Anak Sungai Derhaka |
- Calon Pilihan Najib kena 'Booo' di Pasar Seberang Jaya..
- Aku sangka 22.. rupa-rupanya 61 Pemimpin UMNO tanding Bebas.. ini senarai nama mereka..
- Perebutan kerusi antara PKR dan PAS berakhir.. dan masalah inipun bermula..
- Lagi hasil kaji selidik menunjukkan Manifesto BN ditolak rakyat..
- Saksikan sedutan video saya ketika menyertai solat hajat - Najib
Calon Pilihan Najib kena 'Booo' di Pasar Seberang Jaya.. Posted: 22 Apr 2013 07:20 AM PDT Tiga calon telah disahkan bertanding bagi Kerusi DUN Seberang Jaya (N10) pada pilihanraya umum ke 13 ini. Ketiga-tiga mereka ialah Dr. Afif Bahardin Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Datuk Mohammad Nasir Abdullah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dan juga Calon Bebas Shamsut Tabrej Bin G.M Ismail Maricar seorang Ahli UMNO yang juga merupakan Pesuruhjaya Sumpah di Seberang Jaya. Bagaimanapun Shamsut Tabrej hari ini telah dipecat dari UMNO oleh Najib bersama seorang lagi calon Bebas di Permatang Pauh yang bertanding diperingkat Parlimen iaitu Dr. Zawawi. Mereka adalah dua dari 61orang Pemimpin UMNO yang bertanding sebagai Calon Bebas menentang Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.. senarai nama mereka sila lihat di ( SINI ) Ahad lalu, Pasar dan juga Medan Selera Seberang Jaya telah menyaksikan pertembungan antara dua calon yang bertanding bagi Kerusi DUN tersebut, dimana calon dari PKR dan BN telah melakukan kunjungan ke pasar itu. Calon PKR, Dr. Afif 28 yang merupakan bekas Pegawai Perubatan di Hospital Pulau Pinang, Negeri Pulau Pinang yang kemudiannya bertukar ke Hospital Sungai Buloh sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala dan Leher, (biodata lengkap sila baca di SINI ) sebelum itu telah mengagihkan Air Mineral percuma di Tempat Jogging Taman Tunku. Kemudiannya beliau meneruskan gerakkerja kempen dengan melawat ke Pasar Basah Seberang Jaya, seterusnya kempen beliau diteruskan dengan menyerahkan apron kepada peniaga-peniaga di situ Mungkin kerana sering melibatkan diri dalam banyak program anjuran AMK Permatang Pauh di Seberang Jaya, kehadiran beliau kelihatan disenangi oleh berbagai lapisan masyarakat peniaga disitu.. Kumpulan yang mengiringi Dr. Afif telah bertembung dengan Kumpulan yang mengiringi Calon UMNO Datuk Mohammad Nasir. Bagaimanapun tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku cuma disini Calon UMNO memperlihatkan sikap sombongnya seperti yang dinyatakan oleh ramai Ahli UMNO sendiri dengan tidak mahu bersalam dengan calon PKR.. Mungkin title 'Datuk' yang dimilikinya menjadikan beliau sombong.. Setelah selesai program Dr. Afif di medan Selera tersebut beliau dan kumpulannya meninggalkan Medan Selera tersebut.. Dan Datuk Mohammad Nasir serta kumpulannya meneruskan kempen mereka dari Medan Selera itu menuju ke Pasar Basah pula.. Satu insiden yang memalukan telah menimpa Calon UMNO/BN bagi kerusi DUN Seberang Jaya (N10) di pasar basah Seberang Jaya, pagi itu.. Dimana beliau telah di 'Booo' oleh peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar tersebut.. Menurut beberapa peniaga.. "Sebelum Nasir ini dilantik menjadi Calon.. jumpa orang pun tak mahu senyum, sekarang dah jadi calon baru terhegeh-hegeh nak senyum.." "Rumah dia bukan jauhpun dari sini.. pasal apa sebelum ini dia tak boleh nak luangkan masa berjumpa kami?.. dah nak mengundi baru ingat kami.. belahlaaa..." Malah ada yang mengatakan " Aku penyokong UMNO.. kalau Ariff Shah bertanding aku akan undi UMNO/BN.. kalau Datuk ni.. kirim salam la..." "Ariff Shah dulu ADUN.. dia tu (Datuk Nasir) baru Timbalan Ketua UMNO Bahagian.. tu pun menyombong nak mampuih.." tambah seorang lagi peniaga. Insiden yang telah berlaku itu membuktikan calon pilihan Najib untuk DUN tersebut yang sebelum ini disandang oleh UMNO/BN sememangnya tidak disukai oleh kebanyakkan masyarakat di situ dan ianya telah disuarakan oleh peniaga-peniaga di pasar tersebut... Jadi.. buat semua penduduk Sebarang Jaya.. UNDILAH CALON PKR!!.. Jangan biarkan manusia yang sombong dari UMNO itu menjadi Wakil Rakyat anda... |
Aku sangka 22.. rupa-rupanya 61 Pemimpin UMNO tanding Bebas.. ini senarai nama mereka.. Posted: 22 Apr 2013 02:29 AM PDT Aku sangkakan hanya 22 Ahli UMNO yang bertanding sebagai Calon Bebas.. tetapi sangkaan aku meleset rupanya.. Bukan 22 seperti laporan semalam di ( SINI ) tetapi 61 orang semuanya... sekaligus ianya membuktikan bahawa Najib adalah Presiden UMNO yang paling lemah dalam sejarah... Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin (LD) UMNO memecat seramai 61 orang ahli UMNO yang telah bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta. Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berkata tindakan ini dibuat selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya. "Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Jelasnya, Jawatankuasa Khas LD UMNO juga akan memanggil 3 orang lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lepas. "Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti. "LD UMNO sekali lagi ingin mengingatkan ahli UMNO bahawa kita telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti di dalam waktu tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke -13 ini." Ujarnya lagi, tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci. "Saya juga menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong semua calon Barisan Nasional yang telah dinamakan untuk bertanding oleh pucuk pimpinan parti. Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan Barisan Nasional. Berikut adalah senarai nama anggota parti yang dipecat dari UMNO: SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE – 13 BIL PARLIMEN/DUN NAMA/JAWATAN 1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA) 2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG) 3. PARLIMEN SEPANG – DATO' HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN) 4. HANAPIAH BIN MOHAMAD 5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG) 6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN) 7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.) 8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA 12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD 13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN 14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.) 15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM 16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN) 17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI 18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD 19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM 20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR 21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER 22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR 23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN 24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN 25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR 27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD 29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB 30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM 31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM 32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR 33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA 34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE 35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI 36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS 37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG 38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL 39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI 40. HUSSEIN BIN MUMAKIL 41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN 42. MAMAT BIN BALHANA 43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP 44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS 45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG 46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR 47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH 48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH 49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR 50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI 51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT 52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK 53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD 54. PARLIMEN BELURAN &DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA 55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL 56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN 57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF 58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA 59. PARLIMEN RANAU &DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN 60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON 61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL ~ UMNO Online |
Perebutan kerusi antara PKR dan PAS berakhir.. dan masalah inipun bermula.. Posted: 22 Apr 2013 12:01 AM PDT PAS mencadangkan agar parti itu menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR. PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS. Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR. Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS yang dipengerusikan oleh Presiden PAS. Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini. Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS. Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN. Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan dalam mesyuarat hari ini. Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat. Menurut sumber Harakahdaily, di DUN Panti, Johor kekeliruan berlaku apabila calon PKR lambat sangat menghantar borang pencalonan. Bimbang ia jatuh secara percuma kepada BN, PAS mendaftarkan calon mereka. Di tiga DUN di Terengganu pula berlaku pertikaian tentang calon yang lambat dikemukakan. Di DUN Kota Damansara pula, berlaku pertikaian apakah calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan menyertai pilihan raya ini dengan logo PSM. Ini kerana, mereka datang ke pusat penamaan calon dengan menggunakan logo itu bukannya logo PKR. Kerusi DUN Sungai Aceh pula dituntut oleh PAS dari PKR sejak sekian lama manakala Parlimen Labuan pula dituntut oleh PKR dari PAS. Dengan penyelesaian bermakna semua kerusi yang betindih sudah selesai dan fokus sekarang adalah untuk menjatuhkan lawan Pakatan Rakyat iatu Barisan Nasional ~ Harakahdaily Alhamdulillah... Ekoran dari penyelesaian itu.. SPR pun mengumumkan bahawa sebarang penarik diri dari pencalonan tidak dibenarkan dan nama-nama calon tetap akan terpampang pada kertas undi.. Candidates whose nominations have been finalised can no longer withdraw from contesting in the 13th general election. Maka dengan itu masalahpun bermula buat semua tempat yang punya pertindihan tuntutan sebelum ini... iaitu para pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat akan keliru jika maklumat sebenar tidak sampai kepada mereka.. Oleh itu bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, semua unit Penerangan yang terdapat dalam PKR dan juga PAS perlu turun kepadang menjelaskan dari rumah-ke rumah lambang mana satukah yang patut dipangkah.. Atau tunggu di tempat-tempat mengundi untuk menjelaskan kepada pengundi-pengundi.. Jika ini tidak dilakukan.. kekalahan pasti berlaku kerana pengundi telah keliru.. |
Lagi hasil kaji selidik menunjukkan Manifesto BN ditolak rakyat.. Posted: 21 Apr 2013 09:50 PM PDT 10 April 2013 yang lalu Sinar Harian OnLine telah mengadakan satu kaji selidik untuk mendapatkan pandangan pembacanya tentang manifesto PR dan BN untuk PRU13 ini. Dalam kaji selidik kali ini berkisar tentang Manifesto untuk pilihanraya ini .. sejumlah 6822 orang pembaca telah.. Hasilnya sehingga jam 4.00 petang hari kaji selidik tersebut dijalankan dengan 6822 orang pembaca mengambil bahagian menunjukkan majority pembacanya menolak Manifesto Barisan Nasional. Ini terbukti apabila soalan "Jika anda seorang pengundi, manifesto parti mana yang memikat perhatian anda".. menerima jawapan dari 81% pembaca yang meletakkan Manifesto Pakatan Rakyat sebagai lebih menarik.. sila lihat di ( SINI ) Oleh kerana Kaji selidik tersebut memudaratkan UMNO/BN.. maka ada suara ghaib dikatakan telah memberikan arahan agar kaji selidik tersebut dikeluarkan.. Hari ini satu lagi kajiselidik telah dijalankan.. bukannya oleh portal on-line berbahasa Melayu tetapi portal berita on-line berbahasa Inggeris pula.. Dan hasilnya juga tidak menyebelahi Manifesto UMNO/BN.. Dengan soalan "Whose manifesto will benefit you directly: Barisan Nasional or Pakatan Rakyat's?" Sehingga jam 12.30 tengahari tadi sejumlah 8,166 orang pembaca telah mengambil bahagian.. Hasilnya 67% menyatakan manifesto Pakatan Rakyat memberikan kebaikkan secara terus kepada mereka. 24% menyatakan manifesto Barisan Nasional memberikan kebaikkan secara terus kepada mereka (dipercayai kroni-kroni UMNO/BN yang bakal mendapat keuntungan dari manifesto BN ini).. Jadi kesimpulannya di sini ialah biar apa sekalipun yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN dalam manifesto mereka kali ini, ianya tetap gagal menarik perhatian rakyat… Kaji selidik ini sedang berjalan di ( SINI ).. boleh bertahan berapa jam lagi entahlah.. |
Saksikan sedutan video saya ketika menyertai solat hajat - Najib Posted: 21 Apr 2013 10:52 AM PDT Inilah pemimpin UMNO yang paling terdesak untuk kekal berkuasa dalam sejarah negara kita ini.. kerana mahu menunjukkan kepada rakyat beliau seorang pemimpin Melayu beragama Islam yang baik.. Sembahyangnya pun mahu ditunjukkan keseluruh negara.. Oleh itu tulis Najib Tun Razak telah mempromosikan solatnya itu dalam laman Twitter miliknya meminta pengikutnya yang berjumlah 1,484,591 orang kononnya itu agar menonton video rakaman beliau sedang mengerjakan solat. Tulisnya.. "Saksikan sedutan video saya ketika menyertai solat hajat bersama penduduk Pekan di Masjid Sultan Abu Bakar kelmarin." Malangnya majoriti pengikut Najib dalam laman Twitter itu tak hingin langsung untuk melihatnya.. Ini terbukti bilamana setelah lebih dari 24 jam disiarkan hanya memperolehi 301 views.. lebih malang lagi hanya 4 Likes tetapi 7 Unlikes.. Aku follow Twitter Anuar Ibrahim dan TG Nik Aziz.. Aku tahu Anwar Ibrahim sering hadir dalam kebanyakkan solat hajat.. Dan baru-baru ini satu solat hajat telah diadakan di An-Nahdoh Inn, Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.. Tetapi aku tak terbaca pula Anwar tulis.. "Saksikan sedutan video saya ketika menyertai solat hajat bersama penduduk Permatang Pauh di Masjid Batu kelmarin...." Nih.. "Saksikan sedutan video saya ketika menyertai solat hajat bersama penduduk Pekan di Masjid Sultan Abu Bakar kelmarin." .. Sembahyangpun nak tunjuk kat orang ke?? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan