Khamis, 25 April 2013

Biaqpila

Biaqpila


PKR dakwa peti undi SPR dibawa ke lokasi 'rahsia'

Posted: 25 Apr 2013 05:50 AM PDT

PKR mendakwa mendapat maklumat mengenai dakwaan bahawa peti undi yang sepatutnya dihantar ke ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, didakwa telah dialihkan ke sebuah lokasi "rahsia".

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa sebuah kenderaan yang membawa peti undi ke ibupejabat SPR di Putrajaya bertemu dengan Pajero SPR di laluan keluar lebuh raya dan dibawa ke satu alamat rahsia di jalan SC2 di Zon Perindustrian Sg Chua di Kajang.

Beliau mendakwa demikian dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Anwar mendakwa di lokasi rahsia, beg polyester besar mempunyai logo SPR dan dipercayai mengandungi peti undi, kemudiannya dipunggah.

Katanya, ini memerlukan penjelasan segera mengapa ia dilakukan dengan cara yang mencurigakan.

Menurut Anwar, seorang pemberi maklumat telah memaklumkan kepada mereka mengenai kejadian itu yang dikatakan berlaku pada 8 April.

Beliau menunjukkan kepada media gambar-gambar beg polyester itu yang diambil oleh pemberi maklumat tersebut, tetapi tidak mengedarkan kepada mereka, atas alasan perlunya melindungi identiti pemberi maklumat itu.

http://bloglist-malaysia.blogspot.com/2013/04/pkr-dakwa-peti-undi-spr-dibawa-ke.html

PERCAYAKAH ANDA TIADA PAKATAN RAKYAT TIADALAH BR1M

Posted: 25 Apr 2013 03:00 AM PDT

Selalu saya ingatkan kepada keluarga dan rakan2, tiada Pakatan Rakyat (PR) - maka tiadalah BR1M - kos harga barang akan meningkat naik lebih jauh daripada sekarang. Kadar harga elektrik, air dan petrol telah lama dinaikkan jika tiada tekanan daripada PR. Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang untuk mentadbir, memang ada jasa, bukan tidak berjaya, tetapi tidak berupaya membanteras gejala korupsi yang membarah! Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir pula, kita lihat bagaimana...

BN kata PR akan membankrapkan Malaysia jika mentadbir di persekutuan - tapi masihkah kita ingat sewaktu PRU12, perkara sama yang dinyatakan jikalau Selangor dan Pulau Pinang ditadbir oleh PR - TAK BANKRAP PUN, malah jauh lebih baik dari zaman pemerintahan BN...

MARI UNDI PR 5 MEI 2013! JOM UBAH! - INI KALILAH! DEMI RAKYAT MALAYSIA!

10MediaTeam

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

LAGU TERUKIR DI BULAN UNTUKMU NAJIB

Posted: 25 Apr 2013 12:00 AM PDT

DEY MACHA!!!
ITU HARI LAGU TANYA SAMA NAJIB
APA SEBAB GOYANG
BIKIN NAJIB HILANG PEDOMAN
INI KALI LAGU TERUKIR DI BULAN
KONFEM UNDI PUN HILANG
KAH! KAH! KAH!
SAKSIKAN...



Jika aku minta yuran percuma,
Tak mungkin kau mampu,
Kau hanya mampu berikan aku,
Baucer buku untukku.

Jika aku minta turunkan harga,
Engkau tak nak coba,
Kau hanya mahu dengar cakapku,
Bila tiba PRU,
Undi ini bukan milikmu lagi,
Seribu tahun pun,
Takkan ku undikan kamu.

PM ku jangan kau persoalkan
Siapa di hatiku
Terukir di bulan
dah konfem hilang
undiku padamu....


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

JANJI DICAPATI REMBAU MOST WANTED

Posted: 24 Apr 2013 09:00 PM PDT


Apa khabar orang Rembau??

1. Janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika Rembau terus memilih BN.

2. Akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan.

3. Akan membina Kampus UITM Rembau, semua ini dengan syarat orang Rembau mengundi BN.

4. Menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau.

5. Turut akan dibina juga ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.

6. Janji untuk membina Hospital batu asas dah buat, bayang tak nampak lagi.

Untung orang Rembau... semua janji dah tertunai...

chegubard


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

CERAMAH RAFIZI DI PANDAN PERDANA DISERBU RIBUAN PENDUDUK

Posted: 24 Apr 2013 06:00 PM PDT



Nampak gayanya rakyat Parlimen P100 Pandan, Selangor sudah bersedia dan tekad bulat mau memberikan undi mereka kepada calon PR Sdr Rafizi Ramli.

Ini berdasarkan kepada jumlah kehadiran ceramah PR di Pandan Perdana malam tadi.

Sambutan diberikan rakyat tempatan cukup mengkagumkan sekali... belum pernah dalam sejarah PRU seramai ini penduduk Pandan keluar untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh PR.. Ceramah anjuran UMNO/BN jangan cakaplah...Kehadiran sekitar ratusan orang saja.

 


Yang pasti kehadiran sebegini ramai kemungkinan besar akan diterjemahkan dalam bentuk undi..Dulu mungkin rakyat datang sekadar ingin tahu... Tetapi kini mereka hadir untuk tunjukkan sokongan padu.

Mesti Najib menyesal tak sudah kerana ikut selera Chua Soi Lek dengan tidak mencalonkan Ong Tee Keat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan!!!

omakkau


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Tiada ulasan: