Biaqpila |
- FAIZAL TAHIR DAN YASSIN MUNCUL DENGAN VIDEO KLIP "BERANI"
- MESTI BACA: CATATAN SEORANG PENJAWAT AWAM DI PUTRAJAYA
- GEMPAQ!!! VIDEO PAK LEBAI PANDU KERETA KEBAL MENUJU PUTRAJAYA
- TAYANGAN PERDANA VIDEO LUCAH
- PANAS!!! PAKATAN RAKYAT MENDAHULUI
FAIZAL TAHIR DAN YASSIN MUNCUL DENGAN VIDEO KLIP "BERANI" Posted: 29 Apr 2013 08:43 AM PDT KUALA LUMPUR 29 APRIL: Penyanyi popular, Faizal Tahir dan Yassin Sulaiman, muncul dengan video klip berjudul 'Berani' yang kini mulai mendapat sambutan di kalangan pengguna internet. Meskipun tidak menyebut secara langsung, namun ramai menganggap lagu dengan tema perjuangan itu didedikasikan khusus kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Antara bait liriknya berbunyi 'Bagai deras sungai setelah hujan, tak putus walau dibelah seribu pedang. Mengalir bagaikan ia kepastian, takkan terhalang. Berani kerana aku benar, tiada apa harus ku takutkan, berdiri teguh..," Kemunculan dua artis ini dengan lagu bertema perjuangan, ketika kempen pilihan raya umum semakin rancak, sedikit sebanyak dilihat menambahkan moral penyokong Pakatan. Ini kerana kedua-duanya sebelum ini dikatakan cenderung menyokong Pakatan, meskipun tidak mengisytiharkan sokongan secara terbuka, kecuali Yassin yang dilantik sebagai duta rasmi untuk kempen Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Februari lalu, Yassin membuat persembahan dalam majlis pelancaran manifesto Pakatan Rakyat, menyampaikan dua lagu berjudul 'Menuju Putrajaya dan 'reformasi', manakala Faizal pula mengiringi nyanyiannya sebagai pemain gitar. Bidas kenyataan Norman Dalam perkembangan lain, Faizal di laman Twitternya baru-baru ini membidas pendapat mengatakan industri perfileman akan hancur jika kepimpinan negara bertukar tangan. Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada penerbit filem dan anggota kumpulan KRU, Norman Abdul Halim. Norman dalam twitternya menulis sekiranya Pas berkuasa, industri filem dan muzik di negara ini akan hancur, malah pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan terjejas. Ia disanggah Faizal yang menyifatkan kenyataan itu sebagai jenaka, dan menegaskan umat Islam wajib percaya bahawa 'rezeki datang dari Allah'. Malah Faizal juga secara sinis menjawab tweet dari Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz yang dilihat tidak senang dengan kritikannya. Selain Norman, turut menjadi kritikan penyokong Pakatan adalah kenyataan daripada pelakon 90 an yang tidak lagi popular, Azhar Sulaiman, apabila menuduh pimpinan Pakatan Rakyat dengan skandal video seks. Menerusi video di Youtube, Azhar membuat kenyataan kurang bijak apabila mengatakan 'sanggup disambar petir' jika video fitnah yang dikaitkan dengan pimpinan Pakatan itu tidak benar. Ketika rakyat kini mula membandingkan dasar yang ditawarkan Pakatan dan Barisan Nasional, Azhar hanya mampu mengitar semula kempen kotor Umno BN. Sebaliknya beliau tidak pula bersuara apabila parti itu kini giat berkempen menayangkan video lucah dalam kempennya kepada masyarakat. KD NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
MESTI BACA: CATATAN SEORANG PENJAWAT AWAM DI PUTRAJAYA Posted: 29 Apr 2013 03:31 AM PDT "Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti. Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah. 1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman. Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu... Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman. Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah. Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar. 2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai. Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah. Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam): i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam. ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan. iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya. 3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun. 4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah. 5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2. 6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini..." NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
GEMPAQ!!! VIDEO PAK LEBAI PANDU KERETA KEBAL MENUJU PUTRAJAYA Posted: 28 Apr 2013 10:33 PM PDT DEY MACHA!!! TENGOK BETAPA SELAMBANYA PAK LEBAI NI PANDU KERETA KEBAL BUATAN SENDIRI INI KALILAH!!! LU ORANG AMNO BE END ADA? KAH! KAH! KAH! wasukalu NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
Posted: 28 Apr 2013 09:00 PM PDT Jika nak jimat masa elok mulakan dari minit 1.15 hinga ke akhir.. Sepatutnya sebagai orang dewasa yang mengaku Islam si penceramah lebih peka terhadap situasi ceramah. Ceramah biasanya didatangi oleh pelbagai lapisan umur. Video sedemikian tidak wajar disiarkan di khalayak ramai walau atas apa alasan sekali pun. Itulah caranya mereka berceramah dengan memaparkan video lucah palsu. Polis telah mengesahkan bahawa video tersebut adalah palsu dan melarang penyebaranynya. Malangnya si penceramah yang dipapar dalam video ini sedikit pun tidak rasa bersalah menyiarkan video tersebut malah dengan rasa banggga, angkuh dan riaknya. Peliknya... tidak seorang pun makcik-makcik yang berasa malu menonton video tersebut. Tiada seorang pun bangun meninggalkan majlis sebagai tanda protes.. Gamaknya... malam tu bergasak sakan la laki bini yang menonton video tersebut ... wakaka wasukalu NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
PANAS!!! PAKATAN RAKYAT MENDAHULUI Posted: 28 Apr 2013 08:02 PM PDT DEY MACHA!!! UNDIAN YANG DIJALANKAN MENUNJUKKAN PR MENJADI PILIHAN SETAKAT 7 PAGI 29/4/13 PR MENDAPAT 2821 UNDI BN PULAK DAPAT 182 UNDI DAN BEBAS 54 UNDI ADA SAPA NAK MENGUNDI SILA KLIK DI SINI NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan