Selasa, 9 April 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Maklumat Pembuli Pelajar Dalam Video Tersebar!

Posted: 09 Apr 2013 03:00 PM PDT

Berikutan penyebaran sebuah klip video buli seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah, pihak polis ingin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu yang terlibat di dalam klip video tersebut , agar melaporkannya di balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan dijalankan.

Pihak sekolah, mangsa atau keluarga yang terlibat juga diseru tampil untuk membuat laporan polis di balai polis terdekat.


NAMA : IZZAT SYAFIQ BIN ABDULLAH
TWITTER : https://twitter.com/ijatsyafiq
BLOG : http://izzatashadiari.blogspot.com/
       http://izzatsyafiqloveeffanadheera.blogspot.com/
BUKTI : http://imgur.com/gWEINkh
BBPIN : 2A9E01F1
SEKOLAH : SMK TUN HUSSIEN ONN




































TOLONG COPY & PASTE DAN SEBARKAN!!

SUMBER:

 http://pembulismktho.blogspot.com/2013/04/maklumat-salah-seorang-pembuli-smk-tun.html?m=1

harap pihak polis ambil tindakan yang segera. ajar la makhluk perangai haiwan ni. biar tahu tinggi rendah langit ni!

Seekor Katak Bebas Sudah Bersuara. Kahkahkahkah....

Posted: 09 Apr 2013 05:30 AM PDT

PRU-13: Gobalakrishnan rayu bertanding tiket BN

PADANG SERAI 9 April - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar memilihnya untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Gobalakrishnan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas) daerah Kulim berkata, ini kerana beliau yakin dapat memberi kemenangan kepada BN setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, sejak menjadi Ahli Parlimen Bebas tahun lalu, beliau bekerja sepenuh masa melakukan pelbagai program menyokong kepimpinan Najib termasuk program transformasi kerajaan di kawasan ini.

"Saya sendiri telah melakukan lebih 300 aktiviti kemasyarakatan di kawasan Padang Serai dengan penyertaan lebih 10,000 penduduk setakat ini," katanya pada program Kami Rakyat Padang Serai Menyokong N. Gobalakrishnan Bertanding Sebagai Calon Ahli Parlimen Di PRU-13 berlangsung di Sungai Seluang, Paya Besar di sini hari ini.

Gobalakrishnan berkata, bagaimanapun sebarang keputusan bergantung kepada Perdana Menteri kerana beliau boleh juga memilih rakan-rakannya dalam Perkemas sebagai calon di kawasan itu. - UTUSAN ONLINE

Respon Pertama Husam Musa Selepas Diumumkan Calon PRU Putrajaya

Posted: 09 Apr 2013 04:39 AM PDT

Saya tak gentar ke Putrajaya - Husam

Salmiyah Harun

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa tidak gentar untuk bertanding di kerusi parlimen Putrajaya walaupun ramai yang menjangkakan kerusi itu akan 'mematikan' beliau.

Husam ketika memberi ucapan sebaik sahaja diumumkan sebagai calon di Putrajaya mengakui kerusi yang diamanahkan itu sukar untuk dimenangi, namun baginya ia dilihat satu cabaran yang besar dan perlu digalasnya dengan bijak.

P125 Putrajaya disandang oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menenangi kerusi ini pada PRU 2008 dengan majoriti sebanyak 2,734 undi.

"Dia seorang setiausaha agung, seorang yang strategis dan tokoh yang hebat. Walaupun cabaran yang berat, saya cabar untuk berikhtiar biar Putrajaya diwarnakan dengan warna yang sesuai dengan rakyat.

"Di bawah lembayung kehidupan tidak salah untuk mencuba," tegasnya.

Katanya, trend sekarang adalah trend untuk perubahan dan memerlukan beliau menggariskan strategi ke atas Putrajaya yang bukan sahaja kerusi parlimen tetapi sebagai pusat transformasi negara.

Husam turut menerima nasihat daripada kalangan ahli parti agar beliau tidak bertanding di kerusi Putrajaya kerana ia tidak selamat buatnya.

"90 peratus mereka yang berjumpa dengan saya menasihatkan saya jangan pergi (Putrajaya) sebab saya akan 'mati'. Bagus juga macam itu, sebab ramai yang akan doakan saya hidup," katanya.

Bagaimanapun beliau akur, dengan keputusan parti walaupun terpaksa meninggalkan negerinya tetapi beliau gembira apabila orang Putrajaya menyambut kedatangannya di sini.

"Saya gembira kerana penduduk Putrajaya anggap saya calon yang sesuai. Nama saya naik empat kali di Putrajaya, "katanya.

Langkah pertama sebaik sahaja diumumkan akan bertanding di Putrajaya, Husam berkata beliau akan berjumpa dan melawat penduduk yang terdiri daripada kakitangan awam untuk mengetahui apa aspirasi dan masalah mereka serta isu yang akan beliau perjuangkan.

Husam turut menasihatkan agar tidak ada bendera parti di jalan-jalan protokal di sekitar Putrajaya kerana menghormati pusat itu sebagai kota pentadbiran kerajaan.

Hari ini Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan enam calon PAS yang akan bertanding kerusi parlimen dalam PRU ini.

Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor.

Sebanyak 76 kerusi parlimen dan 230 kerusi DUN yang akan ditandingi PAS dalam PRU kali ini.

Video: Husam tanding di Putrajaya, Salahuddin di Pulai

Posted: 09 Apr 2013 01:55 AM PDT




Wartawan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Pas mengumumkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, manakala Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula di Putrajaya, yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung Umno.

Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sebelum ini disebut-sebut akan diturunkan di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden Pas iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing akan bertanding di kawasan Parlimen Pokok Sena di Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumum sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula akan bertanding di Larut, Perak seperti dilaporkan sebelum ini.

Penyanyi Wan Aishah Wan Arifin pula diumum sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.

Abdul Hadi mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Marang.

Sebanyak 76 kerusi Parlimen akan ditandingi Pas manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula parti itu akan bersaing di 230 kerusi.

Ketika Abdul Hadi ditanya pemberita mengenai masalah pertindihan kerusi yang berlaku khususnya di Labuan, beliau berkata, perkara itu akan diselesaikan di peringkat pusat dalam masa terdekat.

PRU13 : Dato Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Anwar Ibrahim

Posted: 08 Apr 2013 09:15 PM PDT


Video Panas Pendedahan Siapa Ulama Umno Oleh YB Speker Kelantan

Posted: 08 Apr 2013 08:30 PM PDT


PRU13 : SENARAI TERKINI CALON PAKATAN RAKYAT (Dikemaskini 9 Apr 2013 - 10.00 am)

Posted: 08 Apr 2013 07:45 PM PDT

(PAS Dijangka Bertanding 76 Dewan Rakyat Dan 237 Dewan Negeri, DAP Dijangka Bertanding 50 Dewan Rakyat, KEADILAN Dan APS Dijangka Bertanding 96 Dewan Rakyat)

Perlis Indera Kayangan (3 kerusi)

P 001 - Padang Besar -Azamhari Mahmood (PAS)
P 002 - Kangar - Dr Juanda Jaya (KEADILAN - belum diumumkan) atau Baharuddin Ahmad (PAS) - belum diputuskan
P 003 - Arau - Tuan Guru Haron Din (PAS)

PAS – 3 KEADILAN -

Kedah Darul Aman (15 kerusi)

P 004 - Langkawi - TBC (KEADILAN)
P 005 - Jerlun - TBC (PAS)
P 006 - Kubang Pasu - TBC (PAS)
P 007 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS - penyandang)
P 008 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS - penyandang)
P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leung (KEADILAN)
P 010 - Kuala Kedah - Dr Azman Ismail (KEADILAN)
P 011 - Pendang - Mohamad Sabu (PAS)
P 012 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS - penyandang)
P 013 - Sik - TBC (PAS)
P 014 - Merbok – Nor Azrina Surip@Nurin Aina (KEADILAN)
P 015 - Sungai Petani - Johari Abdul (KEADILAN - penyandang)
P 016 - Baling - Brig Jen (B) Mohd Najmi Ahmad (PAS)
P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN)
P 018 - Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Machang)

PAS – 8 KEADILAN - 7

Kelantan Darul Naim (14 kerusi)

P 019 - Tumpat - Kamaruddin Jaffar (PAS - penyandang)
P 020 - Pengkalan Chepa - TBC (PAS)
P 021 - Kota Bharu - TBC (PAS)
P 022 - Pasir Mas - Siti Zailah Mohd Yusof (PAS - bertukar dari parlimen Rantau Panjang - belum disahkan)
P 023 - Rantau Panjang - Abdul Fatah Haron (PAS - bertukar dari DUN Bukit Tuku - belum disahkan)
P 024 - Kubang Kerian - Mumtaz Md Nawi (PAS)
P 025 - Bachok - Ariffin Mahmod (PAS)
P 026 - Ketereh - Ab Aziz Abdul Kadir (KEADILAN - penyandang - belum diumumkan)
P 027 - Tanah Merah - Nik Mahmood Nik Hassan (KEADILAN - belum diumumkan)
P 028 - Pasir Puteh - TBC (PAS)
P 029 - Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (KEADILAN - belum diumumkan)
P 030 - Jeli - Abdullah Yaacob (PAS - bertukar dari DUN Air Lanas - belum disahkan)
P 031 - Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (PAS - penyandang)
P 032 - Gua Musang - TBC (PAS)

PAS – 11 KEADILAN – 3

Terengganu Darul Iman (8 kerusi)

P 033 - Besut - TBC (PAS)
P 034 - Setiu - TBC (PAS)
P 035 - Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (PAS)
P 036 - Kuala Terengganu - Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS - belum disahkan)
P 037 - Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS - penyandang)
P 038 - Hulu Terengganu - TBC (PAS)
P 039 - Dungun - Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)
P 040 - Kemaman - (KEADILAN)

PAS – 7 KEADILAN – 1

Pulau Pinang Pulau Mutiara (11 kerusi)

P 041 - Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS)
P 042 - Tasek Gelugor - TBC (PAS)
P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP - penyandang)
P 044 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP - penyandang)
P 046 - Batu Kawan - Dr P Ramasany (DAP - penyandang)
P 047 - Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti)
P 048 - Bukit Bendera - Koay Teng Hai (DAP - bertukar dari DUN Pulau Tikus - belum disahkan)
P 049 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP - penyandang - belum disahkan)
P 050 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP - penyandang)
P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP - penyandang)
P 052 - Bayan Baru - Sim Tze Sin (KEADILAN)
P 053 - Balik Pulau - Mohamad Bakhtiar Wan Chik (KEADILAN)

PAS – 2 KEADILAN – 3 DAP – 6

Perak Darul Ridzuan (24 kerusi)

P 054 - Gerik - Norhayati Kassim (PAS - belum diumumkan)
P 055 - Lenggong - Razman Zakaria (PAS - belum disahkan)
P 056 - Larut - Fauzi Shaari (PAS)
P 057 - Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS - penyandang)
P 058 - Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty (KEADILAN)
P 059 - Bukit Gantang - TBC (PAS)
P 060 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP - penyandang)
P 061 - Padang Rengas - Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (KEADILAN)
P 062 - Sungai Siput - Dr Michael Jeyakumar (PSM - penyandang)
P 063 - Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (KEADILAN - belum diumumkan)
P 064 - Ipoh Timur - Thomas Su ( DAP - bertukar dari DUN Pasir Pinji - belum disahkan)
P 065 - Ipoh Barat - Wong Kah Woh (DAP - bertukar dari DUN Taman Canning - belum disahkan)
P 066 - Batu Gajah - V Sivakumar (DAP - bertukar dari DUN Tronoh - belum disahkan)
P 067 - Kuala Kangsar - Drs Khalil Idham Lim ( PAS - bertukar dari DUN Titi Serong)
P 068 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP - penyandang)
P 069 - Parit - Mohamad Ismi Muhamad Taib (PAS)
P 070 - Kampar - TBC (PAS)
P 071 - Gopeng - Dr Lee Boon Chye (KEADILAN - penyandang)
P 072 - Tapah - TBC (KEADILAN)
P 073 - Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub (KEADILAN)
P 074 - Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (KEADILAN)
P 075 - Bagan Datoh - TBC (KEADILAN)
P 076 - Teluk Intan - M Manogaran (DAP - penyandang)
P 077 - Tanjong Malim - Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab (KEADILAN - belum diumumkan)

PAS – 9 KEADILAN – 9 DAP – 6 PSM -1

Pahang Darul Makmur (15 kerusi)

P 078 - Cameron Highlands - TBC (DAP)
P 079 - Lipis - TBC (KEADILAN)
P 080 - Raub - Mohd Ariff Sabri Abd Aziz (DAP)
P 081 - Jerantut - TBC (PAS)
P 082 - Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman (KEADILAN)
P 083 - Kuantan - Fuziah Salleh (KEADILAN - penyandang)
P 084 - Paya Besar - Murni Hidayah Anuar (KEADILAN)
P 085 - Pekan - Fariz Musa / Mohamad Bukhairy Sofian (KEADILAN / Gerakan Mahasiswa 13 - belum disahkan dan diumumkan)
P 086 - Maran - TBC (PAS)
P 087 - Kuala Krau - TBC (PAS)
P 088 - Temerloh - Nasrudin Hassan (PAS)
P 089 - Bentong - Wong Tack (DAP)
P 090 - Bera – (PAS)
P 091 - Rompin - TBC (PAS)

PAS – 7 KEADILAN – 5 DAP – 3

Selangor Darul Ehsan (22 kerusi)

P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN)
P 093 - Sungai Besar - TBC (PAS)
P 094 - Hulu Selangor - Khalid Jaafar (KEADILAN - belum diumumkan)
P 095 - Tanjong Karang - TBC (PAS)
P 096 - Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - penyandang)
P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN - penyandang)
P 098 - Gombak - Azmin Ali (KEADILAN - penyandang)
P 099 - Ampang - Zuraida Kamaruddin (KEADILAN - penyandang)
P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN)
P 101 - Hulu Langat - TBC (PAS)
P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP - penyandang)
P 103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP - penyandang)
P 104 - Kelana Jaya - Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN - bertukar dari DUN Sri Setia - belum disahkan)
P 105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (KEADILAN - penyandang)
P 106 - Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP - penyandang)
P 107 - Subang - Sivarasa Rasiah (KEADILAN - penyandang)
P 108 - Shah Alam - Khalid Samad (PAS - penyandang)
P 109 - Kapar - TBC (KEADILAN)
P 110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP - penyandang)
P 111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - penyandang)
P 112 - Kuala Langat - TBC (KEADILAN)
P 113 - Sepang - TBC (PAS)

PAS – 7 KEADILAN – 11 DAP - 4

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (13 kerusi)

P 114 - Kepong - Dr Tan Seng Giaw (DAP-penyandang - belum disahkan)
P 115 - Batu - Tian Chua (KEADILAN - penyandang)
P 116 - Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (KEADILAN)
P 117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP - penyandang)
P 118 - Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (KEADILAN)
P 119 - Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (PAS)
P 120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP - penyandang)
P 121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (KEADILAN - penyandang)
P 122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP - penyandang)
P 123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP - penyandang)
P 124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 125 - Putrajaya - Husam Musa ( PAS - kekal bertanding di DUN Salor - belum diumumkan)
P 166 - Labuan - Ibrahim Menudin / Hadnan Mohammad (KEADILAN/PAS - belum disahkan)

PAS – 3 KEADILAN – 5 DAP - 5

Negeri Sembilan Darul Khusus (8 kerusi)

P 126 - Jelebu -Aiman Atirah Al Jundi (PAS-belum disahkan)
P 127 - Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (PAS)
P 128 - Seremban - John Fernandez (DAP - penyandang)
P 129 - Kuala Pilah - Nazeri Yunus (KEADILAN - belum disahkan)
P 130 - Rasah - Anthony Loke Siew Fook (DAP - penyandang)
P 131 - Rembau - TBC (KEADILAN)
P 132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (KEADILAN - penyandang - belum disahkan)
P 133 - Tampin - TBC (PAS)

PAS – 3 KEADILAN – 3 DAP - 2

Melaka Darul Azim (6 kerusi)

P 134 - Masjid Tanah - TBC (PAS)
P 135 - Alor Gajah - TBC (DAP)
P 136 - Tangga Batu - Rahim Hj Ali (KEADILAN)
P 137 - Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin (KEADILAN)
P 138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP - penyandang)
P 139 - Jasin - TBC (KEADILAN)

PAS – 1 KEADILAN – 3 DAP – 2


Johor Darul Takzim (26 kerusi)

P 140 - Segamat - Dr Chua Jui Meng (KEADILAN)
P 141 - Sekijang – Julailey Jemadi (KEADILAN)
P 142 - Labis - TBC (DAP)
P 143 - Pagoh -TBC (PAS)
P 144 - Ledang – Hassan Karim (KEADILAN)
P 145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP - penyandang)
P 146 - Muar - Nor Hizwan Ahmad (KEADILAN)
P 147 - Parit Sulong - Khairuddin Abd Rahim (PAS - belum disahkan)
P 148 - Ayer Hitam - TBC (PAS)
P 149 - Sri Gading – Mohd Khuzzan Abu Bakar (KEADILAN)
P 150 - Batu Pahat - Dr Idris Jauzi (KEADILAN)
P 151 - Simpang Renggam - TBC (PAS)
P 152 - Kluang - Liew Chin Tong (DAP - bertukar dari parlimen Bukit Bendera)
P 153 - Sembrong - Onn Abu Bakar (KEADILAN)
P 154 - Mersing - TBC (PAS)
P 155 - Tenggara - TBC (PAS)
P 156 - Kota Tinggi - Onn Jafar (PAS - belum disahkan)
P 157 - Pengerang - Anis Afida Azli (PAS - belum diumukan)
P 158 - Tebrau - Steven Choong Siow (KEADILAN)
P 159 - Pasir Gudang – Dr Ahmad Faidi (KEADILAN)
P 160 - Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (KEADILAN)
P 161 - Pulai - Salahuddin Ayub (PAS - bertukar dari parlimen Kubang Kerian)
P 162 - Gelang Patah - Lim Kit Siang (DAP - bertukar dari parlimen Ipoh Timur)
P 163 - Kulai - M Kulasegaran (DAP - bertukar dari parlimen Ipoh Barat - belum disahkan)
P 164 - Pontian - Dayangku Intan Tengku Abd Hamid (KEADILAN - belum disahkan)
P 165 - Tanjong Piai - TBC (DAP)

PAS – 9 KEADILAN – 11 DAP - 6

Sabah Negeri Di Bawah Bayu (25 kerusi)

P 167 - Kudat - Musalim Tanjul (KEADILAN)
P 168 - Kota Marudu - Anthony Mandiau (KEADILAN)
P 169 - Kota Belud - Saidil Simoi (KEADILAN)
P 170 - Tuaran – Ansari Abdullah (KEADILAN – belum disahkan)
P 171 - Sepanggar - Dr Chong Eng Leong (KEADILAN - belum diumumkan)
P 172 - Kota Kinabalu - Dr Hiew King Chiew (DAP - penyandang)
P 173 - Putatan - Mazhry Nasir (KEADILAN - belum disahkan)
P 174 - Penampang - Darell Leiking (KEADILAN - belum disahkan)
P 175 - Papar - TBC (KEADILAN)
P 176 - Kimanis -TBC (KEADILAN)
P 177 - Beaufort - Lajim Ukin (PPPS-KEADILAN - penyandang, keluar BN)
P 178 - Sipitang - TBC (KEADILAN)
P 179 - Ranau - Jonathan Yassin (KEADILAN)
P 180 - Keningau - TBC (KEADILAN)
P 181 - Tenom -Datuk Halik Zaman (KEADILAN - belum disahkan)
P 182 - Pensiangan - TBC (KEADILAN)
P 183 - Beluran - TBC (KEADILAN)
P 184 - Libaran - TBC (KEADILAN)
P 185 - Batu Sapi - Zainuddin Hassan (KEADILAN - belum disahkan)
P 186 - Sandakan - TBC (DAP)
P 187 - Kinabatangan - TBC (KEADILAN)
P 188 - Silam - TBC (KEADILAN)
P 189 - Semporna - TBC (KEADILAN)
P 190 - Tawau - TBC (DAP)
P 191 - Kalabakan - TBC (KEADILAN)

KEADILAN – 22 DAP - 3

Sarawak Bumi Kenyalang (31 kerusi)

P 192 - Mas Gading - TBC (KEADILAN)
P 193 - Santubong - TBC (KEADILAN)
P 194 - Petra Jaya - Ahmad Nazib Johari (KEADILAN - belum disahkan)
P 195 - Bandar Kuching - Chong Chein Jen (DAP - penyandang, juga penyandang DUN Kota Sentosa)
P 196 - Stampin - Dr Tang Sie Hing (DAP - belum disahkan)
P 197 - Kota Samarahan - Dr Ramblam Rahmat (KEADILAN)
P 198 - Mambong - Willie Monggin (KEADILAN)
P 199 - Serian - TBC (KEADILAN)
P 200 - Batang Sadong - TBC (PAS)
P 201 - Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh (KEADILAN)
P 202 - Sri Aman - Nicholas Mujah (KEADILAN)
P 203 - Lubok Antu - Nicholas Bawing Anggat (KEADILAN)
P 204 - Betong - TBC (KEADILAN)
P 205 - Saratok - Ali Biju (KEADILAN - juga penyandang DUN Krian)
P 206 - Tanjong Manis - TBC (KEADILAN)
P 207 - Igan - TBC (KEADILAN)
P 208 - Sarikei - TBC (DAP)
P 209 - Julau - Andy Wong Hong Yu (KEADILAN)
P 210 - Kanowit - Thomas Laja (KEADILAN)
P 211 - Lanang - TBC (DAP)
P 212 - Sibu - Alice Lau (DAP - belum disahkan)
P 213 - Mukah - TBC (KEADILAN)
P 214 - Selangau - Joshua Jabeng (KEADILAN)
P 215 - Kapit - TBC (KEADILAN)
P 216 - Hulu Rajang - Abun Sui Anyit (KEADILAN)
P 217 - Bintulu - TBC (DAP)
P 218 - Sibuti - Dr Michael Teo (KEADILAN - belum disahkan)
P 219 - Miri - TBC (DAP)
P 220 - Baram - Ronald Engan (KEADILAN)
P 221 - Limbang - Baru Bian (KEADILAN - juga penyandang DUN Ba'kelalan)
P 222 - Lawas - TBC (KEADILAN)

PAS – 1 KEADILAN – 23 DAP – 7

Nota : Senarai ini belum muktamad melainkan sudah disahkan oleh pemimpin tertinggi parti masing-masing. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika ada kesilapan kerana senarai ini dikemaskini dari semasa ke semasa.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=312906958837738&set=a.254000171395084.58735.162138223914613&type=1

BN Mau Selamatkan Selangor, Selamat Dari Apa ?

Posted: 08 Apr 2013 07:30 PM PDT

BBB, 27 Jamadil Awwal 1434 = 08 April 2013 (Isnin):

Agenda menawan kembali Selangor dari Pakatan Rakyat menjadi agenda penting bagi BN, kononnya bagi menyelamatkan Selangor – Tapi menyelamatkan dari apa ? Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Dato` Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin turun ke Selangor dalam rangka misi menyelamat yang tidak jelas apa yang mau diselamatkan. Apa yang jelas Selangor yang kaya itu, miskin dari kepimpinan BN sehingga Dato` Seri Najib terpaksa mengambil tugas Pengarah Barisan Nasional Selangor bagi mendepani kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Ada pemimpin peringkat negeri seperti Dato` Seri Mohd Zin Mohamad, Dato` Seri Noh Omar, Khir Toyo dan Dato` Mohamad Satim bin Diman tetapi tidak diberi kepercayaan menerajui kepimpinan Barisan Nasional di Selangor. Mungkin dianggap tidak layak atau ada krisis pimpinan – elak dari perebutan.

Kelemahan pimpinan pembangkang (BN) ketara dapat dilihat di dalam Dewan Negari Selangor 2008-2013 dalam mana 22 Adun daripada mereka tidak dapat menandingi kewibawaan kepimpinan Pakatan. Di dalam sidang-sidang yang berlangsung, kehadiran mereka hanya ramai pada sesi pagi dan berkurang pada sesi petang dan ramai dari mereka tidak hadir. Ketua mereka seperti Dato` Mohamad Satim lebih bergantung ucapan pada teks yang disediakan dan bermasalah tanpa penyediaan teks. Pendek kata peranan utama Ahli Dewan di Dewan Negeri dari pihak pembangkang (BN) tidak seimbang dengan ahli-ahli Dewan Pakatan. Perjalanan Dewan Negeri Selangor adalah antara Dewan terbaik berbanding dengan Dewan-Dewan Negeri yang lain. Penulis pernah melalui pengalaman di bawah BN pada sesi (1999-2004) dan di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat. Pada masa Dewan di bawah BN, sidang biasanya pendek yang memakan masa beberapa hari, tetapi semasa di bawah Pakatan sidang biasanya lebih dari seminggu, bahkan sampai 10 hari bagi satu-satu sidang, bahkan sering ditambah waktu sebelah petang. Pada masa BN pernah sidang berlangsung hanya satu hari sahaja. Peluang berucap amat terhad antara lima hingga sepuluh minit sahaja, kecuali Ketua whip, tetapi semasa Kerajaan Pakatan Rakyat, peluang bagi ketua whip boleh sampai berjam-jam, manakala pengucap biasa kebiasaannya 20 minit. Tempoh menjawab soalan lisan juga dipanjangkan sehingga satu setengah jam, dengan demikian banyak soalan yang dapat dijawab.

Bagi Dewan Negeri ada ditubuhkan jawatan-jawatankuasa yang keahliannya terdiri dari ahli-ahli Dewan seperti jawatankuasa SELCAT (Special Select Committee On Competence, Accountability And Tranparency), Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Selangor (PAC), Jawatakuasa Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JPK- ABAS), Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT) dan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPK-PADAT). Jawatankuasa-Jawatankuasa ini berjalan dengan baik dan lancar. SELCAT umpamanya sebagai Badan yang digeruni, terutama bagi mereka yang terlibat dan dijemput kepada Majlis Pendengaran. Pada masa Kerajaan BN, walaupun AJK-AJK sedemikian ada tapi tidak dimanfaatkan penggunaannya. Jadi apakah yang nak diselamatkan ?

Pada sesi Dewan Undangan Negeri 2008-2013 pentadbiran peringkat Pejabat Daerah dan PBT berjalan dengan baik dan teratur. Bajet tahunan yang dibawa sentiasa meningkat dari RM1.4 billion dari 2008 meningkat kepada hampir RM1.7 bilion pada 2013. Satu perkara yang perlu disebutkan ialah kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat mengagihkan tanah-tanah kepada penghuni tanah-tanah yang lebih dari 30 puluh tahun mereka duduki, pada zaman kerajaan BN dijadikan janji pilihanraya kepada penghuni-penghuni, tapi sebenarnya tidak diberi, tetapi pada zaman Pakatan Rakyat lebih dari 6.000 lot tanah demikian diberi pemilikan. Dari segi PBT pula pada zaman Pakatan Rakyat usaha memecahkan monopoli Alam Flora dapat dilakukan dan mengagihkan kontrek kepada syarikat-syarikat tempatan. Walaupun usaha ini menyebabkan pada peringkat permulaan berlaku kekecohan, tetapi akhirnya dapat diselesaikan dan pihak PBT dapat menyelamatkan perbelanjaan.

Dari segi pentadbiran perbadanan, barangkali isu yang paling hangat berhubung dengan usaha Kerajaan Pakatan untuk mengambilalih pentadbiran air terutama dari Syabas bagi memiliknegerikan. Kerajaan negeri sanggup membelinya sehingga seharga RM 9.65 bilion. Persoalan ini masih dalam rundingan, walaumacam mana komitmen Kerajaan Pakatan Rakyat berhubung dengan isu air ini amat jelas dari pemberian air percuma bagi penggunaan di bawah 20 kubik meter dan terus berusaha untuk memiliknegerikan bagi kepentingan rakyat. Agensi yang lain ialah pihak PKNS yang terus membina rumah bagi keselesaan penduduk termasuklah rumah mampu milik dan rumah murah. Dapat juga disebut kejayaan Pakatan Rakyat mendapat balik hutang dari Talam sebanyak RM300 juta ringgit yang dapat digunakan bagi kepentingan rakyat.

Perkara yang penting ialah peranan Pengerusi Jawatankuasa Tetap pelaburan, perindustrian dan Perdagangan yang dapat melonjakkan negeri Selangor menjadi negeri yang paling tinggi mendapat pelaburan dalam dan luar Negara berjumlah RM48 bilion mengatasi negeri kedua tertinggi, iaitu Sarawak dengan RM40 bilion, Peranan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan pengurusan Bangunan dan Setinggan yang dapat mendirikan rumah-rumah mampu milik, memulih bangunan terbengkalai, Pengerusi Jawatankuasa Pemodanan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan yang memodankan Pertanian menjadi sumber perusahaan, Pengerusi Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan inovasi yang paling banyak menyediakan berbagai skim dan kemudahan bagi rakyat seperti Skim Usia Emas, TAWAS, Tuisyen Rakyat Percuma, Skim Mikro Kredit dan berbagai lagi, Pengerusi JK Pendidikan yang mengeluarkan peruntukan pendidikan selama 5 tahun bagi kemajuan:

1) Pendidikan Sekolah Rakyat RM70.4 juta
2) Hadiah Pengajian Tinggi RM32.1 juta
3) Pinjaman Pelajaran RM38.3 juta

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin banyak memberi tumpuan kepada masyarakat miskin, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu dan Belia dan Sukan yang menghidup dan mengekalkan warisan dan menggerakkan berbagai kegiatan Belia, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan yang banyak menjaga kebajikan penduduk di Bandar dan taman-taman perumahan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan , Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar yang memajukan Pelancongan dan banyak memberi kesedaran dari segi kepenggunaan dan kesedaran dari segi Alam Sekitar dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baharu dan Penyelesaian Kilang Haram yang banyak memberi perhatian terhadap Kampung Baru dan kebajikan mereka dan menyelesaikan banyak masalah kilang haram. Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap yang terdiri dari sepuluh Exco ini dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor dengan penuh cekap hingga membawa Selangor menjadi sebuah negeri yang paling maju di Malaysia.

Dari segi keagamaan semua agama mendapat layanan yang adil dari kerajaan negeri. Sebagai catatan bahawa di bawah Pakatan Rakyat berlaku pertambahan masjid dan surau dan yang paling penting berlaku lonjakan dari segi memakmurkan surau dan masjid secara menyeluruh di negeri Selangor sebagaimana melonjaknya minat ibu bapa dan anak-anak terhadap pengajian agama dan akademik yang pusat-pusat pengajian berkenaan berada di Selangor, Ini menambahkan kekukuhan bagi negeri Selangor sebagai negeri maju dan juga menjadi Hub Ilmu. Perkembangan negeri Selangor yang melibatkan semua kaum tidak menggugat dan melemahkan kaum yang lain. Adalah salah dan satu tuduhan liar bila BN menuduh bahawa Karajaan Pakatan melemah dan menghakiskan kedudukan orang Melayu. BN tidak seharus membawa ciri perkauman yang ada di dalam BN ke dalam Pakatan Rakyat melihat dan menilai sesuatu dengan mata dan neraca perkauman yang menjadi budaya BN.

Dengan contoh-contoh yang dibawa diatas adalah merupakan sebahagian dari kemajuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, Apakah sebenarnya yang mau diselamatkan oleh BN terhadap Selangor ? Yang nyata Selangorlah yang membantu menyelamatkan Malaysia dengan sumbangan hampir suku (23%) pendapatan kerajaan Persekutuan adalah merupakan sumbangan dari negeri Selangor. Jadi apa yang dimaksudkan dengan menyelamatkan sebenarnya ialah menyelamat dan memulihkan Kerajaan BN yang selama ini merasa tempang, kerana kehilangan Selangor. Tetapi bagi rakyat, jika Selangor jelas membawa pembangunan dan kebaikan mengatasi apa yang pernah dibawa oleh BN, seharusnya meningkatkan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat agar lebih banyak lagi kemajuan akan dapat dibawa.

Sekian.

http://drshafie.blogspot.com/2013/04/bn-mau-selamatkan-selangor-selamat-dari_9.html

Anwar umum Chua Jui Meng calon Segamat, Hasan Karim di Ledang

Posted: 08 Apr 2013 07:00 PM PDT

TANGKAK, 9 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pengerusi Majis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai calon Parlimen P140 Segamat , Johor

Manakala Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim diumumkan sebagai calon bagi Parlimen P144 Ledang.

Hasan KarimPengumuman dibuat Anwar pada ceramah jelajah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak malam tadi.

Pencalonan kedua mereka menamatkan spekulasi sebelum ini berkenaan kedudukan kerusi Parlimen yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum ke-13.

Chua Jui Meng adalah graduan Lincoln's Inn, London, manakala Hasan Karim, berkelulusan Bachelor of Laws dari University of London.

Penyertaan kedua mereka ke dalam KEADILAN pada 2009 dengan masing-masing berlatar belakang undang-undang mengubah lanskap politik negeri ini dan memberi saingan kuat kepada Umno-BN. (SDQ)

Bekas Presiden AIC United Kingdom calon Parlimen Sekijang

Posted: 08 Apr 2013 06:46 PM PDT

TANGKAK, 9 APRIL : Bekas Presiden Kelab Anwar Ibrahim Club (AIC) United Kingdom , Julailey Jemadi dicalonkan bertanding di P141 Parlimen Sekijang, Johor,

Julailey yang kini merupakan pembantu khas Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah juga memegang jawatan sebagai Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia.

Turut dicalonkan ialah Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Dr Ahmad Faidhi Saidi yang dinamakan untuk mewakili KEADILAN di P159 Pasir Gudang.

Manakala muka baru yang memberi cabaran di parlimen P149 Seri Gading ialah Mohd Khuzzan Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Johor.KhuzzanSeriGading

Nama-nama calon diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 3,000 hadirin di ceramah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak malam tadi.

(SDQ)

Isu Harga Kereta Import Turun, Mukhriz Tengah Jilat Kahak Sendiri!

Posted: 08 Apr 2013 06:30 PM PDT


Harga kereta import turun

Kuala Lumpur: Harga jualan kereta import di negara ini menurun antara RM2,000 hingga RM14,000 sejak dua bulan lalu tanpa kerajaan perlu menghapuskan cukai eksais kereta.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata ia hasil perbincangan dengan pengeluar kereta multinasional yang dipasang di negara ini supaya menggunakan komponen tempatan berbanding komponen import, selain meminta pihak terbabit mengubah strategi jualan bagi menurunkan harga kereta.
Oleh itu, beliau menyifatkan cadangan pakatan pembangkang untuk menghapuskan cukai eksais kereta bagi menurunkan harga kereta sebagai pendekatan 'simplistik'.


Potongan cukai

Mukhriz berkata, tidak semestinya harga kereta turun mengikut peratusan penurunan cukai eksais kereta, sebaliknya ia akan menjejaskan pendapatan negara.

"Harga kereta bergantung kepada pasaran, misalnya, kereta hibrid sejak 2009 tiada cukai dikenakan namun harganya masih tinggi bergantung kepada pasaran.

"Apa yang kita buat adalah bincang dengan pengeluar, gunakan komponen tempatan dan kita berikan insentif potongan cukai dan sebagainya. Kita juga minta mereka mengubah strategi dan turunkan harga bagi kereta yang mempunyai permintaan tinggi," katanya selepas menandatangani ikrar integriti pilihan raya Transparency International (TI) di pejabatnya di sini semalam.
Beliau mengulas manifesto pakatan pembangkang yang bercadang menghapuskan 70 peratus cukai eksais kereta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun bagi menurunkan harga kereta.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, adalah pemimpin kedua selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menandatangani ikrar integriti itu sebagai komitmen bertulis kepada rakyat untuk memastikan pilihan raya bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Tak jejas pendapatan negara

Mengulas Manifesto Barisan Nasional (BN) yang turut menawarkan penurunan harga kereta 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun selain memastikan daya saing pengeluar kereta nasional ditingkatkan, Mukhriz berkata, ia dilakukan secara terperinci tanpa menjejaskan pendapatan negara.

Katanya, semakan semula Dasar Automotif Nasional juga dilakukan dengan memfokuskan kepada usaha memperkasakan industri automotif negara secara menyeluruh.

"Kita lihat kepada pengeluaran enjin dan bukan hanya memasangnya di sini. Ia akan babitkan pelaburan besar, bukan saja infrastruktur, malah modal insan," katanya.

Ditanya mengenai Manifesto BN Kedah, beliau berkata manifesto yang menumpukan kepada pembangunan sosioekonomi rakyat negeri itu sudah 95 peratus siap dan akan dibentangkan tidak lama lagi.

Guan Eng serah kereta rasmi

Posted: 08 Apr 2013 05:59 PM PDT


SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

Guan Eng berdiri di hadapan kenderaan rasminya sebelum menyerahkan kunci kepada Farizan semalam.

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama 10 Exco Kerajaan Negeri menyerahkan kenderaan rasmi mereka kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Farizan Darus berikutan pembubaran Dun Jumaat lalu.

Selain Guan Eng dan 10 exco lain turut berbuat demikian adalah Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik menjadikan jumlah keseluruhan 12 kenderaan rasmi diserahkan kepada Farizan.

"Penyerahan kunci kenderaan rasmi ini turut melibatkan Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta barisan exco dan Setiausaha Politik Ketua Menteri," katanya kepada media selepas menyerahkan kunci kenderaan rasminya semalam.

Menurutnya, selepas penyerahan itu, beliau serta kesemua exco akan menggunakan kenderaan persendirian untuk bergerak sama ada untuk majlis rasmi mahupun berkempen.

"Tindakan ini menunjukkan integriti yang kita pegang walaupun kita hanya pemegang amanah ketika ini berikutan pembubaran Dun baru-baru ini. Kenderaan yang diberikan perlu digunakan dengan betul, untuk majlis rasmi, bukan untuk berkempen atau
urusan parti. Kita mesti jujur dalam menggunakan harta rasmi kerajaan negeri," katanya.

Guan Eng berkata, walaupun menggunakan kenderaan sendiri, perkhidmatan pemandu serta pengawal peribadi masih diteruskan, namun hanya bertugas mengikut waktu pejabat serta urusan rasmi.

Menjawab soalan media berhubung kereta yang akan digunakannya, Guan Eng berkata, beliau berkemungkinan akan meminjam kereta daripada rakannya berikutan mendakwa hanya mempunyai dua buah kereta.

"Mungkin saya akan pinjam kereta rakan saya berikutan kereta saya digunakan isteri serta anak sulung saya. Walau bagaimanapun, ini hanya perancangan, belum diputuskan lagi.

"Saya memberi keutamaan kepada anak serta isteri yang lebih memerlukan kenderaan untuk menghantar serta menjemput anak saya," katanya.

Tiada ulasan: