DIALOG RAKYAT |
- PAS Pasir Mas Kena Sahut Cabaran Johan
- Pengundi mahu Anwar jadi PM – UMCEDEL
- ‘Jangan guna politik kenegerian’
- Calon PAS berazam jadikan Kunak daerah contoh
- Najib tidak faham maksud ‘Ubah’
- SPR dipantau kumpulan pendesak profesional
- Letupan Nibong Tebal: Ini Kebolehan 'Mereka'
- Lagi bekas pegawai tentera sertai PAS
- Zahid sahkan 35 pengganas Sulu ditembak mati oleh tentera laut Filipina
- Taktik hantar ‘samseng’ gagal
- Mahfuz: Ada cubaan ‘seludup’ pengundi hantu
- Kajian UM menunjukkan pengundi cenderung ke manifesto Pakatan
- Wanita Umno hilang dari belakang tabir dalam PRU13
- Pembunuhan Bukit Gasing membangkitkan jenayah sebagai isu pilihan raya, kata penganalisis
- Ahmad Said Tertekan Lalu Melafazkan Sumpah Laknat
- PAS Ada 8 Calon Untuk Orang Muda, BN Terengganu Ada Berapa?
- Bekas Naib Canselor pula sertai PAS
- Rafizi goreng pisang untuk fahami masalah rakyat
- Hadi: Pas tidak paksa DAP terima hudud
- Kereta aktivis KEADILAN Semenyih terbakar dipercayai angkara sabotaj
- Siaran langsung ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Segamat
- Pengundi Melaka tolak politik perkauman Umno BN – Ginnie Lim
- 90 daripada 100 pengundi Lumut sokong Pakatan – Calon KEADILAN
- Kaum India takkan mudah maafkan Zul Nordin
- Alamat tempat mengundi ditukar tanpa pengetahuan pengundi?
PAS Pasir Mas Kena Sahut Cabaran Johan Posted: 25 Apr 2013 06:03 AM PDT MSO Che Johan Che Pa telah pun dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Umno berhubung tindakannya tidak menyerahkan borang penamaan calon pada 20 April lalu. Alasan diberikan ialah kerana hendak memberi kemenangan kepada calon bebas Inchek Ibrahim Ali. Gara-gara itu UBN hilang satu kerusi sebelum bertanding. Beliau mahu Ibrahim menang kerana dia tidak yakin dia akan menang, dan kalau dia bertanding juga Nik Abduh akan menang mudah. Dia berbuat begitu kerana ingin mematikan legasi Nik Aziz. Nik Abduh adalah satu-satu anak Nik Aziz yang minat politik dan akan menjadi legasi kepada Mursyidul Am PAS itu. Pengorban Johan besar dan hebat tetapi tidak kena pada tempatnya. Dia mempunyai niat yang baik dari konteks Umno hendak menamatkan legasi Nik Aziz tetapi dalam masa sama dia membelakangkan partinya sendiri. Cara dia bertindak itu tidak berintegriti dan memalukan partinya. Apa yang dilakukan itu menyebabkan dia boleh dianggap seorang yang tidak bermoral dalam politik. Orang yang dia beri laluan adalah orang yang telah mengkhianti partinya, Umno. Tahun 2004 orang itu menentang calon Umno menyebabkan dia dipecat dari Umno seumur hidup. Tahun 2008 dia bertanding atas tikit PAS dan menang. Selepas itu dia khianati PAS pula. Orang Umno Pasir Mas tidak boleh lupa dengan kemenangan itu dan orang PAS Pasir Mas tidak akan lupa pengkhianatan itu. Betapa semasa kempen Inchek Ibrahim mengutuk Umno dan menghina para pemimpin Umno. Malam siang dia mengeji pemimpin Umno termasuk Najib Razak, Mustapa Mohamed dan lain-lain. Alih-alih hari ini Johan beri laluan kepada Ibrahim yang disifatkan sebagai ayah dan juga god father politik. Bolehkah dalam perjuangan kita berkompromi dengan musuh? Atau pun kita tinggalkan prinsip dan pijak maruah parti? Prinsip perjuangan kita harus tentang sesiapa saja termasuk ayah, anak, adik beradik dan kawan kalau ia telah 'memakan' prinsip perjuangan kita. Prinsip perjuangan tidak boleh digadai atas nama hubungan kekeluargaan atau pun sahabat handai. Apa yang saya nak tegas di sini mengenai nawaitu Johan itu, yang ingin sekat legasi Nik Aziz dengan memastikan Nik Abduh kalah sehinggakan dia sanggup dipecat oleh parti. Itulah pengorbaqn dan ikrar Johan. Dia melakukan itu tanpa mendapat apa-apa bayaran dan imbuhan dari sesiapa termasuk Ibrahim, katanya. Setakat ini Inchek Ibrahim membalas jasa baik Johan dengan merayu kepada Umno agar jangan ambil tindakan apa-apa. Bila Ibrahim jadi tukang rayu fahamlah apakah jenis kong kalikongnya. Orang PAS kena sedar perkara ini. Mereka kena menjadikana nawaitu Johan itu sebagai cabaran. Apabila Johan beriya hendak mematikan legasi Nik Aziz, orang PAS perlu berkerja lebih keras demi memastikan Nik Abduh menang. Kalau Johan telah istyhar nak sekat legasi Nik Aziz maka PAS juga perlu istyhar dan bersumpah mempertahankan Nik Aziz dengan memenangkan Nik Abduh dengan apa cara sekali pun. PAS Pasir Mas perlu berbuat sesuatu untuk memastikan kemenangan Nik Abduh.Kekalahan Abduh kekalahan untuk semua dan memalukan Nik Aziz juga. Nik Abduh orang baru, tokoh muda yang belum banyak jasa berbanding dengan Ibrahim. Nik Abduh sendiri tidak tahu bagaimana dia hendak meletakkan dirinya dalam politik. Dia sendiri tidak berjumpa dengan keistimewaan yang ada kepadanya. Dia juga seorang yang 'senyit'. Molikul dalam dirinya perlu diaktifkan sedikit. PAS kena cari sesuatu daripada Nik Abduh untuk diperkenalkan kepada rakyat. PAS kena korek apakah kehebatan dan rahsia yang ada kepada Nik Abduh dan apakah yang beliau boleh bawa selepas ini. Nik Abduh tidak boleh pergi dengan membawa bodi ayahnya sahaja, tidak cukup. Yang hantar Nik Abduh ke Pasir Mas, ialah orang Pengkalan Chepa. Nik Abduh sebahagian kerabat orang Pengkalan Chepa. Jadi orang Pengkalan Chepa kena lebih bertanggungjawab atas kemenangan dan keselamatan diri Nik Abduh. Jangan selepas hantar Nik Abduh di Pasir Mas orang Pengkalan Chepa diam membisu, meriba tangan. Penghantaran Nik Abduh ke Pasir Mas bukan umpama menghantar anak kita ke rumah mertuanya. Saya nampak PAS kawasan lain termasuk Pasir Mas juga tidak begitu memikul Nik Abduh. Setakat ini belum ada apa-apa program khas untuk Nik Abduh di Pasir Mas. Yang galak membantu Nik Abduh hanya PKR Cabang Pasir Mas. Dr Wan Suhaimi Wan Daud ketua PKR Pasir Mas, dari hari menama calon lagi telah menyatakan sokongan dan membantu Nik Abduh. PAS Pasir Mas tidak boleh berlengah dalam hal ini. Hanifa Ahmad dan rakan-rakan lain kena atur dan susunkan program untuk Nik Abduh. Jangan menerima beliau sebagai orang luar dan mengharapkan orang Pengkalan Chepa datang membantu. Orang Pengkalan Chepa hari ini sibuk bagi memastikan dia akan dilantik menjadi MB selepas menang (kalau menang) kelak. Dia berangan-angan dan merancang untuk mengganti Nik Aziz.Proses pemilihan calon adalah projek untuk menjadi MB. Sepatutnya semua orang Pengkalan Chepa berpengkalan di Pasir Mas. Kerana di Pengkalan Chepa tidak perlu dirisaukan sangat. Jagalah Nik Abduh sebaik mungkin. Pastikan apa yang diingini oleh Johan itu tidak akan menjadi kenyataan. Kalau Nik Abduh kalah ia memalukan Nik Aziz dan seluruh orang Pengkalan Chepa khas ketuanya, kerana dialah yang menghantar dan mempertahankan Nik Abduh di Pasir Mas. Saya bagi ilham sedikit kepada orang PAS menegenai Abduh ini. Cuba bawakan isu kedatangan Nik Abduh ke Pasir Mas untuk mengubah landskap dan calture politik di Pasir Mas. Sudah lama Pasir Mas dihidapi calture atau budaya politik samseng, arrogant dan politik wang. Perdagangan politik dan prinsip di Pasir Mas sangat hebat yang dipelopori Inchek Ibrahim Ali. Orang Pasir Mas mengenali politik dengan wang ringgit dan bukan nilai perjuangan segonti. Jadi Nik Abduh boleh diuar-uarkan akan memperbetulkan persepsi ini. Dengan batang tubuh dan keilmuan yang beliau ada, kejernihan minda politiknya... Nik Abduh boleh menukar budaya berkenaan. Hasil peloporan itu, budaya tidak bermoral itu bukan saja di dalam Umno tetapi masyarakat Pasir Mas termasuk juga orang PAS terleset sama dengan budaya itu. Perkembangan ini membimbangkan untuk kesihatan politik Pasir Mas, khasnya dari golongan pertenghan ke bawah. Jadi cuba nukilkan yang Abduh adalah juga seorang 'Ahmad al Fateh' kecil yang akan menakluki Pasir Mas dan akan cuba meniupkan semangat perjuangan Islam serta melakukan penghapusan budaya korupsi, samseng, perdagangan politik dan prinsip. Kalau Husam Musa ada idea untuk menobatkan dia sebagai Ahmad al Fateh yang akan membuka pintu kota Putrajaya, kenapa tidak Nik Abduh untuk Pasir Mas? Pasir Mas memelukan strategis untuk itu. | |||||
Pengundi mahu Anwar jadi PM – UMCEDEL Posted: 25 Apr 2013 05:29 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih popular dan diterima rakyat sebagai Perdana Menteri (PM) selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Demikian menurut kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) ke atas 1,407 responden dari kalangan pengundi pelbagai latar belakang. Menurut kajian tersebut, 49 peratus memilih Anwar sebagai PM berbanding Datuk Seri Najib Razak yang hanya mendapat 39 peratus, manakala 12 peratus lagi tidak pasti. "Peningkatan populariti Anwar boleh dikatakan sebab pengaruh internet di kalangan anak muda. "Seperti yang kita tahu, Pakatan Rakyat menggunakan sepenuhnya medium tersebut kerana tidak mendapat liputan yang baik dari media arus perdana," kata Pengarah UMCEDEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. "Jelajah Merdeka Rakyat dan kempen bergerak juga membantu peningkatan populariti Anwar," katanya lagi. Kajian itu dibuat bermula sejak hari pembubaran Parlimen 3 April 2013 sehingga 20 April lalu. Selain itu, Anwar turut mengatasi Najib dari segi pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam dengan mendapat 47 peratus berbanding Najib 38 peratus, selebihnya tidak pasti. Kecenderungan kedua-dua pemimpin itu turut dinilai melalui kewibawaan mereka membuat keputusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Hasilnya, 40 peratus bersetuju Anwar lebih berwibawa berbanding Najib, yang haya memperoleh 35 peratus. Turut disentuh, kajian mengenai perdebatan Anwar dan Najib yang menunjukkan 63 peratus menuntut debat tersebut dijalankan, dan hanya 10 peratus tidak mahu, manakala 19 peratus tidak pasti. | |||||
‘Jangan guna politik kenegerian’ Posted: 25 Apr 2013 05:20 AM PDT KL TODAY TANJONG KARANG – Calon Pas bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang, Mohamad Rashdi Deraman membidas taktik parti lawan yang berkempen menggunakan sentimen kenegerian dalam usaha untuk meraih undian rakyat di kawasan ini. Timbalan Yang Dipertua Pas Tanjong Karang itu berkata, pihaknya mempersoalkan tindakan calon parti lawan yang gemar memainkan isu kenegerian semata-mata mahu menarik sokongan daripada rakyat. "Sepatutnya sebagai seorang yang profesional, kita perlu berkempen dengan menggunakan hujah dan fakta supaya rakyat dapat menilai kualiti kepimpinan yang ada dalam diri seseorang calon. "Memang diakui saya anak kelahiran Machang Kelantan, tetapi saya sudah mendirikan rumah tangga dengan anak jati Tanjong Karang sejak tahun 1987 iaitu kira-kira 26 tahun yang lalu dan menetap di Tanjong Karang sejak daripada tahun 1990. "Saya juga sudah menetap di Tanjong Karang sejak 23 tahun lalu dan menjadi pendidik juga di Tanjong Karang bahkan jiwa saya merasai denyut nadi rakyat kawasan ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang," katanya dalam siri ceramahnya di Parit Serong, di sini. Mohamad Rashdi berkata, jika mereka membangkitkan soal kenegerian, boleh dipersoalkan juga penyandang kerusi Parlimen itu sendiri berasal dari mana dan adakah keturunannya berasal dari Tanjong Karang. "Semua rakyat tahu keluarganya adalah berasal dari Pulau Pinang yang merantau ke Tanjong Karang dan menetap di sini, jadi tidak timbul soal sama ada anak kelahiran Tanjong Karang atau sebaliknya. "Apa yang penting adalah sebagai pemimpin, kita bertanggungjawab untuk membantu rakyat," katanya yang turut merujuk perjuangan Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan di Kota Makkah tetapi berhijrah ke Madinah dan dilantik sebagai ketua negara di Madinah. | |||||
Calon PAS berazam jadikan Kunak daerah contoh Posted: 25 Apr 2013 05:16 AM PDT KL TODAY LAHAD DATU: Daerah Kunak perlu dijadikan agenda penting dalam transformasi negara dan negeri ini dalam menjadikan daerah tersebut sebagai sebuah daerah maju dan membangun. Calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak, Kasman Karate, berkata agenda tersebut termasuklah memperluaskan semula penstrukturan jajaran komunikasi dan jaringan perhubungan agar selaras dengan perkembangan semasa negara. "Saya begitu yakin bahawa, Kunak boleh dijadikan daerah kecil yang menjadi contoh kepada daerah-daerah kecil yang lain terutama di Sabah ini. "Kunak turut memerlukan sebuah kepelbagaian kepakaran dalam bidang pembangunan yang akan menjadi asas kepada kemajuan dan kemudahan penduduk," jelas beliau dalam sidang media di Bilik Gerakan MTD N.51 Kunak, dekat sini pagi tadi. Katanya, perkara tersebut bukan merupakan perkara baru malah telah tercatat dalam buku Sejarah Malaysia dan turut disahkan oleh para arkelogi bahawa Kunak dijadikan tapak kegiatan manusia purba dan salah satu tempat pra-sejarah di mana zaman kewujudan manusia pertama di Tingkayu. "Kunak bukan sahaja kaya dengan pelbagai sumber asli dan hidupan marin, tetapi Kunak juga merupakan sebuah daerah kecil yang kaya dengan kisah sejarah. "Sejarah Kunak perlu diterokai dan dijadikan sumber tarikan para pelancong," ujar beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Silam. Ujarnya, agenda pembangunan daerah tersebut dijadikan keazaman dan tekad beliau untuk terus berkhidmat kepada lapisan masyarakat terutama golongan muda yang memerlukan latihan serta bimbingan. "Masalah yang timbul sama ada di kalangan generasi muda ini, memerlukan langkah penyelesaian yang konkrit bagi menjamin masa depan mereka di kemudian hari. "Saya melihat bahawa golongan belia tidak diberikan peluang dan tempat yang sewajarnya. Ramai di kalangan golongan ini tidak mempunyai pekerjaan dan hanya bekerja secara sampingan untuk mencari pendapatan," jelasnya. Kasman turut mempersoalkan pengaliran peruntukkan yang diperuntukkan kepada golongan anak muda di daerah ini. "Saya mewakili suara anak muda ingin mempersoalkan ke mana perginya peruntukan yang diberikan untuk melaksanakan program-program anak muda," kata beliau. | |||||
Najib tidak faham maksud ‘Ubah’ Posted: 25 Apr 2013 05:13 AM PDT Oleh SHIRZAD LIFEBOAT LOGIK pemimpin BN mudah. Disebabkan kerajaan BN membina sesuatu infrastruktur, justeru, ia prihatin dan peka terhadap aspirasi rakyat. Maka tak hairanlah ayat bertema sedemikian sudah menjadi umpan klasik Umno-BN menjelang pilihan raya umum atau pada bila-bila masa. Dan kepada minda pemimpin BN, disebabkan kerajaan parti mereka telah berlaku baik kepada rakyat, maka rakyat tak perlu memilih parti lain untuk menggantikan BN sebagai kerajaan. 'Dulu, kini dan selamanya' (meminjam tagline Umno yang disadur dari sebuah iklan air berkarbonat suatu ketika dulu), BN semacam sudah tidak ada modal lain. Benar terdapat ayat lain lebih baru. Antaranya; 1Malaysia, Janji Ditepati, Rakyat Didahulukan. Namun semua ini hanyalah susunan kata-kata sedap didengar tetapi tidak membawa sebarang makna sama sekali kepada rakyat Malaysia. Mungkin ketiadaan makna jitu inilah menyebabkan pemimpin BN dalam pra-kempen mereka telah mengulangi semula umpan klasik yang dikatakan itu. Tanggal 14 April lalu, Najib Tun Razak mengulanginya semula. Mengambil peluang menerusi majlis rasmi kerajaan dan atas kapasiti sebagai PM (bukannya Pengerusi BN) tatkala merasmikan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur, beliau berkata kerajaan sedia ada telah terbukti dapat menunaikan segala aspirasi rakyat dan untuk itu rakyat perlu berfikir secara rasional dan bertanya kepada diri sendiri bagi menentukan nasib mereka dan negara pada PRU13 pada 5 Mei ini. Tidaklah perlu kita mengulas darjah kerasionalan Najib yang secara tidak langsung menghukum rakyat yang tidak menyokong BN tetapi sebaliknya bakal memberikan undi kepada PAS, DAP dan KeADILan sebagai tidak berfikiran rasional kerana hal ini terkeluar daripada skop perbincangan tulisan ini. Untuk itu, Najib berkata: "Ada pihak tertarik dengan perkataan 'ubah', seolah-olah apa yang penting adalah untuk mengubah daripada apa yang mereka ada pada hari ini, tetapi sebaliknya yang penting bukanlah yang mengubah sedia ada pada hari ini tetapi keberhasilannya." Nampaknya, seperti kebanyakan pemimpin BN, Najib juga tidak faham apakah perubahan sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat. Memanglah betul BN buat pelbagai infrastruktur untuk kemudahan rakyat. Tak perlulah Najib membuat lawak bodoh dengan mengatakan bayangkan Malaysia tanpa KLIA, tanpa Putrajaya dan sebagainya. Negara paling miskin pun ada lapangan terbang antarabangsa, ada pusat pentadbiran kerajaan, ada terminal pengangkutan awam. Bezanya cuma canggih tidak canggih, cantik tak cantik dan mahal tidak mahal. Hakikat kerajaan BN dari sejak Merdeka telah membina sekecil longkang tepi jalan dan semega pusat pentadbiran Putrajaya semua orang tahu. Tak payahlah nak diulang-ulang untuk kempen pilihan raya umum. Di mana negara sekalipun, kerajaan pemerintah bertanggungjawab membina prasarana dan kemudahan untuk rakyat. Bezanya di negara berdemokrasi yang lebih maju, segala aspek pembinaan infrastruktur dilakukan dengan cara berkhemah, mematuhi pelbagai undang-undang bersabit kewangan dan tender serta tidak ada mana-mana ahli politik kerajaan terbabit menerima sebarang bentuk komisyen, hadiah atau apa sahaja habuan daripada kontraktor yang diberikan sesuatu projek (berdasarkan kemampuan dan prestasi kerja kontraktor berkenaan di masa lalu dan bukan disebabkan pertalian peribadinya dengan mana-mana ahli politik kerajaan). Namun, amalan di Malaysia yang ditadbir oleh BN adalah berbeza. Kontrak bagi projek mega tidak ditenderkan secara terbuka. Sejak pentadbiran Dr Mahathir Mohamad selaku PM, kontrak kelas ini diberikan secara langsung melalui apa yang disebutkan sebagai negotiated contract. Tidak jelas apakah bentuk tawar menawar dalam pemberian tender yang sebenarnya bercanggah dengan undang-undang kewangan sebelum era Dr Mahathir. Kalau sekadar mahukan harga termurah serta berpatutan dan memastikan kontraktor terpilih berkemampuan menyiapkan kerja dalam masa ditentukan, sistem tender terbuka yang diguna pakai sejak dulu sudah terbukti sempurna untuk tujuan berkenaan. Mungkin apa yang mahu ditentu dan dimuktamadkan dalam negotiated contract ini ialah tawar menawar mengenai banyak manakah wang yang sepatutnya dibayar semula kepada ahli politik sekiranya kerajaan memberikan sesuatu projek kepada sesuatu pihak dengan gandaan kos yang telah ditentukan oleh kerajaan. Oleh kerana negotiated contract ini telah menjadi amalan kerajaan BN sejak diperkenalkan oleh Dr Mahathir dan mengakibatkan pembaziran serta lesapnya dana awam, menjadikan Malaysia sebagai hab rasuah yang hampir mustahil untuk dibendung, dan menafikan dana yang sepatutnya dipergunakan untuk kepentingan rakyat, maka itulah antara sebab mengapa rakyat Malaysia mahukan perubahan. Justeru, maksud 'ubah' bukanlah mengubah dari apa yang mereka ada hari ini supaya ia menjadi tiada. Ini bukannya iklan biskut sekejap ada sekejap tak ada. Tentulah tak logik di bawah BN rakyat Malaysia mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tetapi sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa maka rakyat mahukan kerajaan baru merobohkan bangunan terminal dan menjadikan landasannya sebagai tempat bersolat hajat meminta hujan. Oleh itu, kalau maksud 'ubah' yang semudah ini dan sebagaimana dimaksudkan oleh rakyat sukar untuk difahami oleh Najib, maka apakah beliau sebenarnya layak menjadi pemimpin utama negara. Lain yang dimaksudkan oleh rakyat, lain pula yang difahami Najib. Begitupun Najib tidak keseorangan. Hampir kesemua pemimpin BN mengalami sindrom tidak memahami apa yang rakyat mahu. Ini satu sindrom amat bahaya untuk negara. Buktinya, awal-awal lagi Najib menganggap rakyat yang tidak menyokong BN sebagai tidak berfikiran rasional. Oleh itu, sebelum sindrom ini menjadi parah dan menular ke seluruh negara dan merentas sempadan masa, lebih baik sahaja kita membuat perubahan. Andai kata Najib membaca tulisan ini dan tidak faham, maksud perubahan di sini ialah mengubah parti yang memerintah kerajaan kepada parti lain. | |||||
SPR dipantau kumpulan pendesak profesional Posted: 25 Apr 2013 05:07 AM PDT
WARTAWAN: Perkara paling utama yang patut dilaksanakan oleh SPR menjelang 5 Mei ini... SALAHUDDIN AYUB: Daftar pemilih perlu benar-benar bersih sebelum lebih 13 juta pemilih keluar membuang undi. SPR kena memastikan senarai tersebut bersih daripada segala bentuk penipuan. Ini termasuklah nama-nama yang telah meninggal dunia kerana kita bimbang akan terdedah kepada manipulasi untuk tujuan tertentu. Kita tidak mahu SPR berat sebelah apabila ada rakyat sendiri yang layak mengundi dan telah berdaftar sebagai pemilih tetapi tiba-tiba tidak dapat mengundi di lokasi yang sepatutnya. Begitu juga mereka yang tidak layak mengundi tetapi nama mereka ada dalam daftar pemilih pula sewajarnya sudah digugurkan daripada senarai. Bagaimana dengan kemungkinan penyenaraian warga asing sebagai pemilih dalam daftar oleh SPR? Hal inilah yang sudah lama kita perjuangkan. Sejak himpunan Bersih mula-mula lagi kita secara konsisten memperkatakan isu ini. Namun, terpulanglah kepada pengurusan SPR jika masih enggan mendengar suara hati rakyat. Sepatutnya hal itu sudah dapat ditangani dengan pelbagai aplikasi teknologi maklumat hari ini. Jadi, kita menolak keras jika masih ada lagi warga asing yang jelas tidak layak mengundi tetapi sengaja dibiar dan diberi kad pengenalan untuk melayakkannya mengundi bagi kemenangan pihak-pihak tertentu. Pembongkaran pengundi hantu telah diambil perhatian serius oleh SPR? Pendedahan penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar misalnya bahawa masih terdapat lebih 4,000 pengundi diragui antara contoh terkini kekangan untuk kita menempuh pelaksanaan pilihanraya yang bersih. Begitu juga apabila penulis buku, Mutalib MD mendedahkan tidak kurang 1.7 juta pengundi hantu dijangka keluar menghampiri peti undi nanti. Ini semua suatu keadaan yang serius menunjukkan pentingnya senarai daftar yang bersih dan ini semua pastinya menuntut peranan serius SPR tanpa berdolak-dalih lagi bagi memastikan demokrasi tulen melalui pilihanraya dapat dilaksanakan. Pandangan jika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah diperluas? Jika RCI itu tidak terhad di Sabah dan dibuat di seluruh negara, kita percaya banyak lagi perkara yang turut mengemparkan dapat dibongkar. Ini kerana selepas bertahun-tahun mereka yang memperoleh kad pengenalan hasil daripada projek yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad itu pastinya mereka beranak-pinak dan ada berhijrah ke Semenanjung. Itu belum lagi termasuk ribuan pendatang asing yang sudah sedia masuk ke Semenanjung walaupun kawalan keselamatan sempadan negara digambarkan oleh kerajaan sebagai pada tahap terbaik. Desakan dan "pemerhatian tajam" Bersih dan Pemantau terhadap SPR sedikit sebanyak memberi kesan kepada badan itu. Apa komen saudara? Bagi saya, mereka sudah, sedang dan akan melakukan yang terbaik dalam memastikan proses PRU13 berjalan mengikut lunas undang-undang. Hasil suara mereka termasuk gerakan massa siri-siri himpunan Bersih lalu juga, SPR ada melakukan apa yang mereka dakwa sebagai penambahbaikan. Masih banyak yang dituntut belum lagi dituruti. Kita minta akses media bebas tetapi diberi 10 minit rakaman. Gesaan guna dakwat kekal daripada Bersih yang sepatutnya dicalit selepas membuang undi, ditunaikan SPR tetapi sebelum buang undi. Namun, setidak-tidaknya SPR sedar bahawa sekarang tidak lagi seperti dahulu apabila keputusan dan tindakan mereka sentiasa dalam pemantauan kumpulan pendesak yang berautoriti dan profesional. Antara langkah baru SPR yang perlu diberi perhatian serius oleh jentera pilihanraya Pakatan Rakyat? Pengundian awal yang sebelum ini berasal dari pengundi pos. Realiti undi pos sama dengan undi Umno-BN bukanlah suatu perkara rahsia lagi berdasarkan pengalaman pilihanraya sebelum ini. Parlimen Setiawangsa di Wilayah Persekutuan pada PRU12 (2008) misalnya, dimenangi oleh calon Umno dengan majoriti lebih 8,000 undi selepas ditambah undi pos. Selain itu, tindakan secara adil bukan atas politik kepartian dituntut jika pihak polis benar-benar mahu menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkahlangkah Khas) 2012 (Sosma) sepanjang pilihan raya kali ini. | |||||
Letupan Nibong Tebal: Ini Kebolehan 'Mereka' Posted: 25 Apr 2013 05:04 AM PDT Saya mewakili pasukan kempen PR N21 DUN Sg. Acheh memandang serius insiden yang konon letupan di program Bn di sini baru - baru ini. Saya menggesa pihak polis segera menyelesaikan siasatan memandangkan hanya tinggal 10 hari sebelum hari mengundi bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Saya kesal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan dengan cuba memainkan sentimen yang tidak sihat, antaranya menakutkan orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam pesta gerakan perubahan malah ada yang cuba memberi persepsi mengaitkan Pakatan Rakyat dengan perkembangan ini. Mengambil kira faktor dari pelbagai sudut dan perkembangan terkini, pentadbiran kerajaan pusat akan bertukar tangan tidak lama lagi. Kehadiran orang ramai dengan jumlah luar biasa dalam ceramah Pakatan Rakyat menggalakkan penyebaran maklumat. Tidak dinafikan, maklumat juga menjadi senjata utama kemenangan Pakatan Rakyat. Tanpa maklumat ini, memudahkan Bn memonopoli pemikiran rakyat melalui media perdana. Taktik menghantar samseng ke tapak ceramah tidak memberi kesan mengurangkan kadar kehadiran orang ramai. Apakah letupan bom ini satu taktik baru? Mengimbau kembali pilihanraya kecil Permatang Pauh, menyaksikan kononnya bom dijumpai dalam bilik gerakan Bn. Ketika itu terdapat cubaan untuk mengaitkan PR dengan keganasan bagi tujuan meraih simpati. Turut diimbau ialah bagaimana wujud letupan bom bagi merencatkan pesta sambutan rakyat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim tempohari. Justeru itu, saya tidak menolak kemungkinan letupan bom yang berlaku di N.Tebal adalah rekayasa untuk mengganggu mood rakyat. Lagipun, ini kemahiran 'mereka'. Saya mengajak semua rakyat khususnya di Parlimen N.Tebal dan juga DUN Sg Acheh agar tenang dan tidak lari dari tumpuan menilai tawaran manifesto yang dibentang serta kredebiliti calon yang bertanding untuk membuat pilihan. Saya seru untuk semua agen perubahan terus istiqomah dengan peranan masing-masing kerana kemenangan itu sudah berada di depan, maka teruslah melangkah dengan berani. Saya yakin PRU akan berlangsung dengan aman, malah peralihan kuasa juga akan berlaku dalam keadaan baik seperti yang dijanjikan. che'GuBard Calon Pakatan Rakyat Parti Keadilan Rakyat | |||||
Lagi bekas pegawai tentera sertai PAS Posted: 25 Apr 2013 04:23 AM PDT Jumlah pasukan beruniform amat penting bagi Pajatan Rakyat (PR) untuk berkuasa di peringkat Pusat dan pakatan itu juga sedang merekrut lebih ramai pesara tentera dan polis untuk menidakkan kemenangan Barisan Nasional. "Melihat kepada situasi politik sekarang, ada keperluan untuk berubah dan ia mesti datang daripada diri sendiri, keluarga dan rakan. "Saya tidak pernah aktif berpolitik..," kata Said Ismail, yang merupakan pesara Leftenan Jeneral dan merupakan bekas Naib Canselor UPNM di Ibu Pejabat PAS di sini. Ismail berkata keputusannya itu adalah untuk membantu PR memujuk lebih ramai pengundi tentera menolak kerakaan yang gagal menjaga kebajikan anggota tentera. Kebanyakan pesara tentera yang bersama PR mendakwa anggota berpabgkat rendah hidup dalam keadaan "dhaif", dan berjuang dengan gaji yang sedikit dan kehidupan yang miskin. | |||||
Zahid sahkan 35 pengganas Sulu ditembak mati oleh tentera laut Filipina Posted: 25 Apr 2013 04:21 AM PDT TERKINI Sementara itu di Lahad Datu, Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata Esscom telah dimaklum mengenai kejadian itu dan sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan."Meskipun kejadian ini berlaku di luar kawasan perairan kita namun matlamat kumpulan pengganas itu adalah untuk memasuki Sabah, dan mengadakan pencerobohan serta kekacauan menjelang pilihan raya umum ke 13. "Dalam apa juga keadaannya, kita tetap bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan kawalan keselamatan telah dipertingkat," katanya kepada Bernama. Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas tindakan Pasukan Keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas itu, yang disifatkannya sebagai langkah wajar dalam memastikan pengganas dari negara itu tidak menyeludup masuk ke Malaysia. Katanya, pasukan keselamatan Filipina telah memberikan kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia dalam usaha mengekang kegiatan pengganas. -- BERNAMAGEORGE TOWN, 25 April — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan laporan akhbar bahawa 35 orang pengganas Sulu ditembak mati oleh Tentera Laut Filipina di Pulau Sibutu, Filipina pada Sabtu lepas, yang merupakan hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Berdasarkan siasatan dan maklumat risikan, kumpulan pengganas itu berhasrat untuk memasuki Sabah, dan mengadakan pencerobohan dan kekacauan menjelang PRU13 ini, katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Filipina khususnya Tentera Laut Filipina dan Pengawal Pantai Filipina yang telah memberi kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia, khususnya ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pasukan Keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram, yang diketuai pemimpin kanannya Kalling Amirul, dalam pertempuran sengit di Pulau Sibutu, Filipina pada Sabtu lepas, ketika kumpulan itu merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi merencatkan proses PRU13. Dalam pertempuran itu, dua anggota keselamatan Filipina terbunuh, dan pasukan keselamatan Filipina juga telah merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand. Beliau juga memberi jaminan keselamatan pengundi di seluruh Malaysia, khususnya yang berada di Sabah, terjamin dan mereka boleh menjalankan hak mereka dengan selamat pada 5 Mei ini. Menyentuh mengenai kejadian letupan di Nibong Tebal pada Rabu lepas, Ahmad Zahid berkata yang bertanggungjawab terhadap tindakan itu jangan melampaui batas, dan jangan cuba membawa "Arab Spring" ke Malaysia kerana Malaysia mempunyai acuan politiknya yang tersendiri. "Kita tidak mahu diugut dengan bom, kita tidak mahu demokrasi diganggu-gugat. Kalau mahu kerajaan yang dipilih rakyat secara bersih, lakukan kempen dengan cara bersih. Jangan takut-takutkan calon lawan apabila sokongan rakyat beralih kepada kerajaan yang lebih kuat," katanya. Pada Selasa lepas, ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal dicemari insiden letupan yang berlaku di belakang pentas bilik gerakan parti itu semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah. Kejadian kira-kira 10.15 malam itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan.— Bernama | |||||
Posted: 25 Apr 2013 04:16 AM PDT Apakah letupan bom ini merupakan satu taktik baru?, soal Chegu Bard. PETALING JAYA: Taktik menakut-nakutkan rakyat dengan menghantar 'samseng' untuk mengganggu perjalanan ceramah Pakatan Rakyat gagal mengurangkan jumlah kehadiran orang ramai. "Apakah letupan bom ini merupakan satu taktik baru?, soal Badrul Hisham Shaharin, calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Pulau Pinang dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau berkata demikian bagi merujuk satu kejadian letupan bom di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN), Nibong Tebal kelmarin. Menurutnya, kejadian ini bukanlah kali pertama dengan mengimbau kembali semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh di mana kononnya bom dijumpai dalam Bilik Gerakan BN. "Ketika itu sudah ada percubaan untuk mengaitkan Pakatan Rakyat dengan keganasan bagi tujuan meraih simpati," ujar beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bard. Katanya, begitu juga dengan kejadian letupan bom di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur ketika rakyat dan penyokong keluar beramai-ramai untuk memberi sokongan moral kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Justeru itu, saya tidak menolak kemungkinan letupan bom yang berlaku di Nibong Tebal adalah rekayasa untuk mengganggu mood rakyat. Lagipun, ini kemahiran 'mereka', kata Chegu Bard namun beliau tidak pula menyebut siapa 'mereka' itu. Sementara itu, PAS memberikan tempoh 48 jam kepada Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow supaya meminta maaf kerana mengaitkan Pakatan Rakyat dengan insiden letupan bom itu. Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Teng itu merupakan satu fitnah jahat dan berbaur hasutan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin tertinggi BN negeri. "Fitnah yang dibuat Teng adalah jelas untuk memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat dan merupakan strategi publisiti murahan untuk meraih undi kepada BN," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini. | |||||
Mahfuz: Ada cubaan ‘seludup’ pengundi hantu Posted: 25 Apr 2013 04:13 AM PDT Rombongan (pengundi hantu) akan dibawa masuk ke Semenanjung menggunakan pesawat disewa khas sehari sebelum hari mengundi. KUALA LUMPUR: PAS mendakwa wujud cubaan pihak tertentu untuk membawa masuk pengundi hantu daripada Sabah dan Sarawak ke Semenanjung semasa hari mengundi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 pada 5 Mei nanti. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa, rombongan tersebut akan dibawa masuk ke Semenanjung menggunakan pesawat yang disewa khas sehari sebelum hari mengundi. "Kami menerima laporan mengenai pergerakan luar biasa sekumpulan rombongan dipercayai pengundi dari Sabah dan Sarawak yang akan memasuki Semenanjung bermula hari ini hingga 4 Mei menggunakan pesawat yang disewa khas. "Tujuan kenapa rombongan ini dibuat masih dalam siasatan kami. Kami juga sedang mengumpulkan maklumat jadual perjalanan mereka," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini. Sehubungan itu, Mahfuz memberi amaran kepada warganegara asing yang diberi kad pengenalan tidak mengikut undang-undang yang sepatutnya dan kemudian didaftarkan sebagai pengundi supaya tidak mengundi dalam PRU kali ini. "Kami mahu supaya masa depan Malaysia ditentukan sendiri oleh rakyatnya," katanya. Kerjasama Sementara itu, Mahfuz meminta kerjasama polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menghalang sebarang ceramah atau aktiviti kempen calon PRU13. Ini ekoran beberapa insiden sebelum ini apabila calon diminta mengisi borang seolah-olah ingin memohon permit untuk berkumpul. Beliau berkata, mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 setiap aktiviti yang ingin diadakan perlu mengemukakan notis 10 hari lebih awal sebelum tarikh perhimpunan. Namun untuk kes kempen pilihan raya katanya, calon tidak perlu berbuat demikian sebaliknya hanya perlu memaklumkan tarikh perhimpunan kepada polis. "Saya pun tidak tahu polis pakai Seksyen 27 Akta Polis bila berurusan sedangkan seksyen ini sudah dibatalkan dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman. "Saya fikir ini perkara yang menyulitkan kita sedangkan undang-undang itu dipinda untuk memudahkan urusan," katanya. Sebelum ini, kejadian sama turut dihadapi oleh calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang tidak dibenarkan berucap ketika menganjurkan program kempen Santai Anak Muda bersama penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus di Desa Pandan di sini malam kelmarin. | |||||
Kajian UM menunjukkan pengundi cenderung ke manifesto Pakatan Posted: 25 Apr 2013 04:08 AM PDT Kajian tersebut melibatkan 1,407 responden terdiri daripada Melayu, Cina dan India, dimana ianya tertumpu di seluruh semenanjung Malaysia yang dilakukan semasa tempoh pembubaran Dewan Rakyat dari 3 April hingga hari penamaan calon pada 20 April baru-baru ini. Daripada kajian tersebut, sebanyak 42 peratus responden berkata manifesto PR lebih memenuhi harapan rakyat berbanding Barisan Nasional (BN) 36 peratus dan 22 peratus lagi masih tidak pasti. "Orang ramai lebih menerima manifesto Pakatan berbanding BN. "Ia menunjukkan penerimaan umum yang jelas daripada kajian terkini yang kami lakukan ini," kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM, Prof Datuk Mohammad Redzuan Othman dalam sidang media di sini hari ini. | |||||
Wanita Umno hilang dari belakang tabir dalam PRU13 Posted: 25 Apr 2013 04:06 AM PDT Mereka ini adalah pekerja parti yang bekerja diam-diam tanpa sebarang kontroversi, ini sebelum ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpalit dengan dakwaan salah guna dana awam bersama keluarganya dan terbaru timbalan Datuk Kamilia Ibrahim dipecat parti selepas bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya 5 Mei depan. "Walau apa pun peluang Kamilia (peluangnya tidak kelihatan baik buat saya), pergelutan yang berlaku menunjukkan berlaku kurang perundingan antara Wanita Umno dan orang dalam Umno yang membuat keputusan," kata pengkaji Flinders University, Dahlia Martin kepada The Malaysian Insider. "Terdapat janji kosong dengan cadangan lebih banyak wanita dalam politik, tetapi tiada langkah yang berani diambil. Ia menggambarkan seperti apa yang saya tulis dahulu (sebelum ini), wanita boleh didekati sebagai pengundi tetapi tidak boleh membuat kata putus. Kuota perlu dibesarkan, Wanita PBB memberikan sokongan," tambahnya. Umno berkata mereka telah menawarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)Bukit Chandan di Perak kepada Kamilia pada malam penamaan calon Sabtu lalu, tetapi beliau sebaliknya membuat kejuta kepada Umno dan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar. "Bergantung kepada siapa anda percaya, sama ada ia dilihat baik atau tidak hubungan antara Wanita Umno dan Majlis Tertinggi," kata Dahlia. Wanita Umno suatu ketika dahulu terkenal dengan pelapis dan banyak menghasilkan pemimpin wanita hebat seperti arwah Tan Sri Aishah Ghani yang berkarisma dan sangat tajam pemikirannya, Tan Sri Rafidah Aziz yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Napsiah Omar serta ramai lagi. Sudah semestinya, pemimpin-pemimpin pernah berlawan antara satu sama lain dan membuat pakatan antara mereka tetapi sayap parti tersebut masih tetap bersatu untuk bekerja bagi memastikan kemenangan parti pada setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Tetapi tidak pernah dalam sejarah parti ada pemimpin meninggalkan parti untuk bertanding sebagai calon bebas, kata pemerhati. "Persoalannya, adakah Kamilia itu benar-benar calon 'bebas' ataupun sekadar membalas dendam kepada partinya. Jika ya, kepentingan pengundi telah diabaikan. Jika dia benar-benar calon 'bebas', kita pasti sudah mendengar tentangnya sebelum penamaan calon lagi," kata pemerhati politik dan penulis Juana Jaafar. Bahkan, Kamilia sendiri berhadapan kesukaran untuk menerangkan punca beliau mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas menentang partinya sendiri. "Langkah yang diambil oleh BN untuk meminggirkan saya dan wanita lain dalam mengejutkan saya. Saya kecewa kerana tiada pengiktirafan yang betul dalam Wanita Umno," kata beliau dipetik dari akhbar bahasa Melayu Sinar Harian. Untuk rekod, BN berkata bahawa 11 peratus daripada calon-calon pada Pilihan Raya 2013 adalah wanita walaupun kebanyakan pemimpin tertinggi wanita tidak bertanding. Terdapat 168 calon wanita bertanding pada pilihan raya 5 Mei ini, peningkatan 40 peratus berbanding dengan 120 yang bertanding pada tahun 2008 lalu. "Sayap wanita, Jentera Jalinan Rakyat (JR) bekerja di semua peringkat dengan komitmen sepenuhnya. Walaupun cabaran dihadapi, dan tidak semua orang menjadi calon, mereka setia kepada parti, bersabar dan tidak mementingkan diri sendiri,"kata Shahrizat ketika mengulas keputusan Kamilia itu pada hujung minggu lalu. Walau bagaimanapun, Shahrizat tidak memandang ringan insiden berlaku melibatkan Kamilia tersebut, Shahrizat telah berusaha mengerah ahli-ahlinya berkempen untuk BN di Kuala Kangsar bagi mengalahkan timbalannya dan juga turut membantu Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk merayu undi pada esok. | |||||
Pembunuhan Bukit Gasing membangkitkan jenayah sebagai isu pilihan raya, kata penganalisis Posted: 25 Apr 2013 04:03 AM PDT Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus tetapi ramai pengundi wanita yang berjumlah separuh daripada keseluruhan pengundi - telah menzahirkan kebimbangan selepas pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing. "Mereka benar-benar marah kerana walaupun membayar cukai, mereka tidak mendapat perkhidmatan," kata penganalisis politik James Chin kepada The Malaysian Insider hari ini, merujuk kepada pengundi kelas menengah di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. "Mereka boleh lihat polis tidak bergerak. Anda selalu dengar tentang jenayah. Bila anda pergi buat laporan polis, mereka tidak berminat. Itu cerita yang selalu kita dengar," tambah pensyarah Universiti Monash Sunway itu lagi. Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah. Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam. "Pembunuhan Irene - apakah hanya persepsi?" soal beliau. "Jenayah meningkat tetapi mereka katakan ianya tidak berlaku. Apakah mereka tidak mengubah angka? Saya telah membuktikan statistik yang diberikan mereka adalah mengarut," tambah Sanjeevan. MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011. Pihak polis walau bagaimanapun menafikan melakukan memanipulasi angka jenayah negara. Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata orang ramai "sangat terkejut" dengan pembunuhan di Bukit Gasing. "Rakyat Malaysia semakin meningkat, terutamanya di kawasan bandar, telah merasakan tidak selamat. Kami bimbang dengan keselamatan anak kami apabila mereka keluar," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider. "Kamu tidak boleh hanya mengatakan kepada anak kamu, hanya berjaga-jaga pada waktu malam. Kamu harus berjaga-jaga sepanjang hari... Saya tidak ragu-ragu jenayah adalah faktor," katanya sambil turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ong. Pembunuhan Ong berlaku selepas beberapa rompakan bersenjata terhadap wanita di pelbagai pusat membeli-belah di Lembah Klang tahun lepas, serta kematian kanak-kanak berumur enam tahun William Yau selepas hilang di Putra Heights Januari lepas. Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Tan Sri Dr Ramon Navaratnam berkata hari ini pengundi bandar akan merasa "geram, ditipu dan marah" jika mereka melihat peningkatan mendadak dalam jenayah, walaupun polis mengeluarkan statistik yang menunjukkan sebaliknya. "Orang ramai akan berasa kecewa kerana mereka umpama menambah garam kepada luka. Seseorang yang cedera dan terbunuh dan statistik dikeluarkan untuk menunjukkan segala-galanya adalah baik, "kata Navaratnam. "Ini secara langsung memberi kesan kepada kebajikan mereka, secara langsung memberi kesan kepada perasaan kesejahteraan mereka, rasa selamat, dan sebagainya ia pasti mempunyai kesan yang sangat kuat, "katanya. Navaratnam menggesa kerajaan mengambil syarikat antarabangsa atau syarikat perakaunan tempatan yang mempunyai reputasi untuk mengeluarkan laporan yang bebas bagi statistik jenayah negara. "Adalah sangat penting kerajaan memenangi keyakinan rakyat dengan mendedahkan sepenuhnya kualiti statistik insiden jenayah mereka. Masih terdapat persepsi yang buruk mengenai ketulenan indeks, "katanya. Kumpulan Marathon Wanita Malaysia akan menganjurkan larian di Bukit Gasing Sabtu ini untuk menunut Malaysia yang lebih selamat dan menamatkan keganasan terhadap wanita. Citizen group Safer Malaysia juga menganjurkan satu forum di Auditorium Majlis Peguam di sini pada Sabtu mengenai isu-isu jenayah, diikuti oleh perhimpunan nyalaan lilin bagi Ong. | |||||
Ahmad Said Tertekan Lalu Melafazkan Sumpah Laknat Posted: 25 Apr 2013 03:53 AM PDT Editor buletin"Bismillahirrahmanirrahim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi…Saya tidak terlibat melakukan rasuah dalam pemberian (skandal) balak," ujarnya pada Majlis Menandatangani Ikrar Intergriti Korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, pada Isnin 22 April. Sumpah tersebut merupakan kali ketiga pernah dibuat oleh beliau selama tempoh menjadi Menteri Besar Terengganu dalam beberapa isu 'panas' yang melibatkan kepimpinannya satu penggal. [Gambar - Ahmad Said mengkhianati sumpah jawatannya sebagai Menteri Besar kerana tidak berlaku adil] Pertama, semasa dituduh terlibat dalam isu pakaian sekolah dan kedua beliau bersumpah menghubungi Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pualau Pinang) dalam isu tempat parkir kereta bertingkat semasa sidiag Dewan Undangan negeri (Dun) Terengganu. "Terbaru ini, saya dituduh terlibat dengan skandal balak. Sebab itu hari ini, di hadapan tuan-tuan (hadirin) biarlah saya bersumpah," ujarnya. Malah katanya, beliau turut bercadang membawa al-Quran semasa berkempen PRU supaya apabila ada ceramah yang menuduhnya, beliau tidak teragak-agak untuk naik ke pentas pembangkang. "Kalau saya dengar mereka (Pakatan Rakyat) berceramah ada selitkan isu saya terlibat skandal balak, saya akan suruh mereka bersumpah dan saya akan bersumpah sekali. "Ini merupakan kali ketiga saya bersumpah. Pertama, semasa isu pakaian sekolah. Kedua, isu tempat letak kereta bertingkat dan kali ketiga, hari ini isu skandal balak," jelasnya. Pada 28 Februari lalu, PAS bersama beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Terengganu membuat satu laporan dan penyerahan dokumen skandal balak kerajaan BN kepada SPRM negeri Terengganu. Satu sumber memaklumkan, tindakan ke atas suspek kes tersebut 'terpaksa' ditangguhkan sehingga selesai pilihan raya 5 Mei nanti. Selain isu balak, Umno dan BN menerima tekanan sejak hari pertama kempen selepas penamaan calon apabila satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) ditandingi oleh calon Bebas yang sebenarnya di kalangan ahli Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Ahmad Said. Pemilihan calon-calon bagi mewakili BN dalam PRU-13 mencetuskan pelbagai reaksi dikalangan ahli dan pemimpin Umno pertengahan. Walau pun Ahmad said dilaporkan sukacita, kerana tidak ada bekas-bekas wakil rakyat Umno yang bertanding sebagai calon bebas, namun tidak dapat memadamkan 'bantahan' dari kalangan petugas Umno. Kerana mahu mereka yang dekat (kroni) dengan beliau menjadi wakil rakyat, Ahmad Said berkeras dan tidak mempedulikan teguran dari bawah. Cakap-cakap kedengaran, Umno-BN telah melantik mereka yang sudah 'expired' dan terlibat dengan masalah moral, termasuk penyalahgunaan dadah. | |||||
PAS Ada 8 Calon Untuk Orang Muda, BN Terengganu Ada Berapa? Posted: 25 Apr 2013 03:51 AM PDT Mohd TishaahMenurut Calon PAS N.29 Dun Kemasik Ustaz Alias Abdul Hamid, fakta dan angka jumlah pengundi menunjukkan golongan muda berumur 40 tahun kebawah merangkumi 42% dari 13 juta lebih pengundi yang akan menentukan hala tuju politik negara. Oleh itu katanya, PAS amat menghargai orang muda ini dan telah meletakkan seramai 6 orang calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 2 orang calon untuk kerusi parlimen. "PAS Negeri Terengganu menawarkan kepada orang muda Terengganu seramai 6 orang calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 2 orang calon untuk kerusi parlimen, "semua mereka ini berumur 40 tahun kebawah dan jika orang muda memilih mereka ini sebagai wakil mereka, sudah tentulah mereka ini akan memperjuangan hasrat, kehendak dan cita rasa orang muda itu sendiri,"katanya. Sebaliknya kata beliau, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu jelas sebenarnya tidak peduli kepada masa depan orang-orang kerana pemimpin muda tidak dipilih menjadi calon bagi mewakili kepentingan golonga tersebut. Katanya, kepimpinan Pemuda Umno-BN Terengganu hanya layak menjadi tukang sorak, juru kempen, pemasang poster calon dan menaikkan bendera sahaja. "saya nak tanya berapa orang di kalangan pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu dijadikan calon PRU Ke 13 ini........? adakah Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu dipilih menjadi calon......... atau sekadar menjadi juru kempen, pemasang poster calon dan menaikkan bendera sahaja?."tanya beliau. Sehubungan itu, tidak hairanlah, kata beliau, sewaktu calon – calon pemuda PAS Terengganu sibuk berkempen bagi menentukan masa depan negeri Terengganu, pemuda Umno hanya menjadi tukang 'repot sahaja. "Calon-calon PAS bercakap (soal) mengenai agenda pembangunan dan hala tuju orang muda, barisan Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu sibuk ke balai polis membuat laporan polis berkenaan isu pil kuda, "inikah standard Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu ?," soalnya lagi. Ustaz Alias yang juga Pengarah PAS DUN Kemasik berkata, antara calon golongan muda PAS yang bertading pada PRU-13 nanti adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang akan bertanding di DUN Bukit Payong, Timbalan Ketua di Parlimen Hulu Terengganu, Naib Ketua di DUN Teluk Pasu, Pengarah PASTI Terengganu di DUN Pengkalan Berangan. Manakala katanya, Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman bertanding di DUN Tepoh, Ustaz Raqzi Alias di DUN Ajil, Ustaz Helmi Harun di DUN Manir manakala seorang lepasan doktor falsafah, Ustaz Khairuddin Aman al Takiri di Parlimen Kuala Nerus. Justeru itu, beliau menyeru orang muda gunakan peluang PRU Ke-13 dengan mengundi PAS untuk menghantar wakil mereka dari kalangan orng muda samada di DUN Terengganu atau Parlimen Malaysia. | |||||
Bekas Naib Canselor pula sertai PAS Posted: 25 Apr 2013 12:10 AM PDT
(Bekas Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion [dua dari kanan] mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS) KUALA LUMPUR: Seorang lagi tokoh masyarakat mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS hari ini sebagai penyataan sokongan kepada Pakatan Rakyat menuju Putrajaya. Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail bin Samion, adalah bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNN) menyerahkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Turut serta di majlis yang diadakan di Pusat Media PAS itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Mahfuz ketika mengalu-alukan kemasukan Ismail, berkata lonjakan ini akan memberi ruang kepada mana-mana bekas tentera untuk tampil berani bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat. (Datuk Ismail menyerahkan borang kepada Datuk Mustafa hari ini) "Bukan sahaja bekas tentera, malah anggota tentera yang masih berkhidmat pun perlu bersama-sama berani membuat perubahan. Sehubungan itu, saya menyeru yang lain, khususnya TUDM untuk menjejaki langkah Datuk Ismail ini," kata beliau kepada wartawan. Mustafa pula menyifatkan kemasukan Ismail itu merupakan satu gambaran kesedaran yang menyeluruh di kalangan rakyat yang mahukan perubahan. "Saya melihat kemasukan daripada kalangan bekas pegawai kerajaan, sama ada tentera ataupun sivil, ia satu gambaran kesedaran yang menyeluruh untuk membuat perubahan," kata beliau. Beliau juga berharap dengan kemasukan Ismail ini akan memperkemaskan lagi jentera kempen Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah. Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah pada 23 Nov 1951, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion (TUDM) merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980. Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan). Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001. Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan, pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama. Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA. Selain daripada itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting lain di dalam berbagai sektor industri dan kejuruteraan Malaysia. Beliau juga sangat aktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti Industri Pembinaan dalam sebagai seorang penilai panel (2005 hingga 2010). Beliau juga merupakan salah seorang daripada perintis bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam menilai dan mencadangkan penerima anugerah The CEO of the Year dan The Prominent Award. Beliau pernah mewakili Institusi Jurutera (IEM) di dalam Lembaga Panel Tatatertib, Peguambela & Peguamcara (2010 hingga 2012) dan juga sebagai ahli PEMUDAH Selangor (2010 hingga 2012). Mempunyai seorang isteri, Datin Khalijah Hashim dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Ayah beliau, Samion bin Mohamad, adalah salah seorang bekas anggota tentera yang terkorban ketika Kedah diserang komunis pada tahun 1954. Ibu beliau bernama Aminah bt Ishak. Penyertaannya ke dalam PAS hari ini melambangkan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dengan dengan baik dan mendapat sokongan dari teknokrat negara. | |||||
Rafizi goreng pisang untuk fahami masalah rakyat Posted: 24 Apr 2013 11:59 PM PDT Oleh Arif Juhani PANDAN : Menjamu para penyokong dengan pisang yang digoreng sendiri merupakan pendekatan yang diambil oleh calon KEADILAN Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk memahami kesusahan rakyat terutamanya penjaja kecil. Beliau berkata, walaupun pada awalnya ada yang menganggap pendekatan itu sebagai 'gila' dan remeh tetapi akhirnya ramai yang memahami matlamat itu. "Mula-mula dahulu, bila saya beritahu kepada jentera yang saya nak berkempen dengan goreng pisang tepi jalan. Waktu itu semua orang gelak kerana rasa itu kerja gila sebab kita nak jadi ahli parlimen bukan jadi penjaja. "Itulah yang silapnya, kalau nak jadi wakil rakyat mesti fahami derita rakyat, apa yang penjaja lalui setiap hari, macam mana susahnya nak dapatkan RM1. Kena tahu harga pisang sesikat berapa, harga tepung, minyak dan gas. "Supaya bila rakyat mengadu harga barang mahal, kita boleh faham," ujarnya pada ceramah kelompok di Kampung Pandan Dalam, malam semalam. Rafizi turut menempelak kerajaan Umno BN yang menaikkan harga barang sehingga membebankan rakyat tetapi menggunakan alasan kononnya untuk mendidik rakyat. "Najib kata harga gula terpaksa dinaikkan sebab nak jauhkan rakyat daripada kencing manis. "Tapi saya nak ingatkan Najib supaya nasihatkan dahulu Rosmah sebab nampaknya dia ada potensi dapat kencing manis," katanya yang disambut gelak tawa para hadirin. Turut hadir, Ketua Cabang Parit Sulong, Hasmi Hashim atau dikenali sebagai Buddhi Hekayat. | |||||
Hadi: Pas tidak paksa DAP terima hudud Posted: 24 Apr 2013 11:56 PM PDT SINAR HARIAN SETIU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak akan memaksa DAP, rakannya dalam pakatan pembangkang, untuk menerima pelaksanaan hukum hudud. Semasa berceramah di Kampung Batu Rakit dekat sini malam tadi, Abdul Hadi memberi hujahnya berdasarkan sebaris ayat Al-Quran yang bermaksud 'tiada paksaan dalam agama'. "Dalam perkara yang bersama, kita bersatu. Dalam perkara yang berbeza kita tidak berkelahi. Timbul masalah Pas melaksanakan hukum hudud, DAP tidak setuju tetapi tidak menentang. "Ini suatu perbezaan yang kita kena faham. Kalau kita tidak boleh paksa dalam perkara agama, maka undang-undang lebih lagi tak boleh paksa. Ini dasar yang kita amalkan," katanya. Abdul Hadi berkata masyarakat bukan Islam kini mula buka mata dengan menerima pucuk pimpinan utama negara dengan syarat pentingnya ialah beragama Islam. Katanya parti itu mensasarkan kemenangan terlebih dahulu bersama sekutunya PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan kemudian barulah akan melaksanakan aspirasi Pas secara berperingkat. "Kita nak menangkan dulu pakatan rakyat ini, biar rakyat pilih kita dulu. Nak tunaikan amanah buku jingga negara berkebajikan yang sama dengan Pas. "Jangan bimbang kalau pakatan rakyat menang, perdana menteri (tetap) orang Islam. Kalau orang takut saya jadi PM tak apa, saya (turun) ke laut pun tak apa. Saya (boleh) jadi wakil rakyat pantau PM sama ada dia buat betul ke tidak," kata Abdul Hadi. - Bernama | |||||
Kereta aktivis KEADILAN Semenyih terbakar dipercayai angkara sabotaj Posted: 24 Apr 2013 11:49 PM PDT Oleh Sidiqin Omar SEMENYIH : Kereta Wan Zahari Majid, Ketua Biro Publisiti KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, hangus terbakar dipercayai akibat sabotaj pihak tertentu semasa hari penamaan calon 20 April lalu. Kereta Volvo 740 GLE miliknya itu diletakkan di belakang Bilik Gerakan Utama Pakatan Rakyat pekan Semenyih kira-kira jam 8.30 pagi tersebut sebelum beliau mengiringi calon Pakatan Rakyat di SJK (C) Yu Hwa, Kajang. "Lebih kurang jam 10.30 pagi, (saya) terima panggilan dari pemilik bangunan, Encik Gan menyatakan kereta terbakar. Selepas daripada itu (saya) bergegas balik dan didapati kereta sudah hangus," katanya kepada Keadilan Daily. Sepasukan bomba dari Balai Bomba Bangi datang untuk memadamkan api. Namun, bahagian hadapan kereta yang terbakar rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi. Justeru, satu laporan polis dibuat di IPD Semenyih sejurus selepas kejadian, kira-kira jam 11.47 pagi. "Di masa kejadian, bilik gerakan itu tidak berpenghuni kerana kesemuanya mengikuti proses penamaan calon," kata Wan Zahari dalam kenyataan. "Ada saksi yang menyatakan ini angkara perbuatan samseng-samseng Umno," kata Wan Zahari berdasarkan laporan diterimanya mengenai sabotaj terhadap kain-kain rentang Pakatan Rakyat di kawasan mereka sebelum ini. | |||||
Siaran langsung ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Segamat Posted: 24 Apr 2013 11:39 PM PDT KEADILAN DAILY SEGAMAT - Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung 'Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat' dari Kampong Abdullah, Segamat, Johor melalui rangkaian internet. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptamanya sempena jelajah Pakatan Harapan Rakyat peringkat Johor malam ini. Turut hadir Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Naib Presiden KEADILAN Tian Chua selain calon-calon KEADILAN dari kawasan Dewan Undangan negeri dalam parlimen Segamat dan Sekijang. Untuk tonton, sila KLIK INI | |||||
Pengundi Melaka tolak politik perkauman Umno BN – Ginnie Lim Posted: 24 Apr 2013 11:37 PM PDT Aedi Asri MELAKA Peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat menunjukkan pengundi Melaka kian matang dalam politik dan tidak lagi terbelenggu dengan taktik lapuk Umno BN, kata Ginie Lim. Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap itu berkata, pengundi kini mengetahui hak mereka sebagai rakyat dan tidak lagi tunduk kepada ugutan mana-mana parti. "Kata seorang pengundi: Kalau menang, jangan lupa kami, mesti jumpa kami. Ertinya, jika Pakatan tak buat kerja dan sama macam Umno BN, Pakatan juga akan ditolak. "Satu tepukan kepada pengundi kita yang pandai dan saya yakin semua pengundi juga pandai," katanya ketika berucap di Felda Hutan Percha, Machap 23 April lalu. Ginnie berkata, kemenangan Pakatan pada PRU 13 akan menamatkan politik perkauman dan wang, yang selama ini menjadi modal Umno BN mengekal kuasa. "Jika Pakatan menang, maknanya rakyat tolak politik perkauman. Permainan Umno BN sudah tidak laku. Ia juga menunjukkan rakyat tolak politik wang," katanya. (FZL) | |||||
90 daripada 100 pengundi Lumut sokong Pakatan – Calon KEADILAN Posted: 24 Apr 2013 11:35 PM PDT Oleh Arif Juhani LUMUT : Calon KEADILAN Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid berkata, seramai 90 daripada 100 pengundi yang ditemui menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum nanti. Beliau berkata, hasil terbaru ini diperoleh selepas jentera KEADILAN menjalankan kempen bertemu penduduk setempat di beberapa lokasi tumpuan ramai. "Alhamdulillah, respon yang diterima sangat memuaskan selepas kita bertemu pengundi dari rumah ke rumah, masuk ke kedai dan restoran. Namun gerak kerja masih perlu diteruskan sehingga hari pengundian," ujar mantan Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut itu kepada Keadilan Daily. Tambahnya, ceramah kelompok pada setiap malam juga menunjukkan kehadiran yang memuaskan antara sekitar 100 sehingga 200 orang. "Ceramah kelompok ini lebih penting kerana hadirin memang orang tempatan dan isu yang kita banyak tekankan pula berkisar masalah setempat," katanya. Dalam masa sama, beliau turut menyatakan kekesalannya terhadap sikap BN yang terus menggunakan bangunan kerajaan seperti pangkalan Lumut untuk berkempen. "Sebelum ini, (Tun Dr) Mahathir Mohamad masuk ke sana untuk beri ucapan kepada pegawai tentera laut. "Kemudian, Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, mantan Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah juga diberi keizinan masuk ke sana kerana menggunakan nama NGO. "Saya anggap ini tindakan yang menyalahgunakan jentera kerajaan untuk berkempen bagi parti politik," kata Imran. | |||||
Kaum India takkan mudah maafkan Zul Nordin Posted: 24 Apr 2013 11:33 PM PDT Oleh Ruqayya Rahman KUALA LUMPUR : Kaum India tidak akan semudah itu melupakan dan memaafkan penghinaan Zulkifli Nordin terhadap mereka, tegas calon KEADILAN Subang, Sivarasa Rasiah. "Kaum India akan bangkit, bukan hanya India dalam KEADILAN dan DAP. Saya yakin India MIC juga benci dengan tindakan Zulkifli, mereka akan manifestasikan kemarahan itu ketika hari mengundi," katanya. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meminta rakyat melupakan tindakan Zulkifli walaupun selepas mendapat bantahan dari ahli parti komponen mereka sendiri. "Pencalonan Zulkifli adalah penghinaan buat kaum India, ia bukan sekadar isu melupa dan memaafkan, ia adalah isu kredibiliti calon yang dipilih dan sensitiviti Najib memilih calon. "Bagaimana Najib sanggup memilih calon yang menghina satu kaum untuk menjaga hak semua kaum. Dia (Zulkifli) dah hina kaum India, apa jaminan dia akan berlaku adil pada kami?" katanya. Sivarasa turut menyifatkan Zulkifli sebagai calon yang tidak tahu malu kerana terpaksa berlindung di belakang Perdana Menteri selepas melakukan kesalahan. | |||||
Alamat tempat mengundi ditukar tanpa pengetahuan pengundi? Posted: 24 Apr 2013 11:31 PM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mendedahkan kes pertukaran alamat tempat mengundi tanpa pengetahuan pengundi. Katanya, walaupun hanya tinggal 10 hari lagi untuk mengundi, SPR sebagai badan bertanggungjawab harus memberikan perhatian berhubung perkara tersebut. "Masalah maklumat ditukar tanpa pengetahuan pengundi masih perlu diberi perhatian. Perkara ini mengganggu pengundi, juga turut mempengaruhi proses pilihan raya demokrasi. "SPR perlu menyiasat kes-kes tersebut, bukan biarkan begitu sahaja. Terdapat banyak masalah maklumat pengundi ditukar tanpa pengetahuan pengundi sendiri, terutama kawasan mengundi ditukar dan didaftar menjadi pengundi pos. "Masalah sebegini menyusahkan pengundi, sebab mereka mungkin tidak ada masa buat persediaan untuk mengundi pada hari mengundi," kata Tian pada kenyataan, sambil menuntut penjelasan SPR berhubung isu ini. Beliau berkata, berdasarkan aduan rakyat mengenai pertukaran tempat mengundi, beliau tidak menolak sekiranya taktik itu diguna untuk mengurangkan kadar pengundi di tempat yang dikhuatiri BN akan kalah. "Seorang penduduk berasal dari Johor, kini tinggal di Puchong, Selangor memberitahu, tiga orang kawan dan seorang rakan kerjanya masing-masing menghadapi masalah alamat mengundi ditukar tanpa pengetahuan mereka. "Saya percaya, ada pihak tertentu merancang mengurangkan kadar undi Cina. Tiga orang kawan saya terima surat dari BN, menyeru mereka balik kampung mengundi (seorang balik Johor Bharu, dua orang balik Seremban). "Mereka hairan sebab mereka sudah tukar alamat mengundi, malah telahpun mengundi di kawasan Puchong pada pilihan raya yang lepas," ujar Tian yang mempertahankan kerusi Parlimen Batu pada pilihan raya kali ini. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan