meyakinkan ketua bahawa dia calon sesuai menjalankan tugas itu. Babi ini yang pengotor juga telah membodek, membelanja dan melobi supaya dia dipilih. Kancil akhirnya diketepikan walaupun ia mempunyai kebijaksanaan dan baik. Sebahagiankecil binatang memprotes kerana babi yang akan dihantar tetap kotor seperti babi tua. Mereka mahukan kancil. Dubuk selaku ketua berkata " kita mesti menghapuskan babi tua itu. Ini semangat kita iaitu Alif Ba Ta! Atau maksudnya Anti Babi Tua!" ini keputusan ketua. Patut akur!" Sebahagian yang menganggap kancil lebih baik cuba bersuara tetapi dihalang binatang-binatang lain, " Jangan bimbang! Misi kita hancurkan babi tua. Ketua dah putuskan hantar babi muda kita mesti taat. Alif Ba Ta! Jika nanti babi muda pula mengganas kita lawan dia pula!" " tapi tetap sama. Tetap kotor! Kita hancurkan babi dan gantikan dengan babi juga. Menyondol juga!" Tetapi suara itu dipekup. Tidak dihiraukan. Mereka terus menyokong babi muda kerana ketua mereka si dubuk merestui. "alif ba ta! Alif ba ta" laung mereka. Kali ini lebih kuat lagi. |
Posted: 19 Apr 2013 09:45 PM PDT Pelancaran buku ini jam 8 malam di 52c,Jalan Kemuja, Bangsar Utama di belakang stesen keretapi Bangsar. Datanglah! Buku setebal 400 mukasurat dan berharga RM35. Kalau ada duit lebih, Posto! Dan Negaraku pun boleh borong sekali. Untuk pesanan melalui pos buku Tipu Pilihanraya Turun Jalanraya sudah termasuk harga pos RM45. Masukkan duit ke akaun Maybank Raja Rohaisham 162021363678. Tunjuk bukti pembayaran di kutubkhanah112@gmail.com dan jangan lupa bagi alamat penghantaran. Boleh juga sms bukti ke 0166353672 |
ROS dan logo dan logo dan logo dan rosss... Posted: 19 Apr 2013 05:13 AM PDT Pendaftar Pertubuhan , ROS (bukan Rosmah) tidak bagi logo Roket digunakan oleh DAP menyebabkan DAP bercadang menggunakan logo PAS dan PKR dalam PRU 13 kali ini. Haiiihh! Teruk betullah ROS ni...logo 1 Malaysia macam na? Boleh guna? Permudahkanlah proses pilihanraya. Pilihanraya adalah proses yang sepatutnya mudah. Jangan buli-buli tau? Bagilah dia nak guna logo dia, apa salahnya? Kesianlah sama PSM, kenapa PR tak bagi guna logo PSM sendiri? eh! Tersasul pulak...kekekeh! Paparon - teringat lagu lama Sohaimi Mior Hassan - Ros! Maka aku di sini terlantar kesakitan.... |
You are subscribed to email updates from GOSSIP PRU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan