DIALOG RAKYAT |
- Bekas pegawai khas Mahathir akui terlibat rancang konspirasi fitnah liwat 1
- JPM Belanja RM 36.1 Juta Untuk Kos Iklan
- Hanya 14 peratus dari Manifesto Umno-BN adalah Idea Baru
- Johari Abdul : Pasukan Sabotaj PR Dilatih Tentera, Polis
- Rakyat patut beri mandat PR memerintah Malaysia jika mahu kerajaan bersih, telus, berintegriti
- DAP gesa SPR kaji semula arahan wajibkan 240,000 petugas PRU undi pos
- Gobala rayu BN beri peluang pertahan Padang Serai
- Najib dicabar patuhi akujanji integriti, henti guna kenderaan milik kerajaan
- Manifesto BN 'racun' untuk rakyat
- PAS sedia satu peguam satu Parlimen
- PRU13: Cuti tambahan pelajar, staf universiti
- Kelantan dituduh tiada air tapi yang terseksa rakyat Kuantan
- PRU13: Mohamad Sabu di Pendang, Husam di Putrajaya
- DAP beri amaran lambakan hutang dan rasuah BN bakal mufliskan Malaysia
- Serah balik kenderaan rasmi, DAP perlihat integriti
- Dihalang Masuk Sabah: SPR Digesa Tegur Kerajaan Sementara Sabah
- Apa Kata Rakyat Mengenai Status Pengundi Meragukan?
- 17 Muka Lama Yang Perlu PAS Kelantan Gugurkan
- Masalah Air di Malaysia. Semakin Serius di Selangor & Kelantan? Barisan Nasional (BN) Mahu Bantu Anda Rakyat Kelantan & Pahang!
- Guan Eng enggan salahguna kereta
- Bekas Presiden AIC United Kingdom calon Parlimen Sekijang
- Dalam usia 87, Mahathir patut henti kempen ‘kubur-kubur’ – Anwar
- KEADILAN umum calon Sarawak Khamis ini
- Papa Gomo mahu cabar Anwar di Permatang Pauh
- Hadi sahkan ahli bukan Islam bertanding PRU 13 atas tiket PAS
Bekas pegawai khas Mahathir akui terlibat rancang konspirasi fitnah liwat 1 Posted: 09 Apr 2013 06:23 AM PDT Oleh Norasikin Samsi KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu. "Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1). "Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini). "Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu). "Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama untuk peristiwa sodomi kedua…Itu dah nampak tak betul…," kata Omar disambut sorakan rakyat. Beliau mendedahkan demikian selepas melihat gambar Mahathir bersama Aziz Shamsudin dan Profesor Sidik Baba pada malam sama bercakap mengenai akhlak Anwar. "Bekas boss saya ini sekarang jadi kempen manager Ibrahim (Ali) katak," kata Omar disambut ketawa hadirin. Tan Sri Aziz Shamsudin merupakan bekas setiausaha politik kepada Mahathir. Tun Daim pula bekas Menteri Kewangan sementara Sidik adalah tokoh akademik. Umi Hafilda Ali adalah saksi utama dalam perbicaraan kes liwat 1. Antara lain, hasil maklumat yang diberikan beliau kepada mantan Perdana Menteri itu pada 1997, menyebabkan Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004. Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya. Anwar ditangkap pada malam 20 September 1998, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu. Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998. Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful. Dalam wawancara Anwar bersama stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera 3 April lalu, Anwar percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan. "Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas. "Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga," kata Anwar. Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Khairil Annas Jusoh. Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar. Terbaru, Omar pula mengaku terlibat dalam konspirasi Mahathir mengaitkan Anwar dalam kes liwat I. Untuk tonton rakaman pengakuan Omar KLIK SINI. – NS | ||||
JPM Belanja RM 36.1 Juta Untuk Kos Iklan Posted: 09 Apr 2013 06:19 AM PDT SHAH ALAM: Bendahari Agung PKR, William Leong mengecam Jabatan Perdana Menteri (JPM) apabila sewenang-wenangnya membelanjakan sehingga RM36.1 juta bagi kos pengiklanan untuk meningkatkan imej pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mata rakyat. Menurut William dalam satu kenyataan medianya hari ini, jumlah tersebut diperolehi daripada laporan Maybank bertarikh 19 Mac lalu. "JPM membelanjakan sebanyak RM36.1 juta ke dalam media arus perdana, terutamanya kempen pengiklanan di stesen radio dan televisyen," kata William yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Selayang itu. Menurut William lagi, tindakan itu diambil bagi menutup ketidakcekapan pengurusan wang rakyat, penyelewengan sepanjang 50 tahun mentadbir negara dan mewujudkan perasaan kemakmuran walaupun realitinya negara berhadapan cabaran genting terutama dalam isu keselamatan. "Di samping itu, sebelum kempen PRU-13 dimulakan, BN sudah membelanjakan sebanyak RM4.9 juta pada Februari 2013 bagi tujuan menyebarkan propaganda melalui media. "Lantas, kita boleh melihat di bawah hegemoni BN, Pakatan Rakyat (PR) tidak diberikan sebarang peluang untuk muncul dalam media arus perdana seperti televisyen atau radio seperti TV3 dan RTM tanpa sekatan atau syarat-syarat," kata William. Menurut William keadaan ini membuktikan kerajaan BN masih menyokong sistem pilihan raya yang tidak adil. Terdahulu, Kerajaan Persekutuan sejak di bawah penguasaan Najib dikatakan paling besar berbelanja demi meningkatkan imej pentadbiran beliau di mata rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa. Selain untuk meningkatkan imej Najib dan BN, ia juga digunakan untuk memerangi musuh politiknya dengan mengadakan propaganda Anti Anwar di peringkat antarabangsa. Antaranya, kerajaan membayar sehingga RM 77 juta setahun kepada perunding asing seperti APCO semata-mata untuk menaikkan imej Perdana Menteri. Selain itu, kerajaan di bawah Najib juga didapati mengupah Pengarah Trevino Strategies and Media Inc, Trevino dengan bayaran RM1.2 juta dan 10 penulis lain yang sesetengahnya darinya dikenali sebagai pro-Israel. Kerajaan Malaysia turut dilaporkan mengupah perunding asing, FBC Media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza Mei 2011 dengan bayaran 19.6 juta Euro (RM94 juta). | ||||
Hanya 14 peratus dari Manifesto Umno-BN adalah Idea Baru Posted: 09 Apr 2013 06:16 AM PDT PETALING JAYA : Pakatan Rakyat (PR) mendakwa daripada 157 janji yang diketengahkan dalam manifesto Umno-BN yang dilancarkan Sabtu lalu, hanya 14 peratus atau 22 janji adalah idea baru. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, 15 peratus atau 23 janji daripada manifesto itu adalah idea yang diambil dari manifesto PR. Manakala, 71 peratus adalah program sedia ada atau sasaran umum yang sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan. "Setelah menjadi Kerajaan Persekutuan selama 56 tahun, Umno-BN tidak mampu mengetengahkan idea-idea baru yang boleh menarik perhatian rakyat, sebab itu Umno-BN terpaksa menciplak," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini. Rafizi menambah tindakan menciplak dasar besar dari PR menggambarkan bahawa Umno-BN akhirnya menerima hakikat bahawa Manifesto PR mampu dilaksanakan. Antara dasar yang ditiru dari PR adalah menurunkan harga kereta, memberi permit teksi individu, membina rumah rakyat supaya tidak ditinggalkan kepada swasta dan bantuan yang adil kepada semua jenis sekolah. Dalam perkembangan sama, Rafizi mendakwa manifesto Umno-BN untuk mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan baru adalah tidak realistik. Katanya, sejak tahun 2009 hingga 2012, Najib sering menjanjikan peluang pekerjaan baru sedangkan sudah jelas dalam rekod bahawa sebenarnya peluang itu tidak ditepati. "Jika dilihat dalam Perangkaan Unit Perancang Ekonomi menunjukkan Umno-BN hanya mewujudkan sekitar purata 300,000 pekerjaan baru sahaja sejak Najib menjadi Perdana Menteri," katanya. Jelas Rafizi bagi mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan baru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menambah pekerjaan sebanyak 650,000 setahun secara purata iaitu lebih dari satu kali ganda dari jumlah sedia ada. "Angka ini tidak munasabah, terutamanya apabila tidak ada apa-apa rancangan di pihak mereka untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing seperti yang dicadangkan oleh PR sebelum ini. "Dalam manisfesto PR, PR mensasarkan untuk mewujudkan tambahan satu juta peluang pekerjaan baru dengan mengurangkan tenaga buruh asing dan melatih pelajar lepasan SPM untuk mengganti mereka | ||||
Johari Abdul : Pasukan Sabotaj PR Dilatih Tentera, Polis Posted: 09 Apr 2013 06:14 AM PDT PETALING JAYA : PKR mendakwa terdapat beberapa kumpulan yang dilatih Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melakukan sabotaj dan mengganggu program-program anjuran Pakatan Rakyat (PR) secara berterusan. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata selain Kor Risik, polis turut terlibat dalam melatih kumpulan itu. Katanya, pihaknya menerima maklumat itu beberapa hari yang lalu daripada beberapa individu yang dilatih oleh Kor Risik itu. "Di antara maklumat yang kami terima, mereka melatih Pemuda Umno dan orang awam yang bukan Umno untuk lakukan sabotaj dan memantau kegiatan PR secara berterusan. "Mereka ini terlibat dalam mempertahankan kuasa politik Umno-BN. Kami bimbang jika mereka dipaksa membantu Umno-BN. "Pada mulanya, maklumat ini sukar dipercayai, tetapi disebabkan ia datang dari ahli-ahli kumpulan tertentu yang mendakwa mereka dilatih, jadi wajar untuk kami percaya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini. Johari menambah dua kumpulan yang didakwa dilatih oleh Kor Risik itu ialah kumpulan "Batas" dan "Warisan Malaya" yang kini sudah bersiap sedia untuk melakukan huru hara khususnya di Lembah Klang. "Ahli kumpulan ini bertaburan diseluruh negara, mereka kini hanya menunggu arahan untuk bertindak. Namun, jumlah mereka kami tidak tahu," katanya. Sehubungan itu, katanya, wajar sekiranya Pengarah Kor Risik ATM menafikan perkara itu dan memberi jaminan bahawa pihak ATM tidak terlibat dalam mainan politik kotor pihak Umno-BN. "Kami juga ingin tahu, adakah benar mesin cetak sudah ditempatkan di Kem Genting Kelang bagi mencetak risalah-risalah yang menfitnah PR. "Adakah benar Pegawai Kor Risik ditugaskan membawa dan seterusnya memberi wang tunai dengan membeli calon-calon PR pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti?," soalnya. Beliau berharap pilihanraya akan datang dapat dilakukan dengan adil dan peralihan kuasa dapat dilakukan dengan aman jika PR berjaya membentuk kerajaan persekutuan. | ||||
Rakyat patut beri mandat PR memerintah Malaysia jika mahu kerajaan bersih, telus, berintegriti Posted: 09 Apr 2013 06:05 AM PDT Roketkini.com SHAH ALAM: Kejayaan membanggakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mentadbir negeri Pulau Mutiara adalah bukti Pakatan Rakyat (PR) mampu mentadbir Putrajaya dengan lebih baik jika diberi mandat, terutama dalam membanteras rasuah dan mengurangkan kemiskinan rakyat. Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata selain melaksanakan tender terbuka, Pulau Pinang juga berjaya mengurangkan hutang negeri daripada RM630 juta kepada RM30 juta dalam masa lima tahun yang ternyata gagal dilaksanakan BN di negeri yang ditadbirnya. "PR mentadbir negeri dan menganggap wang negeri sebagai wang rakyat bukan seperti BN yang menganggap wang negeri dan negara sebagai wang sendiri sebab itu mereka membelanjakan sesuka hati dan secara boros. "Kerajaan negeri yang diperintah PR mampu agihkan kekayaan kepada rakyat bila memperolehi keuntungan, BN beri wang juga walaupun negara sudah 15 tahun mengalami defisit sebab itu kita bimbang negara akan muflis jika terus diperintah BN," katanya baru-baru ini dalam program Bicara Minda & Sesi Dialog anjuran Sinar Harian. Beliau berkata, hasil ketelusan dan integriti, Selangor juga mencatat kejayaan meningkatkan rizab kerajaan negeri daripada RM760 juta pada 2008 kini kepada hampir RM2.7 bilion. Justeru itu, Abdul Hadi meminta rakyat terus memilih PR pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti jika mahu Malaysia ditadbir dengan lebih telus dan berintegriti oleh pemimpin yang bersih dan tidak memperkayakan kroni. "Memadai rakyat menilai dan membezakan pencapaian negeri yang ditadbir PR dalam masa singkat iaitu satu penggal berbanding negeri yang sudah lebih 50 tahun ditadbir BN. "Saya tidak menafikan apa yang dilaksanakan kerajaan BN, termasuk kemudahan infrastruktur, bekalan elektrik dan sebagainya. tetapi cara mereka menguruskan perbelanjaan itu dipertikaikan. "Misalnya Projek RM2 bilion boleh meningkat kepada RM4 bilion. Buat stadium satu perkara baik, kebajikan untuk anak-anak muda, dewasa, tapi kenapa boleh runtuh, Di Terengganu, dulu Darul Iman, tapi sekarang 'Darul Runtuh'," katanya. – Roketkini.com | ||||
DAP gesa SPR kaji semula arahan wajibkan 240,000 petugas PRU undi pos Posted: 09 Apr 2013 06:03 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR,: Apa akan jadi dengan 240,000 kertas undi kakitangan kerajaan apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewajibkan mereka mendaftar sebagai pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Keresahan ini timbul apabila undi pos sering dihantui isu manipulasi dan ketelusan tambahan pula ia lebih mudah dikesan dan memberi 'risiko' kepada pengundi berkenaan. Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching, berkata perkara itu dimaklumkan seorang guru yang menghadiri taklimat SPR yang diadakan di Bangi, 7 Januari lalu. "Kakitangan yang menjadi petugas pilihan raya kini wajib menjadi pengundi pos. Perkara itu menimbulkan keraguan sebab pada PRU 2008, mereka dibenarkan keluar mengundi di kawasan masing-masing. "Mereka juga boleh keluar makan dan menunaikan sembahyang bagi petugas beragama Islam," ujar Teo pada satu sidang media. Penyandang Parlimen Serdang itu menggesa SPR membenarkan petugasnya untuk mengundi lebih awal kerana ia lebih dipercayai dan boleh dipantau ejen parti politik. "Kita harap SPR dapat mendengar dan prihatin dengan keresahan yang timbul itu," kata beliau. Satu daripada tuntutan Pakatan Rakyat (PR) dan Bersih untuk pilihan raya yang adil, bersih dan telus adalah pemansuhan undi pos. Antara manipulasi dan penipuan yang boleh berlaku dalam undi pos ialah kerana pengundi mempunyai risiko untuk diugut dan pertindihan nama yang mana pengundi boleh mengundi secara pos dan pada masa yang sama boleh mengundi seperti biasa. –Roketkini.com | ||||
Gobala rayu BN beri peluang pertahan Padang Serai Posted: 09 Apr 2013 05:55 AM PDT Anggota Parlimen (MP) Padang Serai N Gobalakrishnan memohon jasa baik Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan beliau menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Beliau memenangi kerusi Parlimen Padang Serai atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dan mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Anggota Parlimen bebas awal tahun lepas. Gobalakrishnan yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Perkemas) berkata beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan berdasarkan kerja keras beliau bertungkus lumus sejak lebih tiga tahun lalu berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut. "Selepas saya keluar daripada PKR, berbagai program diatur untuk kemudahan penduduk sekitar Lunas dan Paya Besar dan telah ramai pengundi-pengundi yang satu ketika dulu condong kepada pembangkang kini menyokong kerajaan BN," katanya kepada pemberita di Paya Besar di Kulim hari ini. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penasihat Undang-Undang Perkemas Saiful Ambar Abdullah Ambar dan Presiden Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Kedah Khairul Anuar Ramli. Katanya jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif. Beliau yakin Naib Presiden PKR R. Surendran yang diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen itu oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hilang wang pertaruhannya kerana kemunculan Surendran membawa isu-isu lapuk mengenai masyarakat India tempatan sejak sebulan dua lalu memualkan masyarakat di Kulim.- Bernama | ||||
Najib dicabar patuhi akujanji integriti, henti guna kenderaan milik kerajaan Posted: 09 Apr 2013 05:47 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR,: Tidak ada guna bagi Datuk Seri Najib Razak menandatangani akujanji integriti atau membina mahkamah khas untuk mengendalikan kes rasuah jika beliau tidak mampu mengisytiharkan harta secara umum, tender terbuka secara kompetitif serta memulang dan berhenti menggunakan kapal terbang, helikopter serta kenderaan milik Kerajaan Malaysia. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata dalam manisfesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri Sementara itu berakujanji menentang rasuah dengan niat membina lebih banyak mahkamah khas bagi pendakwaan rasuah dan mendedah kepada umum mengenai kontrak kerajaan. "Apa guna membina mahkamah khas untuk mengendalikan kes rasuah jika ia sekadar menjadi perhiasan dan wujudnya 'double standard' jika mereka berkedudukan tinggi tidak dihukum kerana melanggar undang-undang anti-rasuah. "Kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membidas serangan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud amat mengejutkan apabila dituduh tidak jujur dan 'nakal'. "Keengganan Abdul Taib bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan rasuah beliau adalah serius dan melanggar tugas dan tanggungjawab undang-undang kerana Mengikut Seksyen 47 dan 48 Akta SPRM 2009, keengganan memberi kerjasama kepada SPRM adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Penyandang Ahli Parlimen Bagan itu berkata, kegagalan Najib mengambil tindakan terhadap Abdul Taib kerana kenyataan yang memalukan itu membuktikan beliau gagal menepati janji kononnya mahu bertindak tanpa sebarang rasa takut atau memihak. Katanya, sebelum ini juga Najib memungkiri janjinya untuk meminta Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatan dan bersara. Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada kejayaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat membanteras gejala rasuah dengan lebihan RM150 juta dalam bentuk pemberian tunai dan peningkatan 55% dalam perbelanjaan pembangunan untuk membina infrastruktur asas. Menurutnya, tambahan pula pentadbiran yang bersih menjadikan Pulau Pinang negeri pertama di Malaysia untuk membasmi kemiskinan tegar dan memastikan setiap isi rumah berpendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM770 sebulan. "Keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM770 bakinya akan ditambahkan Kerajaan Negeri setiap bulan. Contohnya, jika satu keluarga itu berpendapat bulanan RM600 akan menerima tambahan RM170 sebulan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat," katanya. Beliau berkata, rasuah menyebabkan 28 juta rakyat Malaysia menjadi rakyat ekonomi kelas ketiga, sedangkan rakyat ekonomi kelas pertama adalah pemimpin BN manakala kelas kedua ialah kroni dan pengikut BN. "Orang Melayu menjuadi warga ekonomi kelas ketiga kerana skandal kewangan seperti skandal saham Bumiputera bernilai RM52 bilion. Saham bernilai RM54 bilion diperuntukkan kepada Bumiputera namun tidak seorang pun orang Melayu biasa atau Bumiputera dari Sabah dan Sarawak yang menerima walau satu saham, dan kini hanya tinggal saham bernilai RM2 bilion. Sehingga kini, kerajaan BN enggan menyiasat kehilangan saham Bumiputera bernilai RM52 bilion itu. "Pakatan Rakyat berjanji apabila diberi mandat memerintah nanti, suatu siasatan terperinci akan dilaksanakan ke atas mereka yang bertanggungjawab dan saham itu akan dikembalikan kepada orang Melayu dan Bumiputera miskin di Malaysia Timur. "Orang Cina juga menjadi warga ekonomi kelas ketiga, dengan terpaksa memberi dana kepada sekolah Cina ketika Menteri MCA dan pemimpin BN lebih berminat dengan skandal Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) bernilai RM13.85 bilion. Manakala kaum India menjadi warga ekonomi kelas ketiga dengan skandal MAIKA yang masih tidak selesai. Siasatan penuh terhadap skandal itu pasti akan dilaksanakan demi memulangkan semula wang ini kepada komuniti Cina dan India yang terbabit," katanya. Menurutnya, Sabah dan Sarawak adalah dua negeri paling kaya sumber asli di Malaysia, turut memiliki kadar kemiskinan tertinggi kerana pemimpinnya lebih berminat memperkayakan diri sendiri dan ahli keluarga. Katanya, pendedahan aliran keluar wang haram bernilai RM871 bilion antara tahun 2001 dan 2010 oleh pemerhati kewangan yang berpusat di Washington, Global Financial Integrity pada 2012 menunjukkan bagaimana rakyat menanggung kerugian disebabkan ketirisan itu iaitu RM31,000 bagi setiap seorang rakyat Malaysia.- Roketkini.com | ||||
Manifesto BN 'racun' untuk rakyat Posted: 09 Apr 2013 05:44 AM PDT
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Idris Ahmad berkata, berbanding Pakatan Rakyat, perlaksanaan manifesto khususnya dalam pemberian bantuan kepada rakyat dibuat menggunakan wang lebihan hasil daripada kecekapan pengurusan. "Pakatan Rakyat membantu rakyat hasil daripada lebihan bukan pinjaman. Sedangkan BN daripada pinjaman yang kemudiannya akan dibeban kepada rakyat. "Kerajaan PR berjaya membuktikan dengan amalan. Walaupun satu ketika dahulu pemimpin BN mengatakan negeri PR akan bankrap. Sebaliknya wang kerajaan Selangor bertambah daripada RM400 juta kepada RM2.6 bilion," katanya dalam satu kenyataan. Rakyat boleh menilai bagaimana Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat memberi 20 meter padu air percuma, bantuan RM2500 di bawah tabung kifalah serta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan banyak lagi, namun pada masa yang sama pendapatan negeri juga meningkat. Menurut beliau, pada tahun 2004 hutang negara sebanyak RM242 bilion meningkat kepada RM363 bilion (2009), RM456 bilion (2011), RM502 (2012) "Peningkatan ketara 107.4 peratus hutang sejak 8 tahun. Ertinya setiap rakyat menanggung hutang hampir RM18,000 seorang. "Jika BN terus diberi kepercayaan bererti rakyat menempah kesengsaraan melalui kenaikan perkhidmatan, kenaikan cukai, kenaikan harga barang, kualiti perkhidmatan dan tanggungjawab kerajaan semakin kurang. Sekarang ujarnya kehidupan rakyat semakin sukar apatah lagi pengangguran di kalangan siswazah mencecah seramai 76,200 orang manakala sejumlah 10,200 pemilik Diploma Pendidikan tidak ada penempatan serta 8,000 pemegang Diploma Kejururawatan masih menganggur. Menurutnya, Datuk Seri Najib Razak hanya pandai memberi tetapi tidak pandai untuk menambah pendapatan negara dan akhirnya rakyat menanggung beban gara-gara pemimpin BN tidak bijak mengurus ekonomi. "Jika BN menang banyak lagi racun berbisa yang sedang menunggu rakyat seperti kenaikan harga petrol, gula, tepung, GST, cukai prepaid, tol. "Oleh itu rakyat wajib jangan beri undi kepada BN, biarlah mereka mahu menjanjikan bulan atau matahari. "57 tahun, bukan waktu percubaan tetapi waktu untuk hendak melaksanakan. Masa untuk BN sudah berlalu, rakyat mahu kerajaan baru," katanya. | ||||
PAS sedia satu peguam satu Parlimen Posted: 09 Apr 2013 04:52 AM PDT
Abang Mat menunjukkan logo satu peguam satu parlimen yang disediakan oleh lajnah guaman PAS KUALA LUMPUR: Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat melancarkan 'Satu Peguam Satu Parlimen' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Lajnah tersebut menyediakan seratus peguam di 76 Parlimen yang ditandingi PAS pada PRU 13, 95 peratus daripadanya terdiri daripada peguam muda. Menurut peguam dan juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, pasukan peguam tersebut akan menyelia dan menguruskan semua calon PAS yang bertanding di setiap Parlimen. "Tujuan kami untuk memastikan proses pilihan raya dijalankan menurut batas-batas perundangan dan kita menolak sebarang aktiviti yang tidak bermoral dan sebarang huru-hara," kata beliau pada sidang media bersama pimpinan tertinggi PAS di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut hari ini. Tambah beliau, peguam-peguam tersebut akan dibahagikan kepda dua kumpulan iaitu untuk menjaga bilik gerakan dan turun ke lapangan bermula dari hari penamaan calon sehingga ke hari pembuangan undi. "Kami komited untuk memberi khidmat dari segi undang-undang dan ketua-ketua peguam akan menjaga negeri masing-masing. "Kita akan bertanding secara profesional dan kita minta Umno BN akan menentang kita dengan profesional," katanya. Sebagai simbolik, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyerahkan watikah pelantikan peguam kepada beberapa pesuruhjaya negeri sambil disaksikan Pengerusi Lajnah tersebut, Asmuni Awi. | ||||
PRU13: Cuti tambahan pelajar, staf universiti Posted: 09 Apr 2013 04:46 AM PDT
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi menunut cuti tambahan kepada mahasiswa, ahli akademik dan kakitangan universiti sempena pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Ia ekoran pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membayangkan kemungkinan besar hari pengundiaan akan diadakan pada hari berkerja. Serahan memorandum dibuat Presiden Gamis Muhamad Azan Safar kepada Pegawai Khas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Syahmi Amri, di pejabat kementerian itu di Putrajaya hari ini. Antara tuntutan dalam memorandum itu termasuklah meminta cuti dua hari sebelum dan dua hari selepas hari mengundi untuk memberikan ruang keselesaan balik mengundi nanti. "Kita juga menuntut dibatalkan segala kursus, program mahupun aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan warga universiti pada PRU13 nanti," katanya. Selain itu mereka juga menuntut agar KPT mengarahkan seluruh IPT dibawah KPT untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan ini tanpa sebarang kerenah birokrasi. "Usaha ini juga tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendidik rakyat secara umumnya tentang kepentingan merayakan pesta demokrasi terbesar dalam negara kita, ini bukan usaha main-main," katanya lagi. Turut menyertai penyerahan tersebut Maaruf Club dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Persatuan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) dan beberapa lagi persatuan mahasiswa lain. | ||||
Kelantan dituduh tiada air tapi yang terseksa rakyat Kuantan Posted: 09 Apr 2013 04:31 AM PDT
Kelantan sering dituduh melalui mendia arus perdana sebagai negeri yang gagal mengurus air bersih kepada rakyatnya sampaikan Najib Razak berjanji akan menyelesaikannya jika rakyat Kelantan menyerahkan amanah dan mandat kepada UMNO untuk memerintah Kelantan pada PRU 13 nanti.. Bila UMNO perintah Kelantan, semuanya akan menjadi beres dan tiada lagi timbul sebarang masalah. Tapi Najib ni jenis tak tengok gajah depan mata sebab dok asyik mengintai kuman di seberang laut. Dia lupa bahawa Kuantan sudah lebih 3 minggu dilanda gangguan air yang kritikal. Rakyat Kuantan kini terpaksa beratur untuk dapat bekalan air bersih. Kini sudah sampai buat demo dan hantar memo kepejabat Pengurusan Air Pahang Berhad semalam. Kepada Najib, sebelum menuduh dan buka mulut kena tengok dulu negeri sendiri punya keadaan. | ||||
PRU13: Mohamad Sabu di Pendang, Husam di Putrajaya Posted: 09 Apr 2013 04:29 AM PDT
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya. Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor. Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di Pejabat Agung parti itu sebentar tadi. "Saya sendiri saya tak boleh umum, biar negeri yang umum," katanya dalam nada berseloroh. Ketika ditanya tentang kerusi yang akan ditandingi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Tuan Guru Abdul Hadi dalam nada bergurau berkata "dia bertanding seluruh Malaysia". Mohamad Sabu kemudian mencelah dengan mengumumkan bahawa presiden PAS itu akan mempertahankan Parlimen Marang yang diwakilinya. Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak. Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan. | ||||
DAP beri amaran lambakan hutang dan rasuah BN bakal mufliskan Malaysia Posted: 09 Apr 2013 04:21 AM PDT Roketkini.com IPOH,: Malaysia bakal muflis jika kerajaan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara walaupun manifesto mereka dilihat meniru beberapa ciri daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang diumum lebih awal. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata ini kerana tindakan gelojoh dan tidak bertanggungjawab Presiden BN, Datuk Seri Najib Razak menambah beban hutang negara yang kini mencatat rekod tertinggi dalam sejarah dan tambah merungsingkan apabila kerajaan BN sambil lewa membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran mereka. "Kita perlu selamatkan Malaysia daripada muflis. Dia (BN) menambah RM50 bilion hutang negara setiap tahun dan kini mencecah sekitar RM502 bilion," katanya dalam satu kenyataan. Menurut beliau, jika keadaan ini berterusan tanpa menangani rasuah dan salah guna kuasa dengan bijak, kemungkinan Malaysia akan muflis pada 2019 bukan sesuatu yang mustahil. "Pembayaran semula hutang negara adalah RM22.3 bilion setahun dan ia akan ambil masa 40 tahun untuk menyelesaikan semua hutang itu. "RM22.3 bilion adalah kira-kira 12 peratus daripada pendapatan tahunan kerajaan. Kita dan generasi anak-anak kita yang teraniaya akibat hutang itu yang dibelenggu dengan gejala rasuah dan penyelewengan berleluasa," jelas Ngeh. Kebimbangan mengenai perkara itu juga pernah dizahirkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sendiri dua tahun lalu yang mendakwa Malaysia berhadapan dengan risiko muflis sekiranya kerajaan terus membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan operasi misalnya perbelanjaan untuk pemberian subsidi berbanding untuk pelaburan. Sebelum ini pakar ekonomi pernah mempertikai kerajaan BN yang membelanjakan sejumlah besar subsidi sebanyak RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP). Ini tidak termasuk subsidi terhadap pengilang dan pengeluar makanan negara yang kebanyakannya dimonopoli individu tertentu. Tindakan ini menimbulkan persoalan mengapa rakyat terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga keperluan asas yang tidak wajar. Sambil mengingatkan rakyat negeri Perak pula khususnya, Ahli Parlimen Beruas itu berkata, BN juga punca kepada kelembapan ekonomi negeri itu setelah berlakunya rampasan kuasa pada 2009 lalu. "Pada 2008 di bawah pentadbiran kerajaan PR Perak, kami berjaya mencatat pelaburan sebanyak RM3.2 bilion di mana ia adalah jumlah tertinggi pelaburan yang pernah direkod dalam sejarah Perak. "Setelah berlaku rampasan kuasa BN yang dikepalai Najib, pelabur itu kemudiannya menangguhkan pelaburan mereka dan menunggu pilihan raya negeri yang baru tetapi malangnya tidak dijalankan," katanya. – Roketkini.com | ||||
Serah balik kenderaan rasmi, DAP perlihat integriti Posted: 09 Apr 2013 04:19 AM PDT Roketkini.com GEORGE TOWN: Berbeza dengan amalan pemimpin Barisan Nasional (BN), kepimpinan negeri Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyerah kembali kenderaan rasmi kerajaan negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Penyerahan kembali kenderaan rasmi Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus memperlihatkan integriti hasil daripada prinsip urus tadbir yang telus, untuk tidak menggunakan harta kerajaan sesudah Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan dengan rasminya Jumaat lalu. "Kenderaan rasmi tidak harus disalahguna untuk kegunaan persendirian atau parti sebaliknya ia harus digunakan untuk urusan rasmi Kerajaan Negeri sahaja. "Inilah intergriti yang dipegang Kerajaan Negeri sungguhpun kini hanya sebagai pemegang amanah," ujar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP pada sidang media di Komtar, hari ini. Penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri turut membabitkan Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri lain yang kini berperanan sebagai kerajaan sementara dan pemegang amanah di negeri Pulau Mutiara itu. "Sungguhpun menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-13), kenderaan rasmi ini tidak akan diguna untuk ceramah dan kempen. "Begitu juga pemandu, mereka hanya akan bertugas mengikut waktu pejabat dan apabila menghadiri majlis rasmi kerajaan," katanya lagi. – Roketkini.com | ||||
Dihalang Masuk Sabah: SPR Digesa Tegur Kerajaan Sementara Sabah Posted: 08 Apr 2013 10:50 PM PDT PETALING JAYAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa untuk menegur Kerajaan Sementara Sabah susulan halangan Naib Presiden PKR, Tian Chua daripada memasuki Sabah baru-baru ini. Beliau dihalang daripada memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu sebelum ditahan oleh Jabatan Imegresen Negeri yang memberi alasan Kerajaan Sementara Sabah yang mengeluarkan larangan berkenaan. Turut bersama Tian Chua ketika di lapangan terbang, Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu tetapi beliau dibenarkan memasuki Sabah dengan menggunakan pas sementara. Tian Chua berkata, sekarang ini sudah memasuki tempoh kempen bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan Kerajaan Sabah tidak boleh mengeluarkan sesuatu arahan bagi menghalang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk datang berkempen di Sabah. "Isu sekarang ialah, Parlimen sudah dibubarkan dan kita sudah sampai masa berkempen, dimana semua parti berhak untuk menyampaikan mesej kepada seluruh negara yang akan mengundi masa PRU nanti. "Dengan menggunakan hak ini, adalah jelas menyalahgunakan kuasa. "Kita juga desak SPR untuk membuat satu pendirian, samada Kerajaan Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa untuk menghalang ahli-ahli politik untuk datang berkempen," katanya dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR, hari ini. Sementara itu, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj terhadap dirinya yang kini sedang dibicarakan di mahkamah berikutan tragedi di Lahad Datu baru-baru ini. "Biarlah mahkamah tentukan, kalau saya disabitkan kesalahan pun. Tidak ada peruntukan dalam undang-undang untuk menghalang penjenayah atau apa yang disabit kesalahan untuk memasuki Sabah," ujarnya lagi. | ||||
Apa Kata Rakyat Mengenai Status Pengundi Meragukan? Posted: 08 Apr 2013 10:42 PM PDT Sinopsis: Sehingga kini SPR masih belum membersihkan senarai pengundi meragukan atau lebih dikenali sebagai pengundi hantu. Menerusi Projek Pendemokrasian anjuran Kerajaan Selangor, mendapati sekurang-kurangnya hampir 135 ribu pengundi meragukan dikesan menjalar diserata Selangor. Sebagai rekod, DUN Serdang mencatat bilangan penambahan tertinggi iaitu lebih 9,000, diikuti Subang Jaya 8,000, Hulu Klang 6,000 dan Sri Muda hampir 5,000 pengundi meragukan dikenal pasti. TVSelangor turun ke jalanan mendapatkan respon orang kita. LIHAT VIDEO DI SINI | ||||
17 Muka Lama Yang Perlu PAS Kelantan Gugurkan Posted: 08 Apr 2013 10:38 PM PDT MSO Antara faktor yang akan membawa kemenangan kepada sesebuah parti politik dalam pilihan raya ialah isu-isu yang dimainkan. Isu semasa cukup penting tidak kira dalam aspek apa saja. Kalau boleh diberikan percentage isu akan memberi sumbangan 30 peratus untuk kemenangan. 30 peratus lagi ianya datang dari manifesto atau janj-janji yang dibuat yang dicampur dengan pencapaian sesebuah parti atau kerajaan. Manakala yang lebih kira-kira 30 peratus lagi ianya bergantung kepada batang tubuh calon. Keperibadian atau syaksiah calon. Manakala parti atau wadah pula tidak sangat memainkan peranan penting. Dalam konteks Umno dan PAS ianya boleh dianggap sama rata sahaja. Kerana kedua parti ini sudah matang. Pemilihan parti atas keyakinan soal-soal mitos bukan begitu besar sangat. Apa lagi generasi baru tidak meletakkan soal itu sebagai keutamaan. Sesetengah pengamat dan penganalisa politik akan menemui jawaban PAS dan Umno sama saja tidak jauh bezanya. Kedua parti ini dipisahkan oleh sempadan yang menjadi slogan atau tagline kedua-dua parti itu. PAS dilihat sebagai Islam walaupun keIslamannya boleh dipertikaikan, manakala Umno pula dipandang sebagai parti nasionalis. Dalam bahasa mudah PAS parti berideologikan agama dengan menjadikan Islam sebagai landasannya, manakala Umno berideologikan nasionalis, menjadikan semangat Melayu sebagai landasannya. Tahun-tahun 60-an, 70-an sampai 80-an memang parti menjadi salah satu faktor. Ideologi parti menjadi penilaian kerana ia didoktrin sebagai satu dogma. Misalnya kalau PAS yang hampir kepada Islam dan kalau Umno ia hampir kepada nasionalis atau Melayu. Generasi hari ini yang sudah berada jauh dari sejarah kenegaraan dan suasana perwujudkan parti politik itu tidak lagi menjadikan parti sebagai faktor. Umum sudah faham parti hanya sebuah wadah atau bekas yang menggariskan perjuangan dan matlamatnya. Generasi yang baru kini sudah memahami parti hanya sebagai satu alat untuk membolehkan ianya menyertai pilihan raya. Apa yang diperhatikan ialah manusia atau tokoh-tokoh di dalam parti itu. Hari ini idealisme atau perjuangan parti tidak penting lagi kerana ia dinaungi idealisme pemikiran pemimpinnya. Nampaknya idea atau pun keperibadian pemimpin itu lebih menonjol dari matlamat dan konsep parti. Ertinya parti atau wadah perjuangan itu hanya kecil saja untuk dijadikan kriteria bagi ianya dipilih. Menerusi catatan ini saya hendak berakap soal batang tubuh calon, di mana 30 peratus ia menyumbangkan kemenangan kepada mana-mana parti. Calon ini akan dikira dari soal pendidikan mereka, latar belakang, kekeluargaan dan juga soal-soal peribadi dari sekecil-kecilnya kepada soal-soal besar pemikiran dan gagasan. Dosa-dosa kecil dan besar juga diambil kira. Tetapi kerana perkara ini ia bersifat subjektik tidak penting, maka ia tertumpu kepada fizikal saja atau suasana di sekeliling calon itu. Fizikal di sini mengenai hubungan, PR dan juga pemikiran dan idea. Dalam konteks perlawanan di antara PAS dengan Umno di Kelantan hari ini mana-mana parti yang dapat mengemukakan calon berkeperibadian, parti itu akan menang. Golongan atas pagar akan membuat penilaian dari aspek ini selain mengenai pencapaian kedua-dua buah parti. Manakala parti yang masih mengekalkan calon lama di mana rakyat sudah mengenali keperibadian mereka, daya berfikir budaya dan soal makan minum mereka akan kalah. Jadi di sini apa yang perlu disebut dan diutamakan oleh kedua-dua parti ialah mengemukakan calon-calon baru dan menggunakan calon-calon lama. Umno sudah merasai akan hasil ini. Tahun 2004 Umno telah menukar hampir separuh calon-calon mereka, yang lama dirihat dan muka baru diangkat. Hasilnya parti itu menang besar dan hampir mengalahkan PAS. PAS perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Di dalam PAS hari ini seramai 23 orang yang kini menjadi wakil rakyat dianggap sudah tidak layak atau perlu diganti. Dari jumlah itu 17 orang wakil rakyat perlu ditukar untuk menampakkan PAS mengemukan barisan bertenaga dan dinamik. Sekiranya PAS berdegil untuk tidak tukar dan masih mempercayai mereka akan membawa kemenangan PAS akan tertumus dalam pilihan raya ini. Elok kalau saya sebut nama-nama itu satu persatu agar mudah diketahui dan orang berkenaan juga sedar yang mereka dalam zone tidak selamat. Mudah-mudahan kalau mereka sedar tertakdir mereka dicalon sekali lagi mereka kena berundur dengan terhormat. Mereka ialah: 1. Omar Muhammad (Perupok) Yang Dipertua PAS Bachok. 2. Wan Ismail Wan Jusoh (Melor) Yang Dipertua PAS Ketereh. 3. Zulkefli Mamat (Pualai Chondong) Yang Dipertua PAS Machang. 4. Abdul Fatah Haroh (Bukit Tuku) Yang Dipertua PAS Ranhtau Panjang. 5. Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir ) Yang Dipertua PAS Pasir Mas. 6. Nik Mazian Nik Mohamed (Gaal ) Yang Dipertua PAS Pasir Puteh. 7. Drs Zainuddin awang Hamat (Limbongan). 8. Drs Saiful Baharin (Selising). 9. Mohamad Awang (Gual Periok). 10.Wan Ahmad Lotfi Wan Sulaiman (Kemuning). 11. Rohani Ibrahim (Tanjung Mas). 12. Arifabilah @ Mohd Asri Ibrahim (Dabong). 13. Bhaiyaqi Atikullah (Pasir Tumbuh). 14. Mohamad Huseein (Parlimen Pasir Puteh). 15. Abdul Halim Abdul Rahman (Parlimen Pengkalan Chepa). 16. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Parlimen Kota Bharu). 17. Muhammad Mustafa (Demit). Itulah 17 nama sekurang-kurangnya perlu ditukar oleh PAS untuk memperlihatkan barisan calon PAS Kelantan terdiri dari muka baru. Sebenarnya ada enam nama lagi yang juga wajar digugurkan. Sekiranya mereka ini dikekalkan atas apa-apa alasan juga, termasuk mereka boleh membawa kemenangan ia tetap memberi imej buruk kepada PAS. Rakyat akan lihat PAS Kelantan gagal mengemukakan muka baru yang lebih menyakinkan. Apa lagi kalau kebetulan Umno pula mengemukakan muka baru yang terdiri dari pelbagai profesional dan mereka berketrampilan sudah tentu rakyat akan terliur kepada calon-calon dari Umno. Cukup dibimbangi kalau muka-muka ini tidak digugurkan ia boleh menyebabkan berlaku sesuatu diluar dugaan kepada PAS Kelantan. | ||||
Posted: 08 Apr 2013 10:24 PM PDT Nampaknya apa yang didakwa pihak Barisan Nasional sedang berlakunya krisis dan masalah air di Selangor yang semakin dahsyat di sana, kini mereka tampil ke hadapan dengan cuba memberikan komitmen yang lebih tinggi kepada rakyat Selangor amnya apabila Barisan Nasional memasukkan usaha membantu anda semua kalangan rakyat Selangor dengan cara menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor. Caranya? Caranya mudah sahaja sekiranya rakyat Selangor memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan baru Selangor, mereka akan meluluskan semula untuk meneruskan projek mega Loji Langat 2 bernilai RM8.6 bilion (KLIK SINI) yang telah mendapat halangan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim ketika ini. Nampaknya Barisan Nasional bersungguh-sungguh untuk menawan semula negeri Selangor yang ketika ini memiliki rezab tunai sejumlah lebih RM2 bilion Barisan Nasional : Sebab Rakyat Selangor Mesti Tolak Pakatan Rakyat Selangor?Barisan Nasional ada menggariskan beberapa sebab-musabab mengapa rakyat Selangor patut menolak pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim
Diharapkan apa yang didakwa Barisan Nasional berlakunya masalah air yang serius di Selangor, dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik tanpa menjejaskan kehidupan rakyat Selangor amnya. Dan diharapkan juga selepas berjaya menyelesaikan isu air di Selangor dan Kelantan sepertimana akujanji mereka melalui Manifesto Barisan Nasional, jenguk-jenguklah juga keadaan dan permasalahan krisis air di sesetengah kawasan di negeri Pahang dan Johor juga. Mereka amat memerlukan keprihatinan anda semua. Masalah Air Di KelantanMasalah Air Di Pahang?Masalah Air di Johor?Video Masalah Air Di PahangLIHAT VIDEO DI SINISumber saluran Youtube : Cikgu Shaari Bagi kami bekalan air bersih sepatutnya tidak hanya tertumpu kepada negeri Kelantan, Selangor, Perak atau hanya tertumpu untuk sesetengah negeri sahaja. Tetapi seluruh rakyat malaysia daripada kawasan di tengah bandar besar di Selangor sehinggalah di pedalaman Sabah & Sarawak berhak mendapat keperluan asas yang mencukupi termasuklah bekalan air bersih ke kediaman mereka. | ||||
Guan Eng enggan salahguna kereta Posted: 08 Apr 2013 10:07 PM PDT KL TODAY Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama 10 Exco Kerajaan Negeri menyerahkan kenderaan rasmi mereka kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Farizan Darus berikutan pembubaran Dun Jumaat lalu.Selain Guan Eng dan 10 exco lain turut berbuat demikian adalah Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik menjadikan jumlah keseluruhan 12 kenderaan rasmi diserahkan kepada Farizan. "Penyerahan kunci kenderaan rasmi ini turut melibatkan Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta barisan exco dan Setiausaha Politik Ketua Menteri," katanya kepada media selepas menyerahkan kunci kenderaan rasminya semalam. Menurutnya, selepas penyerahan itu, beliau serta kesemua exco akan menggunakan kenderaan persendirian untuk bergerak sama ada untuk majlis rasmi mahupun berkempen."Tindakan ini menunjukkan integriti yang kita pegang walaupun kita hanya pemegang amanah ketika ini berikutan pembubaran Dun baru-baru ini. Kenderaan yang diberikan perlu digunakan dengan betul, untuk majlis rasmi, bukan untuk berkempen atau urusan parti. Kita mesti jujur dalam menggunakan harta rasmi kerajaan negeri," katanya. Guan Eng berkata, walaupun menggunakan kenderaan sendiri, perkhidmatan pemandu serta pengawal peribadi masih diteruskan, namun hanya bertugas mengikut waktu pejabat serta urusan rasmi. Menjawab soalan media berhubung kereta yang akan digunakannya, Guan Eng berkata, beliau berkemungkinan akan meminjam kereta daripada rakannya berikutan mendakwa hanya mempunyai dua buah kereta. "Mungkin saya akan pinjam kereta rakan saya berikutan kereta saya digunakan isteri serta anak sulung saya. Walau bagaimanapun, ini hanya perancangan, belum diputuskan lagi. "Saya memberi keutamaan kepada anak serta isteri yang lebih memerlukan kenderaan untuk menghantar serta menjemput anak saya," katanya. | ||||
Bekas Presiden AIC United Kingdom calon Parlimen Sekijang Posted: 08 Apr 2013 10:05 PM PDT KEADILAN DAILYTANGKAK : Bekas Presiden Kelab Anwar Ibrahim Club (AIC) United Kingdom , Julailey Jemadi dicalonkan bertanding di P141 Parlimen Sekijang, Johor, Julailey yang kini merupakan pembantu khas Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah juga memegang jawatan sebagai Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia. Turut dicalonkan ialah Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Dr Ahmad Faidhi Saidi yang dinamakan untuk mewakili KEADILAN di P159 Pasir Gudang. Manakala muka baru yang memberi cabaran di parlimen P149 Seri Gading ialah Mohd Khuzzan Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Johor . Nama-nama calon diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 3,000 hadirin di ceramah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak malam tadi. (SDQ) | ||||
Dalam usia 87, Mahathir patut henti kempen ‘kubur-kubur’ – Anwar Posted: 08 Apr 2013 10:02 PM PDT Oleh Aliff Fikri TANGKAKL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad yang sibuk berkempen untuk Umno BN dengan modal menggesa rakyat supaya kuburkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dari politik. Katanya, ketika usia mantan Perdana Menteri itu kini sudah lanjut, beliau tidak patut ke sana ke mari berkempen politik. "Dr Mahathir sekarang umur 87 tahun, tapi hari-hari lawan, pergi ceramah dan kempen sana sini marah. Kemudian bagi kenyataan kita mesti kuburkan Anwar, kuburkan Hadi (Awang), kuburkan Lim Kit Siang dan tanam mereka dari politik. "Saya kata, awak Mahathir umur sudah 87, jangan cakap 'kubur-kubur' banyak sangat," sinisnya pada ceramah jelajah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, di sini malam tadi. – NS | ||||
KEADILAN umum calon Sarawak Khamis ini Posted: 08 Apr 2013 09:57 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Calon KEADILAN yang bertanding di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan diumum Khamis ini.Pengumuman oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sempena Jelajah Pakatan Harapan Rakyat ke negeri itu. Program dimulakan dengan ceramah dan sepetang bersama Anwar dari 6 petang hingga 8.30 malam di Pasar Siburan, Batu 17, Jalan Kucing-Serian (Parlimen Mambong – P198). Diikuti ceramah perdana di Mong Bazaar, 3rd Mile Rock Road, Kucing pada jam 7 malam hingga 9 malam. Calon pula akan diumum pada Ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Lorong Cahaya Damai 8G, Bandar Baru Samariang, Petra Jaya antara jam 8 malam hingga 11 malam. Selain Anwar, penceramah terdiri Baru Bian, Ali Biju, See Chee How, Datuk Seri Lajim Ukin, Lt Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Lt Kol Abang Hamdan Abang Hadari, Zul Rosdi Mohd Hol dan Ahmad Nazib Johari. – NS | ||||
Papa Gomo mahu cabar Anwar di Permatang Pauh Posted: 08 Apr 2013 05:00 PM PDT [DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Pemblog kontroversi Papa Gomo mahu mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Perkara itu diumumkan oleh wakilnya, Mohamad Rafi Awang Kechik hari ini, demikian menurut Star Online. Mohamad Rafi, Presiden Nadi Rakyat Malaysia berkata, Papa Gomo yang nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Anwar. "Selepas bercakap dengan pelbagai kumpulan dan banyak pihak, saya mahu mendedahkan kesemua salah laku kepada pengundi di kawasannya. "Kami juga mahu menamatkan kerjaya politik beliau," kata Mohamad Rafi bagi pihak Papa Gomo pada sidang media di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini. Jumaat lalu, Anwar mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi Permatang Pauh. Sementara itu dipetik Bernama, Mohamad Rafi berkata Papa Gomo sedia bertanding di mana-mana kawasan yang akan ditandingi Anwar. Identiti sebenar individu yang dikenali sebagai Papa Gomo akan didedahkan pada hari penamaan calon nanti, katanya. Blog Papa Gomo sering mendedahkan dakwaan salah laku pemimpin pembangkang. | ||||
Hadi sahkan ahli bukan Islam bertanding PRU 13 atas tiket PAS Posted: 08 Apr 2013 04:58 PM PDT Presiden PAS itu berkata, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu akan meletakkan calon daripada DHPP untuk menarik undi masyarakat bukan Islam kerana kebanyakan calon bukan Islam bertanding atas tiket PKR dan DAP. "(Mereka) akan ada di mana-mana negeri, DHPP ada calon India, Cina, dan Iban. "Masalah kita adalah kerana banyak bukan Islam adalah calon DAP dan PKR," katanya ketika sidang media selepas majlis Bual Bicara di Kompleks Karangkraf di sini. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata parti itu, melalui Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu. "Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti," kata Tuan Ibrahim. Abdul Hadi bagaimanapun enggan mengulas kerusi yang akan ditandingi calon DHPP berkenaan, sebaliknya menggesa agar semua pihak menunggu keputusan berkenaan ketika penamaan calon. DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 pengikut di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Pada Pilihan Raya 2008, PAS Johor telah meletakkan calon wanita daripada bukan Islam, Kumutha Raman, untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Bahru. Beliau walau bagaimanapun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Maulizan Bujang. Mengulas mengenai pembahagian kerusi, Abdul Hadi menjelaskan PAS telah menyelesaikan hampir keseluruhan kerusi yang akan ditandingi mereka dan hanya ada kurang 10 kerusi yang masih tertangguh. "Bagi kerusi kami, 99.9 peratus dah selesai, yang tinggal masih terlalu kecil dan boleh diselesaikan ... tidak sampai 10 kerusi bertindih," katanya dan menambah pengundi dan penyokong yang akan menentukan calon yang akan dipilih mereka. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan