Nuffnang

Pengikut

A Mum Of Three Mohd

sumber :-

A Mum Of Three Mohd


GOBLOK mau jadi YB

Posted: 09 Apr 2013 06:54 AM PDT


Tolong la... Tolong la.... Saya mahu jadi calon. Saya mau jadi YB. Tolong la.... Tolong la... Saya banyak bagus punya MP. Kasi tolong la....

Saya sudah berjaya kasi turn over sokongan sana punya orang. Sekarang dia orang banyak sokong BN oooo. Kasi tolong saya jadi calon la...

Kah kah kah kah kah....

Kesian... terpaksa merayu untuk dicalonkan atas tiket BN. Dia mau lawan dia punya rival si Surendren.

Gobala rayu BN beri peluang pertahan Padang Serai

Anggota Parlimen (MP) Padang Serai N Gobalakrishnan memohon jasa baik Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan beliau menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau memenangi kerusi Parlimen Padang Serai atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dan mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Anggota Parlimen bebas awal tahun lepas.

Gobalakrishnan yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Perkemas) berkata beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan berdasarkan kerja keras beliau bertungkus lumus sejak lebih tiga tahun lalu berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut.

"Selepas saya keluar daripada PKR, berbagai program diatur untuk kemudahan penduduk sekitar Lunas dan Paya Besar dan telah ramai pengundi-pengundi yang satu ketika dulu condong kepada pembangkang kini menyokong kerajaan BN," katanya kepada pemberita di Paya Besar di Kulim hari ini. [ Teruskan membaca di sini]

Soal Integriti... siapa ada siapa tiada??

Posted: 08 Apr 2013 09:00 PM PDT


Semua EXCO tak terkecuali Ketua Menteri dan Timbalan-timbalannyer telah menyerahkan kembali kenderaan rasmi mereka kepada KSU negeri setelah DUN PP dibubarkan. Syabas!!

Guan Eng serah kereta rasmi

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama 10 Exco Kerajaan Negeri menyerahkan kenderaan rasmi mereka kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Farizan Darus berikutan pembubaran Dun Jumaat lalu. 

Selain Guan Eng dan 10 exco lain turut berbuat demikian adalah Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik menjadikan jumlah keseluruhan 12 kenderaan rasmi diserahkan kepada Farizan. 

"Penyerahan kunci kenderaan rasmi ini turut melibatkan Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta barisan exco dan Setiausaha Politik Ketua Menteri," katanya kepada media selepas menyerahkan kunci kenderaan rasminya semalam. 

Menurutnya, selepas penyerahan itu, beliau serta kesemua exco akan menggunakan kenderaan persendirian untuk bergerak sama ada untuk majlis rasmi mahupun berkempen. 

Tindakan ini menunjukkan integriti yang kita pegang walaupun kita hanya pemegang amanah ketika ini berikutan pembubaran Dun baru-baru ini. Kenderaan yang diberikan perlu digunakan dengan betul, untuk majlis rasmi, bukan untuk berkempen atau urusan parti. Kita mesti jujur dalam menggunakan harta rasmi kerajaan negeri," katanya.-SH [More]

Aaa... iniler yang dikatakan kerajaan yang ada integriti dan boleh dipercayai. Bukan cakap tak serupa bikin, ek?? 

Hok di Putrajaya serta kerajaan-kerajaan koncu mereka... terus ke hulu ke hilir menggunakan kenderaan kerajaan serta kemudahan-kemudahan milik kerajaan untuk berkempen tapi guna tugas rasmi sebagai alasan. Depa ingat rakyat bodo ke hape!!

Memang puak-puak ni jenis muka tak tau malu. Buat harta rakyat macam harta mak bapak mereka. Unlike kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat, puak-puak lanun ni terus-menerus menyalahgunakan harta rakyat untuk berkempen. Pergi pecah tanah sana dan pecah tanah sini untuk tujuan itu ini... tapi in the end, hape pun tarak. Come 5 tahun lagi, tanah yang dulunyer dipecah... dok macam tu jugak tapi datang pulak malaon lain untuk pecah tanah yang sama. Kerja orang gila!!

Ini ke kerajaan yang rakyat masih nak percaya. Nak sembang pasal kebolehpercayaan konon.... Piiigiiiraahh..!! Cukup ler 55 tahun rakyat beri komer kepercayaan tapi last-last kena tipu hidup-hidup. Nak bagi lagi?? Soriler... tak sior kami.

Bagi rakyat yang cerdik.... mereka sudah ada alternatif lain sebagai kerajaan iaitu Pakatan Rakyat yang jauh terbukti di 4 buah negeri yang mereka perintah... bahawa mereka mereka memang ada integriti serta boleh rakyat bergantung harap. Aaarr... itu baru perintah negeri... kalau perintah negara, sejahtera kita komer!!

Malangnyer... masih ada rakyat yang  hidup mati mereka bersama UMNO@BN. Dulu... kini dan selamanyer bersama UMNO. Ini hak jenis bodoh dan dah tak boleh nak diajar. Bodoh piang!! Hahahaha... mampuih pi hangpa la!!

Peluang untuk kita rampas Putrajaya secara demokratik, terbuka luas kini. Rata-rata rakyat sudah terbuka mata dan minda mereka. Mereka dah nampak perbezaan antara pemerintahan kerajaan UMNO/BN dan Pakatan Rakyat. Mereka dah tahu yang mana kaca dan yang mana permata. Bukan cincin permata Lojimah, ek??

Kemakmuran terserlah di bumi yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Itu sebab... mereka jaki dan tabur pelbagai fitnah dan propaganda agar kita goyah.

Too bad.. kita tidak menjadi goyah tetapi kita semakin popular dan diterima rakyat. Frust menonggeng mereka. Sebab tu, masa pembubaran Parlimen dulu dan semasa melancarkan manifesto ciplak mereka, puak-puak lanun yang dikepalai Najib Razak kelihatan macam ceria dibuat-buat. Muka ketat beb!! 

Dosa-dosa mereka pada rakyat dan negara menghantui mereka. Mereka tahu dan dapat rasa ajal hayat mereka sudah hampir dan pasti akan menjadi realiti ngeri mereka. Ber-agar-agar lutut mereka wa cakap lu...

Weh.... rakyat Malaysia!! Fajar baru akan menyingsing dan kita akan nikmati sebuah Malaysia Baru, in shaa Allah.

Ini kalilah!! In shaa Allah... Putrajaya milik RAKYAT!! Oleh itu... UNDILAH dengan bijaksana. Undilah Pakatan Rakyat!!

Kalau dah lanun... lanun jugak. Ciiittt... otak cikai!!

Posted: 08 Apr 2013 05:24 PM PDT



 Apa yang depa tak rompak, you tell me??

Negeri.... depa rompak. Tak caya?? Aarr... apa jadi pada negeri Perak?

Depa rompak, kan??

Duit rakyat.... jangan cakap ler. Habis rabak depa rompak dan melantak.

Terkini... manifesto pulak. Haahaha... siap cedok dan ciplak menifesto Pakatan Rakyat. Aaarr.... ala-ala perompak, kan??

Pastu... boleh bercakap pulak pasal integriti ler... trustworthy ler... Ajengan muka tak malu!! Ptuuiiihh..!!

Haisshh... kalau dah lanun... lanun jugak. Semua nak gasak. Cikai punyer otak.

Ini ler dia Piem yang paling pea brain dan yang paling cikai otaknya, yang pernah dilahirkan di bumi Malaysia. No otak maa... Sebab tu... jadi copycat dan tiru serta ciplak hasil perahan otak orang lain. Yang peliknyer... otak tarak tapi kepala boleh botak. Hahaahaha... Ada hati nak jadi Piem lagi...

Kini... dalam dan luar negara, semua orang dah tahu siapa sebenarnya Najib dan kerajaan yang dipimpinnyer. Mereka got no integriti dan not trustworthy at all. Tak boleh percaya wa cakap lu. Tahu.... melantak duit rakyat jek...!!

Baca sini , sini dan sini

Sebab tu, ini kali.... tolak jek kerajaan yang tak ada integriti dan tak boleh dipercayai ini. Tak berguna sekupang dua duit pun. Haprak!! Ayuh... jom kita campak mereka masuk kubor!!

Ini kalilah!!

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT