DUNIACACAMARBA |
- [Gambar Panas] Faizal Tahir Jawab Tweet Ketua Media Baru UMNO, "Rezeki Itu di Tangan...."
- [Gambar] Selepas Faizal Tahir, Penyanyi Nasyid Pula Sangkal Tuduhan Norman KRU
- [PANAS- Kisah Benar] Kisah Orang UMNO Takut dengan Baju dan Topi Salji PAS dan PR
- [Video] Macam Tidak Percaya, Musa Hassan Dilantik Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat
- [Gambar] Undilah Calon Pakatan Rakyat Bagi Memastikan Melayu Terus Terbilang di Parlimen, Lihat Bukti...
- Guru Rakam Adegan Seks dengan Pelajar 14 Tahun Dijel
- DAP, Tolong "Luku" Kepala Mamat Ini!
- [Gambar] Industri Hiburan Hancur Jika PR Perintah? Faizal Tahir Jawab Pendapat Norman KRU
[Gambar Panas] Faizal Tahir Jawab Tweet Ketua Media Baru UMNO, "Rezeki Itu di Tangan...." Posted: 29 Apr 2013 06:30 AM PDT ...hahahaha...terbaik Faizal Tahir!!!!
P/s: Kalau PENCACAI BN tidak puas hati lagi, tak tahulah....!!!! Artis kontroversi ini bikin panas lagi! Betullah kata Che Det: | ||
[Gambar] Selepas Faizal Tahir, Penyanyi Nasyid Pula Sangkal Tuduhan Norman KRU Posted: 29 Apr 2013 04:00 AM PDT
P/s: Betullah kata Che Det. Komen Faizal Tahir tentang industri filem dan hiburan hancur jika PAS perintah negara di sini. | ||
[PANAS- Kisah Benar] Kisah Orang UMNO Takut dengan Baju dan Topi Salji PAS dan PR Posted: 29 Apr 2013 02:30 AM PDT
[HD] KUALA LUMPUR: Seorang pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dipaksa keluar dari kawasan pesta semata-mata kerana ia memakai topi berlambang PAS dan baju T NGO yang melawan BN. Alasannya hanya satu, dia memakai topi dan baju T itu di dalam bangunan Umno, PWTC tempat berlangsungnya Pesta Buku itu. Peristiwa yang memalukan negara ini berlaku pada hari Sabtu, 27 April 2013 pada jam lebih kurang 1.30 petang. Berikut adalah cerita penuh mangsa ini. Salam PERUBAHAN buat warganegara MALAYSIA. Ketika ini di PWTC sedang berlangsung PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013. Alhamdulillah, saya berkesempatan ke sana untuk mendapatkan buku-buku yang terkini. Apa yang ingin saya kongsikan dengan pembaca harakah di sini bukanlah perihal pesta buku sebaliknya pengalaman yang saya alami di pesta buku. Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama pihak Harakah dan pembaca yang lain mengenai KEGOYANGAN UMNO BE END.... Pada hari Sabtu, 27 April 2013..pada jam lebih kurang 1.30 petang, saya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 di PWTC. Selepas memasuki bangunan PWTC saya terus ke dewan Tun Hussein Onn di mana terletaknya 'booth' PTS publisher. Saya telah berjumpa dengan seorang staf PTS dan memberi beliau satu senarai buku yang saya kehendaki lalu beliau menolong saya dengan mencari buku-buku tersebut. Dalam masa 15-20 minit saya menunggu, terpacak berdiri di dalam ratusan/ribuan pengunjung, saya didatangi oleh 2 org 'security' PWTC. Seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai pihak security PWTC dan beliau meminta saya mengikut mereka. Berikut adalah perbualan saya dengan security tersebut : security 1 : kami pihak security PWTC..kami nak mintak encik ikut kami sekejap. saya : Eh..kenapa pulak? security 1 : kita cakap kat luar dewan. Encik bawak sekali barang-barang encik tu. Encik ni peserta ke pengunjung? saya : saya pengunjung...dan tengah tunggu seorang staf PTS carikan buku saya..tapi kenapa pulak saya kena ikut encik? Pada masa itu kedengaran dalam 'waklie-talkie' beliau " bawa dia keluar..bawa dia keluar" dan saya mendengar security 1 tadi menjawab "kami dah jumpa dia & kami dah nak bawa keluar". Saya mula berasa sangsi dengan security tersebut tetapi cuba berfikiran positif. security 1 : takpe, encik ikut kami sekejap je, kita borak kat luar. Saya pun mengikuti security 1 keluar dari dewan tersebut dan security 2 mengikut saya dari belakang. Tiba di luar dewan : security 1 : abang tahu ini bangunan umno kan? saya : tau..tapi ape kaitan dengan saya? security 1 : abang tak boleh pakai 'snow cap' Pas & baju ni kat dalam bangunan ni (beliau merujuk pada baju yang saya pakai yang tercetak "kebangkitan rakyat" beserta 4 lambang NGO iaitu R (royalti), BERSIH, STOP LYNAS, dan FELDA) saya : kenapa tak boleh? pakai baju macam ni pun salah ke? lagipun saya datang ni untuk ke pesta buku, bukan ke perhimpunan umno. Lagipun, tak ada peraturan cara atau jenis berpakaian untuk datang ke pesta buku kan? security 1 : saya tau..tapi ini arahan dari atas bang. kalau ikutkan, kami pun tak ada masalah. security 2 : macam ni lah...abang bukak snow cap tu & tukar baju dulu kat luar, pastu abang boleh masuk balik. saya : saya boleh bukak snow cap ni sebab saya hormatkan tuan rumah, tapi saya tak ada baju spare. security 1 : kalau macam tu abang kena keluar la...kami diarahkan untuk iring abang keluar. saya : ok..saya boleh keluar, tapi saya nak beli buku-buku yang saya nak dulu. security 1 : ok..kami akan temankan abang. Saya masuk semula ke dalam dewan dan berjumpa dengan staf PTS tadi yang tengah memegang beberapa buah buku yang saya nak beli. Kemudian saya beratur di kaunter bayaran sambil diperhatikan oleh 2 orang security tersebut. Saya menganggarkan dalam 10-12 org yang sedang beratur untuk membuat pembayaran. Kemudian security 2 pergi ke salah satu kaunter dan memanggil saya untuk membuat bayaran. Jadi saya telah memotong giliran mereka yang tengah beratur! kesian mereka..namun apakan daya...bukan kemahuan saya...saya dipaksa untuk SEGERA KELUAR DARI BANGUNAN PWTC! Setelah selesai membuat bayaran, security tadi tanya saya hendak keluar ikut pintu mana? saya beritahu saya nak keluar ikut pintu yang saya masuk tadi, iaitu pintu utama. Mereka mengiringi saya berjalan menuju ke pintu tersebut. Sepanjang berjalan, saya tergelak kecil sambil mengeleng kepala dan berkata kepada mereka "saya rasa kelakar bila orang atasan encik berdua ni takutkan baju & snowcap"... Lalu jawab mereka..."kami tak boleh nak kata apa-apa bang...kami pun kerja dengan diorang....harapkan undi je la yang jadi rahsia kami...kami mintak maaf banyak-banyak kat abang...kami ikut orang atas aje bang." "Takpe...saya faham...saya tak marah atau berdendam pun dengan encik...saya tahu encik menjalankan tugas..." Sampai je luar bangunan PWTC, mereka bersalam-salaman dengan saya dan meminta maaf sekali lagi..saya terus keluar sambil tersenyum panjang..tidak pernah terlintas dalam benak saya akan kejadian seumpama itu boleh berlaku...hanya kerana baju dan snowcap.... Pertama kali diiringi keluar oleh pihak security ketika mengunjungi pesta buku gara-gara baju kebangkitan rakyat & snowcap PAS...sungguh memalukan buat BE END kerana takutkan 2 benda tersebut yang hanya diperbuat daripada benang kapas...yang DIPAKAI OLEH SEORANG RAKYAT MERDEKA yang HIDUP DI DALAM NEGARA DEMOKRASI & MAHUKAN PERUBAHAN DALAM PEMERINTAHAN SEKARANG YANG KORUP!!... Ironinya...jika seseorang itu berpakaian tidak sopan, mendedahkan aurat, ataupun berpakaian menyebelahi pemerintah yang korup...itu dibenarkan...... Beginikah contoh parti POLITIK yang kononnya mempertahankan ISLAM dan Melayu yang sering dilaung-laungkan menerusi media massa mereka selama ini?? iNi KALiLAH! saya, yang benar... Ahmad Firdaus bin Ab Malek P/s: Gila lawak! | ||
[Video] Macam Tidak Percaya, Musa Hassan Dilantik Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat Posted: 29 Apr 2013 01:19 AM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini menerima perlantikan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR). Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media selepas bertemu dengan Pengerusi MKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein. Dalam sidang media pertama itu, Musa yakin proses perpindahan kuasa akan berlaku secara aman selepas pilihan raya umum 5 Mei ini. Dalam sidang media itu, Musa meminta pihak polis membuat siasatan yang adil terhadap beberapa siri letupan yang berlaku sejak kebelakangan ini. Pihak polis juga perlu membuat kajian dan monitoring yang menyeluruh dengan apa yang berlaku kerana mungkin akan berlaku lagi selepas ini. Sehubungan itu, beliau meminta semua parti politik memberitahu polis sebelum menganjurkan apa-apa majlis. | ||
Posted: 28 Apr 2013 11:00 PM PDT
Cukup-cukuplah dimomokkan, ditakut-takutkan oleh UMNO. Undi PR bagi memastikan Melayu terus unggul dan terbilang di samping sokongan kaum-kaum yang lain untuk terus membina Malaysia yang gemilang! P/s: Tidak percaya dengan maklumat carta di atas? Kira sendiri!!! | ||
Guru Rakam Adegan Seks dengan Pelajar 14 Tahun Dijel Posted: 28 Apr 2013 08:41 PM PDT [HM] Singapura: Seorang bekas guru drama yang melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang berusia 14 tahun dan merakam adegan itu dijatuhkan hukuman penjara setahun Khamis lalu. Hakim daerah Siva Shanmugam berkata Aravind S Menon "telah menyalahgunakan kepercayaan dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai guru" apabila dia melakukan perbuatan itu pada 2009. Hakim menggelar perbuatannya merakam satu daripada aksi mereka sebagai "amat dikesali". Menon, 25, mengaku bersalah pada 11 April lalu kerana melakukan seks dengan pasangannya yang berusia di bawah 16 tahun. Mahkamah kemudian diberitahu dia bekerja dua kali seminggu di sekolah itu sebagai sukarelawan ketika remaja terbabit menyertai persatuan dramanya pada Mac 2008. Remaja itu mula meluahkan kepada Menon yang berusia 20 tahun ketika itu mengenai masalahnya di rumah dan di sekolah. Mereka mula rapat dan melakukan hubungan seks buat kali pertama di kediaman Menon di Choa Chu Kang pada Mei 2009. Bimbang hamil, remaja terbabit menggunakan alat ujian kehamilan pada 31 Mei di kediaman Menon. Keputusannya negatif tetapi Menon terus melakukan hubungan seks bersama remaja itu pada hari sama dan sekali lagi pada Julai. Dia turut merakam satu daripada aksi mereka di telefon bimbitnya dan menyimpannya di komputernya. Pada akhir Julai, ibu bapa remaja itu membaca mesej Menon di telefon bimbit pelajar terbabit dan menyuruhnya memutuskan hubungan mereka. Bapanya turut memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai kecurigaannya dan Menon kemudian dipecat. Pada Ogos 2009, remaja itu menghantar mesej pesanan ringkas kepada Menon dan memberitahu dia mahu menamatkan hubungan mereka sebelum Menon mengancam akan mencederakan keluarganya. - AsiaOne | ||
DAP, Tolong "Luku" Kepala Mamat Ini! Posted: 28 Apr 2013 07:02 PM PDT Aduhai, semakin dekat PRU, semakin banyak pemimpin PR yang bertelagah berkaitan dengan pelbagai isu yang sebelum ini gagal mencapai kata sepakat! Seperti yang kita maklum, dalam isu-isu tersebut mereka sebelum ini mengambil pendekatan untuk bersetuju untuk tidak bersetuju. Jadi apa masalahnya lagi? Saya sudah komen panjang di sini. Tidak perlulah diulang tayang di sini. Tidak cukup dengan pemimpin-pemimpin utama PAS dan DAP bertelagah tentang isu hudud dan negara Islam, pemimpin DAP di Johor pula mengeluarkan kenyataan agar ahli DAP tidak mengundi PAS dalam PRU13 nanti. Baca di sini. Apa masalah dengan mereka ini? Tumpuan harus diberi untuk menumbangkan BN dan UMNO. Yang sepatutnya dilakukan oleh mereka ialah menerangkan manifesto bersama PR dan membongkarkan salah laku serta pecah amanah yang dilakukan oleh pemimpin BN, namun mereka bertelagah sesama sendiri sehingga merosakkan agenda rakyat untuk menumbangkan BN dan UMNO. Dalam hal ini, TM respek dengan pemimpin PKR yang cerdik berpolitik tatkala PRU13 semakin hampir. Janganlah mereka mencontohi pemimpin DAP dan PAS yang tidak belajar daripada kesilapan yang lalu. Komen LGE: Guan Eng serah pada DAP Johor isu Fernandez [MK] Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyerahkan kepada pemimpin parti negeri Johor untuk mengenakan tindakan ke atas timbalan pengerusi DAP negeri Norman Fernandez yang menimbulkan kontroversi melalui kenyataannya agar pengundi tidak memilih PAS. "Itu pandangan peribadinya, ia tidak mewakilil parti," kata Lim dalam sidang media selepas melawat Taman Jawi Jaya hari ini. "Kami akan serahkan kepada DAP Johor untuk menanganinya," tambahnya. Fernandez dalam satu tulisan di blog meminta pengundi tidak memilih PAS di Johor agar masa depan mereka tidak terjejas. Menurutnya, PAS akan melakukan apa saja untuk mencapai kekuasaan, disebabkan "pendirian unilateral" parti tersebut dan "keengganan untuk menjadi rakan sebenar dalam Pakatan Rakyat". P/s: Adakah usaha rakyat dan DSAI untuk menumbangkan UMNO dan BN akan menjadi sia-sia kerana gelagat kurang cerdik pemimpin PR? Belum lagi memikirkan penipuan terancang yang mungkin mengejutkan rakyat Malaysia!!! | ||
[Gambar] Industri Hiburan Hancur Jika PR Perintah? Faizal Tahir Jawab Pendapat Norman KRU Posted: 28 Apr 2013 05:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan