Ahad, 21 April 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Tu dia...!! Alang-alang seluk perkasam, biar sampai lepas geraaamm.

Posted: 21 Apr 2013 08:08 AM PDT


Pak Shariff.... Pak Sharif.... Marah sungguh hang noo. Marah akibat tak dicalonkan untuk bertanding dalam PRU13 ni maka,dia tunjuk perasaan.

Oleh sebab tak dapat satu... kini Pak Shariff calonkan dirinya sebagai calon bebas di  dua tempat satu... DUN Sungai Dua dan Parlimen Tasek Gelugor. Padan muka hangpa!!

Hahahaha.... alang-alang lepas geram, dua kawasan aku terkam!!

Shariff kotakan janji, calon bebas 2 kerusi


TASEK GELUGOR: Mantan Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Sharif Omar mengotakan janjinya apabila bertanding atas tiket bebas lambang kunci pada pilihanraya umum ke 13 yang memulakan kempen hari ini.

Beliau menyerahkan kertas pencalonan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sekitar pukul  9.30 pagi semalam di Dewan Besar Sungai Dua bersama calon PAS Parlimen berkenaan Tan Sri Rahman Maidin serta calon Barisan Nasional (BN), Shabudin Yahya.

Bukan sahaja parlimen tetapi beliau juga bertindak sebagai calon bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua menentang calon BN, Mohd Yusuf Mohd Noor dan Zahadi Mohd calon PAS.

Sebelum itu, dua individu dikatakan mengistiharkan diri untuk bertanding atas tiket bebas iaitu Azmi Alang di Dun Sungai Dua dan Datuk Mustaffa Idrus di Teluk Air Tawar melawan Calon PKR, Norhayati Jaafar.

Namun ia tidak menjadi kenyataan.

Shariff dikatakan membatalkan cadangan itu kerana tidak mahu mengadai masa depan rakannya dalam Umno kerana menyertai calon bebas bererti keahlian Umno akan gugur dengan sendirinya.

Mereka akan kekal sebagai orang kanannya berkempen menentang BN serta merangka strateji melemahkan calon BN yang menjadi sasaran utama kempen mereka nanti.

Dah 54 tahun dah... Mamposslah!!

Posted: 21 Apr 2013 05:35 AM PDT


Ini salah satu tajuk berita dalam MalaysiaKini. Dr M: 'Dah lima tahun, sudahlah, cukuplah...'

Chek oi... betoi...baru 5 tahun tapi itu PR baru pegang negeri. Kalau dapat Putrajaya... macam-macam kita boleh buat. Dalam dok pegang negeri baru 5 tahun saja pun, Kedah serta negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain sudah pun mendapat pujian dan recognition daripada Jabatan Audit Negara kerana pengurusan pentadbiran dan kewangan mereka.... cer kalau dapat 54 tahun, Kedah pasti hebat. Rasanyer... jauh lebih baik daripada apa yang UMNO/BN dah buat.

So... kata-kata orang tua tu, seperti di bawah ini, tak boleh pakai.

"Parti itu (Pakatan Rakyat) tidak cekap dan tidak dapat memajukan negeri Kedah ini... tapi rakyat (kini) dapat membuat perbandingan... lima tahun kita bagi dekat dia, apa pun tak ada.

Pakatan dapat kuasa di negeri tapi bantuan kerajaan pusat ke negeri hangpa penaya. MP kita tak diberi peruntukan  oleh kerajaan pusat. Itu sepatutnyer menjadi hak depa. Awat hangpa sekat? Hangpa salurkan peruntukan yang sepatutnyer menjadi hak wakil rakyat PR kepada UMNO. Hmmm... dapat kepada UMNO duit tu, paham-paham ajelah. Lanun dapat duit pree ler katakan...

Orang tua ni tak sedar agaknyer....selama 5 tahun Pakatan Rakyat memerintah di 4 buah negeri, memang rakyat telah membuat perbandingan dan ternyata corak dan cara pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat diterima dan disokong. Kalau tak... takkan mendapat pujian daripada Jabatan Audit Negara. Dan ini telah membuka mata rakyat.... yang kini sudah tahu, siapa lanun dan siapa pejuang rakyat.

Lantaran itu, sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin hebat. Aha... itu yang UMNO serta orang tua tu takut. Untuk memperdaya rakyat agar kembali menyokong mereka...depa tipu sana, tipu sini. Fitnah sana... fitnah sini. Reka cipta citer sini dan reka cipta citer sana. Pusing cakap sana... pusing cakap sini

Oleh itu... ada ke orang nak dengar cakap orang tua yang dah nyanyuk dan tak tahu apa yang dicakapnyer ni?? Pastu lak.... medangnyer, mudah lupa. Hahaha... takleh pakai cakap orang tua ni.

Chedet oi... Dah tua dah, dah kutei dah, sudahlah, cukuplah... Dok ler diam-diam. Buat amal ibadah. Kuboq dah dok panggil dah tu.. Sedaq-sedaq la sikit chek oi.

Tiada ulasan: