Biaqpila |
- GEMPAR!!! Pengakuan Bekas Pegawai Khas Kepada Tun Mahathir
- TRANSFORMASI ANWAR DAN NAJIB.... KAH! KAH! KAH!
- BETOI KA NAJIB PI UMRAH BERMOTIF POLITIK?
- 56 TAHUN BUAT MACAM HARTA MAK BAPAK DEPA
GEMPAR!!! Pengakuan Bekas Pegawai Khas Kepada Tun Mahathir Posted: 09 Apr 2013 08:29 AM PDT |
TRANSFORMASI ANWAR DAN NAJIB.... KAH! KAH! KAH! Posted: 09 Apr 2013 12:00 AM PDT |
BETOI KA NAJIB PI UMRAH BERMOTIF POLITIK? Posted: 08 Apr 2013 09:00 PM PDT Umrah Najib Bernawaitu Politik Rupanya?? Oleh Shahbudin Husin Terdedahnya minit mesyuarat sebuah kumpulan pemikir yang diketuai oleh Alies Anor dan dibantu oleh Di Sidek Baba mengenai pelbagai perancangan, termasuk yang jahat untuk menewaskan Anwar dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ini, secara tidak langsung mendedahkan sisi gelap Najib selaku pihak yang mahu dimenangkan, dalam berpolitik dan mahu terus berkuasa. Dalam suatu mesyuarat yang diadakan pada perhujung 2012 sebagaimana yang terdapat dalam minit mesyuarat tersebut, antara perancangan yang dilakukan oleh kumpulan itu ialah menulis dan mengutuk Anwar melalui blog-blog, mengadakan sidang akhbar dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar sebaik Parlimen dibubarkan, menerbitkan bahan bercetak dengan maksud yang sama uuntuk diedarkan ke kawasan pengundi Melayu, mengumpulkan seramai mungkin bekas pemimpin ABIM untuk menyerang Anwar, menggunakan bekas pemimpin PKR yang sudah melompat parti untuk mengadakan ceramah memburukkan Anwar, mewujudkan team baru diketuai Papagomo untuk merekacipta video seks yang melibatkan Anwar dan lain-lain pemimpin PR yang dihasilkan di luar negara dan pelbagai lagi. Minit mesyuarat ini dipercayai didedahkan berikutan terdapatnya laporan Dr Sidek Baba yang dipercayai sanggup menikam Anwar adalah kerana pelbagai kepentingan peribadi sebagaimana yang didedahkan oleh rakannya sendiri, Omar Abd Rahman dan juga kerana Dr Sidek dibayar elaun sebanyak RM15 ribu sebulan atas kesanggupan menyertai kem Najib dan memburukkan Anwar. Kumpulan pemikir itu dianggotai oleh beberapa orang lain seperti Abdul Rahman Karimun, Raja Arif Kamaruddin, Osman Abdul Majid, Rahiman Salleh, Majid Daud, Syed Abul Hussin Syed Kismas manakala Abdul Rahman Buyung selaku setiausaha. Alies Anor yang merupakan bekas Setiausaha Politik dan mengetuai War Room untuk Najib dalam PRU 13 ini adalah pengerusi kumpulan pemikir ini manakala Dr Sidek Baba dengan elaun RM15 ribu sebulan adalah timbalan pengerusinya. Dengan terdedahnya pelbagai tembelang mengenai gerakan kumpulan ini, maka tidaklah menghairankan bahawa Dr Sidek sanggup mengadakan sidang akhbar dan ditermuramah oleh pelbagai media semata-mata untuk mencerca dan memburuk-burukkan Anwar. Tujuannya hanyalah untuk menghalang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat serta mengekalkan Najib di takhta kuasa serta memastikan RM15 ribu masuk ke poketnya setiap bulan. Tentunya juga tidak menghairankan melalui apa yang didedahkan dalam minit mesyuarat itu, secara tiba-tiba pelbagai video seks mengenai Anwar dan pemimpin PKR lainnya serta-merta muncul mewarnai dunia maya blog-blog pro UMNO sejak kebelakangan ini. Dengan ini tidaklah menghairankan jika menjelang hari pengundian nanti, pelbagai video dan bahan penerbitan lainnya akan bertaburan terutamanya di kawasan-kawasan pengundi Melayu. Selain pelbagai perancangan tersebut, kumpulan ini juga merancang untuk mengadakan pertemuan dan meminta nasihat daripada Mahathir memandangkan bekas Perdana Menteri itu disifatkan mempunyai banyak idea dan mungkin mengetahui strategi yang lebih sesuai untuk menjatuhkan Anwar. Dan kini terbukti, Dr Sidek sudah pun mengadakan pertemuan dengan Mahathir minggu lalu, dan mereka dilaporkan telah mengadakan perbincangan selama lebih satu jam hanya atas satu topik iaitu Anwar Ibrahim. Selain menyerang dan memburuk-burukkan Anwar, kumpulan itu juga merangka pelbagai strategi untuk menaikkan imej Najib khususnya di mata pengundi Melayu. Ia termasuk lawatan ke Palestin, mengadakan kunjungan dengan pemimpin Islam di selatan Thailand dan Filipina serta mengerjakan umrah. Kumpulan pemikir ini percaya dengan Najib menunaikan umrah, ia boleh menaikkan sokongan pengundi Melayu kepada Najib. Sementara Anwar memang dikenali sebagai pejuang Islam sejak di universiti lagi dan imej itu kekal terpamer hingga kini, Najib sebaliknya sebaliknya ingin menonjolkan imej Islamiknya dengan kekerapan menunaikan umrah. Jika diimbas, sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009, hampir setiap tahun Najib menunaikan umrah. Setiap kali pemergiannya pula akan diberi liputan yang meluas oleh media-media kerajaan. Baru-baru ini juga dilaporkan beliau akan ke Mekah lagi menunaikan umrah tapi ianya dibatalkan kerana Parlimen dibubarkan. Mungkin selepas penamaan calon nanti, Najib dan keluarganya akan menunaikan umrah lagi sebagaimana yang dicadangkan oleh kumpulan pemikir itu. Rupa-rupanya pemergian Najib menunaikan umrah bukanlah dengan kerelaan hati dan untuk beribadah kepada Allah. Umrah Najib untuk politik rupanya. Matlamatnya adalah semata-mata mengabui pengundi Melayu, mendapatkan undi, menang pilihanraya dan supaya terus kekal sebagai Perdana Menteri. DD NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
56 TAHUN BUAT MACAM HARTA MAK BAPAK DEPA Posted: 08 Apr 2013 06:00 PM PDT 56 tahun UMNO menyeleweng harta kerajaan buat macam harta peribadi mak bapak mereka by Kedahkini Bila budaya korap sudah menebal mereka tidak tahu membezakan kerajaan dengan parti politik Tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN semalam untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit. Kenderaan berkenaan melibatkan satu kenderaan SUV dengan pembesar suara di bumbung untuk menyiar ucapan semasa majlis tersebut. Dua kenderaan lain melibatkan satu lagi SUV dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan. Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut. Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan. Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu. Suhaimi: Kenapa? Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna... Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali . Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni. Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah. Malaysiakini: Mengapa van itu di sini? Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah." Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!". Cuba Baca yang ini TRANSFORMASI YANG BETUL..... SAYA akan berbangga sampai ke akhir hayat menjadi warga negeri Pulau Pinang kerana berpeluang untuk tinggal di saat dan ketikanya negeri ini ditadbir Pakatan Rakyat, dengan dipimpin oleh Lim Guan Eng. Ketua Menteri yang digilai ramai sampaikan hampir setiap hari Jumaat ada sahaja demonstrasi oleh orang ramai yang tak tentu arah melaung-laungkan nama Guan Eng. Sampailah Lim Guan Eng memutuskan untuk memilih hari Jumaat, yang disebutnya sebagai 'penghulu segala hari' untuk membubarkan badan perundangan negeri Pulau Pinang yang telah ditadbirnya dengan begitu baik selama lima tahun yang lalu. Rata-rata orang ramai berkata, 'Baguihnya Guan Eng.. dia pun tau kata Jumaat ni penghulu segala hari'. Guan Eng memang suka hari Jumaat. Beliau amat sensitif dengan hari Jumaat dan keperluan umat Islam untuk solat Jumaat. Hatta kalau diadakan sidang media pada hari Jumaat, nescaya beliau akan berkata bahawa sidang media hari itu akan dibuat ringkas kerana, 'sekejap lagi nak pergi sembahyang'. Bertambah kagumnya saya dengan insan ini hari ini apabila beliau mengetuai kabinet EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengembalikan kenderaan rasmi Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Untuk yang tidak tahu, Guan Eng menggunakan sebuah Mercedes tua sebagai kenderaan rasmi, dengan nombor plat 'PG 1'. Menurut taukey kedai kenderaan terpakai, kereta tersebut nilainya sekarang lebih kurang RM10 ribu. Barangsiapa yang tidak melihat integriti pemimpin ini, nescaya orang itu jelas merupakan seorang yang buta mata hatinya dan hanya melihat keturunan Ketua Menteri itu, yang pernah dipenjarakan hanya kerana membela anak Melayu yang dicabul pemimpin UMNO. Kenderaan rasmi kerajaan negeri dipulangkan kerana katanya kenderaan rasmi tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi atau untuk kegunaan kempen politik. Comel sekali saya lihat gambar mereka berhimpit seperti sardin dalam kereta yang lebih sempit sesudah kereta rasmi dipulangkan. Ini mengingatkan saya kepada Khalifah Umar Al-Khattab yang mempunyai dua pelita di rumahnya. Ketika melakukan kerja-kerja rasmi, beliau akan menggunakan pelita hak kerajaan. Manakala ketika berbual dengan anaknya, beliau menggunakan pelita milik sendiri. Janganlah pulak ada yang buat-budat bodoh. Saya tak kata Guan Eng itu macam Khalifah Umar. Sekadar menjadikan Khalifah Umar sebagai contoh buat teladan untuk seorang pemimpin Cina yang prihatin dengan keperluan rakyat. Tidakkah akan meroyan UMNO ketika melihat perilaku sebegini dicontohi pemimpin DAP? Dalam pada itu, Barisan Nasional terus menerus menyalahguna harta kerajaan untuk kempen politik sendiri. Seperti mana yang dilaporkan Malaysiakini. wallybandits NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan