Isnin, 22 April 2013

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


Tiba-tiba Zulkifli Nordin Jadi Pakar Agama Hindu

Posted: 22 Apr 2013 06:03 AM PDT

Untuk undi, anda boleh jadi apa sahaja. Anda boleh jadi pemain bolasepak, penunggang motor, petani. Zul Nordin memilih untuk menghalusi agama Hindu hingga layak digelar pakar.

Beliau tahu ritual Sungai Gangga, beliau juga tahu nama-nama tuhan yang diipercayai dalam agama Hindu, beliau tahu itu dan beliau tahu ini. Dalam Buletin Utama, beliau yang dahulu "merafak tangan" setelah dikalungkan bunga (beliau tahu nama bunga itu, gua tak tahu). Malah, beliau petik kenyataan "kawan" beliau bahawa agama Hindu mirip Islam kerana memaafkan mereka yang melakukan kesilapan.

Bagi gua, ini hanya boleh dilakuan oleh seorang yang pakar selok-belok agama tersebut.

Dalam masyarakat Malaysia yang majmuk, dan perundangan "hasutan" dan "menimbulkan ketegangan antara kaum", saya terpaksa amat berhati-hati dalam menulis kali ini. Biarlah khalayak membaca posting ini sebagai gua mengingatkan Zul Nordin.

Zul, anda bukan orang bodoh. Dari 1998, anda yang membakar semangat kami agar cakna pada kes-kes Murtad. Kesannya, ramai yang makin cakna. Sekarang, kami cakna pada tindak-tanduk anda. Gua takde hal dengan kesungguhan anda mengambil hati kaum India. Itu memang anda kena buat sebab anda yang start buat palat dulu.

Masalahnya timbul bagi gua, bila anda terlalu yakin...sombong hingga tidak mahu sebut Inshaa Allah langsung.

"Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu : 'Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi, kecuali dengan menyebut (Insya Allah).' Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah : 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini.'." (QS. Al-Kahfi : 23-24).

Anda lebih bijak. Anda fikirlah sendiri.
 

Calon Bebas Paling Winnable

Posted: 21 Apr 2013 06:55 PM PDT

Terkesima. Pendekar ini menang gaduh di penambang dengan tangan kosong.

Nasihat Berat Sebelah

Posted: 21 Apr 2013 09:38 AM PDT

Benar...bukan mudah mahu menukar pemiikiran "BN" dalam minda rakyat zaman Mahathirisme. Sukar juga mahu menjatuhkan kerajaan BN yang telah membina "dinasti" separuh abadnya. Jika kita fikir ia sukar, fikirlah sukar mana Umar r.a. mahu membuka kota Baitulmaqdis, dan sukar mana pula Muhammad Al- Fateh mahu menawan Constatinople. Yakinlah...Yakinlah...Yakinlah...

Pintu kejayaan sudah mulai terbuka. Cuma menanti mereka yang berha untuk merempuh melaluinya. 

Takbir ---Kalimah yang jika dijerit pada perempuan UMNO dibawah, mereka pasti tidak mampu menjawabnya dengan kalimah yang betul.


tidak ingat sumber. maaf. Lokasi: Chuah Port Dickson.

nota kaki: Orang Chuah ni memang camni...akses internet takdo. Baco TV3 dongan Utusan yo manjang. Bilo otak dah jumud dicampur dengan duit kopi, mako tunjuk punggung pun Wanita UMNO sanggup.

Tiada ulasan: