Ahad, 21 April 2013

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


Nasihatku Yang Paling Berat Sebelah

Posted: 21 Apr 2013 07:54 AM PDT

Sabar Tok Husam. Kejayaan cuma sejengkal dari jangkauan. Biarkan mereka bercakap besar. Biar...Biar...kerana ini masa mereka. Biar mereka menikmatinya. Kamu juga akan diberi nikmat itu nanti. Ketika itu, mereka akan diam...sediam-diamnya.

kredit gambar: mohamadazhan dot com
 
Ada yang bertanya, mengapa Tok Husam sebak dan hiba? Jawapan beliau:

"Ramai yang tertanya-tanya mengapa saya menangis hiba semasa Penamaan Calon di Putrajaya semalam..Saya ingin menjelaskan apakah yang benar-benar menyentuh perasaan saya, saya sedih kerana;

Pertama, saya amat hiba dengan sokongan rakyat jelata, terutamanya anak-anak muda, semangat perjuangan mereka, cukup menyentuh hati.

Kedua, saya berasa amat terharu kerana PAS memberikan kepercayaan kepada saya untuk bertanding di Putrajaya. Ini kerana Putrajaya merupakan kerusi yang amat strategik dalam negara. Saya kini meletakkan diri saya untuk mencontohi jejak langkah perjuangan getir para anbiya dan sahabat-sahabat dalam menegakkan Islam.

Ketiganya, saya berasa amat terharu kerana secara tiba-tiba dianugerahkan suatu amanah yang besar untuk menerobos Kota Putrajaya dengan membawa panji PAS."

Tiada ulasan: