Anak Sungai Derhaka |
- Katak dah mula berbunyi merayu nak cari makan...
- Muhyiddin kata Pakatan yang ciplak Manifesto BN..
- Gara-gara ketandusan Pemidato.. UMNO tampilkan Pemuda Mabuk untuk beri ucapan dalam ceramah mereka.. (Video Inside)
- Dalam Video ini.. Bekas Pegawai Khas Mahathir mengaku bertanggungjawab terhadap Fitnah Liwat 1.. Saksikan!!
- Najib kata Manifesto BN itu idea dia sendiri.. bukannya diciplak..
Katak dah mula berbunyi merayu nak cari makan... Posted: 09 Apr 2013 08:13 AM PDT Bak kata pepatah.. habis madu sepah dibuang.. itulah nasib seorang Ahli Parlimen Bebas yang dulunya merupakan Ahli Parlimen dari PKR, Gobalakrishnan.. Jika dulu semasa beliau melompat keluar dari PKR, dirinya dijulang sebagai seorang hero oleh macai-macai UMNO tetapi sekarang dirinya sudah terbuang.. Untuk meneruskan karrier politiknya beliau terpaksa merayu kepada Presiden UMNO agar diberikan peluang untuk bertanding sebagai calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.. Katanya lagi jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif... Gobala rayu BN beri peluang pertahan Padang Serai Kesian dia.. dari katak kini bertukar menjadi peminta sedekah pula.. Tapi kata dia.. sejak dia keluar PKR dia dah berjaya pengaruh ramai penyokong Pakatan Rakyat untuk kembali menyokong BN.. kalau begitu kenapa tidak dia pengaruh mereka pula untuk menyokongnya sebagai calon Bebas? Gambar kat atas tu datangnya dari SINI |
Muhyiddin kata Pakatan yang ciplak Manifesto BN.. Posted: 09 Apr 2013 03:19 AM PDT Dah gila apa Muhyiddin kawan si Najib ni.. Dia kata Pakatan sebenarnya menyalin idea BN ketika merangka manifesto mereka.. Macam mana Pakatan menyalin manifesto BN tu agaknya.. sedangkan ketika manifesto Pakatan dilancarkan, Manifesto BN pun tak ada lagi.. Manifesto Pakatan Rakyat dilancarkan pada 25 Februari lalu sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Shah Alam.. tapi Manifesto BN pula baru dilancarkan Sabtu lalu.. Pakatan Sebenarnya menyalin idea BN ketika merangkan manifesto mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas persamaan antara kedua-dua dokumen itu.Ni sudah jadi macam kes.. Mitsubishi keluarkan Lancer, Proton keluarkan Inspira.. tiba-tiba Proton dakwa Mitsubishi yang tiru dia orang.. Kah.. Kah.. Kah.. mengaku sajalah Muhyiddin ooiii... bukannya rakyat tak tahu hanya orang bodoh bersama UMNO tu.. semua rakyat dah tahu.. Pagi tadi Najib kata Manifesto BN itu idea dia sendiri.. baca di SINI |
Posted: 09 Apr 2013 12:19 AM PDT Gara-gara ketandusan pemidato, UMNO/BN dipercayai telah menampilkan individu yang berada dalam keadaan mabuk sebagai penceramah mereka baru-baru ini di Melaka. Umum mengetahui bahawa selama ini katak-katak dari PKR sering ditampilkan dalam setiap ceramah anjuran UMNO/BN. Tetapi berikutan dengan Pilihanraya Umum yang bakal tiba nanti, Katak-katak ini tidak mungkin diberikan peluang lagi untuk berada di pentas-pentas ceramah anjuran UMNO/BN. Kerana kebanyakkan Ketua-ketua Bahagian UMNO tidak mungkin untuk memberikan laluan buat mereka untuk menarik perhatian Najib supaya dijadikan sebagai calon UMNO. Oleh itu akibat ketandusan pemidato dalam satu siri ceramah Janji ditepati, UMNO/BN telah menampilkan pemuda-pemuda mabuk diatas pentas mereka.. Mereka dipercayai berada dalam keadaan mabuk berikutan butir ucapannya yang tak tentu hala.. Bagaimanapun macai-macai UMNO yang berada ditapak ceramah tersebut dipercayai memahaminya kerana mereka satu kepala... |
Posted: 08 Apr 2013 09:09 PM PDT Orang kata.. lambat atau cepat kebenaran akhirnya akan menyerlah jua.. Seorang demi seorang tampil mengaku bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim adalah fitnah semata-mata. Dihadapan ribuan hadirin di Taman Medan, Petaling Jaya bekas Pegawai Khas Tun Mahathir, Dato Omar Abu Bakar mengaku bahawa beliau bertanggungjawab terhadap fitnah liwat DS Anwar Ibrahim 1 yang bermula pada 1988. SAKSIKAN!! |
Najib kata Manifesto BN itu idea dia sendiri.. bukannya diciplak.. Posted: 08 Apr 2013 07:13 PM PDT Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentang Sabtu lepas telah dirangka dengan teliti melalui hasil tinjauan mesra serta pelbagai usaha bagi mendapatkan maklum balas daripada segenap lapisan rakyat di negara ini, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini. Najib menerusi blog 1Malaysia berkata manifesto itu bukanlah satu manifesto yang direka dalam masa sehari hanya untuk memenangi hati pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. "Malah saya sendiri telah mengamalkan aktiviti turun padang untuk lebih memahami segala isu dan keutamaan rakyat daripada semua peringkat umur, pendapatan, tempat tinggal, bangsa dan agama. "Kerana itulah manifesto ini realistik dan komprehensif bagi memenuhi keadaan sebenar rakyat di masa kini," katanya. Siapa agaknya Presiden UMNO ini cuba nak tipu?? Kalau zaman dulu masa internet belum ujud.. rakyat akan percaya apa yang Najib katakan itu.. tapi Najib.. sekarang ni maklumat dihujung jari saja.. Hanya macai-macai yang buta internet dan macai-macai yang celik internernet tetapi buta hatinya akan percaya apa yang Najib katakan itu.. Mana mungkin ianya satu kebetulun jika terdapat 22 perkara yang sama... Janji-janji berikut diciplak dari Pakatan Rakyat (walaupun pelaksanaannya tidak akan memenuhi harapan rakyat kerana tidak dilaksanakan sepenuhnya): 1. Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20 hingga 30 peratus secara berperingkat 2. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak 3. Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah 4. Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet 5. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat 6. Menambah baik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam 7. Memberikan permit teksi individu 8. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail) 9. Membina Lebuhraya Pan Borneo 10. Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat 11. Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan 12. Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak 13. Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah 14. Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil 15. Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej 16. Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum 17. Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi 18. Mewartakan semua tanah adat 19. Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf 20. Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru KAFA dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik 21. Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok 22. Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam. Perkara-perkara di atas sepatutnya sudah dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN yang telah memerintah selama lebih 50 tahun tetapi ianya tidak langsung direncana untuk dilaksana.. Tetapi untuk mengekalkan kuasa ditangan mereka, mereka menjadikannya sebagai janji.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan