Anak Sungai Derhaka |
- 22 Orang Pemimpin UMNO isytihar keluar UMNO..
- Muhyiddin Kantoi menipu 1Malaysia...
- Senarai Nama Calon - Calon KEADILAN Seluruh Malaysia
- Punca Sebenar Dato' Kamalia Ibrahim Tanding Calon Bebas Terbongkar
- Pertindihan Calon: Ini pesanan (amaran) dari seorang penyokong Pakatan Rakyat
22 Orang Pemimpin UMNO isytihar keluar UMNO.. Posted: 21 Apr 2013 04:59 AM PDT Menjelang pilihanraya umum ke 13 pada 5 Mei ini, begitu ramai pemimpin Barisan Nasional BERPALING TADAH dan berlawan sesama sendiri, ini menunjukkan bahawa kepimpinan Najib Razak sangat lemah dan ramai yang bertindak keluar parti sebelum di pecat, seterusnya menjadi calon BEBAS. Bagi Pakatan Rakyat pula, hanya 6 kerusi saja menjadi rebutan bagi parti pembangkang itu sesama sendiri, tetapi tidak bertindak keluar dari Pakatan, berbanding Barisan Nasional iaitu 22 ahli UMNO, 2 dari GERAKAN dan 1 dari MCA, yang mana jumlah keseluruhannya adalah 25 orang calon bebas yang keluar Barisan Nasional. Berikut senarai pemimpin BN yang isytihar keluar BN dan bertanding atas tiket BEBAS. 1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar 2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek Gelugor, 3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang 4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang 5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen Bandar Tun Razak 6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen Bandar Tun Razak 7. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai 8. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara 9. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali 10. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu 11. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau 12. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning 13. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari – Parlimen Pengerang 14. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu – DUN Gambir 15. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir 16. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri 17. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek 18. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil 19. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja'afar Jambol – DUN Alur Limbat 20. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti 21. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu 22. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN Sungai Sibugah 23. Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah 24. Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe – DUN Kuala Kubu Bharu 25. Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook – DUN Kuala Kubu Bharu Sumber : EraPasca Najib yang mengulas perkara ini berkata "Salah satu ketetapan, sesiapa (pemimpin dan anggota BN) yang bertanding atas tiket Bebas, tidak boleh kekal sebagai ahli parti. "Oleh itu, parti akan ambil tindakan pada Isnin ini untuk keluarkan surat memecat ahli-ahli yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kali ini," Berani ke dia nak pecat??.. err.. macai UMNO tunggu apa lagi? |
Muhyiddin Kantoi menipu 1Malaysia... Posted: 21 Apr 2013 01:00 AM PDT Tindakan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di DUN Senggarang semalam dikesali. Ini kerana dakwaan orang nombor dua Barisan Nasional (BN) itu terbukti bohong. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon PAS, Dr Ramli Kari akan bertanding di situ melawan calon BN. Kira-kira jam 1.20 semalam, TV3 mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di Senggarang, Johor. Sehingga berita ini ditulis, laporan berita itu masih disiarkan dalam laman web TV3. "Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Johor. "Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan," lapor TV3. Berita itu memetik kata-kata Muhyidin yang memperlekeh calon PAS kononnya tidak pandai mengisi borang pencalonan. Terbukti berita itu palsu apabila SPR mengesahkan penyertaan calon PAS Dr Ramli Kari di situ. "PAS bertanding di DUN Senggarang. Segala berita mengatakan BN menang tanpa bertanding di Senggarang adalah palsu," tulis laman Facebook PAS Kawasan Batu Pahat ~ Harakahdaily Penipuan Muhyiddin itu disahkan oleh laporan dari BERNAMA.. Tiada calon menang tanpa bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini. Ini kerana kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri menyaksikan pertandingan. |
Senarai Nama Calon - Calon KEADILAN Seluruh Malaysia Posted: 20 Apr 2013 11:01 PM PDT KEADILAN akan bertanding 102 kerusi Parlimen dan 162 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali. Perkara itu dimaklumkan pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah kepada calon-calon KEADILAN di sebuah hotel, dekat sini, hari ini. Parti"KEADILAN akan bertanding 102 kerusi Parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak," kata Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya parti. Jumlah kerusi itu meliputi 64 kerusi di Semenanjung, 21 di Sabah dan 17 di Sarawak. Berikut adalah senarai penuh nama-nama calon KEADILAN untuk PRU13 ini.. Ini buat semua Reformis yang tak terpilih.. Walau apapun slogannya, sama ada "Ubah", "Tukar" atau "Reformasi", perjuangan ini menuntut perubahan status quo, membebaskan negara dari korupsi, kronisme dan nepotisme. Mustahil perjuangan ini berjaya tanpa kebangkitan kuasa rakyat, yang mengatasi segala ketakutan dan ugutan yang dipaksakan penguasa terhadap mereka. Kita sedar hakikat bahawa perjuangan ini memerlukan orang yang berbeza (bakat dan kebolehannya) pada peringkat yang berbeza. Reformis tulen yang memahami erti perjuangan tidak melenting mahupun kecil hati seandainya dirinya diketepikan untuk kepentingan awam yang lebih besar maknanya. Maka mereka sanggup berhempas-pulas demi parti kerana menaruh kepercayaan dan harapan terhadap pimpinannya. Namun demikian, reformis akan tetap berpegang kepada matlamat perjuangan sebermulanya. Sesungguhnya ia dilahirkan dari retakan kuasa pemerintah, tetapi pergelutan kuasa ini telah mendedahkan masalah pokok yang berakar umbi dalam sistem politik kita, dari struktur ekonomi, sistem kehakiman, institusi polis, media dan sebagainya – sehingga ia meledakkan kuasa rakyat untuk bangkit menuntut perubahan. Apa yang memilukan adalah kepercayaan aktivis dan sokongan pengundi diambil kesempatan untuk percaturan politik sendiri. Alasan yang diberikan sentiasa mengajak kita untuk "melihat dalam kerangka yang lebih besar", sedangkan apa yang berlaku adalah dirinya sedang mengintai kerusinya dalam parti dan kerajaan. Sisa parti pemerintah dikitar-semula ke dalam perjuangan ini atas alasan "supaya semua terangkum" (inklusif namanya), tetapi aktivis yang berjuang lebih awal dari zaman Reformasi ditolak. Mungkin sesetengah pimpinan PKR membawa baka "mudah lupa". Jadi kita tegaskan di sini bahawa kita lawan UMNO kerana keangkuhannya untuk memonopoli kuasa, kerana sifat perkaumannya dan politikingnya demi kepentingan diri. Sejak tahun 1998 kita lawan dengan slogan "Reformasi", bukan "Semangat 46″; kita lawan dengan parti "KeADILan", bukan "UMNO Baru" atas alasan apa? Namun sesiapa yang menyokong perjuangan Reformasi tidak akan sanggup melihat perjuangan ini berakhir dengan sikap keangkuhan pemimpin terhadap reformis lain, atau cantas-mencantas semata-mata untuk menyingkirkan "orang lain", dan menggantikan dengan "orang sendiri". |
Punca Sebenar Dato' Kamalia Ibrahim Tanding Calon Bebas Terbongkar Posted: 20 Apr 2013 09:02 PM PDT Bekas naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim hari ini mendedahkan kenapa dia sanggup menjadi calon Bebas untuk bertanding walaupun tahu dia bakal dipecat dari parti. Kepimpinan tertinggi Wanita Umno tiada tempat dalam pilihanraya umum 5 Mei ini merupakan punca utama mengapa Kamilia tidak teragak-agak menyerahkan kertas pencalonannya bertanding di parlimen Kuala Kangsar menentang calon Umno sendiri, Wan Muhamad Khairil dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, Khalil Idham Lim. Ternyata kekecewaan Kamilia yang sudah menggerakkan kerja berkempen sejak setahun lebih rupanya dipandang seperti sampah tak berguna apabila hanya diberi tempat sebagai calon DUN Bukit Chandan walaupun berjawatan pemimpin nombor dua wanita dalam Umno. Malah BEKAS ketuanya, Shahrizat Jalil yang pantas mempertahankan keputusan presiden Umno, Najib Razak dan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Zambry Abdul Kadir tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejutan yang dilakukan Kamilia bertujuan untuk tidak menambah garam pada luka yang sudah pun parah. Alasan Zambry bahawa suara akar umbi lebih mahukan Khairil juga dilihat dangkal kerana pengundi tegar Umno yang selama ini diwakili BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar, Rafidah Aziz, sudah maklum bahawa Kamilia lah calon yang sesuai diletakkan berbanding dengan Khairil yang lebih rapat dengan pemimpin Umno atasan. Tindakan Zambry menempelak Kamilia bukti satu lagi perpecahan tak terduga, bukan setakat dialami Umno Perak malah di seluruh negara. Malah Najib sendiri kelmarin sudah mula mengeluarkan arahan supaya Kamilia 'diberi perhatian sewajarnya' kerana tanda-tanda untuk belot dari parti ternganga luas. Wanita Umno yang selama ini dianggap tulang belakang kepada kemenangan parti itu kini sudah ibarat kupang tembaga tak laku seduit pun. Bayangkan bagaimana wanita Umno bersusah payah merayu undi dari rumah ke rumah, berpanas dan berhujan serta sanggup bersengkang mata menyiapkan bahan kempen untuk dipasang oleh Pemuda Umno, kini itu semua sudah tidak bermakna lagi. Mungkin sesetengah dari kita bersetuju dengan kenyataan Zambry bahawa Kamilia hanya mementingkan diri dari parti, tetapi lihatlah siapa pula barisan calon wanita Umno yang diketengahkan kali ini. Bukannya hendak memandang rendah kemampuan Azalina Othman Said di parlimen Pengerang, Noriah Kasnon di parlimen Sungai Besar serta ketua puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin di parlimen Papar, tetapi kesemua mereka cuma setakat menjadi timbalan menteri sahaja melainkan Azalina yang dilantik menteri semasa pentadbiran Abdullah Badawi, itu pun atas kouta puteri Umno sebelum digugurkan apabila mencecah usia 40 tahun. Saya melihat Shahrizat dari sisi lain kesan daripada pemecatan automatik Kamilia kerana umum sudah mengetahui persengketaan lama antara dua pemimpin tertinggi Umno dan BN itu semasa isu skandal lembu RM250 juta yang membabitkan keluarga Shahrizat. Ketika itu, Kamilia dilihat terlalu vokal menghentam Shahrizat hinggakan kedua-dua mereka terpaksa ditenangkan seketika takut-takut persiapan pilihanraya umum terjejas hingga boleh menyebabkan kekalahan BN. Dan kali ini giliran Kamilia pula ditempelak Shahrizat dengan mengatakan keputusannya hanya bernafsu peribadi bagi mengejar impiannya mencabar Shahrizat sebagai ketua wanita Umno dalam pemilihan agung parti itu yang sudah tertangguh lebih tiga tahun. Kata orang, pulang paku buah keras. Dipercayai ada campur tangan supaya Kamilia hanya diletakkan sebagai calon DUN seperti mana yang dilakukan ke atas ketua penerangan wanita Umno, Hamidah Osman yang bertanding di DUN Sungai Rapat. Kamilia mungkin sudah mengetahui had dan sekatan yang ada sekiranya hanya menang di kerusi DUN kerana setakat cuma dilantik sebagai Exco kerajaan negeri pun belum tentu dia terpilih kerana perlu pula bersaing dengan Hamidah untuk melengkapkan kouta wanita Umno dalam kerajaan negeri. Hamidah diletak sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan HARAM Zambry tetapi dikhabar mempunyai masalah dengan Umno bahagian Gopeng hingga surat rayuan turut dihantar kepada Zambry jam 12 tengah malam beberapa hari sebelum BN mengumumkan calonnya. Itulah sebabnya dia terus mara mempertahankan haknya bertanding di kerusi parlimen kerana merasakan peluangnya untuk mencabar Shahrizat sebagai bosnya seterusnya menjawat jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat terbuka luas. Rata-rata pengundi di Kuala Kangsar akan mengundi Kamilia berbanding dengan pencabarnya, Khalil Idham sekiranya pertandingan dua penjuru diadakan kerana Khalil sendiri pun mempunyai masalah dengan pengundinya di DUN Titi Serong. Tetapi itu tidak berlaku dan Umno sendiri memilih jalan berliku menghadapi tentangan Kamilia dan Khalil untuk mempertahankan kerusi yang menjadi kubu kuat Umno selama ini tetapi hampir roboh ekoran Rafidah cuma menang lebih 1,400 undi dalam pilihanraya umum lalu. Kamilia melihat kepupusan calon wanita Umno semakin serius selepas pengumuman Shahrizat tidak bertanding dan sebab itulah dia diberi 'restu' untuk berkempen di Kuala Kangsar bagi meneruskan warisan Rafidah di bandar diraja Perak itu seberapa lama yang boleh. Sudah menjadi rahsia umum bagaimana Rafidah dimalukan Shahrizat semasa pemilihan wanita Umno dan dendam lama Shahrizat terhadap Rafidah kini terpaksa dipikul pula oleh Kamilia yang pada jam 10.45 pagi semalam sudah pun mengumumkan keluar dari Umno berkuat kuasa serta-merta. Pembunuhan karekter Kamilia oleh pemimpin Umno sendiri lebih dahsyat berbanding dengan penarikan diri calon Umno bagi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang seakan didiamkan walaupun kesannya lebih dahsyat dari tindakan Kamilia. Muhyiddin tidak perlu bersusah payah mengarahkan pejabat agung Umno mengeluarkan surat pemecatan Kamilia kerana jika dihantar sekalipun ia pasti akan dilayan sebagai sampah berdaftar sebagaimana yang dilakukan ke atas batang tubuh dan prinsip perjuangannya selama ini. Jika Anwar Ibrahim yang pernah menjawat pemimpin kedua dalam Umno boleh dimalukan semahu-mahunya, apalah sangat dengan orang nombor dua dalam pergerakan wanita! Inilah budaya 'pembunuhan' sebenarnya dalam Umno kerana tidak ada siapa yang akan dipancung jika terus mencium tangan presidennya. ~ Addin |
Pertindihan Calon: Ini pesanan (amaran) dari seorang penyokong Pakatan Rakyat Posted: 20 Apr 2013 06:33 PM PDT Isu pertindihan calon PAS dan PKR di beberapa kerusi selepas tamat tempoh penamaan calon semalam menjadi buah mulut ramai penyokong-penyokong PKR dan juga PAS di kebanyakkan bilik gerakan pilihanraya semalam. Antara kerusi yang berlaku pertembungan tersebut adalah Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, DUN Kota Damansara, DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera, DUN Seberang Takir dan DUN Panti. Ramai yang melahirkan kekecewaan dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku ini dan mempersoalkan kenapa perkara ini boleh berlaku? Bagaimanapun penyokong tegar baik dari PKR mahupun PAS tetap tidak berubah sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat.. Tetapi ianya memberi kesan terhadap kepercayaan oleh ramai individu yang baru mula menyokong Pakatan Rakyat.. Ini antaranya... Assalamualaikum, Bermula dari 2008 hinggalah kini kami meletakkan kepercayaan kepada PR. Namun sokongan kami tidaklah kami utarakan secara terangan dan tidak juga terlibat dalam apa-apa aktiviti yang dijalankan PR. Namun yang pasti kami semua amat bencikan BN. Dalam kepala kami hanya persoalan adakah PR juga punya sifat tamak kuasa seperti BN??? Akal kami masih rasional untuk menilai. Pembahagian kerusi kelihatan mudah walaupun tidak mudah. Di sinilah seharusnya diwujudkan sikap bertolak-ansur, wasatiah, menghormati dan persepakatan dalam menentukan hala tuju PR. Justeru, jika di garis permulaan ini pun sudah tersandung, maka tiada jaminan PR tidak akan tempang di pertengahan jalan. Apa yang ingin disampaikan kepada tuan adalah kini saya dan rakan-rakan lain hampir pasti bersepakat untuk tidak mengundi di kawasan masing-masing. Ini disebabkan perasaan kecewa kami yang tidak dapat dibendung mengenangkan kepercayaan kami yang seperti telah dihinjak oleh PR. Apalagi mengenangkan selama ini penyokong PR yang TIDAK BERGAJI bersusah payah menahan serangan pihak lawan yang adakalanya hingga ke tahap yang tidak masuk akal, namun akhirnya PR terjahanam disebabkan oleh tindakan mereka sendiri... DIULANGI..OLEH TINDAKAN PR SENDIRI!!! *E mail ini tidak perlu disiarkan tetapi perlu di ambil tindakan |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan